Ubi kentang biasanya menjadi pilihan bahan untuk ditambah dalam masakan kari atau kurma.
Namun disebabkan membelinya dalam kuantiti banyak menyebabkan ada antara ubi kentang ini yang tumbuh tunas berwarna hijau.
Adakah selamat untuk kita makan ubi kentang yang mempunyai tunas sebegini atau ada bahaya yang tidak kita ketahui.
Perkongsian Pensyarah Kanan Kimia dan Penyelidik UiTM yang juga Pengasas Makmal Makanan (MAMA), Dr Fatimah Salim menjelaskan persoalan ini.
Benar, ubi kentang (Solanum tuberosum) yang bertunas atau berwarna hijau menunjukkan kehadiran bahan kimia semulajadi yang bersifat toksin iaitu alkaloid glikosida seperti solanin (struktur kimia di bawah ).
Selain daripada ubi kentang, bahan kimia toksin ini juga terdapat pada tomato (Solanum lycopersicum), terung (Solanum melongena), iaitu tumbuhan dari genus Solanum.
Kehadiran bahan kimia toksin ini dapat dilihat dengan adanya warna hijau pada ubi kentang. Warna hijau ini sebenarnya disebabkan oleh kehadiran bahan kimia klorofil, namun meningkatnya klorofil ini menandakan banyaknya bahan kimia solanin terbentuk di situ.
Selain daripada warna hijau dan tunas sebagai penanda, bahagian kentang ini juga berasa pahit. Dan semakin tinggi terang warna hijau, semakin tinggi juga kandungan toksin yang wujud.
Bahan kimia toksin ini sebenarnya dihasilkan pada tunas sebagai salah satu cara (aka mekanisma) pertahanan ubi kentang untuk memastikannya tidak dimakan, serta tumbuh dan membesar dengan jayanya.
Sama seperti rebung atau pucuk sayuran lain. Boleh baca ulasan saya mengenai rebung di pautan ini
Bahan kimia toksin semulajadi ini tidak akan termusnah dengan haba memasak, namun kandungannya akan berkurangan sekiranya direbus dan air rebusan dibuang.
Antara kesan keracunan toksin ini ialah gatal pada mulut, pening, loya, muntah, cirit-birit, sakit perut… yang mana boleh berlarutan kepada radang, sakit sendi serta mampu menyebabkan lumpuh, kecatatan kepada bayi dalam kandungan dan kematian.
Pun begitu, kesan-kesan ini adalah bergantung kepada jumlah (aka dos) toksin yang wujud dan ketahanan sistem badan individu. Ada yang boleh terkesan dengan jumlah yang hanya sedikit, ada pula yang tidak. Bagi keracunan dengan simptom ringan, badan kita mampu detox sendiri.
Jadi ubi kentang ini sudah tidak boleh makan?
BOLEH, dengan membuang bahagian yang ditumbuhi tunas atau bahagian yang berwarna hijau. Ini kerana bahan kimia toksin ini hanya tertumpu pada tunas dan berhampiran kulit kentang yang berwarna hijau sahaja.
Hebatnya, dengan minum lemon suam sahaja, pereka fesyen dan pelakon, Ivan Gunawan nampak lebih kurus berbanding dahulu.
Menurut Detik Health, Ivan berjaya mengurangkan berat badannya sehingga 21kg dalam tempoh masa sebulan saja.
Kegigihannya menurunkan berat badan itu bermula setelah dia memeriksa tahap gula dalam darahnya dan bimbang jika diserang pelbagai penyakit.
Sejak itu, dia mula berunding dengan doktor pakar dan menjalani program diet.
Minum Lemon Suam
Ketika berdiet, Ivan mendedahkan bahawa dia menjaga pemakanannya dengan mengelak daripada memakan makanan ringan.
“Saya masih makan tiga kali sehari, masih makan sayur, boleh makan makanan laut dan saya boleh makan apa saja asalkan tiada makanan yang bergoreng dan bertepung.
“Yang pasti saya tidak pernah makam makanan ringan. Saya selalu makan hidangan yang dibuat di rumah oleh ibu saya,” katanya.
Tambahnya lagi, ibunya setiap hari akan memasak sayur-sayuran dan makanan berprotein.
Katanya lagi, dia juga akan memulakan rutin paginya dengan meminum perahan lemon yang dicampurkan dengan air suam.
“Saya minum air lemon beberapa jam sebelum bersarapan, contohnya, jika saya minum pada jam 5 pagi, saya akan bersarapan pada jam 8 pagi. Selain itu, saya juga banyak minum air kosong,” tambahnya lagi.
Perubahan pelakon yang berusia 39 tahun itu mendapat perhatian netizen di Indonesia. Mereka memuji dan memberikan semangat untuk Ivan terus menjalani hidup yang sihat.
Jadi bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan dan mahu menukar gaya hidup lebih sihat, boleh cuba ikut cara diamalkan Ivan Gunawan.
Jika sebelum ini pernah beratnya pernah mencecah hampir 83 kg disebabkan hamil anak pertama.
Tidak selesa dengan keadaan itu selepas melahirkan wanita ini nekad menurunkan berat badan.
Dia kemudiannya berusaha untuk diet dan berjaya turunkan 10 kg lagi sebelum stuck pada angka itu.
Kemudian mula berdiet dengan mengamalkan diet suku-suku separuh dan berjaya hilangkan 7 kg lagi.
Menurut Zya Farz dia hanya lakukan diet secara santai sahaja kerana terikat dengan kerja yang memerlukan dirinya memakai pakaian perlindungan (PPE) selama 7 jam hingga dapat mengeluarkan peluh yang banyak.
Dan dalam masa sama dia yang bertugas sebagai frontliner kini menjalani kuarantin apabila disahkan positif Covid-19.
Secara tak langsung beratnya juga kembali turun sedikit demi sedikit.
Bagi mereka yang masih mencari diet bersesuaian, boleh ikut cara wanita ini mengamalkan menu diet suku-suku separuh.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.