Ini antara langkah manjakan kulit sebelum tidur paling mudah, mestilah cuci muka. Tetapi untuk kekalkan kelembapan pada wajah, anda kena juga ada sesuatu.
Hah, cukup satu produk ini sahaja, mesti rasa puas! Perah tahu tentang sleeping mask?
Manjakan Kulit Sebelum Tidur, Bangun Pagi Kulit Kering Rasa Lembap
Ya, anda boleh pakai setiap malam sleeping mask dan bangun esoknya kulit tak kering. Rasa lembap dan selesa walau tak berapa rajin pakai pelembap.
Ads
Ada orang kata, salah satu sleeping mask paling syok adalah, Laneige Cica Sleeping Mask. Bila berulang kali pakai Laneige Cica, esoknya kulit reda sikit from whatever blemishes and dryness yang ada.
Ads
Ini salah satu jenis sleeping mask yang terbaik untuk kulit:
Kalau anda tak alergi dengan apa-apa kandungan produk muka, boleh cuba sleeping mask ni. Sangat melembapkan kulit, menguatkan skin barrier serta soothing the skin. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Kulit akan jadi seolah-olah sedia untuk memulakan hari yang baru! Pakai moisturizer saja tak dapat result macam ni tau. Jadi bagi anda yang berkulit kering boleh cuba tip ini ya.
Gara-gara menaip 5-6 jam sehari, tangan Kebas, Sakit Menyucuk. Rupanya Sindrom Capal Tunnel!Dek kerana faktor bekerja yang perlu menggunakan tangan terutama dalam bab menaip di papan komputer menyebabkan tangan sering menjadi sakit.
Rasa sakitnya hingga menyebabkan mahu mengangkat tangan juga tidak berdaya. Terasa menyucuk di bahagian tangan yang sering digunakan untuk menaip. Situasi ini sebenarnya menunjukkan anda sedang mengalami sindorm Carpal Tunnel.
Perkongsian Dr Samhan memberitahu secara detail mengenai sindrom Carpal Tunnel ini dan cara rawatan terbaik.
“Ok, saya akan terangkan tentang penyakit encik ini”
CARPAL TUNNEL SYNDROME(CTS)
Carpal tunnel syndrome ataupun sindrom terowong karpal merupakan penyakit disebabkan himpitan pada saraf median tangan. Ia akan menyebabkan tangan merasa kebas, sakit dan merasa kesemutan pada ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
BAGAIMANA IA TERJADI?
Terowong karpal adalah salah satu laluan untuk beberapa struktur daripada bahagian lengan ke bahagian tapak tangan. Struktur yang berada di dalam terowong tersebut adalah saraf median dan juga tendon daripada otot.
Terowong ini disempadani dengan tulang karpal dibahagian bawah dan ditutupi oleh tisu penghubung yang dinamakan sebagai ‘Flexor retinaculum’.
Apabila kawasan dalam terowong itu membengkak, ia akan menghimpit saraf median dan mengganggu fungsi saraf tersebut.
Tangan Kebas, Sakit Menyucuk
Pesakit pada mulanya akan mengalami rasa kebas, sakit dan rasa semut. Apabila keadaan ini berlaku secara kronik, saraf motor iaitu saraf yang melibatkan pergerakkan otot pula akan terlibat sama.
Hasilnya, kekuatan genggaman tangan semakin berkurangan dan pada tapak tangan dapat dilihat otot tersebut semakin mengecut.
SIAPA YANG BERISIKO?
1. Pekerjaan: Melibatkan pekerjaan yang menggunakan tangan yang banyak seperti menaip sepanjang hari,chef,tukang jahit. 2. Umur yang meningkat: Kebanyakan pesakit berumur 30 tahun ke atas 3. Jantina perempuan: Kajian mendapati nisbah antara perempuan kepada lelaki bagi penyakit ini adalah 3-10:1 4. Berat badan yang semakin meningkat 5. Mereka yang ketinggian rendah 6. Mengandung 7. Hypotiroidisme(kurang hormon tiroid) 8. Keturunan: Mereka yang mempunyai saudara yang mempunyai masalah ini akan mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk mendapat sindrom ini. Ini mungkin disebabkan mereka mempunyai persamaan daripada struktur badan. 9. Beberapa jenis penyakit: Kencing manis, rheumatoid arthritis, kegagalan buah pinggang, tumor dalam terowong karpal, amyloidosis dan beberapa jenis penyakit lain
SIMPTOM
1. Tangan kebas 2. Sakit 3. Rasa semut-semut 4. Selalunya ketiga-tiga simptom ini akan menjadi semakin teruk apabila waktu malam. Pesakit akan tiba-tiba terbangun disebabkan kesakitan pada tangan yang terlibat. 5. Kekuatan untuk gengaman dan mencubit juga semakin berkurangan 6. Dapat dilihat perbezaan otot di antara tangan yang mengalami sindrom tersebut dengan tangan yang normal. Tangan yang mempunyai masalah tersebut mempunyai otot yang lebih kecil.
RAWATAN Selalunya para doktor akan menasihati untuk melakukan rawatan yang tidak melibatkan pembedahan terlebih dahulu. Ini kerana simptom tersebut mungkin kurang ataupun hilang apabila melakukan perkara-perkara tersebut.
Berberapa yang boleh dibuat untuk mengurangkan simptom sindrom terowong karpal adalah:
1. Penggunaan anduh pada pergelangan tangan: Ia perlulah digunakan terutamanya waktu tidur supaya kedudukan tangan pada posisi yang neutral. 2. Menjalani fisioterapi 3. Penggunaan ubat: Suntikan steroid dalam terowong karpal telah terbukti mampu mengurangkan simptom tersebut. Ia selalunya dibuat apabila rawatan lain tidak berkesan. 4. Pembedahan Pembedahan Pesakit yang masih mempunyai simptom setelah rawatan diberikan mungkin akan dinasihatkan untuk melakukan pembedahan.
Dalam pembedahan ini, bahagian atas terowong karpal iaitu tisu flexor retinaculum akan dibuka dan dilepaskan untuk mengurangkan tekanan di dalam terowong tersebut.
Rupanya Sindrom Capal Tunnel
Selalunya, pembedahan akan melibatkan bius setempat. Iaitu bius pada bahagian tangan sahaja. Pesakit tersebut masih sedar ketika mana pembedahan tersebut dibuat. Pesakit akan dibenarkan pulang pada hari sama pembedahan kerana ia melibatkan pembedahan yang kecil sahaja
“Maksudnya, urat saya tersempit la kan?”
“Ya betul. Kita kalau kena tekan pun akan stress. Betul tak?”
Nota: saya juga banyak berkongsi ilmu kesihatan di telegram saya
Dapur kaca memang cantik tetapi boleh jadi bahaya bila kaca meletup dan pecah berderai. Takut kalau terjadi secara tiba-tiba dalam rumah, nak-nak kalau anak yang sedang memasak.
Okay, jangan risau! Anda boleh ikuti beberapa tip ini jika mahu guna dapur kaca.
1. BAHAYA JIKA PERIUK TERLALU BERAT
Kena faham yang dapur gas sebegini tidak mampu untuk menampung berat yang melampau. Anda perlu mengelak daripada menggunakan periuk yang besar dan memasak sesuatu dengan kuantiti yang banyak dan berat.
Jangan pakai lenjan je letak periuk yang berat-berat atasnya. Jenis dapur gas kaca ni selalunya dia ‘ ditanam’ dalam kabinet jadi mana boleh tampung berat yang melampau sangat.
2. JANGAN LAP DAPUR MENGGUNAKAN KAIN BASAH
Selepas aktiviti memasak, pasti terdapat sisa-sisa makanan yang tertumpah atas dapur. Bagi mereka yang menggunakan dapur gas kaca ini, jangan terus serta merta mengelap dapur anda selepas menggunakannya. Terutamanya jika anda menggunakan kain basah kerana ia amat berbahaya. Tunggu permukaan dapur gas sejuk terlebih dahulu barulah lap.
3. PASTIKAN ADA RUANG PADA BAHAGIAN BAWAH DAPUR
Perlu ketahui yang dapur kaca jenis ini ianya direka khas mengikut saiz kabinet agar terdapat ruang pengudaraan di bahagian bawahnya. Amat berbahaya jika anda letakkan di atas kabinet sebegitu sahaja tanpa ada ruang udara pada bahagian bawah dapur.
Bahang panas memasak yang terkumpul dan ia boleh menyebabkan kaca retak kerana suhu yang panas.
4. JANGAN MASAK TERLALU LAMA
Jangan masak terlalu lama jika anda menggunakan dapur kaca. Dapur jenis ini mempunyai tahap limit penggunaanya. Apabila anda masak terlalu lama dapur akan menjadi over heat dan boleh menyebabkan ia meletup.
5. PASTIKAN DAPUR KACA BERKUALITI
Jika ingin membeli dapur kaca pastikan dahulu kualiti rekaannya dan diiktirafkan. Biar mahal asalkan keselamatan anda terjamin berbanding membeli yang murah dan tidak berkualiti, mampu membahayakan anda.
Jadi tak salah anda nak guna dapur kaca cuma kena ada ilmu dan tahu guna. Elakkan sebarang yang boleh mengundang bahaya, itu dah cukup!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebiasaannya ramai orang yang melakukan aktiviti larian bukanlah perkara sukar. Tapi pernahkah anda sendiri berasa tercungap-cungap ketika melakukannya.
Dan pernahkah anda tertanya-tanya mengapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan aktviti larian dilakukan secara rutin?
Sebenarnya antara salah satu faktor penting mendapatkan larian yang selesa, berkualiti dan lebih jauh serta pantas adalah dengan menggunakan teknik pernafasan yang betul.
Perlu ingat juga melakukan larian tidak seharusnya memberi terlalu banyak tekanan kepada kadar denyutan jantung. Anda sebenarnya disaran melakukan larian menggunakan latihan MAF.
Bernafas dengan betul ketika melakukan larian memainkan peranan penting untuk elak anda daripada sesak nafas atau terasa mengah.
Usah risau, ikuti teknik bernafas ketika melakukan larian di bawah. Ada 7 perkara paling penting yang harus anda lakukan.
TEKNIK BERNAFAS DENGAN BETUL
1. Gunakan teknik bernafas dengan menarik udara secara dalam, bukannya dengan nafas pendek.
2. Bernafas sampai ke perut, bukan setakat dada. Bila bernafas sampai ke perut itu maksudnya lebih banyak udara ada di dada.
3. Postur badan jangan bongkok. Ini kerana jika anda membongkok dada akan menjadi kecil. Jadi semasa berlari badan kena tegak dan sentiasa buka dada.
4. Bernafas dengan relaks, bukan laju-laju.
5. Bernafas sedut ikut hidung dan hembus ikut mulut.
6. Setiap 3 tapak diam bila sedut nafas, 2 tapak hembus nafas.
7. Kalau dah tercungap-cungap tak cukup nafas, slowkan pace dan cuba ambil nafas dengan tenang.