Waktu kulit breakout teruk, itu satu masalah besar bagi golongan wanita. Habis cara dia kan cuba selamatkan wajahnya semula. Pendek kata, selagi tak jumpa produk yang ngam, selagi itu lah misi pencarian barang baik akan diteruskan.
Nak tahu produk mana yang elok dan baik untuk kulit, baca perkongsian Facebook Aznini Azis menerusi laman Facebooknya.
Kulit Breakout Teruk, Wanita Ini Kongsi Barang Baik Yang Pulihkan Wajah
SEBELUM (hujung tahun 2017)
Pertama sekali, kulit muka saya breakout bukan disebabkan oleh pemakaian local produk tapi disebabkan alergik makanan.
Jenis jerawat yang menyinggah tak payah cakap lah, semua ada. Jerawat batu, nasi, pasir and so on. Kalau dah muka menggerutu, nak keluar rumah pun kurang confident apatah lagi nak jumpa orang.
Ini antara produk yang saya guna, harga mampu milik yang mana anda semua memang terlebih mampu nak beli.
1. Pencuci Muka (Eucerin White Therapy Clinical Gentle Cleansing Foam)
Untuk anda yang kulit sensitif, boleh try guna ni. Sebab kulit saya memang over sensitif. Bila try je cleanser lain yang tak sesuai terus rasa pedih dan muka jadi kering gila plus merah-merah minta cendol.
Tapi yang ini serius best sebab akan lembapkan kulit dan langsung tak mengeringkan kulit.
Ads
2. Skrub (St. Ives Oatmeal Scrub + Mask)
Okay part scrub, anda kena pilih ikut jenis kulit sebab dia dah spesifikasi mengikut jenis kulit muka kita.
Saya sendiri pilih yang oatmeal sebab dia punya biji scrub halus dari yang appricot punya. Oatmeal ini sesuai untuk anda yang dry skin sebab dia bertindak melembapkan kulit.
3. Toner (Safi Penyegar)
Tak semua orang rajin nak pakai toner. Tapi ini antara step yang paling penting dalam rutin harian. Bagi anda yang ada masalah pori terbuka, anda memang patut apply toner. Paling malas pun sehari sekali dah cukup. Tak kisah lah toner jenis apa pun, janji sesuai dengan kulit muka.
Ads
4. Serum (Chriszen)
Okay serum ni tak semua orang suka pakai, sebab ada yang jenis melekit dan berminyak. Anda kena pandai cari yang water based sebab dia terus meresap ke dalam kulit kita. Saya pilih yang ini sebab dia ada effect brightening dan moisturizing plus ada kolagen sekali.
5. Moisturizer (Safi Pelembap Muka)
Mesti pelik kan, dah pakai serum pastu nak pakai moisturizer lagi? Itu asas ya, umpama ada baja kemudian kena siram. Lagi pun saya suka buat benda ni mekap based sebelum bersolek. Nanti skin nampak moist and glow gittew.
6. Masker (NARUKO)
Ads
Masker ni best sebab harga murah lepas itu banyak pilihan. Anda pun tau kan produk naruko ni antara produk yang best seller dekat taiwan. Saya pernah cuba yang hydrating dengan yang brightening. Kulit lepas pakai, memang best. Dapat minimize kan pores kita dan memang hydrate kan kulit. Cuba, ya!
7. Ubat Jerawat (POND’S Acne Clear)
Okay dalam banyak-banyak ubat jerawat yang saya pernah try tapi yang ni paling superb. Bagi lah jerawat besar gedabak mana pun, produk ini boleh settle. Sapu malam ni esoknya terus lesap. Lepas apply anda akan rasa sedikit pedih, itu normal.
8. Ubat Parut (Hiruscar Gel)
Yang ni pun best sebab murah tapi berkesan. Ramai yang syorkan ubat parut yang sampai 80 hinggit tapi tak mampu nak beli. Akhir sekali cuba yang ni dan kesannya memang bagus. Makan masa juga kesannya, jadi jangan pula bajet pakai sehari terus okay.
SEKARANG
Kesimpulannya jika kulit muka anda breakout teruk, pastikan anda tahu bahan yang digunakan untuk elakkan muka bertambah rosak.
Ini semua boleh ditemui di drugstore ya, jadi inshaa Allah selamat untuk kulit anda. Selamat bercantik-cantik!
Agak-agak, kalau anda pakai Niacinamide sahaja, boleh ke nak pudarkan jeragat yang ada di wajah?
Haa… boleh tapi kesannya sangat lambat. Itu sahaja. Nanti ada yang mula putus asa dan malas nak jaga kencantikan sebab tak lambat sangat nak nampak perubahannya.
Nak Pudarkan Jeragat
Lebih baik gabungkan bersama bahan pencerah lain, sebolehnya 3 4 atau jenis jenis pencerahan. Sebagai rujukan tengok sini:
Masalah jeragat, kena usaha lebih kalau nak rawat. Tak boleh nak biarkan dulu tunggu ada mood nak bercantik-cantik, nanti makin susah dan pakai banyak kos.
Memang ada fasa untuk handle jeragat, kena sekat melanin berlebihan itu terus keluar dari kilang melanocyte.
Kemudian, kena kawal melanin itu tak over produce naik ke permukaan kulit. Yang mana dah
terlepas tu, kena pudarkan.
Maksudnya di sini, cuma ada ini POINTS untuk sekat pengeluaran melanin punca jeragat.
Sebelum pengeluaran melanin.
Fasa ini ada bahan dan fungsinya pun berbeza. Nampak tak? Betapa pentingnya anda ambil peduli bahan dalam setiap produk yang diguna kalau nak cantik tanpa masalah jeragat.
Nanti pastikan anda hafal sebelum keluar beli bahan pudarkan jeragat, senang!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang agak keliru dengan penggunaan bedak asas/foundation dengan pelindung cahaya matahari atau sunblock.
Apakah kedua-duanya benda yang sama atau mempunyai peranan tersendiri. Perkongsian dari Pensyarah Kanan Kimia & Penyelidik UiTM, Dr Fatimah Salim memberitahu pentingnya penggunaan pelindung cahaya matahari ini dalam menjaga kulit wajah.
Biasa saya tidak manjakan kulit kalau duduk di rumah, cukup setakat pakai pelembab. Pelindung cahaya matahari juga saya tidak pakai kerana yakin dengan cermin rumah yang tinted.
Namun disebabkan cuaca panas yang amat, hari ini saja saya sudah 3 kali pakai pelindung cahaya matahari (pagi, lepas zuhur dan lepas azar).
Tahukah anda pemakaian pelindung cahaya matahari SANGAT penting? YA. Terutamanya bagi mereka yang memiliki kulit yang cerah disebabkan kurangnya pigmen melanin.
Selain memberikan warna kepada kulit, melanin merupakan bahan kimia semula jadi yang dihasilkan oleh kulit yang mana berfungsi untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat cahaya matahari yang berlebihan.
Nak tahu lebih mengenai pelindung kulit daripada cahaya matahari ini, jom baca ulasan yang pernah saya kongsikan dulu
————————————————————————————- PELINDUNG CAHAYA MATAHARI Kita selalu dengar mengenai produk penjagaan kulit yang dikenali sebagai pelindung cahaya matahari (sun protection). Daripada beberapa maklumat yang saya perolehi, ramai yang keliru dengan istilah “Chemical and Physical sun protection”, begitu juga dengan istilah “sunblock” (penghalang matahari) dan “sunscreen” (pengadang matahari).
Maka artikel ini akan cuba untuk menjelaskan perbezaan, dan keperluan mereka ini dari sudut kimia. Sebelum itu mari kita ulangkaji dulu apa itu cahaya matahari (tenaga apa yang terdapat di dalamnya) dan struktur kimia kulit agar kita jelas tentang fungsi perlindungan yang dimaksudkan, juga jenis interaksi kimia yang mampu dihasilkan.
Apakah yang Membentuk Cahaya Matahari?
Cahaya matahari ialah sebahagian daripada gelombang elektromagnet (electromagnetic wave) bersifat gabungan cahaya dan haba yang dipancarkan oleh matahari.
Sinaran yang sampai kepada kita telah ditapis oleh lapisan atmosfera bumi yang mana terdiri daripada tiga kumpulan tenaga iaitu ~5% ultraungu (Ultra Violet: kurang dari 400 nm), ~43% cahaya Nampak (visible: 400 – 700 nm), dan ~55% inframerah (IR: lebih dari 700 nm).
Antara jenis tenaga yang dibawa oleh cahaya matahari ini, tenaga UV merupakan tenaga yang paling kuat yang mana mampu berinteraksi dengan sel kulit, seterusnya menyebabkan perubahan kepada struktur kimia kulit kita.
Tenaga UV yang sampai kepada kulit kita ini diklasifikasikan kepada dua, mengikut jumlah kerosakkan yang mampu dilakukannya iaitu dikenali sebagai ultra violet ageing (UVA: 320 – 400 nm), dan ultra violet burning (UVB: 290 – 320 nm).
Dan cahaya UV inilah yang harus dielakkan dari mencapai ke permukaan kulit kita kerana ianya mampu menggelapkan dan membakar lapisan kulit (sunburn), seterusnya menyumbang kepada masalah kulit yang lebih teruk termasuklah penuaan pramatang dan kanser.
Bagaimanakah Struktur Kimia Kulit?
Kulit kita ialah epitilium berlintap (stratified epithelium), di mana setiap lapisan mengandungi jenis sel yang berlainan dan menjalankan fungsi yang berlainan. Ianya terdiri daripada tiga lapisan utama iaitu epidermis, dermis dan hypodermis.
Di sini kita akan memberi tumpuan kepada lapisan paling luar iaitu lapisan epidermis yang mana terbentuk daripada dua lapisan utama yang dipanggil lapisan corneum (mengandungi sel-sel mati dan mengelupas), dan Malpighian (mengandungi pigment melanin yang memberi warna kepada kulit).
Lapisan corneum terbentuk dari bahan-bahan kimia semulajadi seperti ceramides, cholesterol dan free fatty acids. Antara bahan-bahan kimia ini, ceramides mendominasi (~50%) dan terbentuk dari molekul berkomponen sphingoid (sphingosine, phytosphingosine, 6-hydroxysphingosine atau dihydrosphingosine) yang memiliki sifat hydrophobic (tidak suka air) dan hydrophilic (suka air) – rujuk gambar di bawah.
Bahagian hydrophilic ini mampu membentuk ikatan hydrogen (Hydrogen bond) dengan bahan kimia di dalam formulasi pelindung cahaya matahari yang digunakan pada kulit. Lapisan Malpighian mengandungi sel-sel aktif yang berperanan menggantikan sel-sel mati pada lapisan corneum tadi dan berfungsi sebagai pelindung dari pancaran cahaya matahari.
Walaupun kulit secara semulajadi mempunyai pelindung cahaya matahari, namun disebabkan oleh pelbagai faktor (genetik, diet pemakanan, stress, aktiviti harian, perubahan hormone, usia, jantina dan pemakaian produk harian) akan penyumbang kepada kepelbagian komposisi bahan kimia kulit.
Tambahan pula kita berada di negara Malaysia yang beriklim panas (dan lembab), kita memerlukan perlindungan tambahan iaitu dengan memakai pelindung cahaya matahari yang bersesuian.
Apakah itu Pelindung Cahaya Matahari?
Pelindung cahaya matahari ialah formulasi produk berupa losen, gel, lilin (waxes) atau semburan yang mengandungi campuran bahan kimia aktif yang dipakai pada permukaan luar kulit (topikal) bertujuan untuk melindungi kulit dari sinaran UV matahari. Pelindung cahaya matahari ini diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu kimia dan fizikal – lihat contoh gambar di bawah .
Pelindung cahaya matahari kimia mengandungi bahan kimia organik seperti octylcrylen, avobenzone, actinoxate… yang mudah larut dalam air, larutan organik atau minyak. Disebabkan oleh sifat keterlarutan, bahan kimia ini mampu membentuk ikatan hydrogen dengan struktur kimia kulit dan menghasilkan kemasan kepada si pemakai.
Bahan kimia pelindung ini akan menyerap cahaya UV yang terkena padanya dan menukarkan tenaga UV ini kepada sinaran electromagnet yang lebih rendah tenaga (kurang mudarat) iaitu infrared (IR) untuk dibebaskan.
Pelindung cahaya matahari kimia biasanya menjadi pilihan kerana ianya mudah penyerap dalam kulit dan memberikan perlindungan yang lebih menyeluruh, namun boleh menyebabkan kerengsaan kulit kerana cahaya yang diserap oleh bahan kimia tadi berbentuk haba yang boleh dipindahkan kepada sel kulit. Namun kesan ini bergantung kepada tahap sensitiviti kulit masing-masing.
Pelindung cahaya matahari fizikal pula mengandungi bahan kimia tidak organik seperti zinc oxide, titanium dioxide…yang tidak larut. Maka ianya tidak akan membentuk ikatan hydrogen dengan struktur kulit, namun bergantung kepada jumlahnya, mungkin mengaruh (induced) daya electrostatik dengan komponen kulit tadi.
Pada awalnya, mekanisma perlindungan oleh bahan kimia ini diterangkan sebagai memantulkan (reflect) atau menyelerakkan (scatters) cahaya UV menjauhi kulit. Namun, kajian mutakhir membuktikan bahawa mekanisma lindungan ini hanyalah benar jika partikel bahan kimia yang digunakan adalah bersaiz besar.
Memandangkan kini banyak penambahbaikan telah dibuat seperti mengecilkan saiz partikel (nanoteknologi) bahan kimia bermetal ini juga sebenarnya menyerap cahaya UV.
Pelindung cahaya matahari jenis fizikal kurang digemari kerana melekit, sifat metalik bahan kimia yang digunakan (berkilat pada kulit) dan kurang kemasan (finishing) pada kulit, namun pelindung cahaya matahari jenis ini lebih selamat dan sesuai untuk jenis kulit sensitif.
Terdapat juga pelindung cahaya matahari yang mengandungi bahan kimia yang bersifat fizikal dan kimia (hybrid) seperti bisoctrizole atau lebih dikenali dengan nama Tinosorb M. Bahan kimia jenis ini menjadi bahan penstabil bahan kimia organik sedia ada, agar kurang termusnah dek kerana serapan cahaya UV yang berlebihan.
Di masa yang sama ianya juga mempunyai jangkauan lindungan UVA dan UVB yang lebih luas serta lebih stabil daripada pelindung cahaya matahari jenis kimia dan fizikal bersendirian. Namun, pengunaan pelindung cahaya matahari jenis ini tidak diketahui kesan jangka panjangnya pada kulit.
Apa pula perbezaan “Sunblock” dan “Sunscreen”?
Sebenarnya sunblock dan sunscreen adalah bertujuan yang sama iaitu memberikan perlindungan kepada lapisan luar kulit daripada terkena cahaya UV matahari. Asalnya istilah “sunblock” digunakan untuk pelindung cahaya matahari yang bersifat fizikal kerana mekanisma lindungan dengan pemantulan atau penyelerakkan tadi.
Namun setelah dibuktikan melalui kajian mutakhir yang mana mekanisma lindungannya juga adalah melalui serapan (absorption), maka istilah “sunblock” ditarik semula dan diseragamkan kepada istilah “sunscreen” sahaja. Walaubagaimanapun, konsep awal ini masih lagi digunakan secara meluas oleh penerang awam (baca: kebiasaan).
Bagaimana Memilih Pelindung Cahaya Matahari?
Selain daripada mengambil kira kesesuaian kulit, pemilihan dalam pelindung cahaya matahari juga dinilai dengan melihat Sun Protection Factor (SPF) dan Protection against UVA (PA) [atau biasa dinyatakan ‘broad spectrum protection’ sahaja] yang mampu ditawarkan oleh produk tersebut.
SPF merupakan skala yang digunakan untuk menilai daya tahan bahan kimia di dalam formulasi pelindung cahaya matahari melawan cahaya UV selama 10 minit sebelum sampai ke lapisan kulit. Ianya diukur dengan kadar serendah 2 sehingga 100.
SPF dikira dengan mengunakan formula matematik yang komplex namun boleh diringkaskan seperti:
Contoh, produk yang mempunyai SPF 15 mampu bertahan di bawah terik matahari selama 150 minit (15 x 10) sebelum permukaan kulit terbakar (sunburn).
Namun, kesilapan yang biasa berlaku adalah dengan menganggap tempoh keberkesanan pelindungan boleh diambil secara terus dari hasil pendaraban ini.
Faktor lain juga harus diambil perhatian kerana jumlah pendedahan matahari terhadap kulit adalah lebih bergantung kepada tempoh masa yang dihabiskan di bawah matahari, keterikan cahaya matahari (jumlah cahaya UV pada ketika itu), dan ketahanan bahan kimia pelindung sebelum termusnah.
Juga kandungan lain di dalam formulasi pelindung cahaya matahari seperti bahan kimia barium sulfate dan talcum (talc). Dan yang paling penting ialah cara pemakaian yang betul (jumlah yang perlu disapu pada kulit) mengikut kesesuian aktiviti.
Nota Kaki: Jika anda mempunyai kulit yang sangat sensitif, mohon rujuk pakar kulit untuk cadangan pilihan pelindung cahaya matahari yang bersesuaian. Semoga bermanfaat ChM Dr Fatimah Salim Ahli Kimia #skincarelover
‘Dua-dua cantik, tak jemu melihat’ – macam kembar, penampilan Fazura & Tengku Permaisuri Selangor jadi perhatian. Keakraban pelakon dan juga usahawan, Fazura dengan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin memang tidak dapat dinafikan.
Hubungan rapat ini dapat dilihat apabila kedua-duanya sering hadir bersama-sama dalam majlis formal atau tidak.
‘Dua-Dua Cantik, Tak Jemu Melihat’
Malah ketika sambutan hari lahir DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Jun lepas juga menyaksikan Fazura dijemput beramah mesra dan sebagai kejutan hari lahir Permaisuri Selangor ini.
Bukan itu saja, kedua-duanya juga turut dilihat hadir ketika majlis pratonton tayangan filem Mat Kilau yang menyaksikan suami kepada Fazura, Fattah Amin berlakon dalam salah satu watak.
Terbaru keduanya juga hadir bersama menyaksikan konsert Kumpulan Dewa 19 apabila penampilan Fazura bersama DYMM Tengku Permaisuri Norashikin adalah seperti kembar pada malam itu.
hafeez252 Cantik sungguh Tengku Permaisuri Norashikin dan Puan Fazura ..x jemu melihat mereka berdua
Ternyata hubungan baik antara Fazura dengan DYMM Tengku Permaisuri ini juga dapat dilihat apabila Fazura turut menerima pemberian istimewa Tengku Permaisuri Selangor buat anak tersayang, Fatima.