Agak-agak, kalau anda pakai Niacinamide sahaja, boleh ke nak pudarkan jeragat yang ada di wajah?
Haa… boleh tapi kesannya sangat lambat. Itu sahaja. Nanti ada yang mula putus asa dan malas nak jaga kencantikan sebab tak lambat sangat nak nampak perubahannya.
Nak Pudarkan Jeragat
Lebih baik gabungkan bersama bahan pencerah lain, sebolehnya 3 4 atau jenis jenis pencerahan. Sebagai rujukan tengok sini:
Masalah jeragat, kena usaha lebih kalau nak rawat. Tak boleh nak biarkan dulu tunggu ada mood nak bercantik-cantik, nanti makin susah dan pakai banyak kos.
Ads
Memang ada fasa untuk handle jeragat, kena sekat melanin berlebihan itu terus keluar dari kilang melanocyte.
Kemudian, kena kawal melanin itu tak over produce naik ke permukaan kulit. Yang mana dah
terlepas tu, kena pudarkan.
Ads
Maksudnya di sini, cuma ada ini POINTS untuk sekat pengeluaran melanin punca jeragat.
Fasa ini ada bahan dan fungsinya pun berbeza. Nampak tak? Betapa pentingnya anda ambil peduli bahan dalam setiap produk yang diguna kalau nak cantik tanpa masalah jeragat.
Nanti pastikan anda hafal sebelum keluar beli bahan pudarkan jeragat, senang!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun hanya bekerja dari rumah saja namun tidak membataskan seseorang itu untuk sentiasa kekal cantik.
Seperti yang dilakukan oleh pelakon jelita Izara Aishah yan mengakui ‘self love’ atau menyayangi diri sangat penting dalam kehidupan seseorang.
Justeru tidak ada masalah baginya untuk mempraktikan perkara ini dengan sentiasa berhias cantik di rumah kerana perbuatan ini membuatkan dirinya lebih gembira.
“Self love itu amat penting untuk diri sendiri. Apatah lagi waktu sekarang ini kita kena tahu cara terbaik untuk buat diri kita sendiri rasa gembira.
“Saya suka buat diri gembira dengan bersolek di rumah, bersiap cantik-cantik dan bergaya depan cermin pun sudah boleh buat saya gembira. Maklumlah saya ini kuat berangan orangnya,” ujar Izara ketika sesi virtual eksklusif BeauRaya yang turut disertai penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nabila Razali dan pengacara Hawaii Rizwana baru-baru ini.
Tujuan sesi virtual ini diadakan adalah bagi mengharga peminat da penguna setia produk Beausiti dengan memberi semangat positif dan inspirasi dalam mengharungi pelbagai cabaran ketika pandemik Covid-19.
Kebanyakan wanita cukup takut kalau wajah tua dari usia sebenar, namun apa cara yang terbaik untuk kelihatan awet muda dengan cara yang selamat dan jimat?
Ini usia belum pun cecah 40an tetapi sudah ada garis-garis halus di dahi dan bahagian tepi mata. Malah wajah juga kelihatan kusam dan lebih tua berbanding usia sebenar.
Apa faktor sebenarnya terjadinya masalah ini. Semuanya adalah berkaitan dengan faktor pemakanan dan kurang menjaga kesihatan diri.
Faktor Wajah Tua Dari Usia
Jika ada faktor di bawah ini menjadi amalan anda, tinggalkan tabiat ini agar wajah anda kembali segar, bermaya dan nampak muda.
Terlalu terdedah kepada cahaya matahari boleh merosakkan kulit sekali gus menyebabkan berlakunya penuaan kulit melalui tekanan oksidatif. Sentiasalah memakai krim pelindung wajah atau sebaiknya kurangkan aktiviti anda di luar rumah.
Perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas boleh merosakkan sel-sel kulit.
Tekanan yang berlebihan boleh mempercepatkan penuaan otak sekali gus meningkatkan tekanan darah dan mengganggu tabiat tidur yang akhirnya merangsang proses penuaan badan secara keseluruhan.
Tidur menelungkupkan muka pada posisi yang sama di bantal setiap hari juga boleh mempercepatkan penuaan dan menimbulkan kedutan atau garis-garis tidur.
Pastikan anda tidur secukupnya setiap malam, 7-9 jam ya. Kalau tidak cukup tidur atau mempunyai tidur yang tidak berkualiti, ini akan memberi banyak kesan pada kesihatan antaranya meningkatkan berat badan, menjadikan kulit pucat dan wajah nampak tua, menjejaskan sistem imun dan daya ingatan serta mengurangkan tumpuan.
Kulit yang terdedah pada pencemaran seperti asap, habuk, kekotoran dan bahan kimia juga boleh menjadi antara punca berlakunya penuaan kulit kerana ia boleh merangsang pelepasan radikal bebas yang merosakkan kulit.
Seorang perokok tegar memiliki wajah yang kelihatan lebih tua berbanding umur sebenarnya. Merokok dan menghidu asap rokok boleh menghasilkan banyak radikal bebas yang mempercepatkan penuaan kulit. Tabiat tidak sihat ini juga boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit antaranya penyakit jantung, kemandulan, tekanan darah tinggi dan pelbagai jenis kanser khususnya kanser paru-paru.
Kebanyakan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes, kanser dan arthritis berkait rapat dengan berat badan berlebihan. Ini mungkin disebabkan oleh sel-sel lemak yang menggalakkan proses penuaan.
Nak kena ambil peduli beza loose powder dan mineral powder dulu sebelum pergi lebih jauh soal mekap bagi nampak glowing dan natural.
Hah, kali ini jom baca perkongsian menarik daripada saudari Hanis tentang perbezaan antara loose powder dan mineral powder.
Loose powder ini fungsinya untuk lock makeup. Loose powder ini lebih full coverage dan boleh lock makeup prevent kulit daripada berminyak dan set makeup lagi lama.
Mineral powder lebih ringan dan sesuai untuk kulit sensitif. This one coverage more to sheer & natural look dan sesuai untuk natural look & nampak smooth sahaja.
Jadi pilihan di tangan anda, mahu pakai yang mana ikut keselesaan kulit dan majlis yang mahu anda raikan. Barulah cun dan tak nampak pelik beli bersiap!
Selamat bercantik-cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.