Sasha Saidin

Terselit petua cantik Sasha Saidin, walaupun sudah hampir 50-an tetapi tetapi nampak muda dan seolah-olah tidak dimakan usia.

Bekas penyanyi dan pelakon ini yang juga merupakan kakak kepada Zain Saidin tidak kedekut untuk berkongsi kepada peminatnya tentang rutin harian yang diamalkan sepanjang bergelar ibu kepada Adam Aryasenna Notosoemarsono.

Mempunyai raut wajah kacukan, ini menjadi satu bonus buat Sasha yang dilihat agak pandai jaga badan dan penampilannya.

Sasha yang kini menetap di Dubai menzahirkan rasa syukur apabila dikurniakan kesihatan yang baik dan rupa paras jelita.

Kecantikan Warisi Genetik Ibu

Petua Cantik Sasha Saidin, Teruja Melihat Air Wajahnya Tak Dimakan Usia

Kongsinya, “Rutin tak banyak mana cuma kami beruntung bila ada yang kata saya dan Zain nampak muda dari usia. Kalau tengok Arya dan Aaisyah (anak Zain dan Che Ta), gen mak keturunan Inggeris memang kuat.

IKLAN

“Dari anak-anak sampai ke cucu warisi gen mak. Alhamdulillah, mak pun nampak muda dari usia, fizikal dan mental.

“Bahkan masa saya remaja umur 13 ke 14 tahun dulu muka saya nampak lebih macam budak-budak lagi. Sebabkan wajah keanak-anakan, saya tak popular dalam kalangan budak lelaki yang ingat saya masih kanak-kanak. Tapi sekarang ia satu kelebihan buat saya,” dedahnya sambil ketawa.

Petua Awet Muda Sasha Saidin

Petua Cantik Sasha Saidin, Teruja Melihat Air Wajahnya Tak Dimakan Usia

Ketika disoal adakah terdapat sebarang amalan-amalan atau petua kecantikan yang diamalkan hingga kini, ini respon yang diberikan oleh Sasha.

IKLAN

“Dari dulu saya pastikan muka bersih dan cuci mekap. Penat macam mana pun saya akan cuci muka dan tak masuk tidur tanpa buang mekap. Saya juga guna skrub di T-Zone dan bahagian hidung. Pakai pelembap, dan letak minyak kelapa dara untuk kesihatan rambut.

“At my age, rambut still sihat. Dari dulu sampai sekarang, saya letak minyak tersebut yang ada bau bunga jasmin sekurang-kurangnya once every two weeks.

“Sekarang pun saya dah mula pergi gym dulu tak pernah pergi. Pergi sebab suami aktif ke gim. Kalau tak sempat, saya pergi walk at least 5 km or more. To get the heart going and stamina.

IKLAN

“Sejak usia cecah 40 tahun ke atas, jujur berat badan sebenarnya dah naik. Masa remaja dulu saya bertuah sebab high metabolism walau kuat makan tapi tak naik berat. Dalam kalangan Elite pun saya yang paling kuat makan. Bila dah 40, susah nak turun berat badan.

“Sekarang semua kena sederhana. Makan kena cut down. Kalau dah berumur nak kurus macam dulu tak boleh dah. Jadi, saya akan enjoy pergi gim sambil tengok Netflix ke. Tapi tak terlalu ekstrem dan kira kalori makanan. Yang penting, moderation dan terus amal gaya hidup aktif serta sihat,” jelasnya lagi.

Selain itu:  Kulit Maryam Bersih Tanpa Cela, Ini Rutin Nak Cantik Cara Kilat

Untuk rekod, Sasha melangsungkan perkahwinan kali ketiga bersama duda anak dua, Sirhan Wahab pada Januari 2020 dan pasangan ini menetap di Dubai.

Empat tahun berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sasha yang juga suri rumah tangga tetap aktif dan bekerja secara sambilan di sana sebagai pengacara majlis, modelling dan memenuhi tawaran nyanyian.

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI