Sejuk tengok peribadi dan perwatakan Irma Hasmie. Memulakan karier seni sebagai model dan pelakon, fokus Irma hari ini lebih tertumpu kepada aktiviti dan misi kemanusiaan.
Baru-baru ini ada salah satu posting Irma menarik perhatian Rapi ialah tentang penjagaan kulit wajahnya. Dia yang mempunyai raut wajah yang cerah dengan hanya memakai tudung bawal, dilihat tersenyum manis di hadapan satu hidangan dengan satu kapsyen menarik tentang penjagaan wajah.
Bersambung hari kedua pula, ini yang Irma naikkan di laman instagram miliknya tentang pentingnya untuk menjaga kulit wajah dari awal dengan produk yang sesuai sebelum anda terpaksa berhabis duit berganda disebabkan masalah jeragat.
Ads
“Semalam cerita pasal outing without make up. Betul, ada je hari malas kita. Ke saya je yang malas-malas ni? Kulit kering dan mudah naik pigmen. Yang itu memang kena jaga. Sekurang-kurangnya sunscreen jangan tinggal. Kalau dah ada jeragat kena spend duit pi laser, lagi banyak duit kena keluar. Jadi mula jaga dari awal.”
Untuk nota terkini, Irma Hasmie dikurniakan dua cahaya mata bernama Redza Shah Irfhan dan Irma Nur Naylie selepas hampir 10 tahun berkongsi kehidupan bersama Redza Shah Azmeer pada tahun 2012.
Haa.. sudah berpangkat ibu anak dua ya. Tetap dia rajin bab penjagaan kulit wajahnya dan penampilan Irma pun sangat sopan dan menjaga aurat. Moga dia terus istiqomah dan bahagia bersama keluraga tersayang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa kata kalau mempunyai penyakit tak boleh melakukan sebarang diet. Sebenarnya tidak ada yang mustahil asalkan ada usaha seseorang itu untuk memastikan mendapat berat ideal seperti diimpikan.
Seperti perkongsian wanita ini, yang menghidap arthritis tetapi mampu mengamalkan diet dengan dipantau oleh physio dan trainer terlatih.
Menurutnya dia menhidap penyakit ini disebabkan kesan berat badan dialami sebelum itu.
Setelah mengamalkan apa disaran, dia berjaya melenyapkan 10 kg dalam masa 3 bulan secara diet santai.
Ayuh, ikuti perkongsian Sheila Jamal di laman sosial Facebook Diet Suku-Suku Separuh.
Sifu saya ada menjelaskan….(pakar teknologi pemakanan & blogger laman kesihatan)
Diet ini sendiri bermaksud membina tubuh badan..(bukan sekadar untuk kurus..)
Analoginya untuk lebih mudah faham,
‘Jika kita membina sebuah rumah, dengan menggunakan bahan binaan yang tidak berkualiti, hasilnya rumah tidak akan kukuh.. retak, dan boleh roboh.. ‘
Jika kita bina dengan bahan binaan yang berkualiti, insyaAllah rumah akan terbina cantik, kukuh dan insyaAllah tak mudah roboh’
Sama lah juga seperti tubuh badan kita, jika kita mengambil pemakanan yang lebih berkualiti, yang lebih sihat.. seimbang. InsyaAllah badan kita akan kurus dengan sihat… dan tidak mudah mendapat penyakit.. tubuh kita akan berterima kasih kepada kita.
Apalah maknanya kurus, bodyfat rendah… tapi kolesterol plak tinggi…bacaan gula pun tinggi.. dan akhirnya mendapat penyakit NCD spt darah tinggi, kencing manis, asthma, jantung.. strok…dll.. gerd , gastrik pun punca pmakanan.. dan akhirnya boleh mndapat anxiety…
Saya bukan pengamal eat clean, makanan saya pun tidak semuanya ‘clean’ tapi jika diberi pilihan, saya enjoy memilih makanan yang saya rasa saya perlu mengikut limit yang telah disarankan.
Makan ikut AMDR bgi keperluan makro, makan ikut keperluan kalori… makan ikut limit bersesuaian dengan kadar keaktifan saya seharian.. begitu juga dgn garam, gula.. semua kena kawal..
Buat full check up ‘cvd screening’ di klinik kesihatan/private..alhamdulillah semua line normal… tiada yang sangkut
Diet suku suku separuh = Pinggan Sihat Malaysia
Maka, pilihlah makanan yang lebih sihat
Pastikan snacking anda pula bagaimana.
AKAN TETAPI, jika ada yang tidak mampu untuk melakukannya @ stress, boleh la makan mengikut kawalan kalori. Makan apa yang ada, slowly but surely.. biasa dengar kan? Tetapi tetap juga kena kawal, ya kurus tetap kurus, tapi sihat pun menjadi keutamaan dalam diet kita.
Berjaya 65kg ke 52kg. Migrain hilang, sakit lutut berkurang. Bodyfat 22% pling rendah boleh capai ( 21 % blum pnh cecah lg..)
Otw for lean… bukan mudah ni.. but still ok <30%
insyaAllah akan ikut kata my trainer nnti…
Visceral fat- healthy. Lolesterol – normal. Gula – normal
***Walau begitu, saya pngidap arthritis yang perlu dipantau oleh physio dan trainer kerana sakit yang diperoleh effect berat badan dulu.. jadi, hati-hati ya kawan-kawan… mana yang sakit lutut sekarang akibat obes, turunkanlah berat badan segera..jangan buat senaman yang tidak bersesuaian dengan berat badan anda.. sharing yang perlu di share atas pengalaman.**
**Bukan soal turun berat, tapi soal bolehkah maintain?
**Bukan soal kurus, tapi soal bolehkah sihat?
Walaupun saya mengajar orang, tapi saya tetap ada sifu, tetap ade trainer lagi…
Ilmu itu luas… walau kita tahu banyak perkara, orang lain lebih banyak tahu ..semakin kita belajar semakin kita tak tahu..
Kita hanya ikhtiar, jika nak dapat sakit, itu ketentuaNya..
Nama Datuk Hajah Sarimah Ahmad tetap menjadi pujaan dan lagenda, walau sudah lama meninggalkan dunia glamour namun kehidupannya tetap menjadi tumpuan peminat.
Bakal menginjak ke umur 81 tahun bulan April nanti, dia kelihatan masih cantik dan sihat macam dulu.
Malah jika dilihat wajah dan fizikal pelakon wanita Malaysia yang terkenal dalam filem hitam putih Melayu era 1960-an dan 1970-an ini, langsung tak nampak usianya sudah mencecah 80-an, seolah-olah macam 50-an.
Agaknya apa rahsia awet muda beliau? Jom kita selongkar beberapa amalannya.
Petua Awet Muda Sarimah Ahmad
Ini antara tips dan rahsia awet muda yang beliau kongsikan ialah :
1. Bangun Tidur Dan Mandi Sebelum Subuh
Seawal usia 4 tahun lagi beliau telah dididik oleh ibu bapa untuk mandi pada pukul 5 pagi dengan air perigi yang sangat sejuk. Air yang sejuk sangat baik untuk kesihatan, ditambah lagi dengan mandi sebelum Subuh.
Kini seawal jam 3.30 pagi atau selewat-lewatnya 5.00 pagi beliau akan bangun dan terus mandi. Kemudian beliau melakukan solat Tahajjud, solat Taubat dan membaca Al-Quran sebelum solat Subuh.
2. Melakukan Senaman
Beliau sangat berdisiplin dalam melakukan senaman. Setelah bangun dari tidur beliau melakukan senaman regangan selama 30 minit. Dan melakukan kerja-kerja rumah untuk mengeluarkan peluh.
3. Amalkan Makanan Sunnah
Walaupun telah mempunyai 32 orang cucu dan 5 orang cicit beliau masih kelihatan anggun. Sebelum solat Subuh, beliau minum air zamzam, mengambil satu camca extra vir gin olive oil yang dicampur dengan habbatus sauda, satu camca madu lebah asli (King of Madu) dan minum air suam.
4. Makan Masakan Tanpa Minyak
Beliau lebih gemarkan makanan yang dimasak tanpa minyak seperti ikan bakar yang dimakan dengan sayur masak air sahaja.
5. Makan Buah-buahan dan Ulam-ulaman
Beliau mengambil buah-buahan seperti betik, nanas dan pisang kerana mengandungi banyak serat dan juga jimat dari segi kos. Amalan makan ulam-ulaman juga telah menjadi kebiasaan hasil ajaran ibu beliau.
6. Elak Tidur dalam Bilik Berhawa Dingin
Amalan beliau sejak dari dulu ialah tidak tidur dalam bilik berhawa dingin kerana ia tidak baik untuk kesihatan.
7. Setiap Perbuatan Mesti Ikhlas
Akhir sekali, tips yang beliau berikan ialah setiap pekerjaan mesti dilakukan dengan ikhlas dan semata-mata kerana Allah.
Khabarnya, Datuk Sarimah sekarang lebih selesa hidup sederhana. Pernah dia berkongsi, penglibatannya dalam dunia lakonan bukan untuk populariti, glamour dan juga duit.
Itulah Sarimah, seniwati yang popular sejak di zaman Studio Jalan Ampas sehinggalah hari ini, meskipun beliau telah lama meletakkan noktah dalam dunia seninya.
Kalau dilihat, tips yang beliau amalkan tidaklah sukar. Malah, cukup bagus untuk kita cedok masuk dalam kehidupan kita. Jom sama-sama amalkan untuk sentiasa awet muda walau berapa pun usia kita sekarang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rupanya Mandi Sebelum Subuh Rahsia Awet Muda Nasha Aziz Di Usia Cecah 51 Tahun. Penampilannya di pentas peragaan baru-baru sangat mencuri tumpuan ramai. Walaupun selebriti ini jarang-jarang berada di khalayk, namun kemunculannya sekali sekala itulah yang menjadi bualan ramai.
Apa tidaknya, pelakon popular yang juga seorang model, Nasha Aziz baru-baru ini tampil cukup anggun dan santun ketika memperagakan busana Muslimah menawan pada petunjukan fesyen jenama tempatan, Munawwareen di sebuah hotel terkemuka di ibu kota-baru-baru ini.
Muncul pada segmen kemuncak pertunjukan itu, Nasha, 51, tampil anggun berhijab sambil menggayakan rekaan jubah khas rona hijau zamrud bertatahkan jemeki sebagai perincian pada busana.
Walaupun menerima jemputan dalam masa yang singkat, selebriti popular itu mengakui berbesar hati apabila terpilih untuk membuat penampilan khas sempena pelancaran koleksi terbaharu jenama fesyen Muslimah tersebut yang bertemakan Sempurnakan Hijrah Cinta.
“Saya bersyukur dengan rezeki yang ALLAH SWT bagi dan berterima kepada pihak Munawwareen terutamanya Datin Hajah Aliza kerana memberi kepercayaan kepada saya.
“Saya hanya melakukan tugas dengan sehabis baik apabila diberikan tanggungjawab. Apa sahaja rezeki yang datang, saya terima.
“Bagi saya, dalam apa sahaja yang kita lakukan, buatlah sepenuh hati. Hargailah setiap momen, kreativiti, keindahan dan usaha masing-masing.
“Saya percaya rezeki tidak pernah salah alamat. Walaupun dijemput dalam masa satu minggu, saya bersyukur dapat bersama pasukan yang hebat ini,” ujar bintang filem Talbis Iblis itu ketika ditanya tentang penglibatannya dalam pertunjukan fesyen berkenaan.
Dilihat pada usianya yang sudah mencecah 51 tahun, Nasha kelihatan begitu cantik dan wajahnya nampak awet muda seperti tidak dimamah usia.
Dalam satu artikel, menurut netizen Nasha seperti anak dara yang baru sahaja tamat persekolahan dan sememangnya layak digelar Primadona Nasha Aziz.
Dalam hantaran video yang dimuat naik oleh akaun ini, ramai netizen tampil memuji kecantikan asli selain ada juga yang mendedahkan rahsia awet muda pelakon filem Laila Isabella ini.
Menurut netizen lain pula Kata seorang individu, Nasha Aziz sering mengamalkan tabiat mandi awal pagi sebelum subuh.
Selain itu, terdapat netizen yang mendedahkan rahsia awet muda Nasha dimana didakwa dia sering mandi awal pagi.