
Isi Kandungan
ToggleGuna Masker Putih Telur, Rahsia Kulit Nabila Razali Lebih Anjal & Awet Muda Di Usia 30 Tahun. Semalam merupakan hari lahir yang ke 30 buat penyanyi Nabila Razali. Walaupun sudah melangkah ke 3 series, namun raut wajah penyanyi ini masih seperti budak sekolah menengah.
Seiring dengan pertambahan usia, Nabila dikenali sebagai seorang artis yang sangat menjaga penampilan diri terutama bab kecantikan wajah.
Biarpun gaya hidup lebih kepada unsur moden, tetapi rupanya penyanyi lagi ini lebih selesa memilih petua lama untuk kecantikan wajah yang nampak lebih glowing dan anjal serta awet muda.
Guna Masker Putih Telur, Rahsia Kulit Nabila Razali
Artikel Lain: Dulu Selamba Makan 80 Biji Cili Sekaligus. Nak Jaga Suara, Nabila Razali Tahan Nafsu Makan Pedas!
Menurut Nabila, dia rajin mengamalkan pemakaian putih telur sebagai masker. Petua ini yang telah lama diamalkan dan dipercayai dari perkongsian orang lama.
Pengambilan putih telur yang diambil untuk dijadikan masker pada kulit dan kemudiannya dibiarkan selama 5 minit sebelum dibasuh bersih.
Lebih Anjal & Awet Muda Di Usia 30 Tahun
Setelah dicuci, akan terlihat hasilnya kulit menjadi lebih anjal, awet muda dan lebih berseri. Tambah Nabila lagi, biasanya dia akan mengamalkan pemakaian masker putih telur ini tiga kali seminggu.
Selain itu bagi memastikan dirinya kkal sihat dan bertenaga, Nabila juga akan memastikan dia minum air masak secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Sumber: HIJABISTA
Artikel Lain: Tak Mekap & Pakai Bawal Je Pun Cantik. Ini Rupanya Rahsia Fit & Awet Muda Nurul Izzah Di Usia 40an!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aktif Hiking Di Bulan Puasa, Wanita Berusia 52 Tahun Ini Kongsi Rahsia Kekal Bertenaga

Isi Kandungan
ToggleSebenarnya tidak kira berapa usia kita dalam usaha memastikan bentuk badan sentiasa kekal sihat dan langsing.
Seperti perkongsian wanita ini Puan Dzuriasikim Dzulkefli yang sudah mencecah usia 52 tahun, tetapi masih bertenaga melakukan pelbagai aktiviti dalam memastikan berat kekal ideal.
Ikuti perkongsiannya kepentingan menjaga kesihatan dan antaranya adalah bagi memudahkan ibadah dan kerja-kerja rumah.
FAEDAH MENJAGA KESIHATAN DAN 10 TIPS UNTUK WANITA LEBIH CERGAS, BADAN SIHAT DAN RINGAN, MUDAH SOLAT DAN LAKUKAN KERJA-KERJA RUMAH
Oleh kerana terlalu banyak pertanyaan tentang TIPS kecergasan saya akan cuba jawab dalam tulisan ini.
Pada usia yang hampir mencecah 52 tahun, Alhamdulillah saya masih mampu untuk melakukan banyak aktiviti termasuk sukan lasak. Malah saya masih boleh melakukan aktiviti pendakian atau “hiking” di sepanjang bulan Ramadhan ini tanpa berasa letih.
Saya yakin semua wanita sangat inginkan untuk menjadi lebih sihat dan cergas. Apabila kita rajin bersukan dan bersenam, badan juga akan lebih mudah menyahkan toksin (detox) dan ianya sangat membantu untuk menjadikan kita menjadi lebih segar dan bermaya serta awet muda!
Apa yang paling penting adalah kesihatan yang optimum. Dan jika dapat mengekalkan berat badan yang ideal ianya adalah bonus yang terbaik.
Berat badan yang tidak berlebihan juga akan membantu untuk memudahkan pergerakan termasuk melakukan ibadah. Jika tidak sihat sudah tentu kita masih boleh meneruskan ibadah dengan cara yang dibenarkan.
Namun, alangkah besar nikmatnya apabila kita masih mampu bangun pada malam hari dengan mudah, melakukan sujud dan rukuk dengan cara biasa, kerana ianya akan memberikan kepuasan jiwa yang sangat optimum dalam beribadah.
Kesihatan yang baik juga sangat penting dalam membahagiakan pasangan. Memudahkan wanita untuk menguruskan kerja-kerja rumah dengan lebih mudah dan cergas.
Wanita yang berstatus ibu pula adalah idola bagi anak-anak. Jadi, adalah sangat bagus jika seorang ibu dapat menunjukkan contoh yang baik dalam penjagaan kesihatan badan dan diri bagi anak-anak mereka.
Memiliki badan yang sihat dan cergas juga dapat membantu untuk meningkatkan keyakinan diri. Tidak kira samada di tempat kerja atau untuk berada di dalam “circle” apa pun….
Dalam apa sahaja situasi samada kita bekerja makan gaji atau berkerja sendiri jika tidak sihat, banyak urusan akan tergendala dan menjejaskan prestasi kerja.
Kecergasan juga adalah sebahagian dari keterampilan diri. Cara kita berjalan, melakukan tugasan, semuanya akan berubah apabila badan kita cergas. Malah “body language”, struktur badan, “body positioning” juga akan menjadi lebih baik. Dan ya, apabila badan cergas, otak akan lebih sihat juga dan kita akan lebih positif serta ceria.
10 TIPS UNTUK WANITA LEBIH CERGAS DAN SIHAT
1. DAPATKAN BERAT BADAN YANG IDEAL
Memang mencabar tetapi seboleh mungkin cuba usahakan. Jika badan kita terlalu berat atau melebihi berat yang ideal, kita mungkin sukar beribadah walaupun belum sakit. Kaki akan mudah lenguh kerana beban berat badan yang bertambah. Pergerakan akan terbatas. Jadi ini adalah tips yang paling utama untuk menjadi cergas.
2. JAGA PEMAKANAN
Tidak kira sebanyak mana aktiviti sukan yang kita lakukan dan suka jenis apa serta sebanyak mana kalori yang kita mampu bakar setiap hari, jika pengambilan makanan tidak dijaga kita susah untuk kurus. Jadi, mesti berhati-hati dengan jenis makanan yang diambil.
Untuk permulaan, anda boleh elakkan pengambilan gula dan karbo. Ambil makanan seperti sayur, buah-buahan, ikan, tofu. Anda juga boleh memilih untuk berpuasa secara penuh (seperti orang Islam berpuasa) atau melakukan “intermittent fasting”.
3. SET KAN TARGET DAN MINDA
Tetapkan dalam hati dan minda yang kita nak jadi lebih sihat, lebih cergas, lebih ringan badan, lebih bersemangat, nak ubah diri, supaya dapat menjalani hidup dengan lebih berkuali. Anda pasti boleh!
4. LAWAN RASA MALAS
Mesti rajin dan mesti lawan segala perasaan malas dan suka bertangguh. Usah tangguhkan esok atau minggu depan untuk berdiet dan bersukan. Kerja bertangguh tidak akan menjadi.
5. PILIH CIRCLE YANG BETUL
Pilih rakan-rakan atau circle yang mementingkan penjagaan kesihatan, yang juga ingin turunkan berat badan, yang suka memilih makanan sihat, yang gemarkan bersukan. Jika tidak, diet anda akan “ke laut” nanti.
Bayangkan jika kawan-kawan sering mengajak anda untuk mencuba menu baru di restoran atau minum teh tarik sambil lepak setiap malam atau memilih aiskrim bersalut cokelat yang manis setiap kali anda memesan makanan!
6. PASANGKAN NIAT YANG BETUL
Niatkan untuk menjaga kesihatan diri kerana untuk memelihara anugerah kesihatan yang Allah pinjamkan. Untuk memudahkan kita beramal. Untuk suami supaya lebih disayangi dan dihargai.
Untuk anak-anak. Untuk berikan yang terbaik kepada diri. Untuk kecapi hidup dengan lebih bermakna. Setiap kali rasa tidak bersemangat, ingatkan diri kita semula segala niat asal kita.
7. MULAKAN AKTIVITI SECARA BERPERINGKAT
Mulakan aktiviti anda dengan sesuatu yang lebih ringan.Jika perlu dan mampu anda boleh ambil khidmat tenaga pengajar.Jika tidak, memadai dengan membuat pendakian ringan, berjalan kaki atau menaiki tangga.Jangan mudah putus asa.Jangan cepat mengalah.Jangan buat separuh jalan.Lakukan dengan bersungguh dan berterusan.
8. BANGUN SEAWAL PAGI DAN TERUS MANDI
Usah sambung tidur walaupun pada hari minggu. Bangun awal pagi, mandi dan terus sarungkan pakaian sukan anda. Jujurnya, itulah yang saya lakukan hampir setiap hari kecuali jika ada mesyuarat formal. Apabila kita berada dalam keadaan siap (ready) kita akan lebih bersemangat. Cubalah…
9. DAPATKAN TIDUR YANG BERKUALITI DAN CUKUP
Ini sangat penting untuk persiapan minda, tenaga dan emosi bagi anda bersukan pada keesokan hari dan hari seterusnya. Jaga tidur anda dengan baik. Tidur yang baik tidak semestinya tidur pada waktu yang panjang. Tetapi cubalah dapatkan tidur yang berkualiti. Matikan telefon bimbit anda. Elakkan dari tidur di hadapan televisyen. Tutup mata. Dan tidurlah…
Kekurangan tidur akan mengganggu mood anda, mengganggu kadar metabolism badan, kesihatan jantung, sistem imunisasi badan dan boleh menghasilkan hormon stress!
10. MINUM AIR DENGAN SECUKUPNYA
Minum air dengan cukup ini sangat penting kerana ia akan membantu badan kita agar kekal sihat. Air adalah “pencuci” semulajadi bagi organ badan dan sistem penghadaman. Air juga akan membantu untuk mengeluarkan toksin dari badan melalui peluh dan urine. Jika nak kan badan yang lebih cergas, minum air dengan cukup ya.
TIPS TAMBAHAN: KAWAL EMOSI DAN STRESS ANDA
Jika masalah tekanan emosi dan stress ianya akan sangat mengganggu minda. Cuba kawal emosi dan tangani stress dengan sebaik mungkin. Bila kita stress badan dan minda akan menjadi lesu dah tidak bermaya.
Ikutilah semua tips mudah ini dengan berdisiplin. Jika dilakukan dengan berterusan, anda boleh lihat hasilnya dalam masa dua minggu pertama. Ingat, umur bukanlah penghalang untuk kita kekal cergas dan sihat.
Saya kongsikan sebahagian dari gambar aktiviti hiking saya sepanjang Ramadhan.
Artikel Berkaitan:
Elak Stress Berat Naik Syawal Nanti, KKM Kongsi Panduan Kalori Setiap Kuih Raya Diambil
Gemar Lakukan Aktiviti Lasak & Sering Terdedah Sinaran UV, Ini Cara Wany Hasrita Jaga Kecantikan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
40 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid-19 Lepas Dua Dos Suntikan, Dr Noor Hisham Mintak Orang Ramai Kekal Jaga SOP

Dalam satu posting di laman sosial Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu seramai 40 petugas di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan dijangkiti Covid-19.
Menurutnya sebanyak sembilan kes dijangkiti lebih dua minggu selepas dos kedua manakala 31 kes dijangkiti kurang dua minggu selepas dos kedua vaksinasi.
Seramai 142 petugas kesihatan dijangkiti selepas dos pertama, katanya.
Bagaimanapun katanya, kesemua mereka mengalami simptom jangkitan yang tidak teruk.
“Ia jelas kita masih boleh dijangkiti selepas melengkapkan vaksinasi, tetapi mungkin kurang teruk,” ujarnya
Dalam pada itu beliau turut mengingatkan agar kita semua terus mematuhi semua garis panduan kesihatan awam.
“Tiada yang selamat sehingga semua orang selamat. Tolong teruskan patuh semua garis panduan kesihatan awam (3S dan 3w).”
Artikel Berkaitan:
Sapa Yang Derma Darah Lebih 50 Kali, Boleh Dapat Vaksin Covid-19 Lebih Awal
Elak Sarung Kebaya Ketat & Tudung Lilit Datang Suntikan Vaksin Covid-19, Ini Baju Yang Perlu Dipakai
Bantuan Sehingga RM50 Ribu Untuk Yang Hilang Upaya, Mati Disebabkan Suntikan Vaksin Covid-19
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pandai Pilih Produk Kulit Muka Yang Sesuai, ‘Miss J’ Tak Akan Berani Tumbuh Pun

Baik perempuan atau lelaki, anda kena pandai pilih produk muka yang sesuai. Andai dah tersalah pakai dan tak serasi, kulit wajah boleh jadi rosak.
Terbaik untuk anda yang jenis suka menjaga kulit wajah, La Roche-Posay bekerjasama dengan pakar dermatologi di seluruh dunia untuk menghasilkan produk penjagaan kulit muka yang mengubah kehidupan, selamat dan berkesan.
Kalau ikutkan pun, setiap wanita pasti mengimpikan kulit yang bersih, lembut, glowing bak artis Korea kan? Masing-masing kalau boleh nak tampil cantik walaupun tanpa solekan. Tapi kalau dah sekali terjerumus dalam masalah kulit sensitif ni memang susah dibuatnya. Pakai apa pun serba tak kena. Kulit rasa tegang, merah merekah, dan paling teruk bila munculnya ‘Miss J’ yang tumbuh melata di seluruh kulit muka.
Tak kira bahan kimia mahupun keadaan persekitaran, perubahan hormon dan kondisi klinikal, banyak faktor yang boleh mengakibatkan kulit sensitif. Nak rawat kulit sensitif ni bukan mudah tetapi paling penting ialah elakkan memilih produk yang salah!
La Roche-Posay bekerjasama dengan pakar dermatologi di seluruh dunia dengan menghasilkan produk penjagaan kulit muka yang mengubah kehidupan malah selamat digunakan dan berkesan. Jenama ini menumpukan kepada inovasi produk yang selamat dan berkesan untuk semua jenis kulit seperti kulit alergik, kerengsaan matahari, kulit berjerawat dan kulit yang merengsa.
Mengulas tentang kulit sensitif, perunding dermatologi, Dr.Mazlin Mohd Baseri menjelaskan bahawa sensitif kulit boleh menjejaskan semua jenis kulit, daripada kulit berminyak dan berjerawat kepada kulit kering dan matang.
Dengan misi untuk memberi kelegaan kepada kulit sensitif, pelbagai rangkaian produk La Roche-Posay boleh didapati termasuklah Effaclar untuk kulit berjerawat dan berminyak, Pigmenclar untuk memudarkan bintik hitam, Cicaplast yang memulihkan dan melindungi fungsi pelindung kulit dan Anthelios yang menyediakan perlindungan matahari spektrum luas.
Bahan eksklusif La Roche-Posay adalah air daripada kolam air panas yang kaya dengan selenium. Ini merupakan bahan utama dalam formula penjagaan kulit muka yang terkenal dengan sifat menenangkan dan aktioksidan yang diperolehi daripada Thermal Dermatology Centre di Perancis yang merupakan No.1 di Eropah hari ini.
Jadilah pengguna yang bijak dalam menentukan apa yang terbaik untuk rawatan kulit wajah anda. Untuk maklumat lanjut tentang La Roche-Posay dan rangkaoan produknya, layari laman web La Roche-Posay Malaysia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI