Siapa tidak mengenali pelakon yang sangat berbakat, Fazura. Bukan saja cemerlang dalam dunia lakonan, dia juga mempunyai seraut wajah yang cantik.
Malah tak puas mata memandang setiap kali figura ini muncul di khalayak ramai. Kecantikan semula jadi dimiliki dan wajahnya tetap berseri walaupun tanpa sebarang solekan.
Walaupun kini sudah mempunyai seorang anak, isteri kesayangan Fattah Amin ini tetap kekal jelita dalam sisi tersendiri, terutama bab senyuman.
Rupanya inilah rahsia kecantikan sebenar Fazura. Sentiasa ketawa menjadikan dirinya sering berada dalam keadaan positif dalam apa juga situasi.
Ads
Menurut fazura, ketawa adalah tip paling mudah untuk kelihatan cantik . Ketawalah setiap hari kerana perasaan gembira itu akan membuatkan diri kita sentiasa nampak muda.
Cantik Itu Sebenarnya Hati Kita
Cantik itu apabila kita adalah milik Allah dan segala pujian hanya miliknya-Nya. Cantik itu sebenarnya hati kita.
Menurut Fazura, tekanan beri masalah pada kesihatan dan kulit. Stres itu negatif. Anda tidak nampak cantik bila anda ‘memakai’ negatif.
Sentiasa Berfikiran Positif
Ini antara tips penting dari Fazura. Selalu berfikiran positif, be happy dan sayangkan diri. Berhenti menganalisis orang lain malah fokus pada diri sendiri dan bersyukur atas apa yang anda miliki.
Ada cara mudah untuk kurangkan parut di wajah tanpa pergi Spa, anda boleh amalkan petua cantik yang hanya memerlukan dua bahan ini.
Perkongsian daripada Puan Suhaniza Isenen ini memerlukan buah lemon sebagai bahan utama. Seperti yang kita tahu, buah lemon ini memang banyak khasiatnya untuk nak cantikkan muka.
Kurangkan Parut Guna Buah Lemon
Enzim didalam jus lemon ni membantu membuang sel kulit mati pada kulit secara tak langsung kurangkan warna parut, melembutkan dan melicinkan kulit muka.
Petua ini sangat bagus digunakan untuk anda yang mempunyai kulit berminyak. Jom amalkan petua mudah ni.
Bahan-bahan:
1. 1/2 jus lemon
2. Putih telur
Cara-caranyanya:
1. Campurkan setengah jus lemon ke dalam satu bekas yang berisi putih telur.
2. Gaul hingga sebati dan sapu pada muka sebagai mask.
3. Biarkan 10 minit dan bilas. Dah siap.
Mudahkan dengan 2 bahan dan 3 langkah sahaja. Buat sekali atau 2 kali seminggu. Insya Allah parut hilang dan kulit jadi lembut bayi.
Nota: Boleh juga tambahkan sedikit serbuk kunyit untuk kesan cerahkan kulit.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau Datuk Aishah terkejut boleh pakai baju saiz S, kita yang melihat perubahan ketaranya akan rasa teruja dan tumpang gembira. Malah sekarang boleh mengenakan pelbagai busana bersaiz kecil.
Aishah Terkejut Boleh Pakai Saiz S, Baju Lama Sedekah Pada Orang
Menerusi portal BH online, Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin berkata, dia seolah-olah tidak percaya dengan perubahan berlaku kepada dirinya apabila kebanyakan pakaian sudah bertukar kepada saiz S.
“Jika dahulu, saya memang tak boleh pakai saiz S, tetapi sekarang saya seolah-olah tak percaya boleh memakainya.
“Saya pergi ke pelbagai kedai mencuba pakaian saiz S kerana mungkin setiap kedai potongan berbeza-beza. Jadi, bila sudah membuat percubaan, memang sah saya boleh pakai saiz kecil.
“Ya betul (kebanyakan baju bersaiz S), baju-baju lama terpaksa disedekahkan kepada orang lain yang lebih memerlukan seperti mangsa banjir.
“Saya juga banyak memberikan kepada kawan-kawan, cuma baju ‘show’ yang lama masih ada kerana tidak tahu mahu berikan kepada siapa,” katanya.
Pelantun lagu Janji Manismu itu berkata, peluang menyarung pakaian bersaiz S sudah lama dinantikan selain menganggap ia adalah perkara paling menyeronokkan dirinya.
“Kalau dahulu rasa sedih juga bila lihat ada baju cantik, tetapi tak dapat dibeli disebabkan tiada saiz. Perkara ini hanya orang berbadan besar sahaja tahu.
“Tetapi sekarang sudah berbeza dan itulah yang seronok. Ini kerana saya boleh beli baju baharu sebagai hadiah untuk diri sendiri.
“Sekarang dapatlah merasa pakai pelbagai baju, dahulu hanya lalu dan lihat sahaja. Apa yang boleh beli adalah beg tangan dan kasut.
“Saya cuba menyarung baju kebaya sejak beberapa tahun lalu, tetapi hanya sekarang baru boleh pakai. Jadi, itu adalah pencapaian untuk diri sendiri,” katanya lagi.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melihat kes jangkitan Covid-19 setiap hari masih melepasi angka 20 ribu memang sangat membimbangkan kita.
Namun dalam satu perkongsian oleh seorang Pakar Anestesiologi di Hospital Kuala Lumpur, Dr Hana Hadzrami bagaikan memberi titik cahaya di hujung lorong.
Perkongsiannya yang dikongsi lebih 20 ribu ini memberikan sedikit kegembiraan buat kita dengan situasi pandemik covid-19 yang berlaku kini.
Dalam catatannya di laman sosial Facebook, beliau memberitahu kemasukan pesakit Covid membabitkan warga emas sudah mula menurun.
Begitu juga dengan situasi di ICU, sudah nampak sedikit ruang berbanding dulu panjang senarai menunggu.
Walaupun kategori pesakit tahap ringan ramai, tetapi mereka ini hanya perlu pemantauan dan rawatan di wad saja.
Tambahnya lagi ada juga kalangan pesakit Covid yang kritikal tetapi dalam kalangan yang telah menerima vaksin, tetapi mereka ini sembuh sangat cepat berbanding yang tidak divaksin langsung.
Ini perkongsiannya yang sangat besar ertinya dalam situasi kita melawan virus ini.
Sebenarnya dari minggu lepas saya simpan khabar gembira ini.
Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya dihujung terowong yang gelap. Samar-samar tapi penuh harapan.
Awal Julai kami dapati kemasukan pesakit Covid warga emas mulai menurun.
Minggu lepas jumlah kemasukan pesakit warganegara mulai menurun. Majoriti yang datang adalah warga asing.
Referral dari ED kepada team ICU untuk pesakit Covid kritikal semakin berkurang. Kalau dulu, panjang senarai menunggu di papan tulis ICU, dengan kertas bersambung-sambung sebab tak cukup ruang. Sekarang dah nampak sedikit ruang.
Kalau dulu, mayat berbungkus berselang-seli dengan katil pesakit hidup, dan canvas memenuhi segenap ruang dan laluan di ED. Sekarang dah nampak lantai.
Jumlah pesakit kategori ringan mungkin masih ramai tetapi mereka cuma perlukan pemantauan dan rawatan di wad saja.
Masih ada referral pesakit Covid kritikal ke ICU dari kalangan warganegara namun terdiri dari mereka yang tolak vaksinasi. Apa nak buat.
Gambar sekadar hiasan.
Ada juga pesakit Covid kritikal dari kalangan yang divaksinkan namun mereka sembuh sangat cepat berbanding yang tak divaksinkan langsung.
4 pesakit kami yang dah divaksinkan perlu bantuan pernafasan hanya 3-4 hari berbanding 2-3 minggu pesakit lain yang tak sempat menerima vaksin. Mereka pulih dengan X-ray dada yang bersih. Berbanding dengan majoriti yang rabak paru-parunya. Belum masuk yang dah meninggal.
Jumlah pesakit di ICU kami masih ramai. Hasil sebulan lepas punya kemasukan. Jumlah mereka yang BID pun masih ramai. Kita belum lagi menang.
Tak sabar nak jadi macam Sarawak. Di sana pesakit Covid kritikal di ICU hanya 3 orang. Sejajar dengan kelajuan dan keluasan kadar vaksinasi mereka.
Ternyata perkongsian ini mendapat respon sangat bagus daripada warganet. Masing-masing mengharapkan agar sinar ini memberi cahaya kegembiraan buat semua memandangkan sudah lama dalam tempoh PKP ini.
Shahida Faznin#AlhamdulillahSyukur hehe… betul tu doctor. Saya la tu, pesakit covid yang memerlukan oksigen tu. Masa tolak masuk ward 26, HKL, sekejap je dah keluar. Dalam 5hari, gtu. Yang paling sakit n kritikal masa kat ward transit HKL tu moga ada sirna… Aamin
Hamdan WhileaYa Allah lega sikit saya dengar dr Dr dan frontliner yang sendiri berdepan dengan Covid.. dari awal pkp smpai skrg, saya sntiasa percaya dengan team Dr n KKM boleh buat yg terbaik.. sebab sebelum ini selalu meeting denngan org KKM, kite tau betapa semua doktor-doktor KKM ni mmg teliti2 orangnya dalam buat keputusan.. so pujuk hati fikir mcm tu.. sentiasa berdoa supaya kita semua di keluarkan dalam kemelut Covid ini.. tiadasape kata seronok hadap Covid ni.. brlawan2 emosi.. mudah-mudahan tak lama lagi Putrajaya n negeri2 lain menyusul
Chang Ma SarawakAllahuakbar …… Alhamdulillah …… Allah SWT Maha Mengasihi lagi Maha Mengasihani ……. Semoga Malaysia ku tercinta kembali pulih Terima Kasih para frontliner yg tak kenal erti putus asa, usaha dan penat lelah dah menampakkan hasil, in shaa Allah ……… buat netizen di luar sana mari ambik peranan masing-masing untuk pegi vaksin dan tetap jaga SOP bagi yang dah vaksin ……
Norashikin Bt HashimAlhamdulillah. Syukur Ya Allah. Terima kasih frontliner. Semoga setiap peluh dan airmata menjadi pahala yang berganda² di akhirat nanti.
Kamarul BahrinAlhamdulillah, semoga dipermudahkan segalanya..dan semoga ada “sinar” soon…in sha Allah.. kesian kepada semua frontliners kita & semua yang terlibat….
Aziz HamidAlhamdulillah kita mula nampak sinar harapan. Doa semoga Allah permudahkan segala urusan aamiinn
Zaki RazaliAlhamdulillah. Moga negara kembali pulih seadanya… Mohon diberi kerjasama dari semua rakyat malaysia membantu dlm program vaksinasi