Ketika zaman kegemilangan penyanyi kumpulan wanita yang paling popular sekitar 90-an adalah Spice Girl. Dan dalam ahli kumpulan antara yang paling menonjol adalah Victoria Beckham.

Siapa yang tidak mengenali penyanyi kurus tinggi lampai yang juga isteri kepada pemain bola sepak David Beckham.

Biarpun sudah lebih 20 tahun berlalu menganggotai kumpulan itu, tetapi aura Posh Spice masih lagi hangat dan dikenali ramai.

Maklum sahaja penampilan ibu kepada empat anak ini sentiasa kelihatan outstanding  dengan bentuk badan yang kekal langsing seperti anak dara.

Artikel Lain: Kekal Jelita Di Usia 53 Tahun, Maria Farida Beruntung Dikurnia Wajah ‘Baby Face’. Kongsi Tip Awet Muda!

Malah bukan itu sahaja, Posh Spice juga kelihatan kekal fit biarpun usianya hampir mencecah 50 tahun.

Apa agaknya rahsia di jelita ini yang sangat aktif dan energetik seperti wanita berusia 30 tahun.

IKLAN

Ramai tertanya-tanya apakah rejim kecergasan dan pemakanan yang diamalkan oleh personaliti yang juga pereka fesyen yang mempunyai lebih 30 juta pengikut di Instagram.

1) Workout 5 Hari Seminggu

Victoria menggunakan khidmat seorang jurulatih kecergasan peribadi yang sangat popular dalam kalangan selebriti, iaitu Bobby Rich. Rich adalah pemenang lima kali pingat emas dalam sukan judo dan merupakan bekas jurulatih suami dan anaknya, Brooklyn Beckham.

Bercakap kepada The Sun, Rich mendedahkan bahawa senaman telah menjadi ‘keutamaan’ untuk Victoria malah dia memuji wanita itu kerana dedikasi yang mengagumkan.

Ujar Rich, Victoria bersamanya lima hari seminggu dan tidak pernah ‘ponteng’ setiap sesi walaupun mempunyai banyak komitmen peribadi dan profesional.

IKLAN
Selain itu:  Amal Minum Jus Campuran Buahan & Sayuran Rahsia Kekal Awet Muda Di Usia 30an. Ini Cara Buatnya!

“Walaupun dia sedang melancong, tiada alasan untuknya ponteng dan kami beralih kepada sesi secara dalam talian,” jelasnya.

Artikel Lain: Usia Dah Setengah Abad, 4 Artis Hollywood Ni Masih Aktif & Awet Muda. Ini Rahsianya!

2) Diet Yang Ketat

Kegemaran Victoria terhadap ikan sudah diketahui semua orang, tetapi perubahan latihan telah ‘memaksanya’ menukar diet yang diamalkan sejak 25 tahun lalu.

IKLAN

Menjadikan senaman sebagai rutin, dia kini mengambil lebih banyak lemak sihat, namun dalam masa sama dia mengekalkan wain sebagai salah satu keinginannya yang tidak boleh disentuh.

Victoria dikhabarkan tidak akan mengambil apa-apa makanan selepas latihan selama dua jam, sebaliknya memilih untuk minum cuka epal setiap pagi sebelum sarapan termasuk smoothie hijau, bijirin buatan sendiri atau telur hancur dengan salmon.

3. Menjaga Penampilan

Selain itu Victoria Beckham juga sangat menjaga penamilannya apabila berada di khalayak. Ini menjadikan dirinya sentiasa tampil anggun dan jelita dalam ada juga majlis yang dihadiri. Malah ada yang turut menjadikan dirinya ikon dalam berfeyen.

 

Marca/Hellomagazine.com

Artikel Berkaitan: Banyak Penyakit Datang Menyerang, Wanita Akhirnya Setuju Buat Prosedur Bariatrik Untuk Jadi Sihat

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI