Menurut Pakar Kecantikan & Spa Tradisional Safah Herbs, Puan Foziah Mohd Foad atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Gee berkongsi teknik urutan sengkak wajah yang dikatakan mampu menjadikan wajah berbentuk tirus dan runcing, menaikkan pipi sekaligus tampil awet muda.
“Sebenarnya ramai yang bertanya boleh ke muka kita ini disengkak atau ada ke rawatan untuk itu. Sebenarnya muka kita ini sama juga seperti anggota badan.
Ads
“Yang mana kita akan rasa penat, lesu, letih. jadi facial sengkak adalah satu satu teknik rawatan paling bagus untuk kembalikan seri wajah untuk kekal awet muda,” katanya yang turut menunjukan teknik rawatan ini yang mengambil masa hampir sejam bermula dengan pembersihan dan penyentalan wajah.
Ini adalah untuk membuang kotoran, sisa mekap serta mendapat minyak pori, bahan yang digunakan adalah cleansing milk serta scrub kacang bijan.
Proses seterusnya dilakukan adalah pengewapan untuk melembutkan urat saraf limfatik dan melembutkan kulit wajah.
Kemudian dilakukan pula proses laser frequency yang bertujuan untuk matikan kuman dan bakteria pada muka.
Puan Foziah juga turut menunjukkan proses berikutnya iaitu proses pembuangan bintik hitam/putih bagi memastikan wajah licin dan memastikan pori tidak tersumbat.
Dan langkah berikutnya adalah jurus sengkak wajah yang bertujuan untuk mengaktifkan saraf di titik limpatik pada wajah agar berseri dan segar.
Turut dilakukan proses jurus pipi membutlat bagi melancarkan aliran darah sekitar wajah terutama pipi. kemudian dilakukan pula jurus pipi bersilang untuk membentuk dan menaikkan tulang pipi.
Ads
Selain itu turut dilakukan jurus rahang bersilang bagi memastikan dapat membentuk muka tirus dan runcing.
Manakala jurus pipi berkait pula adalah untuk membentuk tulang pipi yang tinggi dan montok. Sementara jurus sinaran mata pula dilakukan bertujuan untuk mengurangkan lingkaran gelap, bengkak dan sembap mata.
Akhir sekali dilakukan jurus sengkak bertaut untuk mengaktifkan saraf limpatik, sel kulit dan kolagen pada wajah.
Dan proses ini ditutup dengan proses berpupur wajah bagi membantu mengembalikan vitamin kulit, menganjal dan mencerahkan kulit wajah. Tidak dilupakan jurus tepuk getar untuk membangkitkan saraf, menyegar dan menegang otot wajah.
Zaman sekarang ada banyak petua cantik guna timun dan kunyit tetapi masih ramai tak amalkan sebab tak rajin nak DIY sendiri.
Namun sebenarnya masker yang menggunakan timun dan kunyit cukup membantu cantikkan kulit, pakai pun kejap sahaja. Paling syok, anak remaja pun boleh tepek sama di wajah, ya.
Jadi untuk mendapatkan kulit wajah tanpa parut dan cerah, apa kata anda cuba petua yang diamalkan oleh Norshahida Lambri ini, nampak mudah!
Masker Timun Dan Kunyit
Bahan yang diperlukan :
1 sudu serbuk kunyit
1 biji timun
Cara penyediaan:
Kisar timun hingga menjadi jus. (jangan letak air tau).
Setelah itu campurkan serbuk kunyit tadi bersama jus timun tadi sampai jadi pes.
Kemudian sapukan pada muka, biarkan selama 15 minit dan bilas.
Ini Yang Patut Anda Tahu Pasal Kunyit
Tahu tak, kunyit memang bagus untuk kulit. Kebaikan kunyit untuk muka ialah mampu untuk memudarkan parut jerawat yang hitam setiap kali selepas masalah jerawat itu sudah mula sembuh. Jadi, kalau anda rajin buat masker kunyit, hilanglah segala cela di wajah.
Manfaat Pakai Timun
Manfaat timun untuk wajah lainnya iaitu mampu meringankan kulit terbakar akibat sengatan matahari dan kulit yang berminyak.
Tetapi salah satu cara agar kulit wajah cerah adalah menggunakan timun. Malah boleh membantu hilangkan masalah eye bag di sekitar mata anda juga.
Jadi anda boleh gabungkan dua bahan mudah ini untuk cantikkan kulit dengan cara jimat. Awet muda pun, ya. Jadi, boleh amalkan secara kosisten menggunakan masker kunyit atau timun.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka, tidur sejam lebih daripada biasa, boleh kurangkan berat badan wanita. Menurut kajian yang dilakukan di Chicago membuktikan tidur melebihi lapan jam akan menyebabkan berat badan turun.
Kalau begitu, tidak perlu susah payah diet atau workout kerana hanya dengan tidur lebih sejam pun boleh jadi cantik dan kurus.
Satu kajian mendapati bahawa waktu tidur yang melebihi sejam daripada kebiasaan dapat mengurangkan berat badan seseorang, lapor akhbar Metro UK.
Kajian dijalankan sekumpulan penyelidik dari Universiti Perubatan Chicago itu mendedahkan sekiranya seseorang tidur lebih sejam dari tempoh masa kebiasaan, ia boleh mengurangkan kuantiti kalori sebanyak 270 kilo kalori (kcal) sehari.
Menerusi kajian tersebut, seramai 89 individu berusia 21 hingga 40 tahun yang mengalami obesiti dipantau tabiat tidur mereka.
Mereka kebiasaannya tidur kurang dari 6 jam 30 minit dalam masa satu malam.
Tanpa mengubah diet atau tabiat pemakanan, mereka tidur di katil sendiri dengan memakai sejenis peranti serta diarah untuk meningkatkan waktu tidur.
Selepas meningkatkan waktu tidur kepada 8 jam 30 minit bagi satu malam, kadar pengambilan kalori dan tenaga mereka dihitung. Hasilnya mendapati, kadar pengambilan kalori menyusut sebanyak 270 kcal sehari.
“Meningkatkan dan mengekalkan tempoh waktu tidur yang sihat dalam jangka masa panjang dapat menjadi sebahagian daripada program mengurangkan berat badan dan mencegah obesiti,” kata penyelidik. – AGENSI
Masih ingat pelakon Angeline Tan Yoke Yeah atau Lucy tak? Susuk tubuh ini cukup dikenali pada era 90-an dulu melalui wataknya dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Meskipun sudah hampir tiga dekad drama tersebut berlalu, nama ‘Lucy’ tetap melekat sehingga dia lebih dikenali dengan nama tersebut berbanding nama sebenarnya.
Angeline Tan Dah 50-an, Tapi Air Wajahnya Tetap Memukau
Angeline ini memang fasih berbahasa Melayu, malah pakej kecantikan Angeline Tan pada usia pertengahan 50-an seolah-olah tidak terusik. Wanita ini mula berlakon pada tahun 1986 dalam sebuah drama bersiri Cina ‘Empat Sekawan’ disamping Datuk Lai Meng serta kerap menghiasi drama-drama tempatan di saluran RTM dan TV3.
Angeline Tan pernah dicalonkan sebanyak empat kali untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular ABPBH pada tahun 90-an. Dalam perkembangan semasa, beliau masih aktif berlakon dan sering muncul dalam drama-drama Cina membawa peranan ibu atau nenek, sesuai usianya.
Paling terbaru, Angeline Tan ditampilkan dalam drama Hijrah Jannah arahan Feroz Kader menerusi saluran Astro Ria.
Kekal cantik dan awet muda, tengoklah sendiri koleksi foto terkini Angeline Tan seperti yang dikumpul daripada akaun media sosialnya. Masih jelita!