Siapa sangka percubaan dua sahabat untuk memastikan perubahan pada payudara masing-masing menjadi lebih besar tidak menjadi, sebaliknya telah mendatangkan masalah lain.
Daripada perasaan ingin mencuba akhirnya mereka terkena sawan tidak henti menyebabkan kesihatan perlu dirujuk kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut.
Perkara ini dikongsi oleh seoran doktor perubatan, Doktor Ahmad Zakimi Abdullah di laman sosial Facebook yang memberitahu perbuatan ini tidak sepatutnya berlaku.
Malah menjadi pengajaran untuk wanita di luar sana agar berhati-hati membeli ubatan secara online kerana ia boleh membahayakan nyawa.
“Doktor! Ada pesakit wanita berumur 30an, sawan, baru masuk redzone,” ujar seorang penolong pegawai perubatan bertugas di zon merah.
“Baik-baik!” Jawabku ringkas.
Tanpa berlengah, aku terus berlari pantas ke Zon Merah. Kelihatan pesakit itu masih lagi sawan.
“Dah bagi valium?” Soalku.
“Dah bagi 5 minit lepas, Dr!” Ujar pegawai perubatan yang menjaga zon merah, Dr Faizal (bukan nama sebenar).
Pesakit itu diberikan oksigen ‘high flow mask’ dalam keadaan mengiring. Masih lagi sawan tanpa henti dari rumah sehingga ke zon merah.
“Bagi sekali lagi IV valium 5mg” arahan aku kepada tim kami.
“Baik!” Jawab Dr Faizal.
Pesakit masih lagi sawan walaupun dos Kedua Valium diberikan. Maka kami ambil keputusan untuk lakukan intubasi ke atas pesakit. Pesakit ini perlu bantuan mesin pernafasan akibat sawan terlalu lama. Keadaan ini dipanggil ‘Status Epilepticus’.
Ads
Setelah siap semua proses intubasi dan keadaan pesakit sudah stabil, sawan pun berenti. Sejarah Perubatan tentang pesakit diberitahu oleh suami pesakit. Beberapa penyiasatan darah dari makmal semuanya normal. Kami masih belum dapat punca pesakit ini sawan.
Aku merancang untuk lakukan imbasan CT otak untuk pesakit ini.
Setelah beberapa minit kemudian, seorang lagi pesakit tiba di zon merah. Pesakit itu berumur dalam pertengahan 20-an. Pesakit itu juga mengalami sawan.
“Adoi! Seorang lagi sawan!” – bermonolog.
Pesakit ini juga mengalami ‘status epilepticus’. Sawan sudah hampir 1 jam tanpa henti.
Satu lagi kes intubasi dan memerlukan mesin bantuan pernafasan. “Eh! Doktor! Pesakit yang kedua ni adalah kawan kepada pesakit yang first status epilepticus tadi” ujar Dr Faizal.
“Laaa ye ke? Apa masalah sebenarnya ni? Mereka buat apa eik, Dr Faizal?” Soalku. “Ah ha… Dr. Mereka kena sawan masa kat tempat yang sama. Di rumah pesakit yang first tadi.”
Kami rasa pelik kerana kedua-dua mereka mengalami masalah yang sama. Adakah mengalami ketoksikan? Atau apa? Tapi tak semua penghuni rumah tu yang kena. Hmmm.
Ads
“Panggil husband pesakit tu balik. Saya nak tanya beberapa soalan lagi,” permintaan aku. Banyak juga soalan tambahan yang aku tanya pada suami dia.
Aku ada tanya apa kaitan antara isteri dia dengan kawan isteri dia tu. apa yang mereka sama-sama lakukan di rumah mereka.
“Sebenarnya tadi isteri saya dan kawan dia ni tengah buat sesuatu, doktor” ujar si suami.
“Buat apa tu encik?” Soalku ringkas.
“Mereka tengah buat breast filler. Mereka buat sendiri-sendiri. Pakai injek-injek.”
“Apa?! Boleh tunjukan saya dorang injek apa?” Terkejut juga aku.
Maka si suami tunjukan aku gambar suntikan ‘breast filler kit’. Ada 4 picagari yang berlabel Hyaluronic Acid gel, dikatakan untuk membesarkan payudara dan 4 vial injeksi lignocaine 2% untuk ubat kebas (bias). 10 mls lignocaine 2% setiap vial.
Mengikut cerita dari si suami, isteri dia mengadu kebas dibahagian lidah dan bibir selepas beberapa minit kawan dia suntik di payudara sebelah kanan. Kemudian mengadu pening dan berdebar-debar selepas itu.
Si suami mengatakan isteri dia guna 2 vial lignocaine 2% bagi sebelah payudara. 2 belah bermakna dia menyuntik 4 vial lignocaine bersamaan dengan 40mls untuk ubat kebas sebelum suntik Hyalurolic acid sebagai filler.
Ads
Mereka beli dalam talian saja dan dipelajari dari YouTube katanya.
Mari sini aku tunjukkan bagaimana kira dos lignocaine yang disuntik;
Untuk maksimum dos lignocaine adalah 4.5mg/kg (tanpa epinephrine), jika lignocaine dengan epinephrine maksimum dos adalah 7mg/kg. Total maksimum dos adalah 300mg.
Maka, maksimum dos dalam mililiter sepatutnya disuntik oleh pesakit berat badan 58kg adalah; Formula = max dose (mg) x berat (kg)/10 x concentration (%)
Maka, lignocaine dos dalam mililiter tanpa epinephrine = (4.5mg x 58kg)/(10 x 2) = 13.05 mls. Namun pesakit ini telah suntik lignocaine sebanyak 40 mililiter yang sepatutnya hanya 13 mililiter sahaja.
Sah, kedua-dua pesakit ini mengalami ‘lignocaine toxicity’.
Sejurus prosedur suntikan itu dilakukan, kedua-dua pesakit mengalami gejala seperti kebas bahagian lidah dan bibir, kemudian pening dan berdebar-debar. Lebih serius kedua-dua pesakit itu mengalami sawan akibat dari lebihan dos lignocaine.
Cara atau teknik pemberian pun aku tak pasti bagaimana. Betul atau tidak. Tak kena cara memang suntikan tersebut terus ke salur darah pun kita tak tahu. Sangat-sangat berbahaya. Prosedur ini sepatutnya dilakukan oleh doktor yang bertauliah dan terlatih sahaja.
“Faizal, bagi kedua-dua pesakit ni Intravenous lipid emulsion 1.5 ml/kg of 20% lipid. Then followed by infusion 0.25 ml/kg/min, ya. Lekas sikit,” ujarku.
“Baik, Dr!”
Kita boleh dapat pengajaran dari kisah ini. Nak cantik boleh tapi jumpa dengan doktor yang terlatih. Nak cantik boleh tapi jangan binasakan diri sendiri. Itulah. Hmmm.
Situasi ini tidak mendatangkan rasa sakit, cuma jika dibiarkan bimbang berlaku sesuatu yang boleh membawa kemudharat pada kesihatan.
Jika situasi ini berlaku, kita boleh lakukan beberapa perkara seperti disarankan oleh Dr Ezairy M.Sallih, Pakar Bedah, Telinga, Hidung & Tekak, Surgeri Kepala & Leher.
Beliau memberitahu cara terbaik mengatasi masalah ini jika berlaku pada diri seseorang.
Apabila berlaku pendarahan hidung, ini langkah yang perlu dilakukan.
Duduk, tundukkan kepala. Picit hidung daripada luar. Letak ais pada dahi atau muka.
Jangan dongakkan kepala. Ini akan menyebabkan darah mengalir ke belakang dan berisiko masuk ke salur pernafasan dan peparu.
Jom kita betulkan info yang tidak betul. Lakukan langkah tepat ketika kecemasan berlaku.
Dr Ezairy M.Sallih Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak Surgeri Kepala & Leher
Maintain sihat di usia 96 tahun, ini rupanya rahsia panjang umur Ratu Elizabeth II. Walaupun usia sudah mencecah lebih 90 tahun, tetapi dilihat masih sihat & bertenaga menjalankan tanggungjawab sebagai ketua negara.
Inilah fakta menakjubkan bagi Ratu Elizabeth II yang ketika hayatnya sihat menjalani kehidupan seharian dalam keluarga diraja Britain. Sebelum disahkan meninggal dunia oleh Istana Buckingham selepas 70 tahun berkhidmat sebagai raja.
Maintain Sihat Di Usia 96 Tahun, Ini Rupanya Rahsia Panjang Umur Ratu Elizabeth II
Kekal sihat sehingga usia mencecah 96 tahun, rupanya ada diet sihat tertentu yang diamalkan oleh Ratu Elizabeth II ini yang boleh dikongsi bersama.
Menurut bekas chef Darren McGrady, Ratu hanya akan memilih 4 kali makan ringan daripada tiga kali makan besar. Jadi tidak hairanlah jika kesihatan Ratu Elizabeth II begitu terjaga, jauh dari penyakit hingga berumur panjang.
McGrady juga memberitahu, Ratu juga sangat suka makan kek coklat. Akan mengambil sepotong kuih berkenaan setiap hari dan dimakan sehingga habis.
Selain itu, Ratu Elizabeth II sangat gemar makan dark chocolate. Beliau akan makan snek dark chocolate di antara waktu makan besar. Menurut McGrady, Ratu adalah seorang yang cerewet dalam makanan.
Dia hanya mahu makan dark choc dengan kandungan koko 60 peratus atau lebih tinggi. Seperti yang kita ketahui, dark chocolate adalah alternatif snek yang lebih sihat berbanding coklat susu atau coklat putih.
Ini Rupanya Rahsia Panjang Umur
Dark chocolate juga diketahui dapat mengekalkan kesihatan jantung menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan fungsi otak.
Pixabay/StockSnap
Selain itu Ratu Elizabeth II juga sangat gemar menunggang kuda dan dijadikan rutin harian. Baginda juga amat senang berjalan kaki bersama anjing-angjingnya atau seorang diri di taman istana Buckingham.
Antara kebaikan berjalan kaki ini adalah mengelak risiko terkena penyakit kardiovaskular, obesiti, gangguan kognitif dan osteoporosis yang sering dialami oleh golongan berusia.
Ratu juga tidak suka melewatkan sarapan. Biasanya baginda akan mengambil segelas teh Earl Grey sebagai hidangan pembuka sebelum memulakan sarapan paginya. Teh ini sangat bermanfaat untuk menurunkan kolesterol kerana kandungan flavonoid.
Selain itu, teh hitam ini juga mampu menurunkan tekanan darah, mengurangi risiko kanser ovari/rahim dan membantu menurunkan berat badan.
Sang Ratu juga sangat menjaga dietnya dengan memilih makanan sihat yang baik untuk jantung. Ratu gemar sekali makan sandwich salmon, makan ikar bakar untuk sajian siang dan malam.
Seperti yang kita ketahui ikan seperti salmon, sardin mengandungi EPA dan DHA Omega 3 yang boleh menurunkan risiko penyakit jantung.
Freepik/timolina
Satu lagi fakta menarik mengenai diet Ratu adalah hanya akan makan buat strawberi di msim panas dan tidak akan makan jika bukan pada musimnya kerana buah ini lebih alami dan bahan campuran lain.
Haaa… cuba anda pastikan beberapa langkah ini dibuat sebelum mekap. Inshaa Allah membantu.
Guna primer
Primer antara produk yang terbaik untuk mengunci pori-pori wajah dari mengeluarkan minyak yang berlebihan. Malah terbukti primer menjanjikan mekap yang lebih tahan lama. Jadi sapu rata primer pada bahagian wajah kamu yang mudah berminyak ketika cuaca panas.
Jangan tambah loose powder
Ada yang menggunakan loose powder untuk menyerap atau ‘mengeringkan’ solekan dari peluh. Kesannya, mekap kamu bertambah comot kerana loose powder tidak berdaya untuk mengawal semua kesan minyak dan peluh yang ada. Sebaiknya guna blotting paper!
Tak payah pakai pelembab berlapis
Sapu wajah dengan kuantiti pelembab seadanya, tak perlu tebal sehingga kulit jadi melekit. Bayangkan kulit kamu sudah tebal dengan pelembab, ditabah solekan dan akhirnya bergabung dengan peluh. Apa akan jadi?
Pakai maskara kalis air
Buat yang gemar memakai maskara, bukan musim hujan sahaja. Musim panas begini pun gunakan maskara yang kalis air. Khususnya buat mereka yang mengalami masalah kelopak mata mudah berminyak.
Lupakan solekan tebal
Bila cuaca panas yang amat tak perlu lah pakai mekap yang tebal. Cukup anda berhias sekadar naik seri, pakai nipis biar nampak natural sahaja dah memadai.
Jadi, kalau betul anda tak nak mekap cair mudah, pastikan anda amalkan beberapa tip di atas ya. Barulah nampak kemas dan tak cepat comot.