cuci muka

Nak cuci muka pun ada caranya, malah kalau silap gaya memang kulit akan jadi rosak. Sebagai seorang wanita, kecantikan kulit wajah sangat dititik beratkan.

Tidak sempurna dan lengkap penjagaannya jika tidak dimulai dengan step membasuh muka dan seterusnya.

Namun begitu, walaupun wajah dicuci bersih setiap hari, tetapi tetap kelihatan kusam dan lebih memeningkan timbul jerawat. Adakah cara cucian wajah tidak betul atau penggunaan produk tidak bersesuaian dengan kulit.

Sebenarnya, kesalahan mencuci wajah juga boleh menyebabkan kulit bermasalah serta merosakkan kulit. Jadi bagi mengelakkan wajah menjadi kusam, elakkan 12 kesalahan ini ketika anda mahu mencuci muka.

12 Kesalahan Orang Buat Waktu Cuci Muka, Elakkan Kalau Tak Nak Kulit Rosak!
Kredit: Pexel.com

Elak 12 Kesalahan Waktu Cuci Muka

1. Cuci Muka Dengan Tapak Tangan Kotor

Jika anda membersihkan wajah tanpa membersihkan telapak tangan terlebih dahulu, sama saja anda sedang memindahkan semua kotoran dan bakteri yang ada di telapak tangan ke wajah. Maka pastikan untuk membersihkan telapak tangan terlebih dahulu sebelum membersihkan wajah.

2. Pakai produk Tidak Sesuai Dengan Kulit Wajah

Pemilihan produk yang sembarangan dan tidak sesuai dapat menimbulkan masalah kulit wajah seperti minyak berlebih, flek hitam, jerawat, dan lain sebagainya. Oleh kerana itu, anda harus mengenali jenis kulit dulu sebelum mencari produk cuci wajah yang sesuai dengan  kulit wajah. Pembersih muka yang baik dapat menghilangkan sisa solekan, debu yang melekat, dan menghilangkan kotoran pada wajah. Inilah kesalahan utama saat mencuci muka menggunakan sabun tidak bersesuaian.

3. Guna Suhu Air Yang Salah

Sebahagian besar anda menggunakan air panas untuk membuka pori-pori dan air dingin untuk menutup pori-pori. Namun, sebenarnya pori-pori tidak memiliki otot untuk membuka dan menutup sehingga tidak perlu melakukan hal ini dengan menggunakan air panas,  dapat membuat kulit muka iritasi dan kering. Tinggalkanlah kebiasaan ini dan gantilah dengan cara mencuci wajah yang benar iaitu menggantikan air dingin dengan air hangat agar lebih sesuai untuk kulit wajah.

IKLAN
Selain itu:  Rupanya Bahaya Makan Ubat Tiada Kelulusan KKM, Boleh Rosakkan Buah Pinggang & Hati
12 Kesalahan Orang Buat Waktu Cuci Muka, Elakkan Kalau Tak Nak Kulit Rosak!
Kredit: Pexel.com

4. Terlalu Kerap Cuci Muka Atau Lakukannya Sekali Sehari

Mencuci muka dengan lebih kerap, lebih dari tiga kali sehari. Sebaiknya cucilah hanya dua kali sehari, iaitu sebelah pagi dan malam. Melakukan pencucian wajah terlalu kerap dapat menipiskan kulit wajah.

5. Asyik Lakukan Skrub Pada Wajah

Dinasihatkan melakukan skrub hanya satu hingga tiga kali seminggu. Jangan lakukannya secara berlebihan dan menggosok skrub tanpa kaedah yang betul. Keadaan ini akan menyebabkan kulit menjadi iritasi, nipis, infeksi dan kering. Sekaligus akan dapat menyebabkan jerawat timbul pada kulit wajah.

6. Bilas Wajah Dengan Cepat

Jika kita lakukannya dengan cepat, tidak akan hilangkan minyak pada wajah. Sepatutnya luangkan masa selama dua minit dengan menggosok secara betul. Berikan urutan lembut pada bahagian dahi dan hidung yang biasanya lebih banyak mengeluarkan minyak.

7. Pakai Produk Mengandungi Bahan Kimia

Berwaspada dengan produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia harus  agar tidak salah dalam memilih produk cuci muka. Lihatlah dulu kandungan dari produk tersebut apakah kandungannya selamat dari bahan pewarna, wangian, dan kimia. Hindari pemilihan dengan kandungan pH yang tinggi, sodium lauril sulfat atau SLS. Kedua bahan ini dapat berisiko untuk terjadinya iritasi dan reaksi alergi pada kulit wajah.

IKLAN

8. Tidak Memakai Face Oil

Ahli dermatologis dan kecantikan menjelaskan bahawa penggunaan minyak sesuai dengan semua jenis kulit dan umumnya, minyak akan larut jika bertemu sesama minyak. Oleh kerana itu, dengan adanya minyak ini akan memecah bakteria dan kotoran penyebab jerawat yang sering timbul pada wajah berminyak. Selain itu, kelembapan kulit juga akan terjaga sehingga akan terjadi keseimbangan kadar pH pada kulit wajah.

Selain itu:  Selain Pilih Aktiviti Digemari, Dengar Muzik Juga Pendorong Supaya Rajin Bersenam
12 Kesalahan Orang Buat Waktu Cuci Muka, Elakkan Kalau Tak Nak Kulit Rosak!
Kredit: Pexel.com

9. Elak Gosok Muka Dengan Kuat Bila Pakai Masker

Jangan sesekali menggosok muka dengan kuat ketika memakai masker. Terutama pada kulit keting kerana dapat mempengaruhi ketegangan kulit wajah. Tunggulah wajah mengering sendiri setelah mencuci muka atau anda boleh menepuk-nepuknya sahaja dengan kain bersih.

10. Pilih Produk Sesuai, Mahal Tak Semestinya Bagus

Ramai beranggapan penggunaan produk mahal akan memberi kesan lebih baik pada kulit wajah. Namun jangan terpedaya dengan strategi marketing setiap produk dijual. Uji dulu kesesuaian sesuatu produk dengan membeli sample atau kecil dulu. Lihat hasilnya dan jika sesuai barulah membeli yang lebih besar. Boleh juga menggunakan pembersih  dengan bahan alami dan kandungan yang bermanfat dalam jangka panjang, seperti moisturizer dan serum vitamin.

IKLAN

11. Cuci Wajah Tanpa Bersih Solekan

Jika anda masih menggunakan solekan pada wajah seharian, maka anda harus membersihkannya. Sebelum mencuci muka, anda harus menghapus solekan terlebih dahulu dengan pembersih  atau make up removal. Membersihkan dengan make up removal akan membantu kita untuk membersihkan solekan yang menempel pada pori-pori kulit wajah.

12. Guna Tuala Kasar Boleh Sebabkan Kerengsaan

Setelah membersihkan wajah jangan menggunakan tuala dengan bahan yang kasar, hal ini boleh mengakibatkan wajah kegatalan. Gunakan tuala khusus untuk wajah yang berbahan lembut.

12 Kesalahan Orang Buat Waktu Cuci Muka, Elakkan Kalau Tak Nak Kulit Rosak!
Kredit: Pexel.com

SUMBER: hariangadis.com

Artikel Berkaitan:

Kurus Bukan Nak Cantik & Sihat Je, Tapi Mudahkan Buat Ibadah. Ini 18 Mitos Diet Kena Tahu!

Tak Susah Nak Tampil Cantik, Follow Je YouTubers Beauty Guru Di Malaysia Yang Viral Ini

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI