Memiliki tubuh badan langsing dan berat ideal memang jadi idaman setiap wanita. Namun bukan mudah untuk mencapainya tanpa usaha dan disiplin yang tinggi.
Seperti perkongsian gadis ini @zarbellaa di twitter memberitahu diet dilakukannya hingga berjaya menurunkan berat badan sehingga 20 kg hanya dalam masa 4 bulan.
Tanpa mengamalkan diet ekstrem dan masih mengambil nasi tetapi dalam portion sedikit dan dalam masa sama dia elak terus mengambil gula atau sesuatu yang manis. Hasilnya terdapat perubahan dalam bentuk fizikalnya.
Berjaya hilangkan 20 kg
Hanya diet selama 4 bulan saja
Ads
Diet simple, minum air 8 gelas sehari & elakkan gula terutama susu pekat
Ambil nasi dalam portion kecil & banyakkan makan daging
Untuk bab senaman pula, pilih lompat bintang, sit up
Ads
Boleh kurus dan jadi tinggi
Cara yang simple untuk kurus, jadi boleh mulakan sekarang
Penggunaan kanta lekap menjadi pilihan bagi mereka yang tidak mahu memakai kaca mata.
Namun begitu sebagai penguna yang baru mencuba memakai kanta lekap, ada beberapa perkara perlu diambil kira.
Menurut Perunding Optometris Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Bariah Mohd Ali berkata, tidak semua orang sesuai menggunakan kanta lekap.
Tambahnya antara golongan yang tidak sesuai menggunakan kanta lekap ialah mereka yang mempunyai penyakit okular misalnya glaukoma/katarak/mata kering/infeksi kornea dan sebagainya.
Malah dikatakan dua pertiga daripada pemakai kanta lekap adalah golongan wanita yang rata-rata berusia lingkungan 31 tahun.
Di Malaysia pula, dianggarkan lebih dua juta penduduk memakai kanta lekap (tujuh hingga lapan peratus).
– Bagi pengguna baru, anda tentu keliru bahagian dalam atau luar kanta lekap. Perbezaan mungkin tidak ketara tetapi pastikan ia kelihatan seperti separuh bola. Letakkan kanta lekap pada jari hingga terlihat bentuk yang dikatakan. Kemudian, bawa kanta dengan bahagian ‘dalam cawan’ menghadap mata anda. Jika kanta yang dipakai berbentuk U sempurna, bermakna itulah posisi betul.
– Sesetengah kanta lekap mempunyai tanda laser, misalnya jenama produk. Ini juga boleh membantu menentukan bahagian dalam atau luar kanta lekap.
– Pastikan anda membasuh tangan dengan sempurna sebelum memakai kanta lekap. Elak menggunakan sabun yang terlalu banyak kandungan pewangi, minyak atau produk yang mengandungi lanolin yang boleh melekat pada permukaan kanta lekap. Sesetengah doktor menasihatkan supaya memakai kanta lekap yang sama pada mata sama.
– Sentiasa pastikan anda mencuci tangan sebelum mengeluarkan kanta lekap. Jika anda berdiri di depan sinki, pastikan anda menggunakan tisu yang bersih untuk menutup lubang saluran sinki bagi mengelak kanta lekap terjatuh ke dalamnya.
– Untuk mengeluarkan kanta lekap, pandang atas atau sisi sambil menarik bahagian bawah mata. Dengan menggunakan jari, gerakkan kanta lekap secara perlahan-lahan dan berhati-hati ke bahagian putih mata anda. Dari situ, kepit kanta lekap perlahan-lahan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari dan keluarkan dari mata.
– Peringatan, jangan sesekali-kali berkongsi kanta lekap. Ini boleh mengundang padah pada mata anda.
– Jangan menukar jenama atau larutan penjagaan kanta lekap tanpa berbincang dengan optometris anda terlebih dulu.
– Jangan memakai kanta lekap melebihi tempoh dihadkan.
– Jangan tidur dengan memakai kanta lekap
– Buang larutan yang sudah diguna, jangan campur dengan larutan baru
Kebelakangan ini senaman jump rope dikatakan sangat popular dan jadi pilihan ramai pengguna untuk mengekalkan kecergasan badan.
Ini adalah kerana senaman ini mudah, jimat dan boleh dilakukan di mana-mana saja mengikut kesesuaian.
Bagaimanapun sebelum memilih senaman jenis ini, kena tahu jenis jump rope yang boleh anda pilih bersesuaian dengan jenis senaman yang ingin dilakukan.
Pertama sekali, sebelum membeli jump rope anda perlu mengukur kemampuan sendiri. Adakah anda seorang beginner atau mungki sudah advance dan mahu sesuatu yang lebih mencabar?
Berikut merupakan beberapa jenis jump rope yang boleh dijadikan panduan.
Ini merupakan jenis tali jump rope yang paling asas. Kebiasaannya ia dijual pada harga tidaklah mahal dan paling murah dalam semua kategorinya. Basic jump rope mempunyai tali yang lebih tebal berbanding speed jump rope namun ia lebih berat daripada weight jump rope.
Jenis basic ini juga biasanya diperbuat daripada bahan plastik PVC dan pemegangnya pula dari getah atau foam untuk membantu genggaman baik.
Sesuai dengan namanya speed jump rope digunakan untuk aktiviti lompatan yang lebih laju. Ia merupakan jenis jump rope yang paling ringan dan digunakan bagi aktviti pantas. Kebanyakan speed jump rope diperbuat daripada cord vinyl dan dihasilkan untuk kegunaan indoor.
Ia bagi mengelakkan berlakunya kerosakan apabila bergesel dengan permukaan keras seperti jalan tar atau permukaan berbatu. Bagi anda yang ingin melakukan lompatan dengan pergerakan pantas, inilah jump rope paling sesuai.
Weighted jump rope dihasilkan untuk anda yang ingin meningkatkan kekuatan bagu dan tangan. Dengan berat tambahan yang terdapat pada jump rope, ia memberikan beban yang lebih berat lalu memerlukan lebih banyak tenaga.
Selain itu, ia juga mempunyai resistance tambahan dan cukup digemari oleh pengamal aktiviti jump rope yang berpengalaman dan inign membina kekuatan otot. Ia mungkin lebih perlahan namun memberikan cabaran yang maksima kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya.
Beaded jump rope juga dikenali sebagai segmented jump rope juga boleh digunakan oleh mereka di peringkat beginner. Walau bagaimanapun ia lebih sinonim digunakan untuk aktiviti lompatan yang mempunyai ritma kerana bunyi yang dihasilkan.
Talinya mempunyai nylon inner cord dan beratnya juga adalah sederhana sahaja. Ia boleh digunakan untuk aktiviti indoor dan juga oudoor.
Kesimpulannya gunakan jump rope yang sesuai dengan kemampuan fizikal atau jenis aktiviti anda.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.