Ketika zaman kegemilangan penyanyi kumpulan wanita yang paling popular sekitar 90-an adalah Spice Girl. Dan dalam ahli kumpulan antara yang paling menonjol adalah Victoria Beckham.
Siapa yang tidak mengenali penyanyi kurus tinggi lampai yang juga isteri kepada pemain bola sepak David Beckham.
Biarpun sudah lebih 20 tahun berlalu menganggotai kumpulan itu, tetapi aura Posh Spice masih lagi hangat dan dikenali ramai.
Maklum sahaja penampilan ibu kepada empat anak ini sentiasa kelihatan outstanding dengan bentuk badan yang kekal langsing seperti anak dara.
Malah bukan itu sahaja, Posh Spice juga kelihatan kekal fit biarpun usianya hampir mencecah 50 tahun.
Ads
Apa agaknya rahsia di jelita ini yang sangat aktif dan energetik seperti wanita berusia 30 tahun.
Ramai tertanya-tanya apakah rejim kecergasan dan pemakanan yang diamalkan oleh personaliti yang juga pereka fesyen yang mempunyai lebih 30 juta pengikut di Instagram.
Victoria menggunakan khidmat seorang jurulatih kecergasan peribadi yang sangat popular dalam kalangan selebriti, iaitu Bobby Rich. Rich adalah pemenang lima kali pingat emas dalam sukan judo dan merupakan bekas jurulatih suami dan anaknya, Brooklyn Beckham.
Bercakap kepada The Sun, Rich mendedahkan bahawa senaman telah menjadi ‘keutamaan’ untuk Victoria malah dia memuji wanita itu kerana dedikasi yang mengagumkan.
Ads
Ujar Rich, Victoria bersamanya lima hari seminggu dan tidak pernah ‘ponteng’ setiap sesi walaupun mempunyai banyak komitmen peribadi dan profesional.
“Walaupun dia sedang melancong, tiada alasan untuknya ponteng dan kami beralih kepada sesi secara dalam talian,” jelasnya.
Kegemaran Victoria terhadap ikan sudah diketahui semua orang, tetapi perubahan latihan telah ‘memaksanya’ menukar diet yang diamalkan sejak 25 tahun lalu.
Ads
Menjadikan senaman sebagai rutin, dia kini mengambil lebih banyak lemak sihat, namun dalam masa sama dia mengekalkan wain sebagai salah satu keinginannya yang tidak boleh disentuh.
Victoria dikhabarkan tidak akan mengambil apa-apa makanan selepas latihan selama dua jam, sebaliknya memilih untuk minum cuka epal setiap pagi sebelum sarapan termasuk smoothie hijau, bijirin buatan sendiri atau telur hancur dengan salmon.
3. Menjaga Penampilan
Selain itu Victoria Beckham juga sangat menjaga penamilannya apabila berada di khalayak. Ini menjadikan dirinya sentiasa tampil anggun dan jelita dalam ada juga majlis yang dihadiri. Malah ada yang turut menjadikan dirinya ikon dalam berfeyen.
Minum Teh Kayu Manis Campur Lemon & Rajin Jalan Kaki. Rahsia Awet Muda Hetty Kos Endang Di Usia 65 Tahun! Pembabitannya sebagai juri tetap dalam program Gegar Vaganza musim ke 9 memang sangat ditunggu-tunggu peminat di Malaysia.
Setiap kali buat kemunculan, kelibatnya begitu ditunggu-tunggu sementelah sering memberi komen yang penuh semangat pada setiap peserta GV kali ini.
Minum Teh Kayu Manis Campur Lemon & Rajin Jalan Kaki
Dan setiap kali muncul itu, ramai juga yang terpegun dengan kecantikan dimiliki serta sentiasa energetik oleh Hetty Kos Endang walaupun usianya mencecah 65 tahun.
Rahsia Awet Muda Hetty Kos Endang Di Usia 65 Tahun
Selain itu Bunda juga turut memesan agar sentiasa berfikiran positif untuk memastikan diri kita sentiasa ceria dan gembira menjalani rutin harian.
Turut memberitahu jangan sesekali mengeluh dan sabar juga merupakan kunci awet muda.
Pernah berkongsi di laman Instagramnya Hetty yang sering bersikap positif dan kasih sayang serta restu suami menjadikan dirinya kekal cantik dan bertenaga.
Wanita yang suka ketawa ini juga begitu beruntung kerana suaminya, Dr. Yusuf Erwin Faisal yang sering menemani di saat terikat dengan tanggungjawab kariernya.
Ternyata 30 tahun melayari bahtera rumahtangga, pasangan ini sangat kelihat benar-benar romantis.
“Harus selalu happy dan optimis langkah kakimu terus ke depan dengan yakin, jangan
selalu menoleh ke belakang,” tulisnya dalam laman sosial miliknya.
Selain itu, Bunda juga jika sedang melakukan persiapan untuk petunjukkan pentas, dia akan melakukan workout bersesuaian seperti berjalan kaki dan juga suka boxing. Ini dapat dilihat dalam perkongsiannya di laman sosial.
Beberapa hari ini viral berkenaan perihal laksa. Pelbagai resipi dan fakta dikeluarkan mengenai makanan yang sangat sinonim dengan masyarakat kita.
Tidak dinafikan laksa menjadi salah satu signature untuk negara kita kerana keunikan laksa itu tersendiri mengikut negeri asal makanan popular ini.
Akan tetapi adakah kandungan nutrisi laksa yang dimakan ini baik untuk kesihatan dan kesan jika makan terlalu banyak.
Perkongsian di laman sosial facebook NutritionistKKM memberitahu kebaikan hidangan laksa yang menjadi kegemaran ramai.
Kandungan bahan protein dan karbohidrat mencukupi serta sayuran sebagai bahan sampingan menjadi pelengkap hidangan yang sihat untuk kita.
Jadi tak perlu gaduh-gaduh, pilih saja pilihan laksa mana untuk dimakan kerana mengandungi khasat tersendiri, tetapi perlu diingat ambil secara bersederhana.
Pelbagai jenis LAKSA mengikut negeri boleh didapati dimana-mana kerana ada peminatnya yang tersendiri…
LAKSA merupakan menu hidangan yang lengkap terdiri daripada sumber karbohidrat, protein & terdapat sayur- sayuran yang pelbagai..
Kuah LAKSA yang menggunakan bahan utama daripada IKAN merupakan sumber protein yang baik tidak kisah la ikan mahal atau pun murah..setiap satunya ade nutrien tersendiri yang penting untuk fungsi badan..
Spageti, laksa atau pun bihun juga merupakan dalam kumpulan makanan yang sama iaitu KARBOHIDRAT..
Kesimpulannya bergantung kepada selera individu nak pilih yang mana ikut selera tekak masing- masing..yang penting walau sedap macam mana pun tetap perlu ambil secara SEDERHANA dan jangan berlebihan!
Jangan gaduh-gaduh yang penting jaga KUANTITI & KALORI
Tanpa sembunyikan isu pembedahan pada wajah, pelakon Scha Elinnea akui berbuat demikian bagi memiliki wajah yang sempurna.
Scha Elinnea Buat Pembedahan
Menurut portal Kosmo!, Scha atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen menjelaskan, perubahan tersebut dibuat bagi meningkatkan keyakinan diri lebih-lebih lagi untuk beraksi di hadapan kamera.
“Tidak salah untuk kita buat benda yang buat rasa lebih baik. Sudah semestinya ada (perubahan wajah) tetapi ini tentang diri saya.
“Kalau nak menaikkan keyakinan diri, mengapa tidak. Asalkan tak kacau orang dan bila tengok cermin ‘aku rasa aku cantik hari ini’,” katanya lagi.
Tak Mahu Jawab Isu Tatu
Namun, pelakon berusia 25 tahun itu enggan berkongsi mengenai tatu di badannya seperti dakwaan yang bertebaran sebelum ini kerana sedar akan kesilapan lampau.
“Bagi orang yang tanya pasal tatu di badan saya pula, saya rasa lebih baik tidak jawab. Mungkin semua orang pernah buat silap pada masa silam.
“Saya pun banyak buat silap dan cuba perbaiki diri untuk jadi lebih baik,” jelasnya.
Namun, anak jati Sungai Petani, Kedah itu tetap menerima dengan hati terbuka komen netizen selain menganggap sebagai teguran.
“Saya tidak boleh tutup mulut orang, sesiapa bagi positif atau negatif komen saya berterima kasih sebab kadang-kadang boleh bagi kesedaran buat saya.
“Saya tidak ambil hati pun. Mungkin orang lain punya pandangan begitu, ada orang buat baik pun tetap dipandang buruk,” ujarnya.
Sebelum ini timbul dakwaan perubahan wajah pelakon itu apabila pengikut mula menyedari perubahan wajahnya berbanding sewaktu awal dalam industri seni.
Malah, dia juga sangat terbuka menunjukkan tatu pada beberapa bahagian badannya tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kekal ataupun jenis pelekat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!