
Skrub beras, ini cara bagi anda yang nak putih sampai nampak urat tetapi tak nak keluar modal. Anda yang selalu terdedah dengan cahaya matahari pun digalakkan buat.
Cukup amal sekali dua sahaja, memang payah sikit nak terus nampak urat hijau. Tetapi kalau anda jadikan scrub mandian hari-hari, kejelitaan rasmi akan jadi milik anda.
Nak Putih, Guna Skrub Beras
Ini tangan sebelum skrub ya, kusam je.
Bahan-bahan dan caranya:
1. Ambil beras dalam satu genggam serta bawang putih 3 ulas.
2. Kemudian, kisar bahan tadi. Kasar-kasar je sebab kita nak buat ala-ala scrub.
3. Guna mandian rutin kita. Saya guna sabun ni sebab buat badan kita lembut dan harum. Ramai customer yang nak jaga kulit, guna cara ini.
4. Akhir sekali, letak sedikit sabun pada ramuan tadi, sapu pada tubuh. Biarkan pada badan dalam lima minit. Cuci, bilas, sapu losyen harian.
5. Okey, nanti bancuhan dah siap, bubuh kat tangan macam ini. Dekat kuku, anda boleh sapu dengan bawang putih kisar tadi.
Sapukan secara menyeluruh pada tangan, siku atau bahagian sisi gelap ya.
Ini tangan selepas saya buat proses scrub tadi. Boleh bandingkan tangan sebelum dengan selepas ikut gambar ya.
Hah, jangan lupa cuba tau! Jimat dah tak payah pergi Spa semata-mata nak putihkan kulit anda. Buat sendiri je sambil tengok Tv, siap!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gadis Kongsi Syampu Terbaik Atasi Masalah Kelemumur Berkuping, Hasilnya Memang Berkesan

Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan, setiap daripada kita pastinya berdepan dengan masalah rambut yang berkelemumur.
Lebih teruk kalau kelemumur ini jenis berkuping hingga boleh menyebabkan kegatalan.
Jadi bagi mereka yang ada masalah ini sama ada yang berhijab atau tidak, ada cara tertentu untuk mengatasinya.
Perkongsian daripada seorang pengguna twitter @seriovslydot mencadangkan syampu yang berkesan bagi mengatasi masalah kelemumur berkuping ini.
Pilihan syampu untuk yang ada masalah kelemumur berkuping
Banyak kali try and error pelbagai syampu semuanya tak berkesan
Bagi mereka yang berambut kerinting, memang perlu gunakan perapi rambut kerana mudah kering
Satu lagi jangan lupa penggunaan serum untuk rambut kita yang paling berharga
Ini cara terbaik penggunaannya
Tip untuk jaga rambut rambut kerinting
Semua produk boleh cari di drugstore berdekatan
Artikel Berkaitan:
Ramai Yang Keliru, Doktor Ini Jelaskan Apa Sebenar Perlu Dilakukan Bab Jaga SOP
Rasa Pengalaman Sebenar Kuarantin Di MAEPS, Lelaki Ini Pesan Jaga SOP Kalau Sayang Nyawa
Hand Sanitiser Tinggal Dalam Kereta, Masih Boleh Pakai Tapi Kurang Berkesan Penggunaaannya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Saja Atasi Mata Lebam, Air Bunga Mawar Buat Sendiri Boleh Hilangkan Jerawat!

Isi Kandungan
ToggleAroma harum air bunga mawar ini dipercayai mampu mengatasi stress. Malah bunga mawar atau rose ini juga memberi efek yang menenangkan sehingga menjadi terapi semula jadi untuk meringankan sakit kepala.
Kuasa yang ada dalam bunga mawar diperakui sehingga sering menjadi pilihan pengamal kecantikan dahulu air mawar sebagai sumber utama dalam menjaga kecantikan luaran dan dalaman wanita.
Air mawar berfungsi untuk menyeimbangkan sabun dan pH pada kulit. Air mawar boleh dibeli dan mudah sahaja untuk dibuat sendiri.
Basuh kelopak mawar dengan bersih dan rebus kelopak bunga mawar bersama air menggunakan api kecil. Kemudian suling airnya dan gunakan air sulingan mawar itu.
Manfaat Air Bunga Mawar
1. Melembapkan Kulit
Cuaca panas sering membuatkan kulit mudah dehisrasi dan memberi kesan yang tidak cantik kepada kulit terutama wajah. Bunga ros berupaya melembapkan kulit secara semulajadi dengan kandungan polifenol yang terdapat di dalamnya.
Bukan itu sahaja bunga ros juga mengandungi zat omega 3 dan omega 6 yang berkuasa untuk memperbaiki kerosakan kulit daripada dalam. Bunga ros juga kaya dengan vitamin C yang berfungsi untuk meningkatkan kolagen secara semulajadi dalam tubuh.
Vitamin C ini bukan sahaja membantu menjaga kesihatan kulit sehingga memiliki kulit yang halus dan lembut malah boleh juga menyihatkan organ lain seperti mata. Malah vitamin C ini juga berfungsi sebagai antioksida untuk menghalang radikal bebas pada kulit.
Jika kerap disapu pada kulit wajah boleh menyebabkan kulit tetap anjal dan mengelak daripada kulit cepat berkedut.
2. Atasi Mata Lebam
Mata panda ini terjadi kerana mata yang letih akibat terlalu lama melihat skrin computer, berkerja lewat malam dan berjaga kerana belajar. Mata panda juga boleh terjadi kepada wanita yang meningkat usia kerana daerah kulit dibawah mata semakin menipis.
Bukan suatu penyakit tetapi mereka yang memiliki lingkaran gelap bawah mata ini sering rendah diri dan tidak mahu bergaul dengan masyarakat. Malah jika lingkaran gelap bawah mata ini todak hilang akan menyebabkan muncul tanda penuaan seperti kedut dan garis halus di bawah mata.
Jangan risau, air mawar boleh membantu mengatsi masalah mata panda ini dengan mudah. Ambil kapas dan celup dalam air mawar dan tampal di bahagian mata.
Lakukan dengan lebih kerap untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata ini dengan segera. Air mawar selain dapat mengatasi mata panda juga memiliki manfaat ajaib lainnya untuk kecantikan.
3. Menghilangkan Jerawat
Jerawat muncul kerana kelenjar di bawah kulit tersumbat akibat kulit mati, minyak dan bacteria. Air bunga mawar memiliki kelebihan yang tidak terduga untuk menghilangkan jerawat.
Air bunga mawar memiliki sifat anti radang yang berguna untuk mencegah iritasi kulit kerana sinar matahari yang berbahaya. Kandungan air dalam bunga mawar dipercayai boleh mempercepatkan penutupan pori-pori sehingga mampu mengurangkan kemerahan pada kulit wajah.
Selain itu, kandungan yang terdapat dalam air bunga mawar boleh membersihkan wajah dan menghilangkan kotoran dan bekas minyak yang menjadi punca pertumbuhan jerawat. malah kelopak mawar mengandungi sifat antibakteria yang berfungsi mengeringkan jerawat.
Melalui cara yang mudah iaitu mencuci wajah menggunakan air suam yang dicampur dengan air bunga mawar dan bersihkan ke seluruh wajah. Wajah pasti akan kelihatan bersih, segar dan cerah.
4. Mengurangkan Stres
Aroma harum bunga mawar dapat meningkatkan mood lantas memberikan ketenangan dan menghilangkan stress.
Ketika tubuh penat dan mengalami tekanan, tambahkan air mawar di dalam tub mandi dan rendam di dalamnya selama 15 minit. Pasti anda akan rasa nyaman dan timbul ketenangan akibat stress yang melampau.
5. Mencerahkan Bibir
Bibir yang gelap mungkin kerana memakai lipstick yang sudah tamat tempoh atau menghisap rokok. Memiliki bibir yang gelap ini akan membuat wanita hilang percaya diri dan sering menutupnya dengan memakai lipstick.
Air bunga mawar boleh membantu dengan berkesan untuk mengembalikan warna bibir yang asal atau mungkin lebih cantik daripada yang sebelumnya.
Caranya sangat mudah iaitu dengan menitiskan air bunga mawar di atas kapas dan sapu kapas tersebut di atas kulit bibir. Lakukan setiap malam sebelum tidur. Bagi memerahkan lagi bibir boleh menggunakan khidmat madu.
Hanya dengan menyapu madu di atas bibir dan biarkan seketika selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam dan lap dengan kain yang bersih.
6. Sebagai Penyegar
Setelah pulang ke rumah ambil kapas yang telah dicelupkan di dalam air mawar lalu di sapu pada kulit wajah dalam gerakan membulat.
Sapuan dan gerakan ini akan membantu menyingkirkan kotoran yang melakat pada kulit dan juga sisa solekan.
Air bunga mawar ini bukan sahaja membantu kulit lebih sihat dan cantik malah sudah pastu tanpa kesan sampingan yang membahayakan kulit wajah.
7. Mencerahkan Kulit
Air mawar memberikan perlindungan pada kulit serta melembapkan kulit secara semulajadi.
Kandungan vitamin E dan vitamin A yang terdapat dalam air bunga mawar boleh membantu mencerahkan kulit secara semulajadi. Amalkan cara menyapu air bunga mawar pada wajah dengan menggunakan kapas.
Tepuk di seluruh wajah secara merata. Pasti kulit wajah akan lebih segar dan cerah secara semula jadi.
Artikel Berkaitan:
Terganggu Dengan Kulit Kering, Ini 6 Tip Rawat Elak Wajah Tua Dari Usia Sebenar!
Nak Kekal Cantik, Bukan Buat Senaman & Jaga Makan Saja, Tapi Kena Bijak Uruskan Tekanan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Berbasikal, Selain Amalkan Diet Sihat” – Ini Rupanya Rahsia ‘Kurus’ Rina Harun Hingga Tarik Perhatian

Semalam tular apabila hangat netizen memperkatakan tentang penampilan Menteri Pembangunan, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd Harun yang mana cukup berbeza dengan sebelumnya.
Rupanya penampilan yang berbeza ini ada rahsia tersendiri. Berkongsi dalam satu temubual video yang dikongsi pengguna twitter @JustinTWJ , Rina Harun membertahu bagaimana dirinya tampil langsing.
Beliau memberitahu hanya mengamalkan gaya hidup aktif demi mendapatkan tubuh badan yang sihat. Sebelum itu beliau hanya tertawa apabila soalan tersebut diajukan kepadanya.
Reporter: “you look fit, how do you do it?”
Rina Harun: “Cycling, diet and it is important that the intention is to be healthy” pic.twitter.com/U5dZUeGUWM— not typical. (@JustinTWJ) February 9, 2021
Menurutnya:
“Saya berbasikal selain mengamalkan diet yang sihat, yang penting, niat Sebenarnya nak sihat”.
Jadi tidak mustahil untuk seseorang yang memiliki berat badan berlebihan berubah dan mahu mendapatkan tubuh badan yang sihat.
Apabila badan sihat, secara tidak langsugn penampilan juga jadi lebih cantik dan menarik. Jadikan tip dikongsi beliau ini sebagai motivasi untuk kita mendapatkan berat badan ideal.
Artikel Berkaitan:
Pernah Alami Masalah Berat Badan, Tya Arifin Tak Lokek Kongsi 4 Tip Kurus Lepas Bersalin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI