cantik cara jimat

Zaman sekarang, ramai memilih jalan untuk cantik cara jimat. Bukan sayang duit nak beli skincare tetapi agak susah cari produk yang serasi dengan kulit wajah. Paling takut kalau terkena produk yang ada bahan kimia terlarang. Rosak muka!

Cantik Cara Jimat, Malam Pakai Tomato Kisar Dan Siang Letak Tepung Beras Di Muka

Jadi untuk selamat, lebih baik guna bahan alami dan cuba buat sendiri untuk kekalkan awet muda. Alah, memang orang dulu-dulu pun jaga mukanya dengan cara ini sahaja. Pusing-pusing bahan yang sama cuma cara sahaja berbeza.

Kali ini petua cantik ini dikongsikan oleh Puan Shafinaz Johari, nampak gaya ada dua bahan berbeza untuk pagi dan malam. Jemput selongkar dulu, ya!

Cantik Cara Jimat

IKLAN

Saya memang jenis suka makan sayur, khasiat sayur dan buah-buah cukup bagus. Kalau saya beli lebih tomato dan timun saya selalu kisar hancur macam ini.

Cantik Cara Jimat, Malam Pakai Tomato Kisar Dan Siang Letak Tepung Beras Di Muka

IKLAN

Selepas itu simpan dalam peti sejuk, saya buat masker muka. Boleh simpan sampai 2 minggu atau lebih dalam peti sejuk.

Kalau tomato lepas kisar hancur, letak tepung beras, pakai waktu siang, buat bedak sejuk muka.

IKLAN

Cantik Cara Jimat, Malam Pakai Tomato Kisar Dan Siang Letak Tepung Beras Di Muka

Muka akan tegang, licin dan jerawat tak ada. Kalau timun pula kisar saja, simpan peti sejuk, pakai dimuka waktu malam.

Waktu pakai masker ini lah, untuk rehatkan minda. Bagi saya, tak perlu pakai produk mahal dan yang kadang tak serasi dengan kulit wajah. Amalkan sesekali macam ini pun dah bagus.

Semoga bermanfaat buat anda semua.

Selain itu:  Pantang Makan Malam & Rajin Bersenam. Rahsia Cantik & Awet Muda Kuza Di Usia Lewat 49 Tahun!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI