Orang kita kalau nak awet muda, biasanya amal makan ulam. Pahit-pahit ulam itu yang bagus untuk kesihatan dan sangat berkhasiat.
Namun berbeza dengan orang Jepun, ada beberapa amalan yang mungkin kita boleh cedok dan jadikan rutin untuk elak nampak tua sebelum usia.
Nah, ini antara rahsia dan tabiat ketika makan wanita Jepun yang anda boleh cuba jika ingin kurangkan berat badan dan inginkan kulit cantik!
Awet Muda Macam Wanita Jepun
1. Pilih Makanan Sihat
Salah satu tip awet muda masyarakat di Jepun adalah makan makanan yang sihat dan seimbang.
Bak pepatah You are what you eat seorang pakar kecantikan di Jepun dan Ketua Pegawai Eksekutif Yibu Beauty, Steve Jan berkata apa yang dimakan akan mempengaruhi keadaan kulit seseorang itu.
Katanya, orang Jepun lebih gemar makanan yang berasaskan sayuran dan ikan, namun mereka kurang mengambil daging dan makanan tinggi gula.
Wanita Jepun juga percaya bahawa teh hijau merupakan antara sumber yang menjadikan kulit seseorang itu cantik bercahaya.
2. Suka Urut Wajah
Selain pemakanan, wanita Jepun juga percaya bahawa urutan wajah boleh membantu menghilangkan kedutan pada kulit.
Kebiasaannya mereka akan memakai produk skincare kemudian mengurut lembut wajah dalam gerakan berpusing.
Amalan anti penuaan ini juga dapat membantu otot wajah rileks disamping meningkatkan peredaran darah.
Ads
Kalau urutan ke atas pula dilakukan untuk membantu kulit muka yang jatuh.
Selain menggunakan tangan, aktiviti ini boleh dilakukan menggunakan alatan mengurut.
3. Tak Skip Pakai Skincare
Menurut HealthSite, wanita Jepun melakukan sekurang-kurangnya empat rutin penjagaan kulit iaitu cuci pembersihan berganda dan pelembapan berganda.
Pembersihan berganda ini bermaksud pembersihan menyeluruh pada kulit dengan menghilangkan solekan, sel kulit mati, minyak dan kotoran pada wajah.
Pembersihan pertama menggunakan pembersih berasaskan minyak diikuti dengan pembersih berasaskan air sabun.
Untuk kelembapan berganda pula, lotion digunakan untuk melembutkan dan menghidrasi kulit.
Ads
Kebanyakan wanita Jepun melakukan aktiviti membersih wajah di malam hari sebelum tidur dan mereka melakukannya walaupun tidak memakai solekan di wajah.
4. Selalu Pakai Pelindung Muka
Percaya atau tidak, wanita Jepun menggunakan pelindung matahari tidak kira apapun cuacanya.
Menurut doktor kulit, Dr Jenny Liu kebanyakan pelindung matahari yang digunakan wanita Jepun dan Korea dihasilkan dengan tekstur yang lebih ringan serta mudah diserap kulit agar si pemakai terasa nyaman dan selesa untuk menggunakannya di sebalik solekan.
5. Mandi Air Panas
Mandi air panas sambil menghidu essense oil dan menikmati minuman teh adalah antara rutin kecantikan wanita Jepun.
Menurut Stylist, sebuah kajian dari Ehime Universiti di Matsuyama, Jepun mendapati bahawa mandi air panas secara teratur dapat membantu mengendurkan otot serta menyihatkan jantung dan membantu peredaran darah yang lebih baik.
Ads
Orang yang mandi air panas sekurang-kurangnya lima kali seminggu menunjukkan simptom aterosklerosis atau penumpuan plak di arteri lebih rendah.
6. Minum Teh Hijau
Wanita Jepun juga minum dua hingga empat cawan kecil teh hijau sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit mereka.
Teh hijau dikatakan tinggi antioksidan dan sangat baik untuk membantu melindungi tubuh daripada rosak akibat terdedah kepada alam semulajadi dan penuaan.
7. Berhenti makan sebelum kenyang
Di Jepun, kebanyakan keluarga akan duduk dan makan bersama. Mereka juga akan berhenti makan ketika perut mereka baru 80 peratus penuh atau berhenti makan sebelum kenyang.
Pensyarah imunologi dari Universiti Sussex, Dr Jenna Macciochi menjelaskan, usus dan proses penghadaman memberi tekanan yang boleh membawa kepada keradangan yang dikatakan antara pendorong utama penuaan.
Otak memerlukan sekitar setengah jam untuk menyedari bahawa kita sudah berasa kenyang justeru itu adalah penting untuk kita berhenti lebih awal.
8. Banyak Bergerak
Wanita Jepun juga aktif bergerak dan melakukan aktiviti fizikal. Mereka akan mengayuh basikal atau berjalan kaki serta melakukan aktiviti tai chi di taman.
Ketua perubatan di Now Patient, Dr Andrew Thornber menyarankan kita mengubah posisi duduk di kerusi setiap 30 minit atau berjalan kaki sebentar untuk mengendurkan sendi.
Thomber turut menyarankan supaya kita memulakan hari dengan melakukan rengangan supaya darah tetap mengalir dengan lancar.
Haa… kalau kita nak cantik dan sihat macam orang Jepun, kita kena lah ubah mana patut. Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang sihat untuk penyakit singgah waktu muda-muda.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai antara kita yang menggemari jus buah-buahan. Lebih-lebih lagi jika dicampurkan dengan pelbagai jenis buah-buahan.
Malah dikatakan segelas jus menggunakan buahan segar dapat memberikan rasa enak dan kesegaran pada diri.
Walaupun begitu menurut pakar pemakanan, bukan semua jus baik untuk kesihatan. Ini kerana dikatakan terdapat jus yang hanya lebih baiksedikit berbanding air gula.
Dan ini antara pilihan jus yang baik untuk kesihatan
Jus Sayuran
Menghasilkan jus daripada sayuran adalah mudah dan baik untuk anda. Lycopene dalam jus tomato boleh membantu mengurangkan risiko kanser prostat. Jus bit (beet) pula dapat mengawal tekanan darah.
Walaupun tidak sebanyak mengambil sayuran secara mentah, namun masih terdapat serat dalam sari (pulp) jus sayuran dan ia berfungsi menyingkirkan rasa lapar. Malahan kandungan gula dan kalori juga adalah lebih rendah berbanding jus buah biasa. Jangan lupa untuk menyemak kandungan sodium (garam) atau anda boleh memilih jus sayuran versi kurang sodium.
Jus Delima
Jika anda ingin mengamalkan pengambilan satu gelas jus setiap hari, pastinya anda mahukan pilihan yang terbaik. Adakah anda tahu jus apa yang menawarkan kandungan nutrisi paling hebat dan berbaloi untuk diminum?
Jawapannya adalah jus delima. Jenis jus ini adalah tinggi kandungan gula dan kalori tetapi memberikan banyak nutrien baik untuk anda yang dipanggil antioksidan. Kandungan antioksidan di dalam jus delima adalah lebih besar berbanding teh hijau.
Jus Kranberi
Jus daripada buah ini mempunyai kandungan vitamin C yang diperlukan oleh sistem imun badan anda. Mengambil minuman jus kranberi tanpa gula boleh membantu mencegah pembentukan bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing.
Jus Acai Beri
Acai beri merupakan buah yang terdapat di Amerika Selatan. Sari buah acai ini mempunyai kepekatan antioksidan yang lebih tinggi berbanding kranberi, beri hitam, strawberi mahupun beri biru. Rasanya masam-masam manis sudah tentu mampu menambat citarasa anda.
Jus Anggur Merah
Mungkin anda pernah mendengar pengambilan wain merah dalam jumlah yang terkawal dan sederhana adalah baik untuk hati. Begitu jugalah kesannya jika anda minum jus anggur merah. Ia kaya dengan flavonoid dan resveratrol.
Jus Prun
Kebanyakan individu yang minum jenis jus ini adalah untuk melegakan sembelit. Ia amat berkesan membantu sistem pencernaan anda kerana prun merupakan sumber serat yang baik dan mengandungi julap (laxative) semula jadi yang dipanggil sorbitol. Jus ini juga mempunyai kandungan antioksidan, zat besi dan kalium.
Ini antara skincare yang wajib ada kalau anda nak kulit cantik, bermula dengan pencuci muka, pelembap dan pelindung wajah.
Nampak mudah tetapi agak susah juga nak cari yang serasi dengan kulit dan kalau boleh anda wajib elakkan daripada memakai produk kilo yang boleh buat kulit rosak dan nipis.
Tiga Skincare Yang Wajib Ada Kalau Nak Kulit Cantik
Pencuci wajah
Pencuci muka seharusnya turut berfungsi untuk melembapkan kulit selain daripada membersih. Kalau anda duduk dalam bilik penghawa dingin 24-jam, kulit akan menjadi kering. Jadi anda sangat memerlukan pencuci muka yang boleh mengawal paras minyak dan mengekalkan kelembapan kulit secara semula jadi.
Pelembap
Pelembap muka membantu mengelakkan kulit wajah daripada kering, merawat kulit, anti penuaan kulit, elakkan daripada dehidrasi pada kulit dan seterusnya membuatkan kulit anda nampak lebih bersinar.
Pelindung Wajah (Spf)
Untuk lindung kulit anda daripada sinar uv yang boleh buat jeragat timbul. Penting kalau nak elak kulit kusam dan ini juga anti aging terbaik untuk kulit.
Paling penting, jangan sesekali skip sunscreen kalau anda dah pakai penjagaan kulit yang lain. Nanti sia-sia pakai produk merawat tetapi tiada pelindung.
Haa.. tak susah bukan? Selepas ini anda boleh terus cari tiga skincare asas ini kalau nak kulit awet muda dan nampak glowing, malah selamat daripada masalah jeragat dan jerawat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai sangat yang berniat nak kurus dalam masa yang singkat tetapi masih gagal kawal nafsu makan dan kurang rajin bersenam.
Menurut perkongsian daripada saudara Ahmad Anwar, anda kena fahamkan penurunan berat bukan ada tarikh luput. Ia adalah perubahan habit.
Kita jadi gemuk pun disebabkan perubahan habit sebenarnya. Kita makan tanpa kawalan dan gagal kawal.
Nak kurus juga perlu ubah habit. Mana boleh kita ubah habit yang sudah jadi kebiasaan kita dalam tempoh singkat? Ia perlukan latihan dan kecekalan.
Nak Kurus, Ini Habit Yang Wajib Diubah
Apa habit yang perlu berubah?
1. Makan dalam portion yang betul dengan mencukupkan makro nutrisi (seimbang)
2. Cukupkan keperluan protein harian
3. Pilih snacking yang sihat
4. Makan benda yang mempunyai nutrisi yang baik, volume yang besar tetapi rendah kalori
5. Bersenam berkala 3-5 kali seminggu
Turun berat badan bukan mesti kurus pun. Ada saja yang kongsi berat turun sampai 20kg, tapi inchloss tak seberapa pun. Gambar tak banyak berbeza.
Sebab apa?
Sebab yang turun bukanlah lemak. Yang turun hanyalah angka atas penimbang disebabkan kehilangan air, otot dan sebagainya.
Ada pula yang kurus tapi nampak sakit. Sebab otot susut dan tidak bersenam. Muka nampak cengkung bila otot susut dan kita akan nampak lebih tua dari usia.
Percayalah… saya dah lalui semua fasa tersebut. Usah dikejar angka penimbang laju turun. Hasilnya hanyalah penipuan kepada diri sendiri.
Moga mereka yang mulakan perjalanan kurus sihat ini, melaluinya dengan penuh sabar dan dengan cara yang sihat dan boleh kekal selamanya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!