Kecantikan Dian Sastrowardoyo sering menjadi tumpuan, walau umurnya bakal menginjak 41 tahun namun kelihatan air wajahnya tetap nampak muda. Langsung tak di makan usia!
Seperti gambar yang dikongsikan dalam Instagram, Dian nampaknya memilih untuk cantik tanpa mekap. Malah isteri kepada ahli perniagaan, Indraguna Sutowo ini dilihat suka melakukan aktiviti sihat seperti bersenam dan berbasikal.
Mencipta nama menerusi filem remaja popular Ada Apa Dengan Cinta pada tahun 2002, penampilannya bagai tidak pernah berubah, malah dilihat semakin jelita biarpun sudah memegang peranan sebagai ibu kepada dua cahaya mata.
Ads
Melihat wajah manis dan kredibiliti lakonannya, Dian suka menggayakan kebaya klasik selari dengan sokongannya dalam gerakan kebaya sebagai warisan budaya dunia.
Tak jemu melihat air wajahnya yang unik, malah senyuman Dian sangat memikat buat dia nampak ‘mahal’. Dian sangat menitik beratkan pemakanan dalam diet. Selagi boleh, dia akan cuba mengambil makanan yang diasaskan daripada sumber organik yang bebas bahan kimia.
Jadi kepada anda di luar sana yang mahu kelihatan awet muda dan sihat, kenalah keluarkan peluh. Paling panting jaga makan dan jangan lupa rutin asas dalam kecantikan iaitu jaga kulit wajah!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejuk mata memandang dengan penampilan pelakon wanita, Ozlynn Wati yang dilihat berhijab selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji.
Pemilik nama sebenar Rozlinawaty Ismail itu sebelum ini pernah berkongsikan hantaran berhijab bersama sepersalinan baju merah jambu ketika menjadi tetamu jemputan rancangan Meletop.
Dalam usaha mengubah penampilan diri, Ozlynn mengakui sering dibayangi kata-kata negatif bahawa imej berhijab hanyalah bersifat sementara sahaja.
Bagaimanapun Ozlynn berkata, beliau sering memuji pembantu peribadinya yang kelihatan cantik ketika mengenakan tudung semasa menghadiri kelas agama.
Naluri untuk bertudung semakin kuat apabila pelakon drama Presiden Kampung Morten dan suaminya menerima jemputan menunaikan haji oleh Kementerian Media Arab Saudi pada musim haji yang lalu.
“Bila tengok pembantu peribadi pergi kelas agama, dia pakai tudung saya kata comelnya, jadi saya kata jom pakai tudung.
“Seminggu sebelum nak menunaikan haji, saya rasa dah bersedia, tapi betul ke? kalau dah pakai tak boleh buka semula.
Dalam pada itu, Ozlynn turut mengagumi kebesaran YANG MAHA ESA atas rezeki jemputan menunaikan haji serta hidayah-NYA untuk tampil imej berhijab.
Isteri kepada Johan Raja Lawak itu menasihatkan untuk sentiasa bersangka baik kepada orang sekeliling dan meminta peminatnya mengabaikan kata negatif netizen.
Untuk rekod, Ozlynn telah mendirikan rumah tangga bersama Johan pada tahun 2003. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.
Ramai yang mahu berdiet cara sihat tetapi skip breakfast atau sarapan pagi. Sanggup berlapar semata-mata mahu mengelakkan keinginan untuk makan.
Adakah cara diet sebegini dibolehkan kerana jika kita tidak mengambil sarapan pagi secara tidak langsung seseorang itu akan makan banyak ketika makan tengah hari.
Dalam satu perkongsian di laman sosial Facebook, Dr Rizal Abu Bakar menjelaskan kepentingan sarapan pagi ini.
Sementara itu Dr Rizal juga turut mencadangkan sarapan pagi yang sesuai untuk diambil.
Melihat pada susuk tubuh dan wajah tidak mengagak personaliti ini sudah pun menginjak usia 59 tahun.
Jika orang lain seusia dengannya, pasti seronok duduk di rumah saja atau melakukan aktiviti senggang bersama keluarga seperti bercucuk tanam atau berehat saja.
Tetapi bagi Datuk Aznil Haji Nawawi ini seorang insan yang tidak betah duduk diam. Beliau kelihatannya masih aktif terbabit dalam kerja seni yang sudah sekian lama diceburinya.
Malah dia juga dilihat sangat sihat, aktif, bertenaga dan mempunyai kulit wajah yang kelihatan awet muda.
Ketika bertemu dalam satu majlis, Datuk Aznil atau mesti dipanggil Pak Nil tidak kekok bercerita dirinya yang kekal sihat dan aktif melakukan pelbagai perkara disukai.
Menurut Pak Nil seperti orang lain, beliau juga turut mengamalkan penjagaan kulit wajah mengikut aturanya.
“Alhamdulillah syukur dengan Tuhan kerana masih diberikan kesihatan yang baik lewat usia begini. Saya sejak dulu memang sangat menjaga kebersihan kulit wajah.
“Saya mengamalkan rutin membasuh wajah yang lengkap bermula cleaner, toner dan moistirzer. Berkat penjagaan wajah teratur, kulit wajah kekal sihat dan tidak kusam. Saya juga tidak mengamalkan filter untuk tampil menarik.
Selain itu saya turut mengamalkan waktu tidur mencukupi iaitu 6 jam setiap malam. Tidur yang cukup memastikan saya bangun cergas keesokan harinya,” jelasnya yang turut mengamalkan pengambilan minum air tanpa gula.
Pak Nil juga bagi memastikan fizkal sentiasa fit, beliau akan buat latiha cardio berlari atas threadmill 1 jam sehari dan boleh bakar sehingga 600 kcal.
Menyingkap sisi lain kehidupannya, bapa tunggal lebih 25 tahun sudah terbiasa dengan rutin harian dilakukan.
Malah saban tahun melalui fasa hidup solo tanpa insan bernama isteri di sisi, Pemenang 10 kali kategori Pengacara TV Lelaki Popular sejak 2003 hingga 2010 itu tidak menjadikan soal jodoh sebagai keutamaan untuk dipertimbangkan.
Baginya apa yang lebih utama ialah meneruskan kehidupan dan survival yang dimulakan sejak lebih tiga dekad lalu dengan meletakkan kerja seni dan tanggungjawabnya kepada masyarakat.
Malah sedari dulu, selebritiyang bakal genap 60 tahun pada November depan itu juga memikul tanggungjawab sebagai bapa kepada tiga anaknya,Fildza Haifa 32, Fariq Haizen, 27 dan Firdaus Hariz,13.
Cuma prinsipnya sejak dulu dan diketahui ramai memang memilih untuk menjaga privasi anaknya.
“Anak saya pun tak pernah tanya fasal jodoh. Mereka pun tahu dan selalu nampak papa (diri saya) asyik sibuk tak habis habis.
“Anak sulung saya sendiri pun jenis wanita bekerjaya. Soal kahwin bukan keutamaan.
“Namun hubungan mereka dengan mama (bekas isteri) terus terjalin baik biarpun duduk dengan saya,” katanya yang ditemui pada majlis santai memperkenalkannya sebagai duta produk jenama Nakada di ibu kota baru baru ini.
Figura kelahiran Kampung Datuk Keramat KL yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (Kategori Pengacara Paling Lama Berkhidmat) itu sendiri juga mengakui mempunyai skil memasak yang terus diasah saban hari.
“Apabila jadi bapa tunggal kenalah belajar memasak. Dulu masa zaman bujang, skil itu mungkin terbatas. Tapi sekarang kalau diminta masak menu itu, ini… mungkin saya boleh siapkan.
“Tambah pula, memasak sekarang tak perlu skil. Konsep letak bahan dan campur diperlukan dalam mesin, siap dan boleh dimakan.
“Sejak Mei tahun lalu saya dilantik jadi duta jenama kelengkapan dapur dan barang elektrik jenama Nakada, lagi tambah senang kerja dan hidup ini,”katanya yang mengikat kontrak jenama tempatan itu selama dua tahun.
Bagi selebriti yang aktif dengan kerja kebajikan itu, pembabitannya sebagai duta bukan sekadar melobi dan meningkatkan kesedaran ramai terhadap jenama itu.
Sehubungan itu menurut Pak Nil setiap minggu atas kapasiti sebagai duta, saya akan buat satu jam sesi siaran langsung di media sosial termasuk Facebook, Instagram dan TikTok.
Dalam tempoh itu belian harga dutamembolehkan pengikut media sosial membeli barangan jenama itu dengan potongan diskaun hingga 70 peratus.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.