
Isi Kandungan
ToggleKalau anda suka kulit cerah dan glowing secara semula jadi tanpa perlu menggunakan produk yang menghakis kulit, cuba petua cantik ini.
Cukup tiga bahan yang anda boleh dapat di dapur sahaja, adun sebati dan jadikan masker. Menurut Puan Iryani Zaki, masker ini boleh dipakai setiap hari sama ada pagi atau malam sebelum tidur.
Buat Kulit Cerah Dan Glowing, Guna Betik, Madu Dan Oat Saja
Seminggu ni kulit muka Yani kering ,berminyak dan sunburn. Bila Yani cuba masker ni, kesannya kulit muka bersih, licin dan glowing. Meh yani kongsi petuanya.
Bahan-bahannya:
4 kiub betik atau lebih
2 sudu besar oat dikisar
1 sudu besar madu
Cara – caranya:
1. Potong betik dan kisar bersama oat dan madu sehingga lumat.
2. Perap sehingga 30 minit
3. Bersihkan muka dan sapu masker betik.
4. Biarkan 30 minit dan bilas dengan air dingin. Amalkan seminggu 2 kali saja.
Best sangat lepas bilas tu, rasa licin saja kulit muka. Betik ni elok sebab ada enzim halang pigmentasi dan bantu tanggalkan sel mati.
Oat serap lebihan minyak kat muka. Madu melembapkan wajah dan menyingkirkan jerawat. Lepas ni muka jadi glowing lah. Jom kongsi supaya semua wanita tampil cantik secara natural.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Viral Di Twitter Dapat 39K Like, Gadis Ini Ambil Masa 6 Bulan Sembuhkan Breakout. Terus Dapat ‘Glass Skin’!

Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan bagi mereka yang memiliki kulit sensitif agak sukar sebenarnya untuk menjaga agar sentiasa kelihatan sihat dan bersih.
Ini kerana jika tersalah memakai produk tidak bersesuaian menyebabkan masalah kulit wajah seperti jerawat dan sebagainya.
Jika mengalaminya pelbagai usaha dilakukan bagi memulihkan semula kulit wajah seperti biasa.
Seperti perkongsian gadis ini menggunakan akaun @azaleaaazhar di twitter yang memberitahu cara penjagaan wajah setelah mengalami masalah breakout yang agak teruk.
Turut berkongsi rutin penjagaannya dengan produk sesuai yang digunakan sepanjang 6 bulan memulihkan wajah. Dia juga berkata tidak menggunakan produk yang banyak kerana ingin memastikan kulit wajahnya bebas bernafas.
Berjaya mendapat wajah ‘glass skin’
Rahsia rutin penjagaan kulit wajah
Pertamanya adalah cleanser untuk siang dan malam
Kemudian gunakan toner/serum
Jangan lupa untuk sapu moisturiser setiap hari
Akhir sekali jangan sesekali lupa pakai sunblock
Secara jujurnya tak pakai banyak produk
Ambil masa 6 bulan untuk pulihkan wajah
Boleh juga kalau lihat sini kalau untuk lebih info
Artikel Berkaitan:
Lepas Pulih Dari ‘Breakout’, Gadis Ini Dedah Rahsia Berjaya Dapat ‘Glass Skin’. Kos Hanya RM5 Je!
Lepas 5 Bulan, Pulih Dari ‘Breakout’. Gadis Ini Kongsi Rutin & Produk Drugstore Sembuhkan Wajahnya!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Eyka Farhana Kongsi Tip Bersolek Kemas, Cantik Hasilnya!

Isi Kandungan
ToggleRalit melihat pelakon wanita, Eyka Farhana bersolek di depan kamera untuk peminat yang ingin belajar tentang mekap.
Dan hasilnya memang WOW, nampak kemas dan tak berat. Agak mudah buat anda yang langsung tak pandai mekap nak cuba bersolek. Semuanya di hujung jari, tinggal nak dengan tak nak sahaja.
Eyka Farhana Kongsi Tip Bersolek Kemas
Eyka Farhana memuat naik video menunjukkan beberapa produk solek yang dia gunakan bermula daripada pelembap sampai jenis gincu kegemarannya.
1. Augustinus Bader- Rich Moisturizer for Normal to Dry Skin (RM1,300)
Untuk pelembap, Eyka Farhana, menggunakan Rich Moisturizer for Normal to Dry Skin pada waktu malam sebelum tidur. Produk kecantikan ini dirumus dengan bahan Evening Primrose Oil, memberikan kelembapan secara berkesan dan meningkatkan warna kulit. Sangat sesuai untuk rutin waktu malam, formula yang kaya asid lemak omega-6 ini sesuai untuk kulit normal hingga kering.
2. Augustinus Bader- The Ultimate Soothing Cream (RM1,300)
Tetapi jika anda sedang mencari pelembap baru untuk menyelesaikan masalah kendur pada wajah, ini adalah pilihan selebriti, artis solek, dan pengarang dalam penjagaan kulit. The Ultimate Soothing Cream adalah pelembap bahan vegan, tidak meninggalkan kesan minyak, menjadikannya selamat untuk digunakan pada kulit yang sensitif.
3. Dior- Forever Glow Veil (RM275)
Banyak primer yang elok di luar sana sehingga sukar untuk mencari yang sesuai. Tetapi Dior- Forever Glow Veil untuk rutin kecantikan, solekan wajah jadi kemas. Tekstur halus seperti cecair sutera yang meresap ke dalam kulit serta-merta ini memegang solekan seperti gam gorila, tahan lama.
4. DIOR- Backstage Face & Body Flash Perfector Concealer (RM155)
Kalau inginkan solekan minimal dan liputan penuh, Dior Backstage Face & Body Flash Perfector Concealer harus ada di dalam beg solek anda sekarang. Formula liputan tinggi dengan kemampuan untuk menyembunyikan cacat cela, bintik-bintik gelap, lingkaran bawah mata dan kemerahan pada wajah ini menjadi pilihan Eyka Farhana sebelum memulakan langkah seterusnya, Contour!
5. TARTE- Sculpt Tape Contour (RM164)
Yang ini sedikit pelik, mula-mula keluar daripada tiub nampak gelap tetapi bila sudah sebati pada kulit akan nampak elok cantik. Boleh didapati dalam lima warna iaitu Cool Bronze, Soft Bronze, Warm Bronze, Deep Bronze dan Rich Bronze, ia dirumus dengan bahan utama Shea Butter untuk menghidrat, Licorice Root untuk mencerahkan dan mengaburkan ketidaksempurnaan pada wajah.
6. NUDESTIX- Nudies Matte All Over Face Color Blush (RM167)
Berus solek akan membuatkan solekan jadi lebih kemas dan anda boleh sapu pada sekitar hidung, mata dan pipi.
7. NARS- Light Reflecting Pressed Setting Powder (RM170)
Walaupun ia kelihatan putih di dalam acuan, serbuk ini menghasilkan solekan halus tanpa rasa berkapur. Light Reflecting Setting Powder membantu mengunci solekan anda dan menghasilkan kesan fokus lembut pada garisan halus, kedut, dan liang pori secara optik.
8. NARS- Climax Extreme Mascara (RM 112)
Inilah rahsia mata lentik Eyka Farhana. Isipadu yang likat hitam dengan jumlah berus dramatik ini tahan lama, tidak meninggalkan kesan comot dan anti gumpalan.
9. M.A.C COSMETICS- Matte Lipstick (RM105)
Gincu matte terlaris M.A.C Cosmetics ini bertahan lama dari enam hingga lapan jam merupakan pilihan Eyka dalam menyempurnakan solekan terakhirnya. Formula kaya berkrim ini mempunyai hasilan kemasan matte yang menawan dan turut dipakai oleh selebriti ita Von Teese, Angelina Jolie, Taylor Swift, Tracee Ellis Ross dan Rihanna.
Jadi, bagi anda yang baru nak belajar solekan kemas, bolehlah tiru Eyka Farhana. Mungkin agak keras harganya tetapi hasilnya mantap!
Kredit Tiktok: Eyka Farhana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“2 Ulas Durian Setiap Hidangan, Kalau Lebih Boleh Jadi Racun. Terutama Penghidap Diabetes …” – Dr Samhan

Isi Kandungan
ToggleSekarang ini musim durian tengah rancak berjalan walaupun kita berada dalam situasi pandemik Covid-19.
Di sana-sini kita lihat orang menjual durian dengan menawarkan pelbagai harga menarik mengikut jenis.
Oleh kerana durian ini bermusim, jadi ramai yang tolak tepi bab kesihatan kerana tidak mahu terlepas merasai kenakan durian dijual.
Perkongsian Dr Samhan memberitahu manfaat durian dan dalam masa sama kesan bila makan dalam kuantiti banyak pada kesihatan.
Tapi ingat, ia boleh jadi penawar ia juga boleh jadi racun.
Antara manfaat dan khasiat durian adalah:
Sifar kolesterol dan tinggi lemak tak tepu(lemak baik)
– Kolesterol boleh menyebabkan jantung tersumbat dan durian bebas dari kolesterol.
Lemak tak tepu baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
Tinggi Anti oksidan
– Anti oksidan dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan mengelakkan kerosakan sel penyebab kanser.
Kaya folic acid dan folate
– Bagi mereka yang mempunyai masalah kurang darah(anemia) sangat sesuai untuk penghasilan sel darah merah.
Tinggi serat dan fiber
– Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit kerana ia boleh melancarkan sistem penghadaman.
Mengandungi Tryptophan
– Ia merupakan bahan untuk penghasilan serotonin dan melatonin. Membantu bagi mereka yang mempunyai masalah tidur(insomnia),kemurungan dan dapat mengurangkan stress.
Namun begitu, ia akan jadi racun jika diambil berlebihan.
Pakar nutrisi menasihatkan hanya 100gm atau 2 #ULASKECIL durian setiap hidangan.
Antara mudarat jika diambil berlebihan:
Tinggi kalori
– Kalori yang tinggi akan menyebabkan kegemukkan.
Tinggi kandungan gula
– Bahaya terutamanya bagi mereka yang mempunyai kencing manis dan masalah buah pinggang.
Gastrik
– Ia akan membebaskan gas dan alkohol semasa dihadam dan menyebabkan perut kurang selesa dan keradangan perut.
Badan jadi panas
– Tindakbalas kimia dan proses metabolisma semasa proses penghadaman membuatkan badan jadi panas dan tidak selesa.
Makin nipis
– Yang paling mudarat bila dibeli dengan kuantiti yang banyak,poket kalian akan makin menipis
#SHARE info berguna pada orang ramai sebab masih ramai yang tak tahu berapa kuantiti durian yang sepatutnya dimakan.
Dr. Ahmad Samhan
Artikel Berkaitan:
Elak Makan Durian Lepas Vaksin Untuk Langkah Berjaga-Jaga, Ini Penjelasan Lanjut Mengenainya
Petua Awet Muda & Hilang Kedut Tanpa Modal Besar. Wanita Kongsi Minum Jus Limau Kasturi Tanpa Gula!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI