Mekap bercapuk, kebanyakan wanita mengalami masalah yang sama bila bersolek dan berada seharian di luar. Sebenarnya, ada rahsia sendiri supaya solekan tahan lama yang ramai wanita tak tahu.
Kalau muka bercapuk, memang terus kebanyakan wanita hilang ‘mood’ mereka. Setelah berjam bersolek tapi hilang begitu je solekannya, siapa je tak sakit hati kan? Ada cara pakai solekan agar tahan lama, bukan sekadar memakai begitu sahaja. Ikuti perkongsian Rapi mengenai tip solekan tahan lama.
Penting untuk wanita merawat muka dengan mencucinya, ‘exfoliate’ dan juga memakai pelembap sebelum mula bersolek. Ini kerana berdasarkan jurusolek profesional, tip solekan tahan lama adalah 70% datang daripada persediaan dan kondisi muka sebelum disolek. 30% lagi datang daripada aplikasi solekan itu sendiri.
Penjagaan kulit amat penting sebelum anda mula bersolek. Anda perlu cuci muka sebanyak 2 kali sehari. Jangan langkau rutin asas penjagaan muka seperti pelembap dan juga pelindung matahari. Malah, bagus untuk kulit muka jika anda lakukan ‘exfoliation’ selama 2 kali seminggu.
Bukan sahaja penjagaan kulit menggunakan produk, anda juga boleh minum air dalam kuantiti banyak dan juga mengamalkan pemakanan sihat supaya dapat kulit yang licin secara alami.
Penting untuk anda menggunakan ‘foundation’ yang warnanya sama dengan kulit muka supaya tidak kelihatan bercapuk nanti. Ketika membeli alatan solek, anda perlu memilih formulasi bebas minyak supaya ia tidak akan membuatkan solekan di muka nampak bercapuk. Malah, ‘foundation’ jenis ini juga selalunya lebih ringan berbanding yang lain.
Bagi yang mempunyai kulit kering, anda boleh mencari produk yang mengandungi asid hialuronik untuk memastikan wajah sentiasa hidrat.
Penggunaan primer sebelum solekan adalah sangat penting. Ini kerana primer dapat buatkan pori wajah nampak lebih kecil.
Primer juga berfungsi membetulkan rona kulit tidak sekata dan memastikan permukaan kulit rata, sesuai untuk pemakaian solekan.
Satu tip buat wanita adalah anda boleh menggunakan primer yang berbeza untuk serlahkan solekan pada kawasan wajah yang berlainan. Sebagai contoh, guna primer mata untuk memastikan pembayang mata lebih jelas.
Sebenarnya rahsia solekan tahan lama bukanlah pada kuantiti yang banyak, namun ini terletak pada teknik anda mengaplikasikannya.
Sebagai contoh, jika anda memakai ‘foundation’, pastikan aplikasikan dengan nipis. Tunggu kering dahulu sebelum tambah lapisan yang kedua. Untuk menamatkan penggunakan ‘foundation’, anda boleh memakai bedak untuk memastikan solekan tahan sepanjang hari.
Langkah yang terakhir adalah ‘spray’ solekan tahan lama. ‘Setting spray’ akan memastikan solekan anda tidak bergerak malah sukar tertanggal. Selain itu, cara ini juga bertindak membuatkan kulit nampak lebih ‘glowing’
Hah, jangan sentuh muka dengan tangan kerana ada banyak kotoran, minyak dan bakteria yang melekat pada kawasan itu. Jadi, kalau nak cegah jerawat, jangan sesekali sentuh muka menggunakan tangan.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelihatan cantik dan anggun, Catriona Ross kongsi tip kuruskan badan untuk anda memiliki tubuh badan yang diidamkan oleh kebanyakan Wanita.
Biasanya selepas melahirkan anak, normal badan kebanyakan wanita akan kelihatan sedikit berisi berbanding sebelumnya.
Mungkin tak mudah nak kembalikan berat asal namun jika disiplin, anda akan dapat tubuh badan yang elok seperti anak dara. Salah seorang artis yang berjaya mendapatkan tubuh badan slim selepas melahirkan anak ialah Catriona Ross.
Haaa… nak tahu apa amalannya, jom ikuti perkongsiannya.
Dalam perkongsiannya di laman Instagram, Catriona yang pernah dikritik gara-gara berbadan gempal mendedahkan tip bagaimana untuk kekal langsing dan sihat.
Menurut Cat atau nama penuhnya Catriona Norhayati Bahrin Ross berkata dalam pengurusan berat badan dan penjagaan kesihatan, perlu menitik beratkan kepada tiga kriteria iaitu diet yang seimbang, disiplin dan latihan senaman.
Dia juga turut memberitahu diet yang dilakukan adalah dengan mengurangkan pengambilan minyak dan lemak tetapi melebihkan sayuran.
Malah dalam posting terbarunya, Catriona turut memaparkan kegigihan dia melakukan jungle trekking di Tugu Trail Walk hingga menerima pujian dari netizen yang kagum dengan usaha Catriona untuk kekal sihat dan langsing.
Inilah rahsia sebenar bagaimana Catriona berjaya mengekalkan berat badannya. Sebelum itu Catriona telah mengalami berat badan mendadak dan pernah mencapai sehingga 75 kilogram berbanding 58 kilogram sebelumnya.
Dalam satu hantaran lain, Catriona turut berkongsi 5 tip berguna yang dibuat sepanjang proses menurunkan berat badannya itu.
Cat mahu menurunkan berat badan secara cepat, jadi dia lakukan senaman yang extreme. Kongsi Cat, dia telah menyertai satu kelab mendaki gunung. Cat mendaki hampir setiap minggu untuk mengeluarkan peluh yang banyak.
Tidak mengambil ubat kurus, kebab Cat mahu lakukan proses penurunan berat badan secara natural. Jadi cat tidak mengambil ubat kurus atau menjalankan pembedahan untuk menurunkan berat badan. Cukup cuma lakukan aktiviti luar selain diet seperti berenang dan bersenam kerana ini mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan.
Cat mengamalkan diet eat clean (makan bersih) sepanjang lima bulan. Contohnya waktu pagi mengambil roti wholemeal dan scrambled egg sahaja.
Kemudian, sepanjang diet itu juga Cat tidak makan menu yang berminyak dan semua makanan dimasak dengan cara kukus seperti sayur kukus dan scrambled egg juga digoreng tanpa minyak.
Bukan sampai tak sentuh nasi, cerita Cat, “Saya tetap makan nasi, cuma tengahari makan brown rice (beras perang) bersama lauk yang saya masak tanpa minyak. Memang agak drastik tetapi kesannya juga cepat.”
Jadi bagi anda yang nekad nak kuruskan badan bagi mudahkan pergerakan dan elak penyakit tertentu singgah, boleh cuba tip kurus Catriona Ross. Barulah sedap nak bawa badan berjalan dan beribadat pun selesa.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beberapa hari ini viral berkenaan perihal laksa. Pelbagai resipi dan fakta dikeluarkan mengenai makanan yang sangat sinonim dengan masyarakat kita.
Tidak dinafikan laksa menjadi salah satu signature untuk negara kita kerana keunikan laksa itu tersendiri mengikut negeri asal makanan popular ini.
Akan tetapi adakah kandungan nutrisi laksa yang dimakan ini baik untuk kesihatan dan kesan jika makan terlalu banyak.
Perkongsian di laman sosial facebook NutritionistKKM memberitahu kebaikan hidangan laksa yang menjadi kegemaran ramai.
Kandungan bahan protein dan karbohidrat mencukupi serta sayuran sebagai bahan sampingan menjadi pelengkap hidangan yang sihat untuk kita.
Jadi tak perlu gaduh-gaduh, pilih saja pilihan laksa mana untuk dimakan kerana mengandungi khasat tersendiri, tetapi perlu diingat ambil secara bersederhana.
Pelbagai jenis LAKSA mengikut negeri boleh didapati dimana-mana kerana ada peminatnya yang tersendiri…
LAKSA merupakan menu hidangan yang lengkap terdiri daripada sumber karbohidrat, protein & terdapat sayur- sayuran yang pelbagai..
Kuah LAKSA yang menggunakan bahan utama daripada IKAN merupakan sumber protein yang baik tidak kisah la ikan mahal atau pun murah..setiap satunya ade nutrien tersendiri yang penting untuk fungsi badan..
Spageti, laksa atau pun bihun juga merupakan dalam kumpulan makanan yang sama iaitu KARBOHIDRAT..
Kesimpulannya bergantung kepada selera individu nak pilih yang mana ikut selera tekak masing- masing..yang penting walau sedap macam mana pun tetap perlu ambil secara SEDERHANA dan jangan berlebihan!
Jangan gaduh-gaduh yang penting jaga KUANTITI & KALORI
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.