Nekad nak turunkan berat badan, lelaki ini memilih teh hijau untuk kontrol rasa nak makan dan perlahan-lahan dia dapat tinggalkan air bergula.
Mula belajar mengenai tentang diet, saudara Harith Faisal akhirnya dapat turunkan berat sebanyak 10kg dalam masa 2 bulan.
Amal Minum Teh Hijau
Benda ni antara yang saya amalkan sepanjang saya diet 2 bulan ni. Yup! Hari ni genap 2 bulan saya mula diet. Dah dapat turun 10kg tanpa sebarang supplement. Diet kurang kalori.
Saya makan nasi, makan ayam, makan ikan, makan sayur, makan spaghetti. Makan je, tapi saya kurangkan pengambilan dia. Memang tinggal air bergula kecuali masa cheat day.
Ads
Kesan Minum Teh Hijau
Saya tak pasti betul ke tak dari segi saintifik. Tapi saya rasa sendiri, bila amalkan minum teh hijau ni, perut tak masuk angin, tak sebu dan tak kembung sepanjang diet saya ni.
Okay kejap. Saya google dulu. Tak sah kalau tak pakai skil menggoogle saya yang hebat sejak azali ni. Jadi, teh hijau ni katanya kalau kau amalkan dia setiap hari;
Ads
Dapat berikan tenaga.
Dapat tingkatkan pembakaran lemak.
Dapat tingkatkan metabolisma.
Sekaligus, dapat turunkan berat badan.
Sila cuba kepada yang tengah diet. Yang saya buat ni memang air teh hijau kosong. Tak ada gula, tak ada susu. Mula-mula rasa memang tak sedap. Lama-lama tak sedap juga. Eh!
Kat mana nak beli? 99 Speedmart.
Saya pakai dua brand teh hijau jenis uncang. Uncang jelah. Senang nak buat, kan. Sehari saya pakai 2-3 uncang saja. Biasa satu uncang, saya pakai 2 round sebab nak jimat.
Ads
Ahmad Tea Jasmine Green Tea 25 teabags (Sedap)
Boh Green Tea 50 Teabags harganya (Kurang sedap)
Doakan saya dapat turun lagi a few kilo untuk sama berat masa saya zaman bujang. Jaga kewangan, bagus untuk miliki aset. Jaga kesihatan, bagus kerana badan adalah aset.
Kalau jumpa saya kat luar dan nampak saya dah susut berat badan, ringan-ringankanlah mulut tegur, “Eh Harith, nampak macam dah kuruslah”. Itu motivasi untuk saya.
Nampak tak hasil daripada usaha minum teh hijau ini? Anda pun boleh amalkan tetapi pastikan dengan cara yang betul dan jangan lupa bersenam ringan untuk keluarkan peluh.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak ramai yang menggemari kaki ayam walaupun sedap dimasak sup dek kerana terbit rasa geli untuk memakannya.
Namun sebenarnya bahagian kaki ayam ini mengandungi khasiat kolagen.
Seperti penyekidikan yang dijalankan oleh Jabatan Sains Haiwan Universiti Kebangsaan Chung-Hsing di Taiwan menunjukkan bahawa kaki haiwan ini mengandungi banyak kolagen.
Kolagen, seperti yang anda ketahui, adalah bahan yang membantu kulit anda untuk kelihatan muda.
Merujuk data artikel dari Healthline, kaki ayam kaya dengan kolagen,protein, kalsium, vitaminA, folat, dan fosfor. Berikut berbagai manfaat kaki ayam yang mungkin terlepas pandang.
Ini antara khasiat kaki ayam yang ramai tak tahu
Kolagen pada kaki ayam dapat membantu menjaga massa otot dan berat badan yang sihat. Kolagen adalah protein semula jadi yang bebas karbohidrat, membantu meningkatkan tenaga dan meningkatkan metabolisme. Selain itu, kolagen juga membantu menurunkan nafsu makan dan memberi rasa kenyang lebih lama.
Peradangan dalam badan boleh mencetus berbagai masalah kesihatan. Jadi, kandungan gelatin pada kaki ayam juga mengandungi anti peradangan yang baik. Acid amino antiperadangan pada kaki ayam juga membantu mengurangkan keparahan keadaan kulit yang meradang seperti jerawat, psoriasis atau eksima.
Peredaran darah merupakan fungsi penting dalam tubuh kerana diperlukan untuk oksigen dan nutrisi masuk ke seluruh bahagian badan. Tentunya, peredaran darah yang buruk akan memberi pengaruhi besar pada keadaan kesihatan kita. Arginine dalam kolagen membantu menghasilkan oksida nitrik dalam tubuh.
Oksida nitrik adalah molekul kecil yang dapat bergerak di dalam dan di antara sel, dan salah satu fungsi utamanya adalah membuat sel otot licin menjadi rileks. Sel otot licin ini ditemukan di seluruh badan di saluran darah.
Ketika saluran darah tenang, tekanan darah turun dan peredaran darah yang lebih baik terjadi. Ketika lebih banyak darah mencapai jaringan, mereka mendapat nutrisi yang lebih baik.
Kolagen dalam kaki ayam juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, termasuk membantu mengurangkan peradangan dan kesakitan akibat luka. Di sisi lain, kolagen pada kaki ayam juga mengandungi prolin yang merupakan sebatian penting dalam penyembuhan luka. Dengan mengamalkan kaki ayam, kandungan prolin dalam tubuh akan meningkat yang mempercepat pemulihan luka dari cedera traumatik.
Kolagen dalam kaki ayam memiliki sifat anti-anxiety kerana kepekatan glisin yang tinggi. Glisin membantu mengatasi anxiety kerana merupakan perencat neurotransmitter yang menyokong sistem saraf pusat.
Selain itu, glisin membantu mengatur sintesis metabolisme nutrisi, menyeimbangkan kadar elektrolit, dan membantu mengawal impuls saraf di seluruh tubuh. Semua faktor tersebut sangat menyumbang dalam meminimaliskan anxiety.
Tidak dinafikan ramai yang tidak begitu tahu mengenai penyakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).
Penyakit ini dikaitkan dengan kecelaruan minda disebabkan beberapa masalah.
Malah lebih membimbangkan rupanya mereka yang menghidp ADHD ini boleh sampai rasa ingin membunuh diri.
Perkongsian lelaki ini menggunaka akauan twitter @aimanomist menceritakan pengalaman didiagnosis ADHD sejak kecil lagi.
Aku membesar macam budak2 biasa. Dari keluarga yang lower middle income. Tapi semua benda serba serbi cukup.
Tak susah & tak mewah.
Mak ayah aku membesarkan aku dengan kasih sayang dan pendidikan yang cukup baik. Kadangkala busy cari rezeki benda biasalah.
Aku membesar normal.
Orang sekeliling aku selalu cakap yang ni nakal tapi cepat tangkap dalam pelajaran & kehidupan.
Nakal aku masa sekolah rendah tu boleh tahan jugak. Selalu ulang alik bilik guru besar
Sekolah menengah aku baik sikit. Masa tu banyak bina kepimpinan diri aku. Sangat outspoken.
5A UPSR
8A PMR
11A SPM
Dean’s list Asasi UIA
Dean’s list semester 1 & 2 degree
Ramai orang pandang tinggi. Banyak offer jawatan. Lecturer sayang. Tapi sebenarnya, aku makin lama makin sakit. Makin lama makin bodoh.
Dari zaman sekolah lagi, aku ada masalah susah focus belajar.
Aku tak boleh belajar masa prep macam orang lain. Aku kena sorang2 dalam kelas baru boleh ulangkaji.
Kadang2 aku akan “fly” keluar sekolah semata2 nak cari tempat yang sunyi untuk aku study.
Tapi once dah mula focus tu, aku boleh go sampai 3-4 jam. Masa zaman sekolah, aku tak rasa besar sangat masalah ni.
Cuma kadang2 aku akan ada fasa depresi yang aku tak tau kenapa. Aku akan menangis tiba2 dan lari dari semua orang.
Masatu takde exposure pasal mental illness..
.. jadi ada masalah pelik2 jumpa ustaz lah untuk berubat. Dapatlah air yasin 2-3 botol. Tapi rasa pelik dengan diri sendiri tu tak pernah hilang. Cuma teruk tak teruk je.
Mungkin kawan2 yang best buatkn aku kuat masa zaman sekolah.
Lepas habis SPM, masalah aku jadi makin teruk. Aku mula menyendiri. Aku mula ada social anxiety. Aku mula hilang keyakinan diri. Aku jadi pendiam & timid.
Aku yang dah biasa bercakap depan 1000 orang, jadi terketar2 nak bercakap depan 10 orang. Betul terketar beb.
Cakap depan reunion classmates je pon!
Masa zaman asasi, aku cuba bina diri aku balik. Aku cuba kuatkan diri aku depan orang. Cuba dapatkan balik leadership aku yang hilang.
Orang nampak aku tenang & berkepimpinan. Tapi sebenarnya, hari2 aku bangun pagi rasa nak mati. Tapi aku tak tahu ape masalah aku.
Masuk degree, aku keep bertarung dengan diri aku.
Rasa makin susah nak focus. Makin mudah penat. Mood swing makin kerap. Insomnia makin teruk. Fasa depresi lebih lama.
Tapi aku lawan. Dan untuk tahun2 pertama, aku masih boleh menang dengan musuh yang aku sendiri tak kenali.
Masuk tahun kedua, aku dah tak tahan. Masalah aku makin kerap dan teruk.
Aku tak boleh focus dalam kelas. Aku makin susah nak senyum. Makin kerap tak boleh bangun ke kelas. Aku kembali jadi pendiam menyendiri. Aku jadi jauh dari kawan2.
Aku terseksa belajar di university!
Tahun 2018, aku tahu serba sedikit tentang mental illness. Jadi, atas nasihat seorang kawan, aku pergi jumpa psychiatrist.
Diagnose pertama aku ialah MDDwith schizophrenia. Mana datang schizo tu aku pon tak tahu haha. Takde symptom pon.
Mula tahun ke-3, aku dah tak boleh belajar. Terpaksa burn beberapa semester. 3 kali aku terpaksa amik study leave di tengah2 semester.
Aku makan ubat depression yang doctor bagi. Tapi takde kesan. Aku tetap tak boleh berfungsi seperti manusia biasa.
Tahun depannya, aku tukar hospital. Pegi hospital semi-private. Lebih mudah dapat doctor.
Aku didiagnose ada bipolar disoder pulak. Berpapan2 lah ubat bipolar aku kena telan. Tapi tak ada effect. Aku putus asa. Masalah yang sama terus berulang.
Tahun seterusnya, aku ke klinik swasta pulak. Lebih mudah untuk buat appointment dan dapat ubat.
Beberapa kali jumpa doctor, dia kata aku bukan bipolar. Ada penyakit lain yang dia belum boleh nak conclude.
Hampir 6 bulan jumpa doctor tu, barulah dia conclude yang aku ada ADHD. Depression itu adalah product of untreated ADHD.
Masa tu aku sedih gila tapi tak terkejut. Sebab abang sulung aku memang dari kecik diagnosed ADHD.
With the latest diagnose, baru lah aku faham dan dapat kaitkan kebanyakan masalah2 ada dari kecil hingga sekarang.
Aku selalu rasa diri aku pelik dan bermasalah. Now i know the reason.
Apa itu ADHD??
‘Attention-Deficit/Hypeactivity Disorder’ ialah masalah perkembangan otak yang menggabungkan 3 masalah utama;
– kesukaran untuk focus
– kelakuan impulsive
– hyperactive
ADHD ni ialah penyakit dari lahir. Bukan kerana trauma atau masalah2 dunia.
Di Malaysia, ADHD adalah OKU kategori pembelajaran.
Sangat penting untuk penghidap ADHD tahu yang kita tak boleh belajar macam orang biasa.
Kalau belajar university memang sangat susah dan seksa. Di US, hanya 5% penghidap ADHD yang graduate. 95% akan dropout.
Pengidap ADHD mempunyai risiko bunuh diri lebih tinggi dari orang biasa. Pengidap ADHD juga menghadapi risoko penceraian lebih tinggi dari pasangan biasa.
Jadi please, jika anda ada simptom ADHD, cepat2 dapatkan bantuan professional.
Aku sekarang masih struggle nak habiskan degree selepas 6 tahun di UIA.
Tapi alhamdulillah aku ada isteri yang banyak membantu, kawan2 yang supportive af dan keluarga yang memahami. Pensyarah2 di UIA juga banyak membantu dalam kapasiti masing.
Aku masih perlukan ubat untuk aku tidur, ubat untuk bangunpagi dan ubat untuk focus. Beribu ringgit parents aku spent on my medications.
Proses ni penat dan menyakitkan. Tapi aku harap Tuhan akan ganjari aku dalam usaha aku untuk terus hidup.
Buat yang kenal aku, aku minta maaf kalau aku menghilang dan diam. Buat kawan2 rapat aku, terima kasih kerana sentiasa terima aku walau aku macamni. Untuk isteri tercinta, aku sayang padamu.