Rajin buat senaman runcingkan dagu, hasilnya anda dapat hilangkan masalah double chin yang mungkin nampak buruk bila duduk depan cermin. Nak-nak waktu gelak sakan, ketara nampak lemak di situ!
Jangan risau sebab ada rahsia yang terbaik menghilangkan masalah dagu berlipat iaitu dengan melakukan senaman otot muka seperti berikut. Jom cuba!
Senaman Otot Muka
Ulang 8 hingga 10 kali. Ini untuk memanaskan otot muka. Gerakkan rahang ke depan dan ke belakang, kemudian ke bahagian tepi.
Lakukan 8 hingga 10 kali
Gaya Mencedok
Buka mulut, dan letakkan bibir bawah pada bahagian atas gigi seperti dalam gambar. Bayangkan anda sedang mencedok air menggunakan rahang bawah. Dalam masa sama, gerakkan kepala seperti dalam pergerakan mencedok. Ulang langkah ini 5 hingga 7 kali.
Bayangkan seperti mencedok air.
Pipi kembung
Tarik nafas sedalam mungkin, penuhkan pipi dengan udara. Tekan pipi guna tapak tangan. Tahan dalam keadaan ini selama 5 saat, kemudian lepaskan udara dan bertenang. Ulang langkah ini 5 kali.
Ads
Membujur
Pusingkan kepala ke kiri, tarik rahang bahagian bawah ke depan. Anda akan dapat merasakan otot di leher sedang ditarik. Kemudian, pusingkan kepala ke kanan, dan ulang pergerakan yang sama. Ulang langkah ini 5 kali di setiap bahagian.
Merasakan otot di leher seperti ditarik.
Teknik Cium Ke Atas
Pandang ke langit dan muncungkan mulut. Kekalkan posisi 5 hingga 8 saat kemudian lepaskan. Ulang 5 kali.
Ads
Pandang ke atas dan muncungkan mulut.
Genggaman Halangan
Letakkan tangan bawah dagu, kemudian gerakkan rahang ke bawah. Dalam masa sama, tegangkan otot sambil melawan pergerakkan rahang. Tahan dalam keadaan ini selama 3 ke 5 saat. Ulang 5 hingga 7 kali.
Letakkan genggaman tangan bawah dagu.
Senyum Terpaksa
Ketap gigi seperti dalam gambar, cuba senyum selebar yang mungkin. Tolak lidah ke atas lelangit. Saat ini, korang akan rasa tekanan yang kuat pada dagu, Kekalkan 5 saat, dan ulang 5 hingga 8 kali.
Putih telur boleh menganjalkan kulit, caranya oleskan wajah dengan masker putih telur yang dicampur dengan perahan lemon. Amalkan tip ini seminggu 2 kali, InshaAllah bahagian dagu akan menjadi tegang dan halus.
Nampak ‘teduh’ melihat kecantikan pelakon dan pengacara, Lisa Surihani, dengan penampilan bertudung dan menutup aurat selengkapnya, lagi lah nampak manis.
Malah isteri kepada pengarah, Dato’ Yusry Abdul Halim ini semakin menjadi idola dari sudut penampilan kepada golongan wanita untuk menjaga aurat sepenuhnya.
Namun apa yang menarik perhatian, wajahnya walau kurang mekap, tetap naik serinya. Haaa.. nak tahu tak apa rahsinya? Jom kita selongkar tup cantik Lisa Surihani…
Solekan selalunya menjadi ‘teman karib’ bagi wanita kerana ia mampu merubah penampilan seseorang itu menjadi luar biasa. Solekan juga mampu meningkatkan keyakinan diri yang tinggi. Tetapi sejak mula istiqamah berhijab Lisa dilihat semakin jarang mengenakan solekan yang tebal kecuali atas tuntutan kerja bagi menghadiri majlis-majlis formal.
Malah, Lisa lebih selesa hanya mengoleskan perlindung sinaran UV (Sunscreen) agar dapat melindungi diri dari dimamah panahan mentari. Lisa juga hanya menaikan seri wajahnya dengan menggunakan maskara serta gincu yang dioles nipis pada wajah.
Selain menjaga kesihatan kulit wajah. Lisa juga rajin melakukan senaman demi menjaga kesihatan tubuh badan. Ini kerana, semakin berusia semakin menjadi satu kewajipan untuk menjaga kesihatan tubuh badan jika tidak mahu merisikokan kesihatan. Hanya lakukan senaman ringan seperti turun naik tangga, brisk walking atau bersenam secara santai juga sudah memadai.
‘Happy wife happy life’ itulah ungkapan yang tepat untuk menggambarkan kebahagiaan Lisa sejak mendirikan rumahtangga dengan Yusry sejak 11 tahun yang lalu. Malah, pasangan ini sentiasa kelihatan sangat sweet dan romantik dan mereka sering dilihat bersama.
Jelas terpancar kebahagiaan yang dipaparkan pasangan ini. Hasil perkongsian hidup bahagia merpati dua sejoli ini, kehidupan mereka telah diserikan lagi dengan kehadiran tiga orang cahayamata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Mungkin inilah rahsia sebenar kejelitaan Lisa. Apabila bahagia maka dalaman pun gembira terpancar kecantikan dari jiwa ke wajahnya.
Meskipun sibuk dengan tugasan memenuhi undangan pelbagai aktiviti, namun rutin yang satu ini tidak Lisa lupakan.
Lisa akan memastikan wajahnya dicuci sebelum masuk tidur. Bagi Lisa dia hanya memilih produk penjagaan kulit yang mudah didapati, pragmatik dan dipercayai oleh pakar dermatologi, seperti Cetaphil.
Jadi, kalau nak cantik semula jadi macam Lisa Surihani, anda kena lah berubah dan amalkan beberapa tip yang dikongsi seperti di atas. Rajin buat senaman dan jangan sesekali tidur tanpa membersihkan kulit wajah dahulu. Ingat tau!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan Erra Fazira adalah antara selebriti yang sentiasa tampil cantik dan aktif walaupun usia sudah mencecah lewat 40an.
Ibu kepada seorang anak ini kelihatan begitu enjoy melakukan pelbagai aktiviti sukan lasak yang dilakukan setiap kali ada kelapangan.
Sememangnya bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat, sedar bahawa melakukan aktiviti sukan bukan sahaja dapat mengeluarkan peluh malah dapat menjamin kesihatan diri dan mengurangkan stres.
Bukan satu tetapi hampir 9 aktiviti suka lasak yang telah dilakukan oleh Miss Malaysia World 1992 melalui perkongsian di laman media sosial milik peribadinya.
Ternyata pelakon wanita Filem popular Sembila dan Maria Mariana ini enjoy dengan setiap aktiviti dilakukan.
Sebelum ini dari selebriti yang berasal dari Rawang Selangor ini kerap berkongsi aktiviti berbasikalnya.
Terbaharu, dia yang kini bergelar DJ di Sinar FM kembali melakukan aktiviti menyelam setelah sekian lama tidak terjun ke dasar lautan.
Selain menyelam, rupanya ini antara aktiviti sukan lasak lain yang turut dilakukan selebriti cantik ini. Setiap satu darinya mempunya banyak kelebihan dari segi menambah stamina dan energi.
Usah tak tahu, salah satu daripada manfaat menyelam ke dasar lautan adalah dapat memperlambatkan penuaan. Patutlah Erra Fazira sentiasa kelihatan awet muda walaupun usianya sudah menghampiri 50 tahun. Bukan senang juga nak menyelam ke dasar lautan kerana memerlukan dapatkan lesen menyelam yang diiktiraf oleh badan antarabangsa tertentu seperti Professional Association of Diving Instructors (PADI).
Sukan badminton dikatakan dapat membantu memperkuatkan otot-otot jantung serta meningkatkan kadar denyut jantung yang teratur. Selain baik untuk kesihatan Erra Fazira juga mempunyai group badminton yang tersendiri. Sambil keluar peluh boleh juga jumpa kawan-kawan kan.
Aktiviti sukan basikal jadi trending sekarang. Ramai yang sedar tentang kebaikan bersukan dan memilih berbasikal sebagai salah satu riadah mereka. Erra Fazira kerap berbasikal di sekitar kawasan Putrajaya dan sekali-sekala, anak kesayangannya turut berbasikal bersamanya.
Primadona Erra Fazira juga pernah cuba membuat yoga. “Nampak senang, tapi gagal dengan jayanya. Semua pose ke laut dalam. But for first timer, kira we did okey laaa!” tulis penyanyi lagu Yang Terindah Hanyalah Sementara ini.
Ini lagi satu sukan yang nampak senang sahaja nak buat tetapi kalau stamina biasa-biasa sahaja boleh kecundang di tengah jalan. Terdapat empat gerakan yang dapat dilakukan daripada senaman ini iaitu whipping, slamming, dragging dan drumming. Bila dilakukan dengan teratur dapat membakar lemak di tubuh.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Kejelitaan Engku Aleesya Engku Emran mewarisi kejelitaan ibunya. Nampaknya puteri tunggal Erra Fazira juga aktif bersukan seperti ibunya. Nampak tak bagaimana Engku Aleesya buat rock climbing seperti ibunya.
Bukan mudah sebenarnya nak mengimbangi badan ketika melakukan aktiviti ice skating ini. Kalau baru mula berjina-jinak nak meluncur di atas ais ini kalau tak jatuh memang tak sah. Tapi bila dah mahir memang macam boleh terbang lagaknya. Antara manfaat ice skating adalah meningkatkan fokus dan menguatkan otot kaki.
Menunggang motorsikal berkuasa tinggi memang aktiviti Erra Fazira sejak dahulu. Ramai juga selebriti wanita yang aktif menunggang motorsikal berkuasa tinggi seperti Siti Elizad, Datuk Dira Abu Zahar dan Fauziah Latiff.
Wajah Jadi Tua Sebab Jeragat, Jangan Skip Pakai Moisturizer. Ini 6 Pilihan Pelembap Berkesan! Dalam rutin penjagaan wajah, selain pencuci, moisturizer juga dianggap penting dalam memastikan sentiasa kekal lembap dan tidak kering.
Namun begitu ramai yang mengabaikan pemakaiannya kerana merasakan mencuci wajah sahaja sudah mencukupi.
Tetapi sebenarnya pengabaian memakai pelembap ini setiap kali lepas mencuci wajah boleh menyebabkan punca wanita itu senang memiliki kulit berjeragat.
Malah jeragat juga boleh terjadi akibat kulit yang tidak dilindungi dari sinar UV.
Jadi pemakaian moisturizer bersesuaian sangat penting bagi mengelak berlakukan masalah jeragat ini.
Disenaraikan antara 6 pelembap terbaik untuk penjagaan wajah.
Krim dari jenama Garnier Sakura White Pinkish Radiance ini diperkaya dengan ekstrak bunga Sakura yang diimport khas daripada Jepun serta mengandungi Vitamin B3 dan Vitamin C. Ianya menyerap masuk ke lapisan kulit paling dalam untuk memberi pencerahan kulit satu tona lebih sekata, bintik hitam mula tampak berkurangan dan tiada lagi masalah liang pori tersumbat.
Diformulasi sesuai untuk kulit yang sensitif ‘melampau’, gunakan krim pelembap ini secara konsisten untuk mendapatkan hasil dalam masa hanya 4 minggu sahaja. Juga mampu mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat dan kulit menjadi lebih lembut serta kurang berminyak.
Tekstur yang ringan krim ini dapat menenangkan kulit terutamanya jenis bermasalah seperti sensitif dan kering.
Pelembap atau moisturizer adalah kunci utama dalam rejimen penjagaan wajah, ini kerana pelembap merupakan asas atau penghadang buat kulit anda dari pencemaran berbahaya. Oleh itu, memang sangat penting buat anda yang memiliki kulit kering untuk memakai pelembap 2 kali sehari.
Diformulasi dengan Vitamin E, pelembap ini non-greasy dan melindungi kulit anda daripada radikal bebas. Mengandungi Biofermented Hyaluronic Acid, minyak zaitun dan Shea Butter, kulit wajah anda akan tampak lebih segar serta tampil lebih berseri hari demi hari.
Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya buat anda yang alami masalah kering melampau. Pelembap ini tidak mengandungi sebarang pewangi tiruan atau pengawet tambahan. Malahan, ianya mampu membaikpulih kerosakan pada kulit wajah anda.
Terbaik untuk digunakan tidak kira bila-bila masa dan sesuai untuk cuaca di Malaysia yang tidak menentu. Jika anda selalu berada di dalam bilik berpenghawa dingin, gunakan pelembap yang berasaskan bahan dasar air (water-based) ini. Diperkaya dengan esktrak Cranberry, minyak Olive dan Jeju Marine Algae, pelembap ini menghalang kulit wajah anda dari radikal bebas.
Mengandungi 2 jenis asid, Power Nano Hyaluronic dan Hyaluronic, krim pelembap ini kurang bersesuaian dengan kulit kering dan sensitif. Ini kerana dikhuatiri akan bertindak balas menjadi tegang, gatal, bertambah kering dan ‘flakey’.
Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream ini memiliki formula tidak melekit dengan hydra-firming complex + amino-peptide complex yang dapat membantu mengekalkan kulit muka agar kelihatan lebih awet muda. Produk ini juga tidak mengandungi pewangi tambahan dan selamat untuk digunakan setiap malam. Selamat tinggal garis halus!
Bila nak cari produk, pasti ada di antara kita lihat sama ada produk tersebut lakukan ujian klinikal atau tidak. Bukan apa, lebih rasa terjamin. Jadi, produk ini terbukti dari ujian klinikal berkesan untuk mengurangkan dark spot, tona tidak sekata dan mencerahkan kulit anda.
Antara bahan yang menjadikan kulit lebih cerah adalah Nano Biowhite serta Kakadu Plum yang kaya dengan vitamin C sehingga 100x dari buah oren. Pastinya kulit anda akan nampak lebih berseri jika menggunakannya secara berterusan. Bila ada B3 (Niacinamide), kulit juga makin cerah sekaligus masalah jeragat anda juga makin pudar.
Jimat dan berkesan kerana dapat berfungsi sebagai pelembap dan primer untuk wajah anda. Bila malas nak bersiap, gunakannya je Wardah C Defence Mousse yang mempunyai spf, cukup untuk melindungi kulit anda.
Liang pori yang jelas kelihatan juga boleh dikurangkan tau, kulit juga makin lembap dan segar. Hi Grade vitamin C berfungsi mencerah kulit anda agar lebih kelihatan bersih, sihat dan mengurangkan jeragat pada wajah. Harga pun tak mahal, banyak fungsi dan kebaikan.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.