Ramai mengkagumi kecantikan pelakon Kiah Pekasam, Rozita Che Wan atau Che Ta yang begitu bijak menjaga penampilannya.
Namun bukan hanya Che Ta, adik beradiknya yang lain juga turut kelihatan cantik, anggun dan menawan walaupun masing-masing usia sudah mencecah 40-an.
Terbaru di laman Instagramnya Che Ta ada muat naik video memaparkan majlis ulang tahun perkahwinan ke 13 adiknya, Datin Wira Rohaiza Che Wan dan suami.
Ternyata perkongsian ini turut mendapat perhatian warga maya dan rata-rata memuji kecantikan adik Che Ta, Datin Wira Rohaiza yang tampil persis model.
Jangan tak percaya adik Che Ta ini yang tampil menawan dan langsing ini mempunyai enam orang anak.
Dalam satu temu bual bersama majalah Nona, Datin Wira Rohaiza atau mesra dipanggil Jaja turut berkongsi tip kecantikannnya.
Ads
Menurut Jaja dia kurang mengambil makanan manis dan sering mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Jaja juga turut menjadikan ibunya sebagai idola dalam menjaga kecantikan luaran dan dalaman.
“Saya mahu kelihatan cantik dan bertenaga seperti mak. Saya patuh semua pantang larang yang mak ajar ketika berpantang.
“Jadi pemakanan sangat penting ketika berpantang. Saya cuma amalkan makan nasi panas dan halba serta ulam.
“Di samping itu saya juga banyak makan pegaga untuk memperbanyakkan aliran susu sebab menyusukan anak secara eksklusif selama dua tahun,” ujarnya yang memberitahu walaupun dikurniakan anak ramai tetapi anak-anak tidak banyak kerenah dan juga ditolong oleh pembantu rumahnya.
Gemar melihat penampilannya yang sentiasa anggun, Jaja mengakui dia suka untuk kelihatan cantik.
Dia juga tidak terlalu berfesyen tetapi suka kelihatan sentiasa kemas setiap masa. Menurutnya rajin dan usaha untuk kelihatan cantik juga merupakan perkara penting yang harus dijaga.
Melihat status yang dikongsi ini, ramai yang turut teruja melihat kecantikan Jaja dan mengharapkan rumah tangga dibina kekal till jannah.
Peminat tiram kena beringat, salah makan sebabkan keracunan makanan dek bakteria Vibriosis. Antara makanan laut yang sering jadi pilihan penggemarnya adalah tiram. Selain rasanya yang sedap, harganya juga agak mahal berbanding makanan laut lain.
Tiram mentah ini lebih enak jika dimakan bersama bersama hirisan lemon atau sos yang dibuat sendiri dan selalunya tiram ini disediakan di restoran besar yang kebanyakan menjadi pelanggan setia makanan laut ini.
Namun begitu, bagi yang gemar makan tiram mentah ini dikhuatiri boleh mengalami masalah sakit perut selepas menikmatinya disebabkan keracunan bakteria.
Perkongsian Public Health Malaysia memberitahu bakteria apa yang ada dalam tiram mentah hingga boleh mendatangkan bahaya. Diingatkan untuk elak makannya secara mentah.
Jika anda pernah menonton Mr Bean, ada satu episode dimana Bean mengalami keracunan selepas makan Tiram.
Ya itu adalah risiko bagi sesiapa yang makan tiram mentah yang tidak dimasak. Bakteria Vibrio Parahaemolyticus banyak di sekitar pantai dan tiram dan kerang memang ada bakteria ini.
Apabila berada di suhu bilik, bakteria ini akan berganda banyak. Tiram mentah yang ada bakteria ini kelihatan, bau dan rasa yang SAMA dengan tiram yang tidak ada bakteria.
Jangan ambil mudah, di US, 80 ribu orang ada mengalami keracunan Vibriosis setiap tahun dengan lebih 100 kematian.
⚠️ Jangan makan tiram mentah dan tidak dimasak sempurna
1. Menjaga Kesihatan Jantung
Kandungan potasium dan magnesium yang tinggi dari makanan laut ini dapat menambah manfaat jantung.
2.Menjaga Kesihatan Tulang
Kadar kalsium, fosfor, seng, besi, tembaga, dan selenium yang tinggi dalam tiram dapat meningkatkan kepadatan dan daya tahan mineral tulang.
3.Tingkatkan Fungsi Kekebalan Tubuh
Selain mengandung vitamin penting, seperti vitamin C dan D, tiram kaya dengan vitamin B12. Vitamin B12 sangat penting dalam menjaga sistem kekebalan tubuh manusia
4. Cepatkan Penyembuhan Luka
Kandungan zink yang tinggi sangat penting dan mempercepat penyembuhan luka
5. Meningkatkan Fungsi Otak
Manfaat tiram adalah sebagai sumber yang kaya akan B12, asam lemak omega-3, seng, dan zat besi, yang sangat diperlukan bagi fungsi otak.
Sebenarnya tidak kira berapa usia kita dalam usaha memastikan bentuk badan sentiasa kekal sihat dan langsing.
Seperti perkongsian wanita ini Puan Dzuriasikim Dzulkefli yang sudah mencecah usia 52 tahun, tetapi masih bertenaga melakukan pelbagai aktiviti dalam memastikan berat kekal ideal.
Ikuti perkongsiannya kepentingan menjaga kesihatan dan antaranya adalah bagi memudahkan ibadah dan kerja-kerja rumah.
Oleh kerana terlalu banyak pertanyaan tentang TIPS kecergasan saya akan cuba jawab dalam tulisan ini.
Pada usia yang hampir mencecah 52 tahun, Alhamdulillah saya masih mampu untuk melakukan banyak aktiviti termasuk sukan lasak.Malah saya masih boleh melakukan aktiviti pendakian atau “hiking” di sepanjang bulan Ramadhan ini tanpa berasa letih.
Saya yakin semua wanita sangat inginkan untuk menjadi lebih sihat dan cergas.Apabila kita rajin bersukan dan bersenam, badan juga akan lebih mudah menyahkan toksin (detox) dan ianya sangat membantu untuk menjadikan kita menjadi lebih segar dan bermaya serta awet muda!
Apa yang paling penting adalah kesihatan yang optimum.Dan jika dapat mengekalkan berat badan yang ideal ianya adalah bonus yang terbaik.
Berat badan yang tidak berlebihan juga akan membantu untuk memudahkan pergerakan termasuk melakukan ibadah.Jika tidak sihat sudah tentu kita masih boleh meneruskan ibadah dengan cara yang dibenarkan.
Namun, alangkah besar nikmatnya apabila kita masih mampu bangun pada malam hari dengan mudah, melakukan sujud dan rukuk dengan cara biasa, kerana ianya akan memberikan kepuasan jiwa yang sangat optimum dalam beribadah.
Kesihatan yang baik juga sangat penting dalam membahagiakan pasangan.Memudahkan wanita untuk menguruskan kerja-kerja rumah dengan lebih mudah dan cergas.
Wanita yang berstatus ibu pula adalah idola bagi anak-anak.Jadi, adalah sangat bagus jika seorang ibu dapat menunjukkan contoh yang baik dalam penjagaan kesihatan badan dan diri bagi anak-anak mereka.
Memiliki badan yang sihat dan cergas juga dapat membantu untuk meningkatkan keyakinan diri.Tidak kira samada di tempat kerja atau untuk berada di dalam “circle” apa pun….
Dalam apa sahaja situasi samada kita bekerja makan gaji atau berkerja sendiri jika tidak sihat, banyak urusan akan tergendala dan menjejaskan prestasi kerja.
Kecergasan juga adalah sebahagian dari keterampilan diri.Cara kita berjalan, melakukan tugasan, semuanya akan berubah apabila badan kita cergas.Malah “body language”, struktur badan, “body positioning” juga akan menjadi lebih baik.Dan ya, apabila badan cergas, otak akan lebih sihat juga dan kita akan lebih positif serta ceria.
Memang mencabar tetapi seboleh mungkin cuba usahakan.Jika badan kita terlalu berat atau melebihi berat yang ideal, kita mungkin sukar beribadah walaupun belum sakit.Kaki akan mudah lenguh kerana beban berat badan yang bertambah.Pergerakan akan terbatas.Jadi ini adalah tips yang paling utama untuk menjadi cergas.
Tidak kira sebanyak mana aktiviti sukan yang kita lakukan dan suka jenis apa serta sebanyak mana kalori yang kita mampu bakar setiap hari, jika pengambilan makanan tidak dijaga kita susah untuk kurus.Jadi, mesti berhati-hati dengan jenis makanan yang diambil.
Untuk permulaan, anda boleh elakkan pengambilan gula dan karbo.Ambil makanan seperti sayur, buah-buahan, ikan, tofu.Anda juga boleh memilih untuk berpuasa secara penuh (seperti orang Islam berpuasa) atau melakukan “intermittent fasting”.
Tetapkan dalam hati dan minda yang kita nak jadi lebih sihat, lebih cergas, lebih ringan badan, lebih bersemangat, nak ubah diri, supaya dapat menjalani hidup dengan lebih berkuali.Anda pasti boleh!
Mesti rajin dan mesti lawan segala perasaan malas dan suka bertangguh.Usah tangguhkan esok atau minggu depan untuk berdiet dan bersukan.Kerja bertangguh tidak akan menjadi.
Pilih rakan-rakan atau circle yang mementingkan penjagaan kesihatan, yang juga ingin turunkan berat badan, yang suka memilih makanan sihat, yang gemarkan bersukan.Jika tidak, diet anda akan “ke laut” nanti.
Bayangkan jika kawan-kawan sering mengajak anda untuk mencuba menu baru di restoran atau minum teh tarik sambil lepak setiap malam atau memilih aiskrim bersalut cokelat yang manis setiap kali anda memesan makanan!
Niatkan untuk menjaga kesihatan diri kerana untuk memelihara anugerah kesihatan yang Allah pinjamkan.Untuk memudahkan kita beramal.Untuk suami supaya lebih disayangi dan dihargai.
Untuk anak-anak.Untuk berikan yang terbaik kepada diri.Untuk kecapi hidup dengan lebih bermakna.Setiap kali rasa tidak bersemangat, ingatkan diri kita semula segala niat asal kita.
Mulakan aktiviti anda dengan sesuatu yang lebih ringan.Jika perlu dan mampu anda boleh ambil khidmat tenaga pengajar.Jika tidak, memadai dengan membuat pendakian ringan, berjalan kaki atau menaiki tangga.Jangan mudah putus asa.Jangan cepat mengalah.Jangan buat separuh jalan.Lakukan dengan bersungguh dan berterusan.
Usah sambung tidur walaupun pada hari minggu.Bangun awal pagi, mandi dan terus sarungkan pakaian sukan anda.Jujurnya, itulah yang saya lakukan hampir setiap hari kecuali jika ada mesyuarat formal. Apabila kita berada dalam keadaan siap (ready) kita akan lebih bersemangat.Cubalah…
Ini sangat penting untuk persiapan minda, tenaga dan emosi bagi anda bersukan pada keesokan hari dan hari seterusnya.Jaga tidur anda dengan baik.Tidur yang baik tidak semestinya tidur pada waktu yang panjang.Tetapi cubalah dapatkan tidur yang berkualiti.Matikan telefon bimbit anda.Elakkan dari tidur di hadapan televisyen.Tutup mata.Dan tidurlah…
Kekurangan tidur akan mengganggu mood anda, mengganggu kadar metabolism badan, kesihatan jantung, sistem imunisasi badan dan boleh menghasilkan hormon stress!
Minum air dengan cukup ini sangat penting kerana ia akan membantu badan kita agar kekal sihat.Air adalah “pencuci” semulajadi bagi organ badan dan sistem penghadaman.Air juga akan membantu untuk mengeluarkan toksin dari badan melalui peluh dan urine. Jika nak kan badan yang lebih cergas, minum air dengan cukup ya.
Jika masalah tekanan emosi dan stress ianya akan sangat mengganggu minda.Cuba kawal emosi dan tangani stress dengan sebaik mungkin.Bila kita stress badan dan minda akan menjadi lesu dah tidak bermaya.
Ikutilah semua tips mudah ini dengan berdisiplin.Jika dilakukan dengan berterusan, anda boleh lihat hasilnya dalam masa dua minggu pertama.Ingat, umur bukanlah penghalang untuk kita kekal cergas dan sihat.
Saya kongsikan sebahagian dari gambar aktiviti hiking saya sepanjang Ramadhan.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.