Siapa kata dalam bulan Ramadan tidak boleh bersenam melakukan aktiviti sihat. Masih boleh melakukan senaman mudah dan ringan yang boleh dilakukan di rumah sahaja.
Dengan senaman ini, mampu memberi kecergasan badan untuk melakukan rutian harian.
Menurut Coach Fathun dari Team Go Fit With Me, ada 3 kelebihan melakukan senaman sepanjang bulan Ramadan.
“Antara kelebihannya yang pertama, bersenam akan dapat melancarkan aliran darah. Apabila lancar kita akan rasa lebih cergas dan fokus untuk melakukan aktviti, sepanjang bulan puasa, terutamanya waktu siang ketika kita bekerja.
Ads
“Kelebihan kedua pula dapat meningkatkan kekuatan otot. Ini sangat sesuai untuk wanita di luar sana mendapatkan potongan badan lebih cantik selain pemakanan yang lebih sihat.
“Manakala yang ketiga pula, senaman dapat mengeluarkan hormon endorfin atau hormon happy. Hormon ini sangat penting untuk kita mengawal stress di waktu kerja, di rumah atau di mana jua kita berada,” ujarnya yang turut bersenam bukanlah sekadar untuk fokus jadi kurus tetapi sihat dan ceria.
Ads
Coach Fathun juga turut memberitahu waktu sesuai lakukan senaman. Ada dua waktu sesuatu yang digalakkkan lakukan adalah sebelum berbuka puasa iaitu pada sekitar jam 6 petang dan selepas waktu terawih.
Dengarkan penjelasan penuh dari perkongsian Coach Fathun ini. Jadi jangan cari alasan untuk malas bersenam sepanjang berpuasa ini.
Setiap kali masuknya bulan puasa, aktiviti paling seronok dan ditunggu adalah membeli juadah di bazar Ramadan.
Pelbagai makanan yang tersedia dan menggamit selera orang berpuasa.
Tetapi tidak semua makanan dijual itu sesuai untuk kita. Ada yang elok dan ada juga boleh buat perut meragam.
Untuk mengelakkan masalah ini setiap kali membeli juadah di bazar Ramadan, Pakar Nutrisi Puan Syaza berkongsi tip memilih makanan ketika membeli di sini.
Seperti yang kita tahu, saudara semuslim yang berada di Palestin kini sedang berjuang berhabisan menentang kemaraan dan kekejaman Rejim Zionis di tanah air sendiri.
Pelbagai sokongan diberikan dari pelbagai pihak di serata dunia dalam pelbagai cara.
Selain bersedekah dengan memberi sumbangan dari segi kewangan, tidak ketinggalan juga ada yang mengibarkan bendera, berkongsi posting mengenai Palestin dan sebagainya.
Bagi Makeup Artist popular dikenali dengan MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabilah Zulyadaini pula menggunaka medium tersendiri untuk menyatakan sokongan.
MUA Bella telah menunjukkan tanda solidariti dengan melukis bendera Palestin di wajahnya dan memuat naik video tutorial tersebut laman TikTok.
Dia berkongsi video tutorial mekapnya dengan menyertakan sekali beberapa hashtag bagi menyuarakan sokongan serta meminta orang ramai sama-sama bersolidariti menyokong Palestin yang ketika ini sedang dilanda ujian.
Tidak cukup di di lama sosial Facebook MUA Bellaz, juga dia turut menulis berkenaan situasi yang dihadapi oleh saudara-saudara Islam di sana yang sedang menerima ujian hebat ketika menjelang hari raya.
HasbunAllahu Wani’mal wakeel
Dalam kesedihan kita tak dapat beraya ..ingatlah bahawa ada lagi saudra-saudara Islam kita yang sekarang lebih derita sakit dan sedih lagi
ya Allahhhhhh ..harini tak boleh lena sebab duk pikir saudara-saudara kita kat sana yang tak dapat bayangkan kita di tempat mereka
Walaupun hanya dengan kuasa solekan diharapkan dapat memberi semangat dan inspirasi kepada orang di luar sana utuk turut sama-sama memberikan sokongan untuk #prayforpalestine
Mendaki gunung sudah menjadi trend aktiviti riadah yang popular. Tiada kekangan gender atau usia dalam melakukan aktiviti sukan lasak ini.
Jika dahulu mendaki gunung hanya dilakukan oleh segelintir masyarakat tetapi kini ramai yang sudah mula menunjukkan minat.
Namun, masalah mula melanda apabila mereka yang baru (beginner) berjinak-jinak untuk mendaki ini tidak melakukan persiapan yang sempurna. Ya, persediaan fizikal adalah sangat penting untuk memulakan sebuah pendakian.
Tips senaman atau sukan yang boleh dilakukan sebagai persiapan sebelum mendaki gunung.
Kardio adalah senaman yang paling penting dilakukan sebagai persediaan sebelum mendaki gunung. Senaman kardio bukan sahaja boleh membantu membakar lemak di tubuh tetapi boleh memperbaiki sistem paru-paru, melatih otot jantung dan melancarkan peredaran darah. Jika dilakukan dengan betul, sistem pernafasan akan lebih teratur dan tubuh menjadi ringan untuk mendaki gunung. Antara yang boleh dilakukan adalah;
Jogging adalah senaman kardio yang paling mudah dan penting untuk dilakukan. Ini kerana dengan joging dapat memperkuatkan otot kaki dan menyediakan otot kaki ini dalam ekspedisi pendakian. Otot kaki menjadi kuat dan tidak cepat letih. Jika otot kaki tidak dilatih sejak awal pasti sukar untuk meneruskan pendakian lebih-lebih lagi jika melalui jalan yang sukar dan mencabar.
Sekurang-kurangnya sebulan sebelum ekspedisi pendakian sudah mula joging setiap hari. Jika tidak pagi cuba joging di waktu petang atau malam. Namun, tips yang perlu dilakukan adalah setiap hari jarak yang ditempuh mesti bertambah setiap hari. Buat permulaan cuba sasarkan jarak larian sejauh 500 meter. Hari demi hari tambah jarak larian sehingga sekurang-kurangnya 800 meter. Pasti otot menjadi kuat dan bersedia untuk memulakan pendakian.
Selang empat hari sekali boleh diselang-selikan berbasikal dengan joging. Sebagai permulaan mungkin boleh berbasikal sekitar kawasan perumahan atau taman yang berdekatan. Tetapi, untuk sesi yang berikutnya cuba mengayuh basikal di kawasan yang berbukit. Ini bertujuan untuk menguatkan otot kaki dan membiasakan kaki untuk melalui kawasan yang berbukit atau mendaki bukit. Memang jika ingin mendaki memerlukan aktiviti memanjat bukan?
Melakukan senaman kardio memang sudah memberi penyediaan kepada otot kaki dan tubuh untuk melakukan aktiviti pendakian. Namun, pasti akan lebih baik sekiranya melakukan latihan ringan lain agar dapat menguatkan otot kaki dan juga tubuh secara keseluruhan.
Fokus utama ketika mendaki dan menuruni gunung bukan hanya pada kekuatan otot kaki dan stamina semata-mata. Kekuatan kaki yang berjalan pada jalan, seperti tanah, batu dan pasir perlu dikuasai. Jika sudah mempunyai kekuatan ini, apa sahaja cabaran ketika mendaku pasti dapat ditempuhi.
Latihan turun naik tangga ini jika dijadikan sebagai rutin harian di rumah atau di pejabat boleh menguatkan otot kaki. Apatah lagi jika selepas berjoging, melakukan latihan turun naik tangga ini. Lakukan selama 10 minit setiap hari.
Kemantapan kaki dan kekuatan otot paha juga boleh dilakukan dengan latihan squat jumps. Bila waktu yang sesuai dilakukan latihan ini. Sebaik sahaja selepas berjogging cuba lakukan lompatan ini. Jika dilakukan dengan konsisten pasti dapat memiliki otot paha yang lebih kuat. Tips, selepas selesai 1 set squat jumps rehat selama 10 saat untuk set yang seterusnya. Boleh lakukan sebanyak empat set.
Ketika mendaki bukan sahaja memerlukan kekuatan otot kaki malah mendambakan kekuatan otot tangan. Kekuatan otot tangan juga perlu dilatih untuk menyeimbangkan diri dan membantu memanjat atau merangkak ketika menempuhi sasaran untuk ke puncak. Latihan push up secara rutin setiap hari boleh membantu dan menjadi salah satu alternatif untuk menguatkan otot tangan. Selepas jogging atau mengayuh basikal lakukan latihan push up ini. Jangan memaksa diri melakukan di luar kemampuan. Lakukan perlahan-lahan dan mengikut kemampuan. Apabila sudah biasa mungkin hanya dengan satu tangan pun boleh melakukan push up.
Mendaki gunung bukan membawa diri semata-mata. Perlu menggalas beg untuk membawa makanan atau apa sahaja keperluan di puncak gunung. Oleh itu, persediaan bahagian belakang juga perlu diperkuatkan. Latihan tambahan diperlukan untuk memperkuatakan bahagian belakang iaitu back up.
Pernafasan yang lancar dan teratur sangat penting ketika mendaki. Ini kerana berjalan dengan jarak yang jauh, membawa beban yang berat dan jalan yang mencabar pasti membuat nafas kencang dan tidak teratur. Itu belum lagi termasuk perbezaan tekanan udara yang berbeza ketika di awal pendakian sehingga ke puncak.
Cara yang paling baik dilakukan adalah dengan latihan pernafasan. Senaman pernafasan yang paling mudah adalah dengan aerobik. Cukup hanya dilakukan tiga kali seminggu untuk membantu pernafasan yang teratur.
Satu lagi cara yang membantu pernafasan yang teratur adalah dengan berenang. Berenang selama dua kali seminggu bukan sahaja membantu latihan pernafasan malah boleh membantu menguatkan otot kaki dan juga tangan.
Kebaikan mendaki gunung salah satunya adalah dapat meningkatkan dan menjaga kesihatan jantung dan paru-paru. Perjalanan mendaki sambil membawa beban akan mengepam jantung dengan lebih cepat dan memberi beban kepada paru-paru lebih daripada biasa.
Keadaan alam sekitar yang ekstrim, cuaca yang sejuk di atas pergunungan dan kekangan makanan yang terbatas melatih daya tahan tubuh. Pendaki gunung biasanya boleh membentuk diri keluar daripada zon selesa. Itu yang membuatkan pendaki gunung mempunyai daya tahan yang kuat untuk melawan cabaran dunia yang sebenar.
Mendaki gunung juga boleh membantu meningkatkan daya ingatan seseorang kerana mendaki gunung tergolong dalam sukan yang santai. Lingkungan ahli kumpulan yang pelbagai menemukan pengalaman baru dan meningkatkan perasaan yang riang gembira.
Jika berkesempatan cuba bersenam atau bersukan seawal pukul 4 pagi kerana untuk membiasakan tubuh pada cuaca yang sejuk. Ini kerana jika terpaksa bermalam di kawasan puncak biasanya udara sangat sejuk sehingga menusuk ke tulang.