Menusuk kalbu semua babak yang dibawa oleh Ummi Nazeera dalam drama Rindu Kasih, akibatnya ramai yang tak sedar menangis sampai mata bengkak.
Jadi untuk mengurangkan masalah ini, cuba anda amalkan tip daripada perkongsian suami pelakon wanita hebat ini, Doktor Izzar Anwar, yang ditulis dalam Instagram miliknya baru-baru ini.
Saya mendapati kes mata bengkak sebab menangis keterlaluan dan kehabisan stok tisu di rumah makin bertambah dalam seminggu ni. Kenapalah agaknya?
Mata bengkak akibat menangis sememangnya normal. Apabila anda menangis semasa tengok drama Rindu Kasih tu, air mata tu akan menjadi banyak dan ‘drainage system’ mata iaitu tear duct tidak dapat menampung untuk menyerap kembali air mata yang banyak tu. Oleh itu, air mata berlebihan tu akan berada di tisu bawah mata tu, menyebabkan mata sembab atau bengkak.
1. Rendam 2 teabag (caffeinated) dalam air suam dan letakkan dalam peti ais kasi sejuk. Bila mata sembab, letakla terus sejuk2 tu. Caffein dalam teh akan mengecutkan salur darah seterusnya kurangla sembab
Ads
2. Potong timun sejuk dan letak kat tempat sembab tu.
3. Guna ‘cool compress’ – Guna ice bag, guna kain rendam dalam air sejuk ke. Pastu letakla kat mata
Ads
4. Guna sudu sejuk yang diletakkan dalam peti ais. Kaedah ni lebih praktikal untuk yang tengok drama curi-curi di tempat kerja untuk mengelakkan ditegur bos kenapa menangis semasa kerja.
5. Cold rub – Sejukkan tangan/jari dahulu dengan air. Pastu urutlah mata supaya bengkak tu berkurangan. Youtube je kalau nak tau teknik urutan tu.
Penyanyi, Heliza Helmi yang kini berada di Indonesia berdepan detik cemas apabila berlaku gempa bumi pagi tadi.
Heliza menerusi hantarannya di Instagram, memaklumkan kejadian itu berlaku ketika dia sedang tidur.
Menurut Heliza, dia tersedar daripada tidurnya selepas merasakan tempat penginapannya bergoyang.
“Kakja tiba-tiba tersedar dari lena asbab daripada penginapan yang kami menginap bergoyang kuat.
“Mula-mula Kakja blur, apa yang berlaku sebenarnya.Tapi hotel bergoyang ke kiri kanan dan gegaran itu agak lama sampai pintu semua berbunyi,” kongsinya.
Tambah Heliza lagi, dia mengetahui gegaran itu disebabkan gempa bumi selepas menghubungi pihak hotel dan mecari maklumat di internet.
“Perkara pertama terus capai jubah semua untuk tutup aurat dengan sempurna sebab tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Selepas itu hubungi pihak hotel apa yang berlaku, depe beritahu ada gempa bumi. Innalilahi wanna ilaihi rojiun. Bila Google yang terkini, belum dapat update.
“Selepas beberapa minit Google balik, sohih, memang berlaku gempa bumi. Doakan semuanya selamat di sini. Setakat ini alhamdulillah,” tulisnya lagi.
Sementara itu, CNN Indonesia melaporkan gempa bumi berskala 7.4 magnitud berlaku sekitar pukul 2.55 pagi waktu tempatan. Gempa bumi itu turut dirasai di sekitar kawasan Kuta dan Denpasar di Bali serta Lombok.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Viral di media sosial apabila dikatakan pelakon Eina Azman dan suami potong barisan dalam mendapatkan vaksin ini.
Namun menafikan dan memberitahu dirinya mempunyai sejarah penyakit kromobid tetapi tidak didedahkan.
Mungkin Eina atau suami penghidap diabetes, merupakan salah satu penyakit kormobid yang dapat memburukkan keadaan sekiranya seseorang itu dijangkiti Covid-19.
Malah peningkatan jumlah kes jangkitan yang tinggi ini membuatkan pesakit diabetes perlu menghadapi risiko jangkitan lebih parah dan lebih membimbangkan kadar kematian juga sangat tinggi.
Kadar glukosa darah yang tinggi mengganggu penghasilan insulin dalam badan dan menekan sel imunisasi.
Diabetes juga menyukarkan tubuh untuk memanfaatkan nutrisi, memiliki aliran darah yang buruk serta memerlukan jangka pemulihan lebih lama.
Pesakit diabetes umumnya memiliki masalah pada pembuluh darah sehingga mereka lebih senang mengalami masalah kardiovaskular, kesukaran bernafas serta penyakit paru-paru kronik.
Memandangkan pesakit diabetes lebih terdedah kepada kesan yang buruk, mereka juga berkemungkinan besar akan mengalami gejala-gejala lain termasuklah;
Ruam pada kulit termasuk garis horizontal pada kuku, tangan dan kaki, gatal-gatal serta bintik merah boleh menjadi tanda jangkitan dialami oleh pesakit diabetes.
Pneumonia dapat menjadi faktor risiko dan ancaman serius bagi pesakit Covid-19, lebih-lebih lagi bagi orang-orang yang sedang berjuang melawan diabetes, baik jenis satu atau pun dua.
Dengan tingkat keradangan yang tinggi dan penanda gula dalam darah tidak terkawal, pernafasan boleh terganggu. Kadar gula dalam darah yang tinggi juga memudahkan virus berkembang dalam tubuh.
Penurunan oksigen boleh menjadi salah satu komplikasi terbesar yang mungkin dihadapi pesakit Covid-19. Kajian juga mendapati pesakit dengan masalah diabetes akan menekan fungsi kekebalan tubuh sehingga menyebabkan sesak nafas.
Jangkitan kulat ini boleh menyebabkan wajah menjadi seperti bengkak berserta sakit kepala terutamanya kepada pesakit diabetes atau yang sedang menjalani terapi steroid.
Pesakit yang mengalami diabetes akan menekan fungsi sistem kekebalan dan meningkatkan risiko terkena jangkitan. Kadar gula yang tinggi juga membuatkan kulat senang berkembang.
Ada tanggapan memberitahu jika kerap mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.
Adakah ianya benar dan apakah kesan bahayanya jika kerap dilakukan setiap hari.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad di laman sosial Facebook penjelasan perkara ini dan penyebab utama masalah paru-paru berair.
Beliau juga turut memberitahu kebaikan mandi malam ini dapat menghilangkan stres setelah seharian bekerja.
Air di dalam paru paru, atau turut dikenali dengan nama efusi pleura ataupun pleural effusion merupakan satu keadaan di mana air berkumpul di antara lapisan tisu yang melapisi paru-paru dan juga rongga dada.
Kawasan di antara lapisan tisu ini dipanggil ruang ataupun rongga pleura (pleural space).
Selalunya, kawasan tersebut mengandungi sedikit cecair yang bertindak sebagai pelincir sewaktu paru-paru mengembang ketika bernafas.
Paru-paru berair merupakan keadaan yang lazim berlaku. Menurut National Cancer Institute, sebanyak 100,000 kes didiagnosis di Amerika Syarikat setiap tahun.
Walaupun ia merupakan sesuatu yang kerap berlaku, efusi pleura boleh membawa maut. Dalam sebuah kajian, 15 peratus pesakit yang dimasukkan di hospital akibat masalah ini meninggal dunia dalam masa 30 hari.
Ramai yang berkata, mandi malam boleh menyebabkan peparu jadi berair. Menurut mereka, mandi malam boleh akibatkan air masuk ke dalam paru-paru.
Cecair dalam paru-paru boleh jadi kurang protein (transudative) ataupun kaya dengan protein (exudative).
Transudantive pleural effusion disebabkan oleh cecair yang bocor masuk ke dalam ruang plural akibat daripada peningkatan tekanan di dalam salur darah.
Antara penyebab utama transudative pleural effusion ialah sakit jantung.
Selain itu, exudative effusion pula berpunca daripada saluran darah yang tersumbat ataupun mengalami inflamasi, jangkitan, kecederaan pada paru-paru ataupun tumor.
Pneumonia, tuberkulosis, limfoma dan arthritis boleh sebabkan individu mengalami exudative effusion.
Individu yang mempunyai kanser seperti kanser paru-paru dan kanser payudara juga mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap efusi pleural.
Kadang-kadang, cecair tersebut sendiri boleh menjadi malignan (kanser). Selain itu, paru-paru boleh jadi berair disebabkan oleh rawatan kanser seperti kemoterapi.
Antara faktor risiko yang boleh menyebabkan peparu berair termasuklah:
1. Merokok dan minum minuman keras.
2. Tekanan darah tinggi.
3. Pernah terdedah kepada asbestos.
Tidak ada lagi bukti yang mengaitkan mandi malam dengan peparu berair. Malah, mandi pada waktu malam terbukti boleh membuatkan anda tidur dengan lebih nyenyak.
Individu yang mengalami peparu berair mungkin akan alami simptom berikut:
1. Sesak nafas
2. Batuk kering
3. Rasa ketat pada kawasan dada
4. Tidak boleh berbaring
5. Tidak boleh bersenam
6. Kerap rasa tidak sihat
Namun, bukan semua pesakit yang mengalami peparu berair mengalami simptom yang sama seperti di atas.
Jika anda rasa tidak selesa pada kawasan dada, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
Setakat ini, tidak ada lagi bukti kukuh yang boleh mengaitkan mandi malam dengan paru-paru berair.
Seperti yang digariskan di dalam artikel di atas, individu yang mempunyai kanser, sakit jantung, pneumonia, ataupun tuberculosis merupakan antara yang berisiko untuk mendapat paru-paru berair.
Jika anda mempunyai masalah kesihatan berikut, anda boleh elak paru-paru berair dengan cara:
1. Jangan merokok
Merokok boleh menambah risiko anda untuk mendapat penyakit jantung, kanser dan sebagainya. Jika anda tidak mampu untuk berhenti sendiri, cuba dapatkan nasihat daripada pakar.
2. Makan makanan yang sihat
Amalkan makan makanan yang sihat dan berkhasiat. Elakkan makanan tinggi kandungan gula, garam dan berlemak.
3. Pantau kadar kolesterol dalam darah
Kadar kolesterol yang tinggi dalam darah boleh membuatkan anda menghidap pelbagai jenis penyakit termasuklah penyakit jantung dan juga kanser.
Dengan cara mengubah gaya hidup, anda boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
Mandi pada waktu malam tidak mungkin menjadi punca paru-paru berair. Berdasarkan penjelasan di atas, sakit kanser, sakit jantung dan lain-lain merupakan punca sebenar penyakit ini.
Tidak ada masalah untuk mandi malam. Malah, mandi waktu malam amat digalakkan terutama sekali untuk menghilangkan rasa stres setelah seharian berkerja.