Datuk Fizz Fairuz

Tular kisah pelakon, Datuk Fizz Fairuz selepas dia membuat kenyataan menerima fizikal isterinya, Datin Almy Nadia seadanya walaupun sering terima nasihat untuk menurunkan berat badan.

Tetap Sayang Isteri

Memetik laporan Kosmo, Fizz atau nama sebenar Mohd Fairuz Zainal Abidin tetap menyayangi dan mencinta isterinya sepenuh hati.

“Kadang-kadang isteri tanya sama ada saya sayangkan dia atau tidak kerana bentuk badannya yang gemuk. Saya cakap biarlah.

“Kalau awak kurus, saya mengandungkan awak balik. Sebab saya menerima dirinya yang sekarang. Saya tidak kisah kerana saya suka dia begitu (gemuk),” katanya.

Terima Seadanya, Datuk Fizz Fairuz Anggap Datin Almy Nadia Orang Yang Berbeza Kalau Kurus!

IKLAN

Datuk Fizz Fairuz Terima Datin Almy Nadia Seadanya

Menurutnya, dia bersyukur isterinya pandai menguruskan rumah tangga dan beranggapan Almy mungkin adalah orang yang berbeza jika memiliki bentuk badan yang kurus.

“Kalau dia kurus, saya tidak fikir isteri akan dapat jadi seorang ibu sempurna. Saya bersyukur dengan kehadiran empat orang cahaya mata dalam keluarga.

IKLAN

“Jadi tidak perlu fikir kalau orang bercakap buruk tentangnya,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

Sebelum ini, Fizz pernah memberi galakan kepada isterinya untuk menurunkan berat badan dengan cara yang betul dan sihat tetapi dia memilih untuk mengutamakan keluarga dan anak-anak.

IKLAN

“Saya pernah suruh dia kuruskan badan. Saya beri galakan. Tapi cara yang bagaimana? Potong usus? Sementara nak tunggu sembuh lebih kurang dua minggu, anak-anak nanti bagaimana?

“Saya nak ambil pembantu, dia tak mahu. Semua kerja nak buat sendiri. Saya tahu isteri penat buat kerja rumah, uruskan anak-anak ke sekolah. Tapi itu yang dia mahukan,” ujarnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

Terdahulu, Almy pernah menjadi mangsa kritikan netizen tentang berat badannya selepas melahirkan anak dan tidak bergiat aktif dalam dunia lakonan.

Selain itu:  Amal Minum Jus Campuran Buahan & Sayuran Rahsia Kekal Awet Muda Di Usia 30an. Ini Cara Buatnya!

Untuk rekod, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004 dan dikurniakan empat cahaya termasuk seorang anak angkat.

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI