
Isi Kandungan
ToggleBuah epal biasanya lepas potong akan mula kelihatan lebam dan tidak lagi rangup untuk dimakan.
Tetapi sebenarnya ada cara nak bagi buah epal itu cantik dan segar selepas dipotong, cuba baca tip daripada Puan Lailatul Munira Zainuddin, sangat berkesan. Barulah cantik nak hidang!
Air garam boleh membantu mengekalkan kesegaran hirisan buah epal.
1) Air garam
Sediakan air biasa, tambah secubit garam kemudian rendam sekejap hirisan epal ke dalam air tersebut. Boleh direndam selama lima minit.
Kemudian toskan. Garam jangan diletakkan terlalu banyak bimbang buah epal akan menjadi masin. Letakkan ikut kadar yang bersesuaian.
2) Madu
Buat mereka yang tidak suka kewujudan rasa masin pada buah epal, boleh menggunakan madu.
Caranya cukup mudah, campurkan dua sudu madu dalam segelas air biasa. Kemudian, rendam potongan epal ke dalam campuran itu selama beberapa minit.
Lepas itu, toskan dan dah boleh dihidangkan.
3) Jus lemon
Petua elak epal lebam yang ini pun sangat mudah.
Hanya perlu perah sedikit jus lemon ke dalam air. Kemudian, rendamkan potongan epal ke dalam campuran itu selama beberapa minit dan toskan sebelum dihidang.
4) Pisau tajam dan limau nipis
Gunakan pisau tajam untuk memotong epal. Tetapi sebelum itu, sapu atau geselkan pisau tersebut dengan limau nipis. Kemudian baru potong epal seperti biasa.
Katanya, petua ini pun boleh digunakan untuk mengelakkan kita ‘menangis’ masa nak potong bawang. Cubalah!
Kalau tak ada jus lemon, boleh juga gantikan dengan jus limau nipis atau apa-apa jus buah yang bersifat sitrus seperti oren atau nanas.
Petua ini juga boleh digunakan untuk buah pear, lai, pisang, atau buah-buahan lain.
Sumber: Lailatul Munira Zainuddin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bahaya Tidur Dalam Kereta, Jangan Sampai Keracunan Karbon Monoksida

Bila penat berjalan jauh, ramai yang kurang ambil peduli tentang bahaya tidur dalam kereta. Malah masih ada yang berhenti rehat dan mengambil keputusan untuk lelapkan mata sekejap di tepi jalan tanpa matikan enjin.
Kalau tiba-tiba ada masalah pada mekanikal kereta, kemungkinan berlaku kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan ketika anda sedang tidur dan boleh menyebabkan risiko mati lemas.
Menurut World Health Organization (WHO), CO boleh mengancam nyawa manusia walau pun dalam kadar yang rendah. Dalam dunia automotif, CO merupakan salah satu daripada beberapa jenis gas yang boleh membahayakan kesihatan.
Kenapa Karbon Monoksida Bahaya?
1. Ini kerana, pengumpulan karbon monoksida (CO) yang disebabkan oleh kebocoran daripada ekzos akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan.
2. Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah. Ini mengakibatkan darah membawa lebih banyak karbon monoksida dan boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba (sudden death).
Walaupun dengan tingkap dibuka, karbon monoksida tetap boleh terkumpul dan akan menyebabkan penurunan oksigen dalam darah.
Bahaya Kepada Orang Yang Tidur Dalam Kereta
Ya, kesannya mangsa akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu jangka masa.
Jadi kenapa kita boleh bertahan memandu dengan penghawa dingin terpasang? Jawapannya mudah. Kerana kita sedar dengan perubahan suhu dan akan sedar jika terdapat kebocoran.
Tanda Keracunan Karbon Monoksida (CO)
Antara gejala keracunan CO ialah sakit kepala, pening, lemah anggota badan, sakit perut, muntah, sakit dada dan sesak nafas serta mengalami kecelaruan.
Tetapi jika gas ini dihidu sewaktu anda sedang tidur, sukar untuk kita sedar sebarang gejala ini dan sekali gus boleh membuatkan anda tidur selama-lamanya! Menakutkan bukan?
Biasanya kalau kita mula merasa tidak selesa, kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap.
Untuk selamat, elakkan tidur di dalam kereta. Jika perlu berehat semasa memandu jauh, keluar dari kereta dan carilah tempat yang sesuai.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bahayanya Hipertensi Dianggap ‘Silent Killer’, Kenal Pasti Tanda & Siapa Golongan Berisiko Hidapinya!

Isi Kandungan
ToggleTahukan anda? Hipertensi atau tekanan darah tinggi boleh mendekati diri anda, jika anda tidak mengawal gaya hidup anda.
Penyakit ini berkait rapat dan mampu menyebabkan munculnya penyakit lain seperti serangan jantung, strok dan kerosakan pembuluh darah dalam badan.
Inilah penyakit senyap yang boleh membawa maut apabila anda mengambil ringan tentang kesihatan diri anda.
Adakah tekanan darah anda normal?
Hipertensi adalah tekanan darah tinggi di mana tekanan darah anda meningkat melebihi paras normal yang terus menerus dalam jangka masa yang lama. Oleh itu, anda boleh mengukur tekanan darah anda secara rutin dalam memastikan tekanan darah anda tinggi atau rendah.
Bagi orang dewasa, ukuran tekanan darah yang mengalami hipertensi adalah 140 (sistolik)/90 (distolik)mmHG. Parameter ini penting untuk mengetahui tekanan sistolik dan tekanan distolik.
Sistolik – adalah tekanan pada masa jantung menguncup.
Distolik – tekanan darah ketika jantung dalam keadaan rilek.
Tekanan darah normal adalah antara 120//80 hingga 140/90. Jika nilai bacaan tekanan darah anda melebihi paras ini, anda perlu berhati-hati kerana anda sudah mengalami hipertensi.
Tanda-tanda Anda Hipertensi:
- Mempunyai tekanan darah melebihi dari 140/90.
- Kepala terasa panas dan pusing.
- Emosi meningkat dan tidak stabil.
- Merasa lelah dan sesak nafas.
- Kadang-kadang, apabila tekanan darah terlalu tinggi, ia boleh membuatkan anda pengsan.
Siapa Yang Berpotensi
Setiap orang berpotensi untuk mendapat penyakit ini kerana ia disebabkan oleh faktor genetik, pemakanan yang tidak sihat, berat badan berlebihan dan faktor usia. Semakin berusia seseorang itu, semakin berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Fakta: 32% daripada rakyat Malaysia yang berusia lebih daripada 18 tahun menghidap hipertensi.
Mereka Yang Berisiko
Sebenarnya, hipertensi ini boleh berlaku kepada lelaki dan perempuan. Malah, kanak-kanak juga berisiko untuk mendapatnya.
Kanak-Kanak Belum Baligh – Biasanya kanak-kanak ini mengalami hipertensi kerana telah mempunyai masalah penyakit lain seperti masalah buah pinggang.
Kanak-Kanak Baligh – Mereka ini cenderung kepada masalah berat badan, mengambil makanan berlemak dan faktor genetik.
Paling penting! Untuk mengetahui anak anda mengalami hipertensi atau tidak, anda perlu membandingkan tekanan darah dengan carta yang disediakan di hospital. Jangan sesekali mengikut bacaan tekanan darah orang dewasa. Namun begitu, kanak-kanak amat sukar untuk mengenalpasti bahawa mereka mengalami hipertensi.
Terdapat 2 jenis hipertensi:
- Hipertensi primer/esensial (90-98%) – Biasanya ia dipengaruhi oleh faktor genetik/keturunan dan gaya hidup. Malah ia cenderung untuk berkembang selama bertahun-tahun.
INFO: Hipertensi primer ini tidak dapat disembuhkan dan hanya dapat dikawal.
- Hipertensi sekunder (2-10%) – ia boleh berlaku secara tiba-tiba sehingga tekanan darah lebih tinggi daripada hipertensi primer. Namin Ia boleh disembuhkan dan dirawat dengan mengubah pgaya hidup yang sihat seperti:
- Rehat yang cukup dan elakkan stress.
- Kurangkan pengambilan garam
- Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kafein.
- Senaman yang teratur
- Diet yang sihat.
Makanan Penyumbang Hipertensi
Pengambilan makanan masin dikatakan berkait rapat dengan hipertensi kerana kandungan garam atau sodium. Sebab itulah, anda perlu menghadkangaram sekurangnya 2.300mg atau satu sudu teh dalam sehari.
Ingat! Bagi anda yang berusia lebih dari 50 tahun, sebaiknya hadkan 1.500mg perhari.
Daging Kambing Penyumbang Hipertensi
Sebenarnya, tiada sebab khusus mengatakan daging kambing penyebab kepada hipertensi. Sebaliknya, mana-mana daging merah berpotensi untuk mendapat hipertensi. Ini kerana daging merah mengandungi kolesterol dan kandungan sodium yang tinggi.
Daging Merah Tidak Sihat?
Walaupun daging merah mengandungi banyak protein tetapi jika dimakan terlalu banyak, ia dapat meningkatkan kolesterol darah, risiko penyakit jantung dan penyakit kronik dalam badan. Selain itu, daging yang diproses seperti daging beku, sosej, nugget dan sebagainya perlu dielakkan kerana ia mempunyai lebih banyak lemak tepu, kolesterol dan sodium.
Bila Perlu Jumpa Doktor?
Anda tidak perlu tunggu rasa sakit barulah berjumpa dengan doktor. Tetapi, sebaiknya, lakukan pemeriksaan dengan pakar sekurangnya setahun sekali untuk memastikan tahap kesihatan anda.
Jika Tidak Dirawat
Hipertensi yang tidak dirawat boleh memudaratkan sistem badan seperti kerosakan buah pinggang, jantung, strok dan pembuluh darah. Ia juga boleh memberi kesan kepada mata sehingga membuatkan seseorang itu menjadi kabur. Malah, sesetengah risiko ini boleh membawa kepada kematian.
Tip Sihat Untuk mengawal Hipertensi:
- Buatlah pemeriksaan dengan doktor pakar, sekurang-kurangnya setiap tahun untuk mengetahui tahap kesihatan anda.
- Lakukan senaman sekurangnya 30 minit setiap hati sepertti berjogging, berjalan kecil, aaerobik dan sebagainya.
- Elakkan dari mengambil makanan yang mengandungi sodium tinggi, gula tinggi dan pastikan anda mengekalkan berat badan agar tidak berlebihan (obesiti).
- Berehat antara 5-10 minit di antara rutin harian yang anda lakukan.
- Minum air sebanyak 7-8 gelas setiap hari.
- Tidur cukup pada waktu malam iaitu selama 7-8 jam.
Elakkan Makanan Ini
- Daging Merah – Anda boleh memilih daging merah dalam jumlah yang kecil dan tanpa lemak. Ini kerana, makanan berlemak boleh memberi kesan bueuk pada jantung dan pembuluh darah.
- Mee segera – makanan ini menjadi penghilang lapar dan asanya sudngguh lazat. Tetapi setiap bungkusan mee segera mengandungi 14gm lemak dan banyak sodium.
- Donut – ramai yang tidak tahu, makanan pemanis mulut yang disuka oleh setiap orang mengandungi lebih dari 300 kalori, 42% lemak dan 54% karbohidratt.
- Makanan Dalam tin – Kebanyakan makanan dalam tin yang bersaiz kecil sahaja sudah mengandungi 760mg sodium.
Ambillah Makanan Ini
Pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan dan rendah lemak tepu boleh membantu mengurangkan risiko hipertensi. Antaranya:
- Lemon – Ia membantu menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan kolesterol tinggi dan meningkatkan kesihatan jantung.
- Bawang putih – ia membuatkan pembuluh darah anda etenang dan merangsang pengeluaran oksida nitrat yang dapat menurunkan tekanan darah. Selain itu, bawang putih juga dapat menurunkan kolesterol dan mencegah penyakit jantung.
- Pisang – kandungan kalium yang tinggi membantu untuk mengurangkan kesan natrium yang mengatur tekanan darah. Dengan pengambilan pisang secara rutin, ia dapat mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung.
- Tomato – Mengandungi lycopene dan karotenoid yang membantu melawan radikal bebas.
SUMBER: Dr Suhaimi Osman, Pakar Perunding Kardiologi, Hospital Pantai Kuala Lumpur
Artikel Berkaitan:
Walaupun Gout Jarang Serang Wanita, Kena Ambil Tahu Punca & Pantang Larang Elak Penyakit Ini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Orang Lama Jaga Kuku Sampai Bersih Dan Cantik

Isi Kandungan
ToggleKuku pun kena bersih dan cantik, jangan sesekali pandang remeh! Haaa… memang benarlah kata orang, nak jadi cantik ini tidak senang dan nak mengekalkan kecantikan itu juga tidak mudah.
Jangan Lepas Pandang Penjagaan Kuku
Sebenarnya cara penjagaan kuku juga sama pentingnya dengan tips kulit wajah, badan dan rambut. Walaupun banyak salun penjagaan kuku diluar sana, di rumah juga kita masih boleh memilikki kuku sihat dan cantik.
Antara tabiat yang boleh dihentikan ialah buang tabiat suka mengigit kuku. Tabiat ini jika tidak dihentikan lebih awal sudah pasti akan menjadi perkara yang sangat buruk bagi seseorang.
Tabiat mengigit kuku ini juga boleh mendatangkan kesan sampingan kerana kawasan kuku yang digigit itu kemungkinan besar akan mudah terdedah dengan kuman-kuman dan bakteria.
Selain itu ramai yang tidak tahu kuku juga ada pelembab khas setiap hari. Cara penjagaannya sangat mudah dan anda boleh lakukan dirumah. Anda hanya perlu memcuci kuku dengan mengunakan air suam, sabun dan berus kecil khas untuk kuku. Jadikan ia sebagai rutin anda setiap hari.
Tip Jaga Kuku Secara Tradisional
1. Caranya, tangan dan kuku direndam di dalam bekas yang berisi air lemon selama beberapa minit. Setelah itu, kuku akan digosok dengan hampas kelapa untuk membuang sel kulit mati. Kemudian, kotoran di bawah kuku akan dibersihkan sebelum minyak kelapa dan minyak aroma terapi disapu.
Atau nak guna limau pun boleh:
Buah limau ini akan digosok pada kuku dan biarkan selama beberapa minit kemudian cuci. Kemudian rendam dalam air yang hangat dan hasilnya kuku anda akan kelihatan cantik.
2. Kaki akan direndam dengan air limau dan garam bukit bagi membuang sel kulit mati di kuku kaki. Kemudian, keseluruhan kaki akan digosok dengan kelapa parut dengan menggunakan sintok. Sintok ialah bahan orang zaman dulu yang digunakan untuk membersih dan menyental seluruh kaki dan kuku yang keras, berkerak atau kasar. Bahagian kuku akan direndam dengan air suam selama lima minit. Kemudian sapu minyak aroma terapi.
3. Bahagian kaki yang keras akan dikikir. Sapu minyak aroma terapi dan balut daun pisang di kedua belah kaki supaya minyak diserap pada keseluruhan bahagian kaki dan kuku.
Jadi jangan sesekali abai bab penjagaan kuku ya, sebaiknya bersihkan dan biar selari dengan wajah anda yang molek.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI