Suasana meriah setiap kali tibanya bulan Ramadan kerana kewujudan bazar Ramadan di mana-mana kawasan berdekatan.
Lambakan makanan dijual apatah lagi saat berpuasa menyebabkan keinginan untuk membeli semua juadah tidak boleh ditahan-tahan.
Namun sebagai pengguna kita perlu bijak berfikir dan melihat bagaimana juadah disajikan adakah bersih atau sebaliknya.
Walaupun begitu, ada juga yang terkena apabila membeli juadah berkenaan nampak sedap dan bersih, tetapi apabila dimakan mungkin basi dan menyebabkan keracunan makanan.
Ads
Jika perkara ini terjadi, menurut perkongsian Public Health Malaysia, perlu segera melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan selanjutkanya.
Jika anda terbeli makanan yang – Tidak dimasak sempurna – Basi dan telah rosak – Menyebabkan gejala keracunan – Di kendalikan oleh peniaga yang tidak bersih – Dibungkus dengan dawai kokot, paku – Ada bendasing seperti telur lipas, cicak atau bahan asing
Ads
Jika berdepan dengan masalah seperti diatas, sila buat arahan seperti ini:
– Ambil gambar bukti – Simpan sample makanan – kenalpasti dan maklumkan nama premis
Ads
Jangan berdiam diri. Laporkan kepads Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan
Wajib dijadikan salah satu rutin, jaga waktu tidur setiap hari untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat dan cantik.
Seperti yang kita tahu, waktu malam kulit anda akan bekerja untuk merawat kulit pada kadar maksima. Jadi elok lah anda tidur awal cukupkan tidur selama 8-9 jam setiap malam.
Jika anda dambakan kulit yang glowing dan mulus, pastikan anda menjaga dengan teliti waktu tidur anda. Waktu yang disarankan untuk tidur adalah diantara jam 9 hingga 11 malam.
Sebab pada waktu ini, paling baik untuk kulit menyerap kandungan yang terdapat dalam produk penjagaan kulit (Skincare).
Malah, pada jam 9 hingga 11 malam ini juga tubuh anda akan mula merembeskan hormon tidur yang dipanggil sebagai melatonin yang meningkatkan rasa letih supaya badan dapat berehat dan dalam masa sama meningkatkan kemampuan kulit memberi rawatan dari dalam di malam hari.
Hormon melatonin juga aktif merawat kerosakan yang berlaku di bawah lapisan kulit akibat terdedah terlalu lama kepada pencemaran udara dan sinaran Ultra Violet (UV) di siang hari.
Jika mengikut waktu tidur yang disarankan dan menjaga kulaiti tidur dengan baik, kulit akan menghasilkan hormon yang baik dan merejubenasi kulit agar kelihatan lebih glowing dan sihat keesokkan harinya.
Haa.. sebaiknya bangkit sahaja dari tidur, terus minum air putih! Ini kerana setiap pagi kulit akan mengalami fasa yang dikenali sebagai trans-epidermal water loss.
Ini terjadi kerana kehilangan air dalam semalam ketika proses rejuvenasi kulit berlaku, jadi apabila anda bangun tidur di waktu pagi kulit akan berada dalam keadaan kering.
Lebih memburukkan keadaan, jika anda mengabaikan masalah kulit kering ini, ia bakal mengganggu dan merosakkan skin barrier.
Jadi untuk mengelakkan masalah ini berlaku dan mendapatkan kulit wajah glowing di waktu pag, amalkan minum segelas air setiap pagi sebaik sahaja bangun dari tidur.
Owh ya, jangan lupa pakai skincare yang tepat untuk merawat kulit pada waktu malam juga amat penting!
Pencuci, serum, pelembap, dan bahagian mata boleh sapu krim khas untuk mata. Sesekali boleh amalkan pakai mask juga dalam 2 kali seminggu. Barulah kulit lebih anjal dan lambat berkedut!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebenarnya sunscreen wajib pakai walau duduk rumah tak keluar ke mana-mana, barulah masalah jeragat itu akan berkurang.
Namun tak ramai yang tahu cara nak pilih sunscreen yang terbaik ikut jenis kulit. Jadi jom baca perkongsian daripada Puan Liza Samsuri tentang sunscreen yang sesuai dengan kulit.
Tips cari sunscreen yang serasi dengan kulit. Formula sunscreen ni tak ada yang sempurna, jadi kena cari sunscreen ikut keperluan dan yang selesa dengan kulit.
Sunscreen ini basic skincare yang anda wajib pakai hari-hari walaupun kat rumah. Paling penting kena konsisten dan rajin.
1. Kalau tak suka effect kelabu atau whitecast elakkan guna sunscreen yang ada ingredient zinc oxide atau titanium dioxide. Selalu ada dalam physical dan hybrid sunscreen. Kalau nak effect cerah atau tone up pula, kena ada bahan-bahan titanium dan zinc tu.
2. Kalau kulit jenis sensitive elakkan guna sunscreen yang ada bahan avobenzone.
3. Kalau kulit anda jenis yang kering boleh cari sunscreen yang teksture dia cream dan ada bahan untuk hydrating.
4. Kalau kulit anda tengah naik jerawat atau berminyak cari sunscreen yang non-comedogenic supaya pori muka tak tersumbat. Cari sunscreen yang texture dia ringan.
Ini antara sunscreen yang anda boleh try pakai sebab semua produk ni memang recommended dan berbaloi pakai.
Jadi selepas ini anda wajib cari sunscreen yang sesuai dengan jenis kulit anda untuk lindungi kulit daripada masalah jeragat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan setiap rumah pastinya ada menjadikan kotak simpanan ubåt sebagai persediaan bila diserang sakit.
Namun tahukah kita ubat yang disimpan ini boleh bertukar menjadi racun. Tidak kira dalam bentuk tablet, cecair atau krim.
Malah dikatakan ia akan bertukar jadi racun sekiranya tidak digunakan mengikut peraturan disarankan.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad menjelaskan mengenai perkara ini dan mengingatkan agar ubat-ubatan ini dijauhkan dari kanak-kanak kerana boleh mendatangkan kemudhratan.
Apakah keracunan ubat-ubatan?
Hampir setiap rumah mempunyai atau menyimpan ubat sama ada dalam bentuk ubat biji atau cecair yang boleh dimakan, atau bentuk yang tidak boleh dimakan seperti ubat sedut, supositori, krim, salap, losyen dan ubat titis.
Setiap ubat adalah racun sekiranya tidak digunakan mengikut peraturan yang disarankan.
Oleh itu, setiap arahan penggunaan pada label atau yang diberitahu oleh doktor dan petugas di kaunter farmasi mestilah difahami dan dipatuhi untuk mengelakkan risiko keracunan.
Selain itu, keracunan juga boleh berlaku akibat kelalaian ibu bapa atau penjaga dalam mengambil langkah-langkah tertentu memastikan semua ubat-ubatan dalam rumah sentiasa dijauhkan daripada kanak-kanak.
APAKAH KERACUNAN TANPA DISEDARI DAN KERACUNAN TIDAK SENGAJA?
Keracunan ubat-ubatan pada kanak-kanak boleh berlaku secara tidak disedari atau tidak sengaja. Keracunan tanpa disedari biasanya terjadi kerana salah anggapan ibu bapa atau penjaga terhadap ubat. Kebanyakan kita menganggap bahawa ubat adalah ‘sangat selamat’ dan mengambil sikap sambil lewa semasa memberikan ubat tersebut kepada anak. Untuk mencegah, beberapa perkara berikut adalah disarankan:
1. Pastikan anda memahami betul-betul arahan yang tercatat pada label ubat contohnya dos atau sukatan ubat yang betul, masa penggunaan dan cara penggunaan ubat yang tepat. Selain itu, arahan tambahan yang diberikan oleh petugas di kaunter farmasi juga perlu difahami dengan baik.
2. Sukatan ubat cecair mesti tepat dan menggunakan penyukat yang betul.
3. Elakkan memberi formulasi ubat untuk orang dewasa kepada kanak-kanak.
4. Goncang botol ubat cecair dahulu sebelum menyukat untuk memastikan kandungannya dicampurkan dengan baik.
5. Buang semua ubat-ubatan yang telah luput atau rosak seperti:
a. Ubat yang telah berubah warna, bau atau rasa.
b. Ubat yang telah tamat tarikh luput atau melebihi dua tahun dalam simpanan anda.
c. Krim atau salap yang telah berubah warna serta pecah.
d. Ubat cecair antibiotik lebihan yang tidak habis dimakan.
e. Ubat titis mata yang tidak habis dipakai.
Elakkan mengambil ubat yang telah dipreskripkan kepada orang lain walaupun anda mempunyai tanda-tanda sakit yang serupa.
BAGAIMANA MENCEGAH KERACUNAN UBAT?
1. Elakkan daripada mengambil ubat di hadapan kanak-kanak kerana mereka selalunya akan cuba meniru perbuatan orang dewasa.
2. Jangan panggil ubat-ubatan sebagai ‘gula-gula’.
3. Gunakan penutup botol jenis yang tidak dapat dibuka oleh kanak-kanak untuk menyimpan ubat dan produk kesihatan lain. (Orang dewasa yang menghadapi masalah untuk membuka penutup botol jenis tersebut boleh minta untuk mendapatkan penutup botol jenis biasa yang senang untuk dibuka).
4. Simpan kesemua ubat (preskripsi dan bukan-preskripsi) di dalam bekas asal masing-masing.
5. Sentiasa pasangkan lampu semasa memberi atau mengambil ubat.
6. Semak tarikh luput ubat anda dari masa ke semasa. Sekiranya ubat anda tidak dilabel dengan tarikh luput, anda boleh membuat anggapan bahawa ubat tersebut akan luput dalam tempoh 6 bulan selepas anda beli.
7. Elakkan daripada membuang ubat ke dalam tong sampah yang tidak bertutup di bilik masak atau bilik mandi kerana kebanyakan ubat orang dewasa adalah merbahaya dan ini boleh menyebabkan kematian kanak-kanak dan binatang kecil.
8. Berhati-hati dengan cara penyimpanan vitamin, terutamanya produk yang mengandungi zat besi kerana ia boleh menyebabkan keracunan jika diambil dalam dos yang tinggi. Kanak-kanak adalah lebih mudah mengalami kesan advers berbanding dengan orang dewasa jika terambil dos vitamin berlebihan.
9. Sekiranya bekas ubat tidak mempunyai sebarang label, atau labelnya tidak jelas dan anda tidak dapat membaca cetakan atas label dengan jelas, jangan gunakan ubat berkenaan.
10. Pastikan beg yang mengandungi ubat-ubatan disimpan jauh daripada kanak-kanak pada setiap masa.