Selain ikan kembung, siakap atau tenggiri, ikan keli antara hidangan yang jadi kegemaran ramai.

Ikan keli juga tidak semahal harga ikan lain dan ia mudah didapati. Terdapat pelbagai khasiat ikan keli yang ramai tak tahu terutama kepada tubuh.

Sama ada dimasak secara goreng atau salai, kandungan nutrisi dalam ikan keli memang sangat baik untuk kesihatan tubuh.

Sedap, Murah & Senang Dapat. Ini Rupanya Khasiat Kandungan Nutrisi Ikan Keli Baik Untuk Kesihatan!

Bagi setiap 100 gram ikan keli, ia mengandungi kandungan nutrisi seperti berikut:

  • Protein: 16.38 gram
  • Lemak: 2.8 gram
  • Kolesterol: 58 mg
  • Vitamin D: 12.50 mcg
  • Natrium: 43 mg
  • Kalium: 358 mg
  • Kalsium: 14 mg
  • Zat besi: 0.30 mg
  • Vitamin B3: 1093 mg
  • Vitamin B12: 2.23 mcg

1. Menjaga Kesihatan Jantung

Berdasarkan kajian yang diterbitkan pada tahun 2015, ikan keli merupakan antara jenis makanan yang mengandungi asid lemak omega-3.

Asid lemak ini terdiri daripada jenis asid eicosapentaenoic atau EPA dan juga asid docosahexaenoic atau DHA.

Jenis makanan yang tinggi dengan kandungan asid lemak omega-3 sememangnya diketahui memberikan manfaat kepada kesihatan jantung manusia.

Omega-3 berperanan menjaga lapisan arteri jantung daripada mengalami sebarang kerosakan.

Selain itu, nutrisi yang terdapat pada ikan keli juga boleh mencegah penebalan arteri akibat daripada plak yang menjadikan aliran darah lebih lancar.

Asid lemak omega-3 juga dapat menurunkan paras trigliserida dengan memperlahankan pembentukannya.

IKLAN

Jika paras trigliserida ini berada dalam keadaan yang tinggi, ia boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung.

2. Baik Untuk Kesihatan Otak

Keradangan boleh berlaku pada mana-mana bahagian tubuh manusia termasuklah pada bahagian otak.

Jika keradangan pada otak terjadi, ia boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalami penyakit Alzheimer.

Perlu diketahui bahawa penyakit Alzheimer boleh menjejaskan kemampuan otak manusia untuk berfikir dengan baik.

Selain itu:  Cara Mudah Bersih & Buang Wax Pada Buahan. Penting Kena Tahu, Elak Sakit Tekak & Batuk!

Namun, anda juga boleh mencegah risiko keradangan pada otak ini dengan memakan ikan keli.

Ini kerana, ikan keli mengandungi asid lemak omega-3 yang boleh mencegah keradangan daripada berlaku.

3. Mencegah Penyakit Anemia

Penyakit anemia boleh dicegah melalui penyerapan vitamin B12 yang lebih banyak.

IKLAN

Anda tidak perlu risau untuk mendapatkan vitamin B12 kerana ikan keli ternyata memiliki nutrisi ini.

Apabila anda memakan ikan keli, tubuh akan menyerap vitamin B12 ini bagi membantu penghasilan DNA, memberi makan sel saraf selain menggalakkan penghasilan sel darah merah normal.

Oleh itu, ikan keli boleh membantu anda untuk mencegah masalah darah ini selain menjadi menu pilihan bagi mereka yang menghidap anemia.

Sedap, Murah & Senang Dapat. Ini Rupanya Khasiat Kandungan Nutrisi Ikan Keli Baik Untuk Kesihatan!

4. Kurangkan Risiko Alami Strok

Disebabkan ikan keli juga mengandungi kalium, ia boleh membantu anda untuk mengurangkan risiko mengalami strok.

Kalium berperanan menjaga kesihatan otot, saraf dan juga pembuluh darah, sekali gus menurunkan risiko penyakit strok.

IKLAN

Sekiranya kita memakan ikan keli dan mendapat jumlah kalium yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan, maka risiko mendapat penyakit strok juga akan semakin berkurangan.

5. Jadikan Sistem Imun Lebih Kuat

Ikan keli juga mengandungi kandungan protein yang tinggi, dan ini memberikan kesan positif dengan menguatkan sistem imun tubuh.

Sistem imun yang kuat dapat membantu tubuh untuk melawan serangan jangkitan daripada bakteria, virus mahupun parasit yang lain.

Ini akan menjadikan kita tidak mudah untuk jatuh sakit.

Selain itu, protein juga berperanan penting dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Sumber: HelloDoktor

Artikel Berkaitan:

Bayam Brazil, Sayur Hijau Kerinting Banyak Khasiat. Paling Digemari Bantu Turunkan Berat Badan!

Memang Geli Nak Makan, Tapi Kaya Dengan Kolegen. Ini Khasiat Kaki Ayam Yang Ramai Tak Tahu!

Selain itu:  Tiba-tiba Sensitif Dan Jerawat Naik Banyak, Itu Tanda Hormon Tak Stabil!

Zucchini, Khasiat Tersembunyi Sayuran ‘Rare’ Untuk Kesihatan. Vitamin Paling Optima Jika Dibuat Salad!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI