Zucchini atau Cucurbita pepo merupakan sejenis tumbuhan dalam keluargaCucurbitaceae. Jika diamati, ia berbentuk seperti timun dan isinya pula seakan-akan isi buah labu air, tetapi ia berwarna putih krim.

Tanaman berkenaan lazimnya dikomersialkan di tanah tinggi Cameron Highlands, Pahang.

Secara saintifiknya, zucchini sebenarnya adalah kumpulan labu musim panas (summer squash) yang popular di Amerika Utara dan kini ditanam untuk kegunaan salad atau sayur-sayuran.

Buah zucchini ini juga mempunyai khasiat tersembunyi di sebalik buah kecil ini.

Zucchini, Khasiat Tersembunyi Sayuran ‘Rare’ Untuk Kesihatan. Vitamin Paling Optima Jika Dibuat Salad!

Menurut Pensyarah Kanan Kimia, Universiti Teknologi Mara, Dr Fatimah Salim bercerita mengenai khasiatnya.

Menerusi catatannya menerusi laman Facebook, beliau juga mengakui sayur itu dan mencampurkannya dalam sup ayam.

IKLAN

“Agak sukar untuk bertemu labu kuning muda (zucchini) di sini, namun jika terjumpa pasti saya tidak akan melepaskan peluang untuk membelinya,” tulisnya.

Zucchini, Khasiat Tersembunyi Sayuran ‘Rare’ Untuk Kesihatan. Vitamin Paling Optima Jika Dibuat Salad!

Berbalik tentang khasiat zucchini, Dr Fatimah berkata, selain kaya dengan karbohidrat, protein dan serat (larut dan tidak larut air), sayur berkenaan turut mengandungi gula sukrosa, potasium, sodium, magnesium, zat besi, kuprum dan kalsium.

“Bukan itu sahaja, tanaman itu juga sangat kaya dengan vitamin C, B6, A dan K,” tambah beliau.

Dalam pada itu, kulit zucchini pula dipenuhi dengan bahan kimia antioksida lutein, zeaxanthin dan beta-carotene.

IKLAN

“Jika hendak dibandingkan, zucchini (kuning) mempunyai lebih tinggi kandungan jenis bahan kimia karotenoid berbanding yang berwarna hijau.

“Jadi, jika sudah direbus (seperti dimasukkan dalam sup ayam), haruslah banyak vitamin C dan B6 sudah termusnah,” beritahu beliau.

Zucchini, Khasiat Tersembunyi Sayuran ‘Rare’ Untuk Kesihatan. Vitamin Paling Optima Jika Dibuat Salad!

 

IKLAN

Namun tidak mengapa, sudah pasti banyak lagi zat lain yang boleh diperoleh daripada zucchini.

“Oleh itu, kepada yang mahukan khasiat vitamin secara optima, maka bolehlah menggunakan zucchini sebagai salad sahaja,” saran Dr Fatimah.

Selain itu:  Elak Yang Proses. Pilih Daging Merah Asli, Untuk Sumber Makanan Lebih Sihat & Berkhasiat!

Artikel Berkaitan:

Tak Skip Nasi, Menu Diambil Sihat & Sedap. Hasilnya Wanita Turun 13 Kg Dalam Masa 9 Bulan!

Sedih Lihat 2 Jiran Sebelah Meninggal, Lelaki Syukur Sembuh Lepas Dijangkiti Covid-19 Tahap 4

Wanita Ini Berjaya Hilangkan 15 KG Tanpa Produk Supplemen, Walaupun Berdepan Masalah Kesihatan

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI