Roti putih karbohidrat sihat. Tapi makan lebih akibatkan risiko gemuk, kencing manis & jantung! Selama ini kita menjangkakan memilih karbohidrat dengan makan roti putih itu lebih sesuai bagi yang mengamalkan diet sihat.
Tetapi rupa-rupanya pengambilan roti putih yang tinggi akan mengakibatkan risiko kegemukan, kencing manis dan sakit jantung.
Roti Putih Karbohidrat Sihat
Ini kerana Roti putih merupakan Highly Processed food yang di proses dari gandum. Untuk menghasilkan tepung atau roti yang putih, pengilang perlu membuang bahagian Bran dan Germ gandung, meninggalkan bahagian Endosperm sahaja.
Proses tersebut menyebabkan kehilangan khasiat penting dari gandum termasuk serat, mineral dan vitamin.
Gemuk, Kencing Manis & Jantung!
Ia merupakan sumber karbohidrat yang ringkas. Selepas makan, gula dalam darah akan meningkat dengan pantas. Situasi ini jika berlaku terlalu kerap menyebabkan risiko penyakit diabetes.
Ads
Kerana jumlah fiber yang rendah, menyebabkan seseorang individu CEPAT LAPAR selepas paras gula berkurangan. Ini menyebabkan kita mengambil lebih banyak makanan dan menyebabkan risiko obesiti.
Pilihan alternatif yang lebih baik adalah roti jenis Wholemeal atau Whole wheat. Roti jenis ini masih ada kandungan serat, vitamin dan mineral.
Ads
Justeru Public Health Malaysia memberikan pilihan untuk memilih roti jenis Whole Wheat bread untuk kesihatan.
Ini kerana ia lebih berkhasiat dan gula dalam darah tidak meningkat dengan mendadak. Jadi untuk membuat apa juga makanan dari roti seperti sandwich atau roti telur, boleh memilih jenis ini untuk diet lebih sihat.
Tidak dinafikan ramai mengamalkan diet pisang untuk mengurangkan masalah berat badan.
Pisang dianggap diet terbaik kerana jika hanya sebiji makan mampu memberi tenaga sepanjang hari.
Namun tahukah anda bahawa pisang juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh?
Pisang juga dikatakan amat baik untuk ibu mengandung kerana mampu untuk membantu perkembangan janin.
Ini kerana kandungan nutrisi seperti kalium dan juga asid folat. Selain itu pisang juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting seperti vitamin C, vitamin B Kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium.
Berikut adalah beberapa manfaat pisang yang lain kepada kesihatan tubuh.
1. Kaya Kandungan Vitamin Dan Serat
Pisang memiliki 2 kali karbohidrat dan 5 kali kandungan vitamin A dibandingkan dengan buah epal. Pisang juga kaya akan kandungan potassium dengan kadar potassium mencapai 400mg di dalam pisang yang bersaiz sederhana. Oleh itu, pisang wajib digunakan untuk menjaga kesihatan jantung
2. Sumber Tenaga
Kandungan karbohidrat yang terkandung dalam pisang dapat menjadi sumber tenaga untuk tubuh. Memakan 2 pisang sehari dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan menambah tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.
3. Menurunkan Berat Badan
Berita baik untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan, pisang adalah jawapannya. Kalori yang rendah menyebakan ia sesuai untuk dimakan kerana dapat membantu menurunkan berat badan.
4. Mengubati Jerawat
Cara-cara untuk mengubati jerawat dengan menggunakan pisang ialah hancurkan buah pisang yang telah masak dan sapukan pada kulit wajah yang bermasalah jerawat. Biarkan selama beberapa minit dan biersihkan menggunakan air. Ulangi cara ni selama beberapa hari sehingga jerawat hilang dan kulit menjadi bersih.
5. Mengurangi Rasa Sakit Ketika Haid
Masalah sakit ketika datang bulan dapat diatasi dengan memakan buah pisang. Perbanyakan memakan pisang sewaktu sedang haid bagi mengurangi kesakitan yang dialami.
6. Mengubati Sembelit
Pisang dapat digunakan sebagai alternatif rawatan kepada masalah sembelit. Pisang dapat bantu memperlancarkan pembuangan air besar. Pisang berupaya untuk melembutkan najis yang merupakan penyumbang kepada masalah sembelit.
7. Mengatasi Gatal Akibat Gigitan Nyamuk
Masalah kegatalan akibat gigitan nyamuk sangatlah mengganggu. Namun kegatalan itu dapat dikurangkan dengan menggunkan kulit pisang. Caranya, ambil kulit pisang dan sapukan secara perlahan ke bahagian yang terkena gigitan nyamuk.
8. Meningkatkan Mood
Memakan sejumlah buah pisang bermanfaat untuk membantu menaikkan mood seseorang sehingga mood menjadi stabil dan kurang tekanan.
Dianugerahkan pakej lengkap iaitu cantik dan bijak, pengacara serba boleh Hawa Rizwana Datuk Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman wanita muda yang sering menjadi inspirasi.
Kelibatnya di kaca televisyen dengan petah berbicara menjadikan gadis berusia 28 tahun ini menjadi ikutan kaum Hawa.
Nampak aktif berbasikal, memang patutlah orangnya berkulit bersih dan kecil molek tubuh badannya.
Rahsia Cantik Hawa Rizwana
Berkongsi tentang rahsia cantik, Hawa Rizwana juga ada mengamalkan petua lama yang dia dapat daripada ibunya iaitu dengan mengamalkan minum air halia suam.
“Kalau boleh, amalkan setiap hari untuk kecantikan tubuh badan,” itu reaksi Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, sewaktu ditanya mengenai adakah dia masih mengamalkan petua lama sebagai rutin kecantikan dirinya.
Si cantik ini memberitahu baginya, menjaga kecantikan bukan setakat menitikberatkan bahagian luaran namun ia perlu selari dengan dalaman.
Selain itu, anak kedua daripada tiga adik-beradik ini juga berkongsi dia bangun seawal pukul 4 pagi setiap hari.
“Kenapa bangun pada pukul 4.00 pagi? Ini kerana untuk mencari semangat pada keheningan fajar memang suatu hal yang sukar dilakukan. Saya ketepikan itu semua demi pendengar radio dan penonton di kaca televisyen.” Kongsinya.
Lebih menarik tentang pengacara Wanita Hari Ini, Hello Doktor dan Meletop ini baharu sahaja menamatkan pengajian sarjana dalam bidang Komunikasi Massa dan menerima skrol pada Istiadat Konvokesyen UiTM-95.
Berjaya mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif 3.78, ternyata Hawa Rizwana salah seorang wanita yang layak digelar Beauty With Brain. Malahan dia berazam untuk menyambung ke peringkat PhD pula.
Memiliki raut wajah persis selebriti tersohor, Neelofa, Hawa juga berpegang kepada prinsip buat sehabis baik dan tidak gemar menunda kerja.
Haaa.. jadi kalau anda mahu tergolong wanita cantik dan bijak pandai, masih belum terlambat untuk ikut cara Hawa Rizwana. Pastikan ada niat mahu berganjak ke depan dan bukan menjadi orang yang gagal di bawah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai seorang wanita pastinya kita sangat menjaga penampilan dan kecantikan diri.
Pantang mendengar pelbagai lambakan produk kecantikan menjual item terbaru di pasaran.
Namun kita sebenarnya perlu sentiasa berhati-hati kerana ada antaranya disahkan mengandungi racun.
Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu dan mengingatkan orang ramai supaya elak membeli beberapa produk kosmetik ini kerana mengandungi racun berjadual.
Ini kerana kesannya boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan antaranya kemerahan pada kulit, berjerawat, kulit jadi nipis dan juga meningkatkan risiko kanser kulit.
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
Bil.
Nama Produk
Racun Berjadual Yang Dikesan
1.
Deeja Cosmetic Yulai Cream
Hydroquinone
2.
Deeja Cosmetic Laila Cream
Merkuri dan Betamethasone 17-Valerate
3.
Deluxe Beauty – Ultra Lightening Cream Pearl Perfect Fairness
Merkuri
Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM. Oleh itu, produk-produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL
Produk yang mengandungi hydroquinone dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:
Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.