Tular video di laman sosial, seorang wanita Mat Salih seakan ketagih makan petai.
Menerusi satu perkongsian video, wanita yang lebih dikenali sebagai Aga itu berkata, sejak berpindah ke Malaysia, ramai bercakap mengenai petai sebagai ‘kacang berbau’.
“Tapi saya tidak tahu apa yang peliknya, saya sukakannya,” katanya.
Menurut Aga, dia turut mencuba beberapa resipi masakan Malaysia yang berasaskan petai.
“Saya makan nasi goreng kampung dengan petai, sambal udang dengan petai dan sambal ikan bilis dengan petai termasuk yang mentah.
Ads
“Petai mempunyai rasa yang unik, ia mengingatkan saya kepada kubis tumis bawang putih, kacang bulu (edamame), yang membuatkan saya ketagih dan nak lagi,” katanya.
Bagi Aga, apa yang mengejutkannya mengenai petai adalah makanan itu tinggi antioksida, nutrien dan mineral seperti besi dan kalsium.
Malah katanya lagi merujuk perkongsian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), petai mempunyai banyak khasiat untuk badan.
“Ia mempunyai banyak khasiat seperti membantu menurunkan kadar kolestrol, mampu menurunkan paras gula dalam darah dan mengurangkan tekanan.
“Petai juga meningkatkan daya ingatan dan menghentikan ketagihan merokok serta mengurangkan kesan gigitan nyamuk.
Ads
“Jom makan… senarai panjang khasiat untuk sesuatu yang enak. Saya sukakannya,” ujar Aga sambil menikmati makanan bersama petai dengan penuh menyelerakan.
Dia turut menyukai cara rakyat Malaysia menjadikan petai sebagai pembuka selera atau umami, diambil daripada perkataan Jepun iaitu umai dan mi, bermaksud rasa yang menyelerakan.
“Umami dalam sambal dan membawa nasi goreng ke tahap lebih tinggi, dan intersensiti serta keseimbangan sempurna.
“Bagi saya, petai langsung tak busuk. Malaysia mempunyai banyak ‘hidden gem’. Saya tertanya-tanya kenapa ia ini tidak digunakan dalam kebanyakan makanan di negara ini.
“Saya suka tambah makanan dengan petai segar kerana ia menambah rangup dan sesuai dengan yang dimasak, yang menyerap rasa dan rempah ratus dalam hidangan.
“Malaysia, saya mahu melihat lebih banyak petai dalam hidangan anda,” katanya menerusi akaun TikTok.
Ads
Menurut KKM, petai atau nama saintifiknya parkia speciosa, mempunyai kandungan tinggi vitamin C yang membantu meningkatkan imun badan dan antioksida, tinggi kalium yang mengawal keseimbangan air badan dan fungsi jantung.
Selain itu, ia juga mempunyai kalsium yang baik untuk pembentukan tulang dan gigi serta vitamin A bagus untuk penjagaan mata, jantung dan kulit.
Ia juga tidak mendatangkan kemudaratan tetapi hanya kurang selesa.
“Walaupun bau petai membuatkan sesetengah individu kurang selesa, namun tiada siapa dapat menafikan khasiat petai.
“Jika anda kurang selesa selepas makan petai, minum kopi tanpa gula dapat membantu mengurangkan bau petai.”
Haa… jadi bagi anda yang ingin menghilangkan bau petai, boleh lah mencuba petua ini.
Setelah selesai fasa pertama tempahan vaksin AstraZeneca bulan lalu dan ternyata mendapat sambutan cukup menggalakkan.
Esok sekali lagi tempahan vaksin AstraZeneca dibuka bagi individu berumur 60 tahun ke bawah bermula jam 12 tengah hari.
Perkara ini dimaklumkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) melaluiMenteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.
“Untuk kemudahan AZ pusingan kedua di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Kuching dan Miri, Sarawak akan dibuka kepada orang ramai di bawah usia 60 tahun pada jam 12 tengah hari, Rabu, 26 Mei,” ujar Khairy Jamaluddin dalam ciapan di twitter JKJAV.
Berdasarkan data di laman JKJAV, seramai 10,850,160 individu sudah mendaftar manakala 1,662,273 sudah divaksinasi setakat ini.
Permohonan untuk slot ini boleh dibuat di laman rasmi JKJAV di sini.
Jadi kepada orang ramai, rebut sègera peluang keemasan ini untuk mengisi slot yang ditawarkan oleh kerajaan bagi mengurangkan risiko daripada dijangkiti virus Covid-19 ini.
Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara perlu diambil kira sekiranya sudah dapat tempahan dan slot temujanji nanti.
Neelofa selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan, di sini , jam 3.44 petang, kelmarin.
Suaminya yang juga pelakon, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz meluahkan rasa syukur apabila segala urusan bersalin berjalan lancar.
Katanya, bayi sulung mereka diberi nama Muhammad Bilal Muhammad Haris.
“Alhamdulillahirabbil’alamin. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor selamat melahirkan putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.
“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Riz, mereka merakamkan jutaan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan mereka.
“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.
“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” katanya lagi.
Pasangan ini berkahwin pada Mac tahun lalu. Rata-rata warga maya mengucapkan tahniah atas kelahiran cahayamata sulung Neelofa dan Riz.
Kalau betul nak wajah bersih di tahun baru, anda kena lah rajin manjakan kulit. Ada dua pilihan untuk anda yang suka menjaga kecantikan, sama ada keluar pergi Spa atau cuba amalkan petua orang lama di rumah sahaja.
Jika anda jenis suka jimatkan poket, anda hanya perlu kemas peti dan ambil bahan alami yang sesuai untuk dibuat masker.
Nah, ini salah satunya!
Wajah Bersih Di Tahun Baru, Ini Masker Teh Boleh Dibuat Dalam 5 Minit
Masker Teh Hijau
Anda boleh membuka bungkusan teh hijau yang sudah diguna untuk mengambil isinya. Kemudian campurkan teh hijau tersebut bersama dengan madu dan sedikit perahan lemon.
Campuran itu boleh disapu pada wajah yang sudah dicuci bersih dan dibilas setepas 15 minit. Nanti anda akan memiliki kulit yang lebih lembut, nak-nak kalau kulit anda sedang iritasi.
Letak Uncang Teh Di Mata
Selama pakai masker itu, anda boleh juga manjakan bahagian mata yang penat dengan menggunakan uncang teh yang sudah basah. Maksudnya bukan guna uncang teh yang kering, ya. Lepas ini kalau guna uncang teh, simpan dulu dalam bekas dan masukkan peti. Jangan buang terus!
Uncang teh yang sejuk boleh membantu meredakan mata yang bengkak serta membuatnya lebih segar.
Sesuai untuk manjakan diri di rumah secara jimat, boleh lah anda habiskan masa di rumah di tahun baru dengan cantikkan wajah. Selamat bercantik-cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!