Kebiasannya jika kita pergi ke pasar malam dan membeli nasi kerabu, pasti akan menambah lauk daging bakar bersama dan dengan bawang putih jeruk.

Namun ada kalanya bawang putih jeruk ini ada yang bertukar warna menjadi kebiruan. Persoalannya apakah bawang bertukar warna ini selamat dimakan atau sebaliknya.

Menurut perkongsian Ahli Kimia Dr Fatimah Salim ada memberitahu mengenai perkara ini di melalui page Makmal Makanan (MaMa).

BAWANG JERUK TUKAR WARNA BIRU?

Merujuk kepada pertanyaan ahli MaMa tentang perubahan warna jeruk bawang putih yang menjadi biru.

Seperti penulisan saya sebelum ini, bawang merah atau bawang putih mengandungi bahan kimia semulajadi bersulfur.

Apabila ianya dikisar bahan kimia bersulfur ini boleh bertindakbalas dengan mengoksida bahan kimia logam seperti kuprum, zink, zat besi (aka ferum) atau manganese, lalu menghasilkan bahan kimia logam bersulfur aka bahan kimia kompleks.

IKLAN

Pembentukan bahan kimia kompleks ini adalah penyebab warna bawang berubah. Maksudnya di sini perubahan warna tidak semestinya biru sahaja, boleh jadi kelabu, kebiruan, kehijauan atau sedikit kemerahan bergantung kepada jenis logam berat yang wujud dan tahap pengoksidaan yang berlaku.

Untuk warna biru kehijauan ini adalah disebabkan oleh tindakbalas bahan kimia bersulfur dalam bawang dengan logam kuprum.

Dari mana datangnya logam-logam ini? Mereka boleh jadi terdapat dalam bawang itu sendiri atau luntur (leak) dari bekas penyimpanan, peralatan pengisar atau air paip. Dalam kes bawang jeruk, tentunya dalam bawang itu sendiri.

IKLAN

Adakah bawang yang telah bertukar warna ini selamat dimakan?

YA, ianya selamat untuk dimakan. Ini kerana logam berat tersebut tersangatlah sedikit dan jika berjaya diserap, kuprum boleh digunapakai oleh badan untuk membantu zat besi membentuk sel darah merah.

Kebiasannya bahan kimia sulfur pula akan dibebaskan sebagai kentut. Bagi mereka yang mempunyai masalah penghadaman pula, bahan kimia bersulfur ini boleh mengakibatkan kembung aka ‘angin’.

IKLAN

Nota kaki: Sebenarnya jenis tindakbalas sama juga berlaku apabila kita merebus telur dengan lama. Ya, pengoksidaan zat besi aka ferum menjadi ferum(II) sulfat adalah punca adanya lingkaran hijau pada telur kuning itu. Selamat saja makan kan?

Kredit Gambar MAHN

Artikel Berkaitan:

Lepas Penyakit Datang, Tekad Diet. Lepas 2 Tahun Pasangan Berjaya Lenyapkan 10KG Guna Kaedah Simple!

Hilangkan Sakit Gigi Guna Bawang Putih & Garam. Petua Simple, Tapi Berkesan!

Risiko Panau Di Badan Sebab Berpeluh. Ini Tip Elakkannya Lepas Bersenam!