Jika anda nak hilangkan kesan parut jerawat, paling penting elakkan menggaru wajah. Terlalu kerap menyentuh muka juga menyebabkan bakteria berjangkit. Terutama untuk golongan yang mempunyai masalah jerawat.
Jangan gatal tangan memicit jerawat, ini bukan sahaja menyebabkan semakin teruk malah meninggalkan parut pada wajah. Elakkan juga perbuatan menggaru wajah.
Menjadi igauan juga apabila seseorang itu mempunyai parut bekas jerawat. Malah bekas jerawat yang dalam juga amat mempengaruhi kecantikan wajah dan keterampilan seseorang baik wanita mahupun lelaki. Ia menjadi salah satu permasalahan kulit yang dihadapi ramai orang.
Hampir kebanyakan orang menganggap bekas jerawat yang dalam sebagai masalah yang sangat menjengkelkan. Masalah ini tidak hanya mengganggu, bahkan boleh mengurangkan keyakinan diri apabila berdepan orang lain.
Tentu sekali pipi tidak licin dan tidak menarik. Mari kita lihat apa cara hilangkan jerawat yang efektif.
Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.
Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.
Kaedah ini lebih semulajadi; tetapi susah sedikit sebab tidak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.
Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
Namun kalau anda tak berapa suka guna petua orang lama, mungkin anda boleh sapu produk yang sedia ada dijual sahaja. Ini salah satu, cari kandungan yang mengandungi ARBUTIN.
Ramai juga yang kongsi kesannya, memang hilang dan di kedai hijau pun selalu habis. Jadi, mungkin anda pun boleh cuba sapu setiap malam. Yang best bukan hanya parut hilang tetapi cerahkan wajah juga!
Siapa tidak mengenali penyanyi Asmidar atau nama penuhnya Norhasmidar Ahmad yang pernah muncul sebagai peserta dalam program realiti Mentor.
Kini, Asmidar masih lagi aktif dalam dunia seni dan dalam masa sama dia juga turut sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara).
Walaupun sibuk dengan tugasan harian dan menyedari usia sudah semakin bertambah, Asmidar yang kini berusia 35 tahun mengakui dia kini lebih prihatin dalam soal penjagaan diri.
Malah dalam temubual bersama Sinar Plus, Asmidar turut mengakui dirinya jenis senang untuk naik berat badan dan perlu mengawal jumlah pengambilan makanan.
“Saya ini jenis yang mudah naik berat badan. Disebabkan itu saya perlu mengawal jumlah pengambilan makanan.
“Jika ambil sahaja semua makanan, maknanya saya akan menjadi bola (ketawa). Paling penting kita mengenali diri sendiri dan mengetahui makanan apa yang boleh diambil atau tidak.
“Saya cuba kurangkan mengambil sebarang makanan yang boleh meningkatkan berat badan seperti nasi dan makanan manis. Tidak salah jika ingin mengambilnya, tetapi perlu berpada-pada seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, suku, suku, separuh.
“Selain itu, saya perbanyakkan pengambilan sayur hijau dan buah-buahan. Saya juga gantikan buah dan kekacang sebagai hidangan kudapan,” ujarnya yang gemar buat beberapa aktiviti senaman bagi memastikan berat dan bentuk badan ideal.
“Saya suka berjoging, loncatan tali skip dan senaman kawalan berat badan. Saya hanya lakukannya di rumah. Caranya dengan mengikuti arahan video senaman di YouTube.
“Boleh dikatakan saya tidak ke gimnasum untuk melakukan senaman kerana segalanya slesa dibuat di rumah saja. Secara ringkasnya, itu yang saya lakukan,” tambahnya mengakui dia juga sangat suka pergi ke pusat rawatan kecantikan sama ada untuk wajah atau urutan badan.
“Sejujurnya saya sangat suka pergi ke pusat rawatan kecantikan. Tidak mengira sama ada untuk wajah atau urutan badan, saya tetap akan berusaha untuk meluangkan masa. Dalam tempoh sebulan atau dua minggu saya pasti akan pergi berurut dan membuat rawatan wajah.
“Memandangkan usia yang semakin bertambah, badan mula menjadi mudah letih dan kulit wajah juga lebih sensitif.
“Disebabkan kerap melihat telefon, skrin komputer dan kurang tidur, ia menyebabkan lingkaran hitam bawah mata mudah terjadi. Disebabkan itu, saya akan memastikan waktu untuk mendapatkan rawatan kecantikan.
“Saya antara penggemar produk kecantikan tradisional dan akan membuat bedak sejuk sendiri dengan menggunakan bahan semula jadi seperti beras. Saya juga akan merebus halia untuk dijadikan air minuman bagi membuang angin secara semula jadi.
“Oleh kerana menghidap gastrik, jika lewat makan dan disebabkan itu saya akan minum air rebusan halia sahaja sebagai alternatif buang angin.
“Sesekali saya akan minum jus kunyit bagi menjaga kecantikan dalaman juga,” katanya yang tidak lokek berkongsi rahsia kecantikan dan kesihatannya. Menurut Asmidar lagi masanya kini masa banyak difokuskan sebagai tenaga pengaja di Aswara dari hari Isnin hingga Jumaat.
Apabila seseorang itu sibuk dengan urusan harian akan menyebabkan seseorag itu malas untuk lakukan senaman walaupun yang mudah-mudah.
Ada saja alasan untuk mengelak daripada melakukan senaman ringan seperti berjogging dalam usaha membakar lemak berlebihan.
Sebenarnya seseorang itu tidak perlu pergi ke gym untuk kekal fit dan sihat. Dalam aktiviti harian yang kita lakukan ini pun sudah cukup membantu. Inilah yang dipanggil aktiviti NEAT.
Ayuh, ikuti perkongsian daripada Coach Mohamad Faizal Saedon tentang apa yang dikatakan aktiviti NEAT ini.
Nak kurus bukan hanya tertumpu pada bersenam dan tak semestinya senaman boleh turunkan berat badan. Sebenarnya aktivitei NEAT juga membantu untuk bakar kalori yang lebih banyak.
Apakah Aktiviti NEAT?
NAK KURUS RAMAI PANDANG REMEH AKTIVITI N.E.A.T
Non Exercise Activity Thermogenesis adalah semua pergerakan tubuh sepanjang hari.
Berjalan ke dapur, mandi, syampoo rambut, sidai baju, basuh pinggan, lipat kain, makan, memandu, ambil remote tv dan segala macam yang kita lakukan sepanjang hari ialah NEAT.
Dengan perbanyakkan aktiviti NEAT ni maka banyaklah kalori akan dibakar. Malah dengan aktiviti NEAT ni membakar lebih banyak kalori sebenarnya berbanding senaman yang kebanyakannya kita buat.
Sifir sebenarnya jangan malas. Beat the Malas.
Selalu saya bagi contoh, kalau remote depan mata pun suruh anak yang di dapur ambik, kita ada masalah malas dan masalah inilah yang menggemukkan kita.
8 tip bagaimana nak tingkatkan aktiviti N.E.A.T dalam aktiviti seharian kita.
1. Pilih berjalan dari naik kenderaan ke lokasi berdekatan. Atau setidaknya parking jauh sikit jika ke surau, pusat beli belah.
2. Naik tangga berbanding lift. Kalau kalian nak ke tingkat 10, naik tangga hingga tingkat 3 pun dah memadai.
3. Banyakkan berdiri. Kerja kalian mungkin banyak mengadap komputer atau dokumen. Banyakkan berdiri meningkatkan aktiviti NEAT
4. Angkat satu satu. Kalau nak alihkan barang, jangan angkat semua, satu satu lebih banyak pergerakan yang terlibat.
5. Bersihkan satu sudut setiap hari. Contohnya hari ni dapur, esok ruang tamu. Kalau buat semuanya tiap hari lagi bagus.
6. Tak ada kerja nak buat? Berdiri dan berjalan. Dalam rumah pun tak apa.
7. Menunggu seseorang? Bangun dan berjalan mundar mandir lebih baik dari duduk menunggu melayan tiktok.
8. Buat sendiri apa yang kalian nak. Jangan arah anak dan bini sahaja. Nak minum air buat, nak remote ambilkan, nak bantal bangun ambil. Kalau sekali sekala nak bermanja tak ada masalah.
Apapun penulisan ini adalah saranan untuk kalian rajin dan lawan kemalasan. Ia amat bagus untuk turunkan berat badan dan punya kelebihannya yang lain.
Keluarga makin seronok, tempat kerja atau rumah makin kemas membawa kepada fikiran yang lebih baik.
Fikiran yang lebih baik membawa kepada kejelasan atau fokus yang mantap. Ini sangat membantu untuk keluar dari obesiti.
Sumber: Mohamad Faizal Saedon
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.