Badan Selalu Mengah, Kaki Pun Bengkak. Punca Wanita Nekad Diet Sebelum Kembali Langing! Pernah mencuba beberapa kali untuk menurunkan berat badan, tetapi gagal. Ternyata mudah untuk memulakan diet jika tanpa keazaman yang kuat.
Namun itu semua tidak mudah mematahkan semangat meneruskan diet. Bermula tahun 2020, nekad untuk diet.
Itupun setelah dia merasakan lepas raya berat badan makin bertambah-tambah menyebabkan rasa mengah dan kaki juga bengkak serta badan jadi lesu.
Walaupun mencuba beberapa kali dan ianya gagal, namun bagi Ema Hashim dia nekad untuk berdisiplin mengamalkan diet.
Bermula Oktober terus nekad untuk potong gula, dessert dan semua makanan yang manis-manis.
Bukan itu saja dia turut mengamalkan pengambilan makanan dalam portion sederhana. Dia juga turut melakukan workout setiap hari hingga kadang-kadang merasa giveup.
Namun dia terus kekalkan mindset yang dirinya boleh melakukan diet berkenaan. akhirnya setelah hampir setahun, dia berjaya melenyapkan 6 kilogram. Walaupun tidak banyak penurunan tetap berjaya jadi sedikit langsing.
Ads
Masih belum berpuas hati dan mahu terus mengurangkan setiap inci dan target BMI normal 56 kilogram.
Apa pun pesannya jika mahu berdiet, kenalah betul-betul. Dengan tips, nekad dan disiplin pastinya perjalanan jadi mudah.
Meneruskan kesinambungan #RapiWerk it sebelum ini, bertempat di Reborn Fitness Studio, Bandar Putera 2 sekali lagi Team Rapi memberi peluang kepada hampir 30 peserta yang berminat untuk melakukan aktiviti senaman sihat.
Kali ini, Rapi melakukan aktiviti Tabata Madness yang diketua oleh Coach Nana untuk tempoh sejam bermula dari warm up dengan 8 pusingan muzik Tabata berbeza.
Sebelum itu, seawal jam 7.30 pagi, sudah ada peserta yang datang untuk mendaftarkan diri. Sebaik semua peserta yang telah mendaftar ada, maka bermulakan Tabata Madness dengan iringan muzik rancak.
Bermula dari cycle pertama Coach Nana memberikan arahan yang sangat jelas dan tepat pada ke semua peserta untuk tempoh 4 minit. Seterusnya muzik dimainkan untuk cycle kedua dan seterusnya hingga selesai 8 cycle.
Biarpun bermandi peluh, tetapi kesemua peserta begtu enjoy melakukan aktiviti ini yang hanya berlangsung selama hampir sejam. Malah rata-rata tidak sabar untuk menyertai aktiviti sebegini jika dianjurkan oleh team Rapi lagi.
Menurut Coach Nana, antara kelebihan Tabata ini adalah mampu membakar lemak dengan lebih efektif kerana kita akan melakukan gerakan tanpa henti dari cycle pertama hingga ke lapan. Walaupun hanya untuk tempoh sejam tetapi boleh membakar beratus kalori dalam badan.
Aktiviti kali ini turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah untuk tiga peserta. Masing-masing teruja untuk terus menyertai aktiviti sebegini dan mahukan ia dilakukan dalam skala besar.
Tabata Madness kali ini mendapat tajaan Reborn Fitness Studio, Bliese, Dermeden, Yatt Beauty, Mysterious Hand Sanitizer dan Faery Beauty.
Tidak dinafikan, ramai yang gemarkan aktiviti berbasikal. Sama ada berbasikal secara individu atau berkumpulan, aktiviti ini makin popular hari ini.
Banyak manfaat diperoleh bagi yang mahu mencuba aktiviti lasak ini. Namun bagi yang baru mula-mula menceburinya perlu persediaan awal agar tidak mendatangkan masalah kelak.
Ini antara kenaikan aktiviti berbasikal yang perlu anda tahu.
Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.
Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.
Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah penyakit osteoporosis, kanser payudara dan kanser prostat.
Selain itu, senaman ini turut meningkatkan pengeluaran sel penyerang bakteria di samping menguatkan sistem imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.
Berbanding senaman lain, berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi atau tulang rawan. Sebaliknya ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk menguatkan tulang rawan.
Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.
Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negatif terutama stres yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormone individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan.
Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktiviti berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.
Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang. Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan. Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua.
Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobility terbaik untuk pinggul dan sendi lutut. Kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran amat digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan kaki kerana ia bukan hanya mampu menguatkan kaki malah turut juga berupaya menjadikan mereka lebih tinggi.
Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekaligus mengusir stres yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya konsentrasi individu.
1. Kayuhan pada kelajuan tinggi dan menggunakan gear yang rendah adalah untuk tenaga maksima dan mengurangkan kelesuan.
2. Pilihan gear yang sesuai adalah untuk membolehkan anda mengekalkan kayuhan dan mengekalkan kadar denyutan jantung pada sasaran yang ditetapkan.
3. Penukaran gear yang betul boleh mengekalkan rentak kayuhan di pelbagai jenis laluan.
4. Selalu tukar kedudukan tangan jika jarak kayuhan jauh untuk mengelakkan sakit leher , bahagian bawah belakang badan dan pergelangan tangan.
5. Pada beberapa minggu permulaan dari program berbasikal anda, berbasikal di laluan yang mempunyai laluan yang mudah antara 20 hingga 30 minit , tiga kali seminggu. Kekalkan kadar kayuhan sehingga 55 hingga 60 kayuhan seminit yang membolehkan anda berkayuh dalam pelbagai gear tanpa meletihkan.
Datuk Syafinaz mengakui beliau mempunyai kulit jenis sensitif. Oleh itu, penjagaan kulit wajah dan berat badan adalah keutamaan. Sejak usia 16 tahun, beliau tidak teragak-agak melabur masa dan wang untuk mendapatkan kulit yang bersih, lembap dan sihat.
Kesimpulan:Rutin kecantikan Datuk Syafinaz membuktikan, konsistensi dan penjagaan diri sejak remaja adalah kunci untuk kekal awet muda dan sihat. Jom amalkan tip mudah ini untuk kulit yang lebih berseri dan tubuh yang sihat!
Ini antara langkah manjakan kulit sebelum tidur paling mudah, mestilah cuci muka. Tetapi untuk kekalkan kelembapan pada wajah, anda kena juga ada sesuatu.