Ubi kentang biasanya menjadi pilihan bahan untuk ditambah dalam masakan kari atau kurma.

Namun disebabkan membelinya dalam kuantiti banyak menyebabkan ada antara ubi kentang ini yang tumbuh tunas berwarna hijau.

Adakah selamat untuk kita makan ubi kentang yang mempunyai tunas sebegini atau ada bahaya yang tidak kita ketahui.

Perkongsian Pensyarah Kanan Kimia dan Penyelidik UiTM yang juga Pengasas Makmal Makanan (MAMA), Dr Fatimah Salim menjelaskan persoalan ini.

Jangan Makan Kentang Bertunas & Tukar Warna Hijau. Pakar Kimia Jelaskan Bahaya Toksin Di Dalamnya!

 

 

KENTANG BERTUNAS DAN BERWARNA HIJAU MENGANDUNGI RACUN?

Benar, ubi kentang (Solanum tuberosum) yang bertunas atau berwarna hijau menunjukkan kehadiran bahan kimia semulajadi yang bersifat toksin iaitu alkaloid glikosida seperti solanin (struktur kimia di bawah ).

Selain daripada ubi kentang, bahan kimia toksin ini juga terdapat pada tomato (Solanum lycopersicum), terung (Solanum melongena), iaitu tumbuhan dari genus Solanum.

IKLAN

Kehadiran bahan kimia toksin ini dapat dilihat dengan adanya warna hijau pada ubi kentang. Warna hijau ini sebenarnya disebabkan oleh kehadiran bahan kimia klorofil, namun meningkatnya klorofil ini menandakan banyaknya bahan kimia solanin terbentuk di situ.

Jangan Makan Kentang Bertunas & Tukar Warna Hijau. Pakar Kimia Jelaskan Bahaya Toksin Di Dalamnya!

Selain daripada warna hijau dan tunas sebagai penanda, bahagian kentang ini juga berasa pahit. Dan semakin tinggi terang warna hijau, semakin tinggi juga kandungan toksin yang wujud.

Bahan kimia toksin ini sebenarnya dihasilkan pada tunas sebagai salah satu cara (aka mekanisma) pertahanan ubi kentang untuk memastikannya tidak dimakan, serta tumbuh dan membesar dengan jayanya.

Sama seperti rebung atau pucuk sayuran lain. Boleh baca ulasan saya mengenai rebung di pautan ini

https://www.facebook.com/100000727466295/posts/2534212663279624?d=n&sfns=mo

IKLAN

Bahan kimia toksin semulajadi ini tidak akan termusnah dengan haba memasak, namun kandungannya akan berkurangan sekiranya direbus dan air rebusan dibuang.

Jangan Makan Kentang Bertunas & Tukar Warna Hijau. Pakar Kimia Jelaskan Bahaya Toksin Di Dalamnya!

Antara kesan keracunan toksin ini ialah gatal pada mulut, pening, loya, muntah, cirit-birit, sakit perut… yang mana boleh berlarutan kepada radang, sakit sendi serta mampu menyebabkan lumpuh, kecatatan kepada bayi dalam kandungan dan kematian.

Pun begitu, kesan-kesan ini adalah bergantung kepada jumlah (aka dos) toksin yang wujud dan ketahanan sistem badan individu. Ada yang boleh terkesan dengan jumlah yang hanya sedikit, ada pula yang tidak. Bagi keracunan dengan simptom ringan, badan kita mampu detox sendiri.

Jadi ubi kentang ini sudah tidak boleh makan?

BOLEH, dengan membuang bahagian yang ditumbuhi tunas atau bahagian yang berwarna hijau. Ini kerana bahan kimia toksin ini hanya tertumpu pada tunas dan berhampiran kulit kentang yang berwarna hijau sahaja.

IKLAN

Semoga bermanfaat

ChM Dr Fatimah Salim

Ahli Kimia

Rujukan: Kuete, V., 2014. Health Effects of Alkaloids from African Medicinal Plants. Toxicological Survey of African Medicinal Plants, p. 611-633.

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Kenal Pasti 7 Lokasi Selamat Untuk Lakukan Aktiviti Kecergasan Selain Di Rumah

Elak Yang Proses. Pilih Daging Merah Asli, Untuk Sumber Makanan Lebih Sihat & Berkhasiat!

Kekacang ‘Snacking’ Paling Baik Untuk Yang Selalu Lapar. Pakar Nutrisi Kongsi Makanan Lain Boleh Ambil!

Campuran Makanan Laut & Darat Tak Hasilkan Toksik Mudharat Kesihatan. Pakar Kimia Ini Jelaskan Sebabnya!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI