Tidak dinafikan setiap rumah pastinya ada menjadikan kotak simpanan ubåt sebagai persediaan bila diserang sakit.
Namun tahukah kita ubat yang disimpan ini boleh bertukar menjadi racun. Tidak kira dalam bentuk tablet, cecair atau krim.
Malah dikatakan ia akan bertukar jadi racun sekiranya tidak digunakan mengikut peraturan disarankan.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad menjelaskan mengenai perkara ini dan mengingatkan agar ubat-ubatan ini dijauhkan dari kanak-kanak kerana boleh mendatangkan kemudhratan.
AWAS! UBAT BOLEH BERTUKAR MENJADI RACUN
Apakah keracunan ubat-ubatan?
Hampir setiap rumah mempunyai atau menyimpan ubat sama ada dalam bentuk ubat biji atau cecair yang boleh dimakan, atau bentuk yang tidak boleh dimakan seperti ubat sedut, supositori, krim, salap, losyen dan ubat titis.
Setiap ubat adalah racun sekiranya tidak digunakan mengikut peraturan yang disarankan.
Oleh itu, setiap arahan penggunaan pada label atau yang diberitahu oleh doktor dan petugas di kaunter farmasi mestilah difahami dan dipatuhi untuk mengelakkan risiko keracunan.
Selain itu, keracunan juga boleh berlaku akibat kelalaian ibu bapa atau penjaga dalam mengambil langkah-langkah tertentu memastikan semua ubat-ubatan dalam rumah sentiasa dijauhkan daripada kanak-kanak.
APAKAH KERACUNAN TANPA DISEDARI DAN KERACUNAN TIDAK SENGAJA?
Keracunan ubat-ubatan pada kanak-kanak boleh berlaku secara tidak disedari atau tidak sengaja. Keracunan tanpa disedari biasanya terjadi kerana salah anggapan ibu bapa atau penjaga terhadap ubat. Kebanyakan kita menganggap bahawa ubat adalah ‘sangat selamat’ dan mengambil sikap sambil lewa semasa memberikan ubat tersebut kepada anak. Untuk mencegah, beberapa perkara berikut adalah disarankan:
1. Pastikan anda memahami betul-betul arahan yang tercatat pada label ubat contohnya dos atau sukatan ubat yang betul, masa penggunaan dan cara penggunaan ubat yang tepat. Selain itu, arahan tambahan yang diberikan oleh petugas di kaunter farmasi juga perlu difahami dengan baik.
2. Sukatan ubat cecair mesti tepat dan menggunakan penyukat yang betul.
Ads
3. Elakkan memberi formulasi ubat untuk orang dewasa kepada kanak-kanak.
4. Goncang botol ubat cecair dahulu sebelum menyukat untuk memastikan kandungannya dicampurkan dengan baik.
5. Buang semua ubat-ubatan yang telah luput atau rosak seperti:
a. Ubat yang telah berubah warna, bau atau rasa.
b. Ubat yang telah tamat tarikh luput atau melebihi dua tahun dalam simpanan anda.
c. Krim atau salap yang telah berubah warna serta pecah.
d. Ubat cecair antibiotik lebihan yang tidak habis dimakan.
e. Ubat titis mata yang tidak habis dipakai.
Ads
Elakkan mengambil ubat yang telah dipreskripkan kepada orang lain walaupun anda mempunyai tanda-tanda sakit yang serupa.
BAGAIMANA MENCEGAH KERACUNAN UBAT?
1. Elakkan daripada mengambil ubat di hadapan kanak-kanak kerana mereka selalunya akan cuba meniru perbuatan orang dewasa.
2. Jangan panggil ubat-ubatan sebagai ‘gula-gula’.
3. Gunakan penutup botol jenis yang tidak dapat dibuka oleh kanak-kanak untuk menyimpan ubat dan produk kesihatan lain. (Orang dewasa yang menghadapi masalah untuk membuka penutup botol jenis tersebut boleh minta untuk mendapatkan penutup botol jenis biasa yang senang untuk dibuka).
4. Simpan kesemua ubat (preskripsi dan bukan-preskripsi) di dalam bekas asal masing-masing.
5. Sentiasa pasangkan lampu semasa memberi atau mengambil ubat.
Ads
6. Semak tarikh luput ubat anda dari masa ke semasa. Sekiranya ubat anda tidak dilabel dengan tarikh luput, anda boleh membuat anggapan bahawa ubat tersebut akan luput dalam tempoh 6 bulan selepas anda beli.
7. Elakkan daripada membuang ubat ke dalam tong sampah yang tidak bertutup di bilik masak atau bilik mandi kerana kebanyakan ubat orang dewasa adalah merbahaya dan ini boleh menyebabkan kematian kanak-kanak dan binatang kecil.
8. Berhati-hati dengan cara penyimpanan vitamin, terutamanya produk yang mengandungi zat besi kerana ia boleh menyebabkan keracunan jika diambil dalam dos yang tinggi. Kanak-kanak adalah lebih mudah mengalami kesan advers berbanding dengan orang dewasa jika terambil dos vitamin berlebihan.
9. Sekiranya bekas ubat tidak mempunyai sebarang label, atau labelnya tidak jelas dan anda tidak dapat membaca cetakan atas label dengan jelas, jangan gunakan ubat berkenaan.
10. Pastikan beg yang mengandungi ubat-ubatan disimpan jauh daripada kanak-kanak pada setiap masa.
Tidak dinafikan setiap dari kita pasti pernah berdepan dengan penyakit ulser mulut yang sangat tidak menyenangkan, terutama untuk mengunyah makanan pedas.
Ulser mulut yang selalunya berupa bintik-bintik kecil berwarna putih tumbuh dalam mulut dan kesannya amat menyakitkan.
Tahukah kita punca sebenarnya berlakunya ulser atau popular dengan gelaran mata ikan.
Perkongsian Dr Rahim memberitahu apa penyebab ulser mulut dan cara rawatan terbaik menanganinya.
Punca Ulser Mulut & Cara Rawatannya
“Pernah anda kena penyakit “MATA IKAN” dlm mulut anda? ulser mulut / sawan mulut/aphthous ulcer? Apa rawatannya? Bahaya tak?”
Ulcer dlm rongga mulut ni orang kampung panggil sebagai “Mata Ikan” atau kudis mulut. Orang macam doc panggil ulser mulut / sawan mulut/aphthous ulcer.
Kerap jadi diusia 10 tahun keatas. Ulcer ini berbentuk tompokan bulat kecil 2-5mm putih/kuning pucat macam nanah. Bordernya merah & bengkak. Ia jadi berulang kali samada sebiji, dua atau lebih. Teramat menyakitkan. Kesakitan bila nak bercakap, gelak, senyum, berus gigi, berkumur, makan & minum.
Kesakitan berkurangan selepas 3-4 hari tapi ambil masa 7-14 hari untuk sembuh sendirinya. Tak ada tinggalkan parut. Ia tak berjangkit. Ada Ulcer ini yang jenis ganas memakan berminggu untuk baik & tinggalkan parut.
Punca Penyebabnya Terjadi:
* Punca utama tak diketahui. *Kecederaan / tergigit. *Kurangan zat besi, asid folik dan vitamin B12. *Punyai alahan. *Jangkitan kulat, virus, bakteria. *Kesan samping radioterapi & chemoterapi. *Kecederaan dengan berus gigi atau gigi palsu. * Perubahan tahap hormon sebelum haid atau menopause. *Genetik keturunan. *Stress, Tension atau Khaplah!! *Kesan samping ubat-ubatan spt ibuprofen, aspirin, Alendronate, Nikotik, kokain dll. *Ada pada insan yang ada penyakit Crohn, syphilis atau jangkitan HIV.
D. Rawatan Orang Tua-Tua Dulu:
1. Diorang advice rajin-rajin minum air suam banyak-banyak. 2. Letakkan garam kat ulcer tu ataupun kumur dengan air garam. Sakit tapi baik cepat. 3. Kalau nak sedap sikit buh garam di jagung kat pasar malam tu..makan je. Berkesan tau. 4. Sapu marjerin atau ubat gigi je. Kalau kanak-kanak telan sekali ubat gigi itu.
E. Apakah Rawatan Untuk Ulcer Mulut Aphthous
i) Kalau ia kecil & tak sakit tak perlu rawatan. Ia hilang sendirinya oleh antibodi diri sendiri. Tapi ia kerap jadi semula.
ii ) Kalau kena apa yang perlu buat supaya tak melarat:
(a) Elak makann pedas/masin, minuman panas/ buah-buahan berasid yang buat kesakitan lebih teruk. b) Guna berus gigi yang lembut. c) Guna gigi palsu yang sesuai. Rajin-rajin cuci gigi palsu anda atau redam dalam air suam.Jaga hyginenya. d) Rajin-rajin berkumur air garam yang cair (saline), Listerine untk cuci mulut. Ia bantu kurangkan kesakitan & percepat kesembuhan ulcer. e) Lozenges steroid / Defflam boleh kurangkan kesakitan & bantu ulser untuk sembuhkan lebih cepat. f) Orabase membantu menutupi ulser & kurangkan kesakitan. g) Choline salisilat gel (Bonjela), Oral Aid.. ada ejen kebas anesthetic lidocaine boleh digunakan. h) Makan pain killer..Ponstan. i) Antiinflamatory Betamethasone Steroid. j) Makan antibiotik seperti doxycycline bila ada infeksi kuman.
F. Pesanan Doc Untuk Gang Doc:
1. Kalau korang tak nak dpt penyakit MATA IKAN ni, pastikan korang jaga kebersihan mulut & gigi tu. Berus gigi selalu. 2. Penting ini: CANCER mulut kadang-kadang boleh bermula sebagai ulser mulut yang tak sembuh. Anda perlu berjumpa doktor jika anda punyai ulser mulut yang telah lebih dari 3 minggu tanpa tanda penyembuhan, atau berbeza saiz & tumbuh mengganas!! Waspada ya!!.
Perempuan yang nak cantikkan kuku, tak perlu pun menghabiskan beratus dan tak perlu ke Spa untuk dapatkan rawatan. Anda boleh gunakan bahan yang ada di dapur sahaja.
Bahan-bahan tersebut adalah bawang putih, kulit tembikai dan juga limau atau lemon. Nak cuba cantikkan kuku? Jom kita ikut cara ini, jimat!
Cantikkan Kuku Guna 3 Bahan Dapur
1. Bawang Putih
Kupas kulit bawang putih dan bersihkan. Tumbuk lumat dan gosokkan ke atas kuku. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kuku akan jadi lebih berkilat dan dalam masa yang sama manfaat dari bawang putih ini boleh kuatkan struktur kuku juga.
2. Kulit Tembikai
Yang ini percaya tak? Kulit buah tembikai boleh berikan efek kuku yang lebih berkilat dan bersih. Cara dia, gosok kulit buah tembikai ke atas kuku. Biarkan kering kemudian cuci dengan air hingga bersih.
3. Limau Nipis/Lemon
Hiris beberapa kepingan limau nipis/lemon. Gosokkan ke atas kuku serta biarkannya selama beberapa minit. Kemudian bilas dengan air. Amalan ini juga boleh bantu hilangkan kuku yang kuning tu. Jadinya kuku sentiasa cantik dan sihat.
Mudah sahaja kan nak cantikkan kuku. Tak perlu bayar mahal atau mendapatkan rawatan di Spa pun. Guna sahaja bahan-bahan di atas. InshaAllah menjadi!
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Puasa adalah cara diet terbaik boleh diamalkan untuk mereka yang mahu menurunkan berat cara sihat.
Dan baru seminggu saja berpuasa ada antara geng Diet Suku-Suku Separuh yang berjaya hilang beberapa kilogram berat badan.
Menurut Afzan Eis sebelum ini beratnya 74 kilogram dan selepas seminggu berpuasa, beratnya terkini adalah 67.8 kg.
Hilang sekitar 6.2 kg dengan berpuasa dan mengamalkan beberapa menu untuk berbuka dan sahur. Malah akan mengurangkan portion makanan mengikut yang disarankn DSS tetapi dalam bahan masakan akan kurangkan garam dan bahan perasa.
Selain itu, dia juga akan gantikan minyak jagung bagi menggantikan makanan atau sayuran bergoreng. Untuk hidangan berbuka, dia lebih banyakkan sayuran dan buahan dan sahur pula lebih kepada pengambilan oat dicampur dengan susu dan buahan campur.
Dan bagi memenuhi keperluan air dalam badan pula, dia akan minum air masak ketika berbuka dan sahur secukupnya serta tiada pengambilan gula langsung.
Tidak lupa turut mengamalkan senaman 20 minit hingga 30 minit sebelum tidur sepanjang di bulan Ramadan ini.
Dia turut berkongsi menu yang diamalkan selama seminggu.