Hidangan paling popuar jika makan di kedai adalah kailan ikan masin. Sayuran kailan yang rasanya tidak begitu pahit sangat sedap jika dimakan bersama hidangan lain.
Kailan (Brassica oleracea var alboglabra) merupakan sejenis sayuran berdaun yang sangat popular dari keluarga Cruciferae.
Kailan tergolong dalam beberapa banyak keluarga sawi seperti Sawi Bunga, Sawi Putih, Sawi Hijau dan Sawi Jepun. Sayur ini dipercayai berasal dari kawasan Mediterranean dan amat sesuai pada iklim tropika
Sayuran ini sangat tinggi dalam vitamin K, vitamin A, vitamin C, folat, mangan, dan kalsium. Ia juga merupakan sumber sayur-sayuran serat dan protein yang baik.
Nutrien utama lain dalam sayur ini termasuk vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin E, kolin, betaine, besi, magnesium, fosforus, kalium, zink, tembaga, dan selenium.
Ini antara khasiat sayuran hijau yang memang banyak kandungan vitaminnya ini.
Menurut saintis, kailan adalah sumber fitonutrien yang sangat penting bagi tubuh. Sulfur dan vitamin K yang terdapat padanya boleh memberikan kesan positif untuk mengurangkan risiko kanser seperti kanser payudara. Sistemnya mengawal estrogen di dalam tubuh.
Ini dibuktikan oleh saintis bahawa antioksidan dan antiradang pada sayuran ini boleh membantu menyerang kanser dengan enzim pencetus di dalam tubuh. Oleh itu, banyak saintis yang mengesyorkannya sebagai salah satu sayur antikanser.
Faedah kesihatan sayuran ini bukan sahaja untuk antikanser, tetapi masih terdapat banyak manfaat kesihatannya seperti yang dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol dan mengelakkan penyakit jantung. Ini kerana ia mempunyai serat yang cukup tinggi. Serat ini akan membantu membersihkan usus besar dan mengurangkan kolesterol.
Terdapat banyak nutrien semula jadi pada sayuran ini seperti kalsium dan zink. Sayuran ini sangat baik untuk diambil oleh wanita hamil dan menyusu. Ini kerana ia dapat membantu pertumbuhan janin dalam rahim wanita dan meningkatkan penghasilan susu ibu. Asid folik di dalamnya juga sangat baik untuk pertumbuhan sistem saraf.
Kailan mempunyai kandungan vitamin A yang tinggi. Vitamin A diperlukan untuk pengeluaran sebum, dan ini mengekalkan rambut lembap. Vitamin A adalah penting untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut. Ia juga menyokong sistem imun dan mata dan membantu menjaga organ tubuh yang sihat.
Nutrien lain mengenai sayuran ini adalah kalsium, yang mana lebih tinggi daripada kalsium dalam susu. Sudah tentu, ia sangat baik untuk tulang, gigi dan ia boleh mengelakkan osteoporosis. Berdasarkan itu, saintis menyarankan seseorang yang mempunyai alergi terhadap susu untuk mengambil kailan.
Kandungan serat yang terdapat pada kailan menjadikannya pilihan untuk sokongan sistem pencernaan. Penyelidikan telah menentukan bahawa sulforaphane yang dibuat dari glucosinolate dalam sayur-sayuran ini membantu mempertahankan kesihatan lapisan perut dengan hanya menghentikan pertumbuhan bakteria dan bakterium ke dinding perut.
Kailan mengandungi zink yang mana ia lebih tinggi daripada daging. Seperti yang diketahui, zink merupakan gabungan penting dalam kesihatan. Sebagai contoh, ia membantu penghasilan hemoglobin dan enzim yang dapat mengurangkan risiko anemia, menghantar oksigen kepada semua bahagian tubuh, dapat menghasilkan semula sel-sel, membantu fungsi jantung, dan banyak lagi fungsi lain.
Terdapat vitamin A, luthein dan zeaxhantin yang boleh membantu menjaga kesihatan mata.
Walau bagaimanapun, kandungan serat tingginya boleh menyebabkan kembung, terutamanya jika anda mempunyai perut sensitif. Rujuk doktor anda sebelum membuat perubahan ketara pada diet anda.
Nak kempiskan perut dengan cara jimat poket, boleh amalkan asam jawa dan daun lidah buaya sahaja.
Biasanya masalah perut buncit bukan sahaja dialami oleh mereka yang gemuk atau berat badan berlebihan tetapi yang kurus pun boleh mengalami masalah ini.
Okay, jangan risau sebab anda boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Norain Naim, katanya berkesan.
Paling penting bagi mendapatkan hasil yang terbaik, anda perlulah mengamalkannya secara konsisten. Apa-apa petua yang diamalkan secara berkala, inshaa Allah akan mendatangkan hasil yang memuaskan hati.
Daun lidah buaya
Asam jawa
CARA MEMBUAT:
1. Ambil sedikit daun lidah buaya.
2. Masukkan dalam periuk dan tambahkan dengan asam jawa. Tambah sedikit air. Masuk sekali kulit daun lidah buaya.
3. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat.
4. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Tunggu suam sikit, lumurkan ramuan tersebut pada bahagian perut.
5. Biarkan 10 hingga 15 minit kemudian bersihkan atau cuci.
6. Boleh buat setiap hari hingga dapat hasil yang memuaskan.
Bagi mendapatkan hasil yang lebih cepat dan berkesan, kawal kuantiti makanan yang dimakan setiap hari dan lakukan senaman ‘sit-up.’
Mata adalah antara anggota badan yang sangat penting dan berperanan dalam banyak perkara. Dengan matalah kita dapat melihat sesuatu yang baik, buruk dan indah.
Justeru, jagailah mata sebaiknya walaupun anda mengenakan kaca mata ataupun kanta lekap.
Dalam satu perkongsian di laman sosial twitter, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan memberitahu betapa pentingnya ubat titis mata yang betul dalam memastikan organ ini terpelihara sebaiknya.
Ubat titis mata yang berada di pasaran ada bermacam-macam jenis, dan setiap jenis itu ada kegunaan yang tertentu. Maka kalau beli jenis yang salah, maka ia tidak berkesan.
Apakah jenis-jenis ubat titis yang ada di pasaran?
■ Pelembab/Pelincir (Moisturizer/Lubricants) Digunakan apabila mata menjadi kering atau rengsa akibat cuaca, penuaan, pengunaan kanta lekap, masuk habuk, dsb. —Bahan aktif: hypromellose, propylene glycol, etc
■ Anti-alahan (Anti-inflammatory) Digunakan apabila mata menjadi gatal, merah dan bengkak akibat terdedah kepada sesuatu yang menyebabkan alahan. —Bahan aktif: ketotifen, dexamethasone, etc
■ Anti-Merah Mata (Decongestant) Digunakan untuk menghilangkan gejala mata merah, tetapi tidak merawat puncanya. Sejenis pengecil salur darah (vasoconstrictor). —Bahan aktif: tetryzoline, naphazoline, etc
■ Antibiotik dan Antikulat Digunakan untuk menghapuskan bakteria atau kulat yang menjangkiti mata. Ia perlu digunakan ikut tempoh yang disyorkan. —Bahan aktif: neomycin, chloramphenicol, etc
■ Kombinasi Ubat titis yang menggabungkan 2 atau lebih bahan aktif dari kumpulan berlainan, contohnya antibiotik dan anti-alahan. —Bahan aktif: dexmethasone + neomycin, etc
Selain itu, terdapat juga ubat titis yang diberi oleh doktor untuk tujuan atau penyakit spesifik, contohnya:
■ Anti-glaucoma Digunakan untuk megurangkan penghasilan cecair di dalam bebola mata untuk mengurangkan tekanan di dalamnya. —Bahan aktif: latanoprost, timolol, etc
■ Midriatik Digunakan untuk mengembangkan bukaan anak mata secara sementara, supaya pemeriksaan mata mudah dijalankan. —Bahan aktif: tropicamide, atropine, etc
Bagaimana nak pilih yang mana sesuai? Kalau salah pilih ada masalah, tak?
Ada ubat titis mata yang menyebabkan komplikasi jika digunakan terlalu lama, antaranya: ulser mata, kerengsaan, buta, dsb. Ada juga yang tidak sesuai untuk penghidap penyakit kronik.
Oleh itu, pemilihan ubat titis yang betul amatlah penting. Disarankan, jika ada keraguan atau ketidakpastian, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan dan pengesyoran ubat.
Dr Kamarul juga turut menerangkan kesan penggunaan ubat mata jenama tertentu kerana terdapat risiko penipisan dan ulser kornea.
Dr, saya dari zaman sekolah lagi pakai ubat mata jenama Dextracin.. bila mata saya rasa gatal atau merah saya akan pakai ubat ni. Saya nak tanya, ubat mata jenis ini ada kesan jangka panjang ke ?
Dextracin ada dexamethasone(steroid). Tak digalakkan untuk penggunaan berterusan untuk masa yang lama, kerana terdapat risiko penipisan dan ulser kornea.
Kalau kerap guna, tapi tak tempoh lama, dan jarak masa antara pengunaan adalah jauh, maka tiada masalah. Hanya perlu hati².
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.