
Apabila tidak mengalami sakit seperti demam, batuk atau selesema, pasti kita merasakan tubuh sentiasa sihat.
Tanpa kita tahu sebenarnya terdapat beberapa fakta mengenai kesihatan pada anggota badan yang tidak kita ketahui.
Dalam perkongsian di laman sosial twitter, Dr Samhan menerangkan pelbagai fakta kesihatan yang menarik untuk dikongsi.
Mendapat lebih 18K reteweet, ada antara info iberikan ini yang sering kita lakukan tanpa sedar.
1. Jangan korek tahu telinga, biar keluar sendiri
2. Hidung kita hasilkan 1 cawan mukus/hingus dalam sehari
3. Otot tak pernah letih adalah jantung
4. Bila jantung kita berhenti….
5. Buah pinggang adalah penapis badan paling power
6. Otak terbentuk sempurna ketika usia 26 tahun
7. Rupanya bakteria pada telefon lagi banyak dari bakteria mangkuk tandas
8. Sebab kita selalu letih lepas makan
9. Bila bangun tidur setiap hari, kita akan jadi tinggi 1 cm lebih tinggi dari waktu nak tidur
10. Setiap minit hasilkan 30 ribu sel mati, rajin-rajinlah kibas katil lepas bangun
11. Macam mana kita boleh dapat mimpi pelik
Artikel Berkaitan:
Kenal Pasti Warna Air Kencing Normal Atau Tak, Rupanya Boleh Jadi Petunjuk Kesihatan
Bahaya Guna Minyak Masak Berulang Kali, Doktor Jelaskan Boleh Sebabkan Kerosakan Hati
Halang Berlaku Strok Haba, Ini Manfaat Buah Tembikai Yang Ramai Tak Tahu
Elak Makan 6 Bahagian Ayam Ini, Bagi Mereka Yang Betul-Betul Serius Nak Diet

Selain bersenam, pengambilan pemakanan juga penting bagi mengelak kenaikan berat badan mendadak.
Dan kita sememangnya perlu seimbangkan makanan dari pengambilan sumber protein dan kalsium lain.
Dan bagi penggemar ayam, ada beberapa bahagian perlu dielak jika anda serius untuk diet.
Ini kerana sesetengah bahagian ayam mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi, dan perlu dielakkan terutamanya bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Walau bagaimanapun bagi penggemarnya, masih boleh makan ayam, tetapi jangan selalu dan ambil bahagian dibolehkan saja.
6 Bahagian Ayam Yang Perlu Dielak Jika Anda Serius Nak Diet
1. Paha Ayam
2. Tongkeng
3. Kepak
4. Kaki
5. Kulit
6. Organ Dalaman
Sumber: Hisyamlois Health Consultant
Artikel Berkaitan:
Ambil Sarapan ‘Homemade’ Ganti Suplemen. Rahsia Lelaki Ini Hilang 2KG Dalam Tempoh 2 Bulan!
Campuran Madu & Bawang Holland, Cara Alternatif Legakan Masalah Batuk & Mudahkan Buang Kahak
6 Senaman Patut Buat Kuatkan Otot Kaki & Stamina, Sebagai Persediaan Sebelum Buat Aktiviti ‘Hiking’
Tumit Kaki Pecah, Cuba Tip Ini Bagi Selesa Nak Berjalan

Tumit kaki pecah ini masalah kaki yang biasa berlaku. Ramai yang lalui situasi ini tetapi buat tak endah dan kurang kesedaran untuk pulihkan tumit bagi baik.
Tak rajin nak buang sel kulit mati dan malas sapu krim yang sepatutnya. Akhirnya tumit makin teruk dan tak selesa nak berjalan!
Jangan risau anda boleh cuba tip ini untuk kembalikan tumit kaki yang cantik tanpa kesan merekah. Jom cuba!
Tumit Kaki Pecah, Cuba Tip Ini Bagi Selesa Nak Berjalan
Bagi sesetengah orang, tumit merekah bukanlah sesuatu yang serius. Tetapi realitinya anda akan rasa tak selesa apabila berkaki ayam.
Malah, rekahan pada tumit boleh menjadi sangat dalam dan menyebabkan rasa sakit. Jadi rajin atau tidak, anda tetap kena curi masa untuk cuba buang sel kulit mati di tumit, walau cuma sekali seminggu.
Cuba anda guna beberapa tip ini dulu:
1. BALSEM TUMIT (HEEL BALM) ATAU PELEMBAP TEKSTUR TEBAL
Balm ini mengandungi bahan untuk melembapkan, melembutkan dan mengelupas kulit mati.
Ada sesetengah balm tumit boleh menyebabkan sedikit rasa pedih atau kerengsaan. Rujuk doktor anda jika balsem menyebabkan tindak balas yang teruk.
Kes tumit merekah yang teruk mungkin memerlukan preskripsi balsem kuat atau krim steroid untuk membantu mengurangkan keradangan dan melegakan kegatalan.
TIPS MERAWAT TUMIT MEREKAH:
1. Sapukan balm tumit pada waktu pagi untuk meningkatkan keanjalan kulit sebelum anda memulakan hari anda.
2. Lembapkan tumit anda dua hingga tiga kali sehari.
3. Pakai kasut yang melindungi tumit anda.
Nak Guna Cocoa Butter Formula (Palmer’s) Pun Boleh
Wajib cuba ini juga, memang berkesan untuk merawat masalah kulit tumit kaki. Sapu sebelum tidur, esok pagi memang lembut licin. Kesan seawal satu minggu penggunaan.
2. RENDAM DAN KUPAS (EXFOLIATE) KULIT MATI
Kulit di sekeliling tumit merekah selalunya lebih tebal dan kering daripada kulit badan yang lain. Kulit ini cenderung merekah apabila banyak tekanan. Jadi cuba lah rendam kaki bagi kulit lembut dan lembap.
Berikut adalah beberapa petua rendam kaki:
1. Rendam kaki dalam air suam dan sabun sehingga 20 minit.
2. Gunakan loofah, penyental kaki atau batu apung untuk menanggalkan sebarang kulit yang keras dan tebal.
3. Tepuk kaki dengan lembut.
4. Sapukan balsem tumit atau pelembap tebal ke kawasan yang terjejas.
5. Sapukan jeli petroleum pada kaki anda untuk mengunci kelembapan. Pakai sarung kaki untuk mengelakkan sebarang garis di sekelilingnya.
Elakkan skrub kaki apabila kering kerana ini meningkatkan risiko untuk kulit rosak. Anda juga boleh cuba melembapkan tumit yang mempunyai kesan yang sama dengan rendaman kaki.
3. MINYAK KELAPA
Minyak kelapa sering disyorkan untuk kondisi kulit kering, ekzema, dan psoriasis. Menggunakan minyak kelapa selepas rendaman kaki boleh menjadi pilihan yang baik juga. Sifat anti-radang dan antimikrob minyak kelapa boleh menyebabkan tumit merekah jika terdedah kepada pendarahan atau jangkitan.
4. BAHAN SEMULA JADI YANG LAIN
Terdapat banyak bahan di rumah yang boleh digunakan untuk merawat tumit merekah, walaupun tidak terbukti secara khusus. Kebanyakan bahan ini memfokuskan kepada melembapkan dan melembutkan kulit.
Ini termasuklah:
1. Cuka untuk rendam kaki.
2. Minyak zaitun atau sayuran untuk melembapkan.
3. Mentega shea untuk melembapkan.
4. Pisang yang dilumat untuk melembapkan.
5. Lilin parafin untuk mengelak kelembapan.
6. Garam bukit dan limau nipis.
Beberapa biji limau nipis/lemon (potong nipis sikit senang nak gosok)
Garam (seeloknya garam kasar atau himalayan salt)
Ini caranya:
Potong limau nipis.
Letakkan garam di permukaan limau.
Gosok pada bahagian tumit kaki yang merekah tu.
Tips extra: Kalau limau dah lunyai, payah nak pegang, jadi anda boleh guna berus gigi lama yang kasar. Rendamkan pada jus limau/lemon tadi, letak garam dan gosok.
Apa pun, anda kena rajin buat untuk dapatkan hasilnya. Kalau boleh, cari alat yang boleh buang sel kulit mati dulu, kemudian baru lah sapu krim atau bahan alami yang sesuai seperti yang dinyatakan di atas.
Ramai Percaya Fakta Makan Malam Punca Gemuk Tapi Sebenarnya Ianya SALAH

Pasti ramai percaya bahawa jika mengambil pemakanan di waktu malam tubuh akan gemuk. Ini kerana menjelang malam, kita akan banyak berehat dan kemudian masuk tidur sekaligus menjadi punca bertambahnya berat badan.
Namun benarkah fakta ini bahawa makan malam punca berat badan naik?
Sebenarnya salah satu faktor yang menyumbang kepada berlebihan berat badan adalah pengambilan makanan yang melebihi keperluan. Pengambilan makanan harian boleh dibahagikan kepada beberapa hidangan dalam sehari termasuk makan malam.
Oleh itu, makan malam yang sihat dan tidak melebihi keperluan kalori harian tidak akan mengakibatkan berlebihan berat badan.
Apa yang penting adalah jumlah kalori yang diambil dalam sehari, tidak kira sama ada semasa sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam.
Namun begitu, makan malam sering kali dikaitkan dengan masalah kegemukan disebabkan oleh beberapa faktor :
- Makan malam biasanya masa untuk berkumpul bersama ahli keluarga. Kajian mendapati makan dalam kumpulan yang ramai mempengaruhi saiz hidangan. Kita akan makan lebih banyak semasa makan bersama orang lain daripada makan bersendirian.
- Sesetengah orang, terutama wanita, suka melangkau(skipping) waktu makan semasa di siang hari. Melangkau sesuatu waktu makan boleh menyebabkan kelaparan yang tidak terkawal dan membuat seseorang itu makan berlebihan terutama semasa makan malam.
- Makan malam juga mungkin dijadikan sebagai salah satu cara untuk melepaskan tekanan selepas seharian berhadapan dengan pelbagai masalah. Bagi sesetengah orang, makanan dijadikan sebagai bahantara untuk melepaskan tekanan dan melupakan segala masalah yang dihadapi. Ini akan mengakibatkan pengambilan makanan secara berlebihan.
- Waktu malam adalah waktu yang digunakan untuk berehat dan bersantai untuk melepaskan kepenatan setelah seharian bekerja. Masa rehat ini mungkin digunakan untuk menonton televisyen. Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan perkaitan antara menonton televisyen dengan masalah kegemukan. Ini kerana semasa menonton, kita akan cenderung mengambil makanan yang tinggi lemak dan kalori seperti ais krim, coklat, kerepek, keropok dan sebagainya.
Panduan makan malam yang sihat
- Utamakan makanan yang seimbang pada setiap waktu makan malam. Pastikan hidangan anda mengandungi bijirin seperti nasi atau roti, ikan, ayam atau kekacang serta sayur-sayuran mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.
- Hadkan pengambilan makanan yang bergoreng, berlemak dan berminyak.
- Ketahuilah saiz hidangan makanan anda. Makan malam sepatutnya membekalkan anda 400-500 kalori.
- Waktu makan malam yang sesuai adalah di antara 6.30 petang hingga 8.30 malam. Sekiranya anda tidur lewatdan berasa lapar, anda boleh mengambil snek yang ringan sebelum tidur seperti buah-buahan, roti, biskut atau segelas susu suam.
- Tidak digalakkan mengambil makanan pada lewat malam. Ini adalah kerana pengambilan makanan hampir dengan waktu tidur akan menyebabkan ketidakselesaan dan akan mengganggu tidur anda.
- Elak makan malam sambil menonton televisyen. Ini adalah kerana anda tidak sedar berapa banyak anda makan sambil menonton rancangan kegemaran anda tersebut.
- Elak mengambil teh atau kopi selepas makan malam. Pengambilan teh atau kopi boleh mengakibatkan gangguan tidur.
- Sekiranya anda perlu menghadiri jamuan makan malam, anda tidak perlu makan semua jenis makanan yang dihidangkan. Makan secara sederhana dengan mengambil saiz hidangan yang kecil. Pilih makanan yang lebih sihat. Utamakan buah-buahan serta air kosong.
Sumber :myhealth.gov.my