Masih anggun jelita pembaca berita, Azizah Ariffin. Walau usianya sudah meniti 50an namun stamina personaliti televisyen ini tetap maintain. Dengan wajahnya juga yang kelihatan cantik semula jadi walau tanpa secalit mekap.
Aktif Hiking Dan Berbasikal, Azizah Berkulit Cantik Pada Usia 50-an
Memuat naik pemandangan indah dan tempat-tempat menarik di Eropah, Azizah yang bakal menginjak usia 54 tahun turut berkongsi suasana dan persekitaran negara pelancongan tersebut bersama followers. Macam-macam info yang dikongsikannya.
Meski sudah meningkat usia namun pembaca berita TV AlHijrah ini kekal awet muda. Jika dilihat perkongsian ibu jelita ini, tidak mustahil dia berjaya mengekalkan stamina dan kecantikan diri kerana aktif bersukan.
IKLAN
Azizah juga seorang wanita yang mengamalkan gaya hidup sihat dan menitik beratkan soal pemakanan. Menurutnya, kesihatan jantung merupakan faktor utama untuk kekal sihat.
Berikut antara tip penjagaan kesihatan jantung yang dikongsikan Azizah.
1. Keep it clean. Hentikan tabiat merokok dan jauhi dari perokok. Nikotin dalam rokok tu boleh mengecutkan salur darah dan mengurangkan pengaliran oksigen ke jantung dan seluruh badan. Ia juga punca terhasilnya banyak radikal bebas yang jadi punca banyak penyakit termasuklah sakit jantung.
IKLAN
2. Keep it healthy. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang. Amalkan pinggan sihat, suku suku separuh. Kurangkan garam, gula, makanan tinggi transfat sebaliknya jangan lupa masukkan lemak sihat seperti minyak zaitun dalam diet seharian anda.
IKLAN
Sebab apa ya kena ambil minyak zaitun ni, sebab minyak zaitun kaya dengan omega 3 & 6. Badan kita tak dapat hasilkan Omega 3 & 6 ni jadi kita perlu ambil dari sumber makanan. Peranan Omega 3 & 6 ni ia membaik pulih sel membrane kita, termasuklah sel di kawasan jantung.
3. Kekal aktif. Senaman senaman senaman. Hanya 30 minit dan 3 kali seminggu. Jangan malas bergerak tau. Senaman dapat menguatkan otot jantung kita, mengendurkan pembuluh darah, menurunkan paras gula dalam darah dan menaikkan paras kolestrol baik HDL kita.
Jadi, kepada anda yang rasa nak sihat dan kekal awet muda pada usia 40an ke atas, boleh lah mengamalkan tip seperti yang dikongsikan oleh Azizah Ariffin. Mungkin boleh join hiking dan berbasikal juga nanti untuk keluarkan peluh!
Walaupun usia sudah melewati separuh abad, tetapi tidak menjadi alasan seseorang itu untuk malas menjaga kecantikan diri.
Malah semakin berusia, kulit wajah kita sebenarnya sangat sensitif. Jika salah penjagaan boleh menyebabkan kulit rosak dan masalah jeragat.
Namun bagi pelakon Laila Nasir, 52 tahun sangat rajin dan begitu menitik beratkan penjagaan kulit wajah.
Minum Air Suam Setiap Pagi
Menurutnya tidak ada petua tertentu diamalkan, hanya menggunakan cara biasa seperti amalkan minum air suam setiap pagi.
“Selain itu, saja juga mengamalkan minum sesudu madu yang dicampur dengen air masak setengah gelas.
“Saya juga rajin ambil jus pegaga yang dikisar sendiri. Dalam usia begini juga saya tolak terus untuk minum minuman berais dan air bergas,” ujar Laila yang masih lagi keihatan cantik dan sihat dalam usia begini.
Tambahnya lagi bagi menjaga kesihatan tubuh badan pula, dia rajin lakukan señaman ringan di rumah saja.
Kena Jaga Anugerah Allah
“Dan masuk usia 50 an ini kenalah pandai jaga kesihatan. Bagi penjagaan kulit wajah pula, akan pakai masker daripada putih telur yang dicampur dengan madu.
“Selain itu malas sekalipun janganlah sesekali kita skip mencuci wajah dan pakai pelembap. Saya juga turut mengambil suplemen seperti vitamin C dan habbatussauda.
“Bagi saya kecantikan ini adalah anugerah Allah kepada kita, jadi amanah kita menjaga kecantikan diberi sebaik mungkin.
“Jangan menyalah gunakan kecantikandan hati kita pun kena cantik maksudnya jangan ada sifat dengki dan sebagainya. Ini kerana saya percaya aura cantik seseorang itu datang dari hati yang cantik,” jelasnya memberitahu bukan semua orang ada aura cantik itu.
Laila turut mengingatkan supaya jangan rasa bangga dgn kecantikan paras rupa kerana kecantikan rupa tidak akan kekal ia akan pudar mengikut usia kita, cuma yang perlu kita jaga adalah kecantikan dari dalam.
Laila yang juga ibu tunggal kepada dua putera sejak kematian suami tercinta lapan tahun lalu berkata ia bukanlah perjalanan dan pilihan mudah. Namun bagi dirinya, menjadi kuat ibarat hanya pilihan yang tinggal.
Malah melihat dua anak di sisi membesar, pelakon watak Mona dalam drama rantaian fenomena Nur di TV3 itulah ibu dan pada masa sama bapa untuk heronya.
Anak Suntik Semangat
“Pada awalnya agak sukar sukar untuk saya membahagikan masa antara kerjaya seni dan tanggungjawab. Manalah nak uruskan anak dan ‘shooting’ selain berniaga.
“Menjadi ibu tunggal sekelip mata selepas suami meninggal dunia merubah segala-galanya. Tapi ketika itu saya bernasibbaik kedua anak sudah bersekolah menengah. Jadi mereka sudah pandai bawa diri. Saya juga menjaga mereka tanpa bantuan sesiapa.
“Waktu itu ada ketika saya bagai lemah dan ‘lost’. Tapi anak jadi suntikan semangat untuk saya kerja lebih kuat. Tambah pula perjalanan mereka masih jauh dan saya tempat bergantung,” kata wanita kelahiran Machang, Kelantan itu.
Tambah pelakon filem Bayangan Maut dan Harry Boy itu, dia sendiri akur skeptikal gelaran dirinya sebagai ibu tunggaldengan pandangan serong mata masyarakat.
“Bukan senang nak mengharungi hidup tanpa suami. Dengan pandangan itu ini daripada masyarakat. Tapi saya tak larut dengan semua itu. Saya tanamkan semangat positif dalam diri.
“Dalam soal membesarkan anak, saya pasti mahukan yang terbaik untuk mereka tanpa fikir lelah. Kalau kita tak buat itu ini, ibarat takkan ada yang lakukan semua diingini. Maka dengan itu belajarlah buat semua sendirian.
“Keluarga saya terutama emak jadi nadi dan semangat. Mak terutamanya banyak membantu saya menjaga anakdan bagi semangat. Doa ibu itu kan sangat mukjizat,” katanya lagi.
Baru menjadi antara penerimaanugerah Kelantan Business Ikon Awards pada 17 Disember lalu yang mengangkat anak jati negeri itu yang berjaya dalam dunia keusahawanan, Laila atau nama sebenarnya Norlaila Nasir bersemangat untuk terus mengukuhkan jenama perniagaan minyak wangi dan pelbagai sambal bilis sejak 2014.
“Dengan dunia berlakon dan berniaga itulah saya dapat membesarkan anak serta meneruskan kelangsungan hidup,” katanya yang mengusahakan T’Lasabella Perfume by Lailanasir dan T’Lasabella Kitchen by Lailanasir.
Kejayaan ini juga turut memberikan lebih semangat untuk melipat gandakan usaha untu melangkah terusbersama T’Lasabella Perfume by Laila Nasir dan T’Lasabella Kitchen yang bermula dari bawah.
Dan ini merupakan hadiah tidak ternilai atas usaha dan kerja keras Team T’Lasabella bersama stokis dan agent.
Sebagai Founder T’LaSabella HQ, Laila turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada agent & stokis seluruh Malaysia termasuk Singapura. Tambahnya dia begitu terharu apabila dapat pegang award ini dan rasa penat lelah selama ini berbaloi.
Siapa yang nak kulit cantik tanpa cela, anda wajib disiplin menjaga rutin penjagaan wajah pada waktu pagi dan malam.
Betul, rutin skincare pagi dan malam sangat penting dalam memastikan kulit wajah dilindungi daripada sebarang risiko pencemaran yang boleh merosakkan kulit.
Jadi untuk mendapatkan kulit cantik, memerlukan komitmen dan tanggungjawab sendiri.
Jangan Lupa, Ini 4 Cara Nak Buat Kulit Cantik Tanpa Cela!
Sebenarnya bukan payah pun untuk amalkan rutin kecantikan ini. Apatah lagi, sekarang ini banyak produk yang berkualiti serta selamat. Anda hanya perlu tahu masalah kulit dan ikuti sahaja empat langkah dibawah.
Ini adalah rutin skincare waktu pagi yang paling ringkas, dan sesuai untuk yang baru sahaja nak mengenali dunia skincare.
Anda sudah sedia?
Sila guna penyegar!
Selepas mencuci wajah dengan pembersih, ada yang terus skip dari menggunakan penyegar atau toner. Penggunaan toner tidaklah wajib tapi ia boleh membantu merangsang kulit dan membersih pori-pori lebih mendalam. Malah toner juga dapat mengekalkan keanjalan kulit serta menghilangkan saki-baki kotoran pada wajah.
Sapu serum
Jika anda sudah berusia pertengahan 20-an, anda kena tambah serum dalam rutin kecantikan. Serum sangat bagus untuk merawat secara mendalam dan berkesan terhadap masalah kulit.
Pilih apa jua bahan kandungan serum yang bersesuaia ikut masalah kulit. Sebagai contoh, serum Vitamin C yang sanagt baik mengurangkan kesan parut jerawat dan membaiki tona kulit yang tidak sekata.
Pelembab sangat penting
Gerun bila dengar ada yang tidak pernah memakai pelembab! Kulit yang kekal hidrat sebenarnya sangat baik untuk sel kulit. Ia juga mengelakkan dari kulit terlalu berminyak atau kering.
Jangan lupakan sunscreen!
Nah, ini ramai yang masih lagi anggap sunscreen hanya untuk ketika berada di pantai. Pemakaian sunscreen merupakan pelengkap dalam rutin skincare pagi. Ini bukan sahaja menambah kelembapan kulit, malah merawat kulit dari sebarang risiko halus penuaan.
Senang bukan nak kulit cantik tanpa cela? Jadi apa alasan anda lagi untuk mengelak dari mulakan rutin skincare pada waktu pagi. Jangan mengeluh atau cemburu lihat wajah orang lain yang glowing dipagi hari, sebab mereka komited dalam menjaga wajah.