Pernah tak anda perasan, walaupun sudah pakai pelbagai jenis skincare mahal, kulit tetap nampak kusam, berjerawat, atau kering? Kadang-kadang jawapannya bukan pada apa yang anda sapu di muka, tapi pada apa yang berlaku di dalam perut anda.
Dalam dunia kesihatan moden, terdapat istilah “Gut-Skin Axis”—iaitu hubungan terus antara kesihatan usus dan keadaan kulit kita. Apabila usus kita sihat dan bersih, ia akan terpancar terus pada wajah yang nampak lebih berseri dan segar!
Jom kita fahami kenapa usus yang sihat adalah kunci utama kecantikan:
Ads
1. Detoks Semula Jadi Dari Dalam
Usus yang sihat berfungsi untuk menyingkirkan toksin dengan efisien. Jika sistem penghadaman kita bermasalah (seperti sembelit), toksin akan tersimpan lebih lama dalam badan. Akibatnya, badan akan cuba mengeluarkan toksin tersebut melalui liang pori kulit, yang sering menyebabkan masalah jerawat, kemerahan, atau ekzema.
Islamic woman resting and drinking water
2. Penyerapan Nutrien Yang Maksima
Anda mungkin makan makanan yang sangat berkhasiat, tetapi jika usus anda tidak sihat, nutrien penting seperti Vitamin C, E, dan Zink tidak dapat diserap sepenuhnya ke dalam darah. Nutrien inilah yang diperlukan oleh sel kulit untuk menghasilkan kolagen dan membaiki sel yang rosak.
Ads
3. Mengurangkan Keradangan (Inflammation)
Usus yang tidak sihat sering dikaitkan dengan masalah keradangan dalam badan. Keradangan ini adalah punca utama penuaan pramatang, garis halus, dan kulit yang nampak sensitif. Dengan menjaga keseimbangan bakteria baik dalam usus, kulit anda akan nampak lebih tenang dan kurang bermasalah.
Ads
Tips Mudah Untuk ‘Gut Health’ Yang Mantap:
Ambil Makanan Probiotik: Tambahkan makanan seperti yogurt, tempe, atau minuman kombucha ke dalam diet harian anda. Bakteria baik ini membantu melawan bakteria jahat dalam usus.
Tingkatkan Pengambilan Serat: Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk memastikan proses pembuangan air besar berjalan lancar setiap hari.
Kurangkan Gula Putih: Gula adalah ‘makanan’ kepada bakteria jahat. Pengambilan gula berlebihan boleh merosakkan keseimbangan ekosistem usus anda.
Hidrasi Secukupnya: Air kosong sangat penting untuk membantu serat bergerak lancar dalam sistem penghadaman anda.
Kesimpulan: Kecantikan sebenar bermula dari dalam. Apabila anda menjaga kesihatan usus, anda bukan sahaja rasa lebih ringan dan bertenaga, malah kulit anda akan mendapat ‘glow’ semula jadi yang tidak boleh dibeli dengan alat solek. Jadi, jangan lupa sayangi perut anda untuk wajah yang lebih menawan!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Senang tak nak buat makanan sihat setiap hari? Haa… kalau ikutkan ramai yang nak diet tetapi tak cukup disiplin dan selalu terbabas makan tak ingat dunia. Itu biasa!
Ini disebabkan tak sempat nak sediakan menu sihat, apatah lagi apabila hilang idea nak masak apa untuk kekalkan gaya sihat.
Okay, jangan risau cuba guna tip masak makanan sihat daripada Ikin Zain ini dulu, nampak mudah dan cepat.
Jom apa yang anda kena buat adalah plan nak masak lauk apa, ikin buat perapan ayam teriyaki sangt mudah dan simple lepas itu buat perapan udang dan juga sotong. Sangat mudah buat menu yang simple tapi kenyang!
Selepas sudah siap semua lauk itu, apa yang anda perlukan adalah plastik macam zip lock tapi saiznya kecil sahaja.
Kemudian anda susun siap buat dalam 6 atau 7 hari terus macam tu.
Selepas itu anda perlukan bekas beli yang boleh microwave. Sebab nak panaskan sahaja makanan.
Anda boleh letak nasi sikit, ikut sukatan yang cukup tapi jangan banyak, kurangkan sedikit lepas itu letak lah sayur apa yang anda nak. Kemudian letak lauk yang dah siap dalam plastik last sekali letak telur mata.
Anda boleh susun terus masuk dalam peti ais, tunggu esok terus boleh panaskan. Serius, sangat jimat masa anda.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah atau tidak tiba-tiba saja anda diserang sesak nafas hingga menyebabkan dada terasa sempit. Jika situasi ini berlaku apa yang perlu dilakukan.
Perkongsian dari Dr Zubaidi Ahmad memberitahu sebab terjadinya sesak nafas dan cara rawatan terbaik mengubatinya.
Sesak nafas mempunyai pelbagai punca. Mereka yang mengalami sesak nafas selalunya akan mempunyai pengalaman yang berbeza. Akan ada yang mengatakan susah untuk menarik nafas, ada pula yang mengatakan dadanya ditekan kuat hingga menyusahkan ia untuk menarik nafas dan ada juga yang mengatakan dadanya sakit.
Berikut adalah antara punca-punca yang menyebabkan sesak nafas :
Penyakit jantung koronari atau “acute coronary syndrome” merupakan spektrum termasuk serangan jantung. Ini adalah keadaan di mana saluran darah arteri yang membawa oksigen ke organ jantung sudah terlalu sempit. Apabila saluran ini sempit dan jantung akan rasa sakit.
Tahap pertama dalam spektrum ini adalah “angina” di mana sekatan di arteri tersebut masih membenarkan darah berlalu maka anda hanya akan sakit dada tetapi jantung tidak mengalami kerosakan. Serangan atau sakit jantung merupakan tahap terakhir dalam spektrum ini di mana organ jantung akan mengalami kerosakan.
Fungsi paling penting jantung adalah untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan bahan lain bagi organ-organ di seluruh badan. Ini adalah situasi di mana jantung tidak berada di prestasi yang optimum. Antara tanda yang anda akan alami ialah sesak nafas, batuk, kaki bengkak dan rasa lesu.
Seperti yang dinyatakan, asma boleh terjadi kepada kanak-kanak dan dewasa. Antara gejala asma adalah sesak nafas, batuk, dada rasa ketat. Antara perkara yang boleh menyebabkan asma adalah alahan. Antara perkara biasa yang mungkin punca alahan adalah habuk, bulu binatang seperi kuncing atau anjing, cuaca sejuk, pencemaran udara, senaman, stres.
“Chronic obstructive pulmonary disease” atau penyakit sekatan pernafasan kronik merupakan penyakit jangka panjang yang terjadi oleh kerana radang dalam tisu paru-paru yang membawa kerosakan. Ini menyebabkan sekatan dalam pernafasan dan membawa kepada simptom seperti sesak dan batuk. Penyebab utama ini adalah tabiat merokok tetapi pencemaran udara juga memainkan peranan.
Dalam jangkitan paru-paru, kuman akan menyebabkan keradangan dalam kawasan alveolar. Keradangan ini akan menyebabkan cecair terkumpul di dalam kawasan tersebut. Alveolar merupakan kawasan pertukaran gas. Apabila ia dipenuhi air, gas oksigen akan lebih susah untuk diserap masuk ke dalam salur darah.
Perkara ini akan menyebabkan kandungan oksigen dalam badan berkurangan dan pesakit akan bernafas dengan lebih laju.
Paru-paru manusia ditutup oleh dua lapisan dan terdapat ruang di antara dua lapisan ini. Pneumothorax adalah penyakit di mana terdapat kebocoran pada lapisan luar paru paru dan menyebabkan udara masuk dan menghimpit paru-paru.
Masalah ini boleh menyebabkan sesak nafas dan sakit apabila bernafas. Pneumothorax boleh disebabkan oleh kecederaan seperti tikaman atau patah tulang rusuk, penyakit seperti COPD atau terjadi tanpa sebab.
Ini adalah jangkitan kuman mycobacterium tuberculosis secara amnya. Kebanyakan jangkitan terjadi di paru-paru tetapi boleh juga membabitkan tempat lain seperti nodus limfa, lapisan otak, tulang, sendi dan bahagian abdomen. Antara gejala individu yang menghidap penyakit TB adalah batuk jangka panjang, batuk berdarah, sesak nafas, sakit dada, hilang berat badan, demam, berpeluh pada waktu malam, hilang selera dan lesu.
Kanser paru-paru mempunyai banyak gejala yang sama dengan penyakit TB dan imbasan x-ray boleh membezakan antara kedua-dua penyakit ini dan jika tidak, terdapat pemeriksaan lain yang boleh dibuat. Antara faktor yang memberi risiko tinggi mendapat kanser paru-paru adalah merokok, pendedahan kepada asbestos dan pencemaran udara.
Ini adalah keadaan di mana terdapat darah beku di saluran darah pulmonari arteri. Antara faktor yang menaikkan risiko penyakit ini adalah kanser dan tidak bergerak dalam jangka masa yang lama seperti mana berlaku apabila seseorang patah kaki.
Alahan boleh menjadi penyebab penyakit asma tetapi terdapat juga alahan yang membawa kepada situasi berbahaya iaitu “anaphylaxis”. “Anaphylaxis” amat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Simptom termasuk sekatan nafas, bengak bibir dan tekak, tekanan darah rendah dan ruam yang gatal.
Jika terdapat kecederaan ke tulang rusuk, rasa sakit akan akan menyebabkan anda tidak menarik nafas sepenuhnya. Perkara ini boleh membawa kepada “lung collapse” di mana paru-paru tidak kembung seperti yang sepatutnya.
Anemia adalah keadaan di mana darah anda tidak mempunyai haemoglobin yang mencukupi. Haemoglobin adalah komponen darah yang membawa oksigen. Jika haemoglobin terlalu rendah, anda akan rasa sesak nafas kerana tidak cukup oksigen.
Anemia mempunyai banyak penyebab termasuk pendarahan yang berlebihan(contoh adalah haid bagi wanita) dan pemakanan yang tidak mengandungi cukup zat yang diperlukan.
Penyakit gastrik iaitu penyakit yang melibatkan penghasilan jus gastrik yang bersifat asid lebih daripada biasa akan menyebabkan keradangan dibahagian perut.
Ini juga akan menjadi salah satu penyebab pesakit merasa sakit dada dan juga sesak nafas kerana saraf yang bersambung kepada kawasan dada dan perut ini adalah berasal daripada saraf yang sama
Dalam penyakit ini, asid dalam perut boleh ditolak balik naik ke saluran esofagus. Perkara ini akan menyebabkan sakit di bahagian dada dan jugak sesak nafas terutamanya apabila pesakit berada dalam keadaan baring.
• Bernafas laju
• Pernafasan yang berbunyi (wheezing)
• Kuku dan bibir menjadi biru
• Muka menjadi pucat
• Berpeluh dengan banyak
Untuk mengenal pasti punca sesak nafas, beberapa pemeriksaan akan dijalankan oleh petugas perubatan. Antaranya ialah :
1. Pengambilan darah: Untuk mengetahui bilangan sel darah, kandungan oksigen dalam darah berserta bacaan protein yang terhasil ketika serangan sakit jantung berlaku
2. X-ray dada: X-ray ini boleh melihat keadaan paru-paru dan juga jantung
3. Elektrokardiogram: Mesin ini dapat mengesan gelombang jantung yang tidak normal
4. Echocardiogram: Pemeriksaan yang menggunakan teknik “ultrasound” untuk melihat degupan jantung dan tisu paru-paru.
Selalunya pesakit akan dirawat seperti biasa bagi mereka yang sesak nafas. Iaitu pesakit akan diberikan gas oksigen melalui tiub. Jika keadaan terlampau teruk berserta bacaan oksigen yang rendah, pesakit akan ditidurkan dan tiub akan dimasukkan ke dalam saluran pernafasan untuk membantu pesakit.
Rawatan spesifik sesak nafas bergantung kepada punca masalah tersebut.
Buah epal biasanya lepas potong akan mula kelihatan lebam dan tidak lagi rangup untuk dimakan.
Tetapi sebenarnya ada cara nak bagi buah epal itu cantik dan segar selepas dipotong, cuba baca tip daripada Puan Lailatul Munira Zainuddin, sangat berkesan. Barulah cantik nak hidang!
Air garam boleh membantu mengekalkan kesegaran hirisan buah epal.
Sediakan air biasa, tambah secubit garam kemudian rendam sekejap hirisan epal ke dalam air tersebut. Boleh direndam selama lima minit.
Kemudian toskan. Garam jangan diletakkan terlalu banyak bimbang buah epal akan menjadi masin. Letakkan ikut kadar yang bersesuaian.
Buat mereka yang tidak suka kewujudan rasa masin pada buah epal, boleh menggunakan madu.
Caranya cukup mudah, campurkan dua sudu madu dalam segelas air biasa. Kemudian, rendam potongan epal ke dalam campuran itu selama beberapa minit.
Lepas itu, toskan dan dah boleh dihidangkan.
Petua elak epal lebam yang ini pun sangat mudah.
Hanya perlu perah sedikit jus lemon ke dalam air. Kemudian, rendamkan potongan epal ke dalam campuran itu selama beberapa minit dan toskan sebelum dihidang.
Gunakan pisau tajam untuk memotong epal. Tetapi sebelum itu, sapu atau geselkan pisau tersebut dengan limau nipis. Kemudian baru potong epal seperti biasa.
Katanya, petua ini pun boleh digunakan untuk mengelakkan kita ‘menangis’ masa nak potong bawang. Cubalah!
Kalau tak ada jus lemon, boleh juga gantikan dengan jus limau nipis atau apa-apa jus buah yang bersifat sitrus seperti oren atau nanas.
Petua ini juga boleh digunakan untuk buah pear, lai, pisang, atau buah-buahan lain.
Nak peha lebih kemas dan punggung yang mantap? Ketahui kenapa senaman squats adalah rutin wajib untuk setiap wanita yang mahukan bentuk badan impian secara semula jadi dan efektif.