Biasalah apabila masuk bulan puasa pelbagai keinginan dan selera memuncak untuk menikmati pelbagai sajian enak ketika berbuka.
Apatah lagi jika yang rajin pergi ke bazar Ramadan, jadi rambang mata melihat pelbagai juadah yang dijual.
Dan apabila masuk waktu berbuka, akan makan semua makanan dibeli dek kerana selera berpuasa ini hingga menyebabkan ada sesetengah akan mengalami masalah kembung perut.
Bagaimana untuk mengatasi masalah ini jika berlaku pada diri kita. Dalam satu pertanyaan di laman sosial Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad menjelaskan jika berlaku situasi begini.
MENGELAKKAN KEMBUNG PERUT SELEPAS BERBUKA DI BULAN RAMADHAN
Soalan:
“Salam doktor. Bagaimana hendak mengurangkan kembung perut selepas berbuka puasa di bulan Ramadan ini? Mohon pencerahan. Terima kasih”
Jawapan:
Ads
Kembung perut berpunca dari pengumpulan gas di dalam perut dan usus besar. Ia berlaku kepada hampir semua individu bergantung bagaimana dia makan dan apa yang dia makan.
Cara mengelakkan kembung perut selepas berbuka dengan cara :
1. Jangan makan secara berlebihan sehingga terlalu kenyang. Makan dalam jumlah yang kecil dan boleh diulang semula selepas solat maghrib dan terawih.
Ads
2. Kurangkan makanan yang yang banyak lemak (santan) atau pedas. Makanan yang berlemak menyebabkan perut terpaksa bekerja lebih untuk menghadamkannya. Pedas pula akan meningkatkan asid dalam perut.
3. Jangan makan dengan cepat atau terlalu gelojoh. Minum air dahulu dapat menyediakan perut untuk bekerja semula setelah berehat ketika berpuasa. Makan secara perlahan-lahan. Walaupun kita makan sedikit, rasa kenyang akan dapat dirasakan selepas 20 minit mula makan.
Ads
4. Banyakkan makan buah-buah seperti kurma, pisang dan tembikai untuk memudahkan penghadaman.
Baru-baru penyampai radio, Fara Fauzana telah disahkan positif Covid-19 walaupun telah mendapat suntikan vaksin sebelum ini.
Menerima dugaan ini dengan reda dan hati terbuka, dia turut memberi ingatan atau pesanan jika disahkan positif terus segera maklumlan orang terdekat mengenai perkara tersebut.
Ini menurut Fafau tindakan awal begini akan dapat memudahkan pihak berwajib mengambil langkah keselamatan seperti lakukan proses sanitasi di kawasan diduduki.
Perkongsian di laman sosian Instagram ini sangat baik untuk kita hadam bersama apatah lagi kes kemasukan ke hospital kini semakin naik dan membimbangkan.
Bila FF bgtau yg FF +ve covid ramai juga yang hadir secara langsung dan tidak tapi PERCAYALAHHH .. ia sangat2 membantu
Jadinya FF nak bagitau kat kawan2 kalau anda di sahkan POSITIVE jangan la down yea. bagi tau kawan2 dan ahli keluarga
Kalau nak rasa selesa bgtau jiran kiri kanan dan kalau duduk kat appartment terus maklumkan pada management agar mereka boleh buat tindakan seterusnya (seperti sanitize lift dan maklumkan pada penduduk yang lain)
Ramai kawan-kawan yang berkongsikan pengalaman mereka bila disahkan +ve malah ada yang berkongsi macam mana mereka jaga pesakit covid yg merupakan ahli keluarga mahupun jiran.
Korang osem dan saya berterima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman (korang boleh baca kat bahagian komen kat post sebelum ni)
Kepada yang kehilangan orang tersayang disebabkan covid FF ucapakan Takziah. kepada yang tengah fight benda ni .. WE CAN DO IT
Kepada yang lain, kes semakin meningkat. sama-sama kita jalankan tanggujawab bersama. ini bukan masa utk kita tanya “kena macam mana?” “siapa yang bagi ko covid tu?” nope! ni bukan masa untuk kita tuding jari. benda kalau nak jadi akan jadi jugak.
Yang penting kalau disahkan +ve sila MAKLUMKAN & UPDATE MYSEJAHTERA dan jujur
Nota : Terima kasih pada semua yang membantu. u knw who you are. may Allah rewards you for your kindness
Nota lagi : Kalau sapa-sapa yang kena COVID POSITIVE , perlukan apa-apa dan tak ada sapa-sapa yang boleh tolong .. do DM FF yea, kita bantu mana yang mampu.
Hendak turunkan berat badan bukan semata-mata sebab kita hendak sihat dan kekal fit.
Islam sendiri pun menggalakkan kita menjaga kesihatan termasuklah dalam soal mengawal berat badan.
Sebenarnya apabila berat badan terkawal, kesihatan jadi lebih baik. Badan jadi lebih ‘ringan’ dan secara tidak langsung memudahkan kita untuk melakukan amal ibadat.
Tidak dapat dinafikan bahawa memang banyak pantang larang atau petua untuk menurunkan berat badan.
Ada sesetengah mendakwa minuman berais dan nasi putih adalah punca utama kegemukan. Namun sebenarnya dakwaan itu hanyalah mitos semata-mata.
Di Facebook, coach kesihatan Sha Rini berkongsi 18 mitos diet yang masih dipercayai ramai orang. Jom semak!
18 Mitos Kurus
Masih banyak mitos diet yang masih ada orang percaya sehingga sekarang. Hopefully by 2019 kita semua dah lebih berilmu dan boleh bezakan yang mana mitos dan yang mana benar.
1. Air ais tidak bekukan lemak. Air panas tak cairkan lemak. Air limau/lemon tak potong lemak. Kandungan lemak tetap sama walau kau minum air sejuk beku atau air mendidih terbakar tekak.
2. Buah warna kuning tidak “lebih jahat” dari buah warna hijau, merah, purple, kalerful. Kandungan gula dalam buah BUKAN bergantung pada warna buah. Asalkan dimakan ikut portion yang betul dan awak bukan diabetic, buah warna kuning bukan penyebab awak tak kurus.
3. Air detox, air greentea, chia seed tidak buat awak kurus, kalau awak tak jaga makan.
4. Air ais TIDAK MEMBUNCITKAN. Yang buat buncit tu lemak kawasan abdomen terutamanya visceral fat.
5. Walaupun sayuran dan buahan itu makanan yang sihat, makan secara berlebihan jugak boleh memudaratkan. Bersederhana.
6. Nasik BUKAN penyebab gemuk utama.
7. Makanan/minuman TANPA LEMAK TIDAK SEMESTINYA BAIK untuk ada.
8. Usus TIDAK PERLU di detox atau dicuci. Makan dengan sihat dan workout secara regular membantu kesihatan usus anda.
9. Teh detox tidak elok untuk usus. Ia memaksa usus anda bergerak, dan akhirnya nanti usus anda akan jadi malas dan tidak ada nature sendiri.
10. Epal, hijau atau merah boleh saja dimakan masa diet. Darjatnya sama walaupun rasa tak sama ? tidak semestinya yang masam itu lebih baik dari yang manis, kecuali muka yang masam memang tak elok utk semua orang.
11. Rambutan, nangka, ciku, langsat boleh saja dijadikan snacking, tak semestinya epal, jambu, blueberry, stroberi, avocado. Keypoint adalah “portion”.
12. Untuk lose weight, tak semestinya kena makan salmon, avocado, berries, oat, pasta, dada ayam sahaja. Boleh saja makan ikan kembung, nasik putih, buah rambutan, mee, bihun asalkan tau had masing-masing.
13. Kita hanya perlu minum air secukupnya mengikut keperluan badan masing2. Tak perlu buat kolam untuk pelihara ikan dalam perut ? Anggaran 30ml untuk setiap kg berat badan atau tengok warna urin jernih atau light yellow sudah memadai. Pengambilan air yang berlebihan juga boleh menggangu keseimbangan elektrolit dalam badan.
14. Minuman yang berlabel “Kurang Gula” bukan bermaksud kurang manis. Gulanya masih banyak cuma kurang dari amaun sebelumnya.
15. Makanan berlabel “Tiada Gula Tambahan” atau “No Added Sugar” bermaksud tiada gula putih “ditambah” kepada produk tersebut. Bermaksud, produk tersebut mungkin masih ada amaun gula yg sama seperti yang asal atau dia tak guna gula putih tapi ada gula tiruan seperti maltodextrine, dextrose, maltitol, xylitol, aspartame dan sebagainya.
16. Berpeluh dengan banyak semasa workout BUKAN bermaksud awak burn banyak kalori. Berpeluh atau tidak, bukan benchmark utk calories burn. Some people sweat a lot. Some dont. Kelenjar peluh kita tak sama.
17. Workout tutup kipas/aircond supaya banyak peluh is so yester-year. MOVE ON.
18. Pakai baju hujan masa jogging supaya banyak peluh is also so yester-year. Please. Its almost 2020 now. MOVE ON.
Banyak dah ni. Ada nak tambah? Boleh tambah kat bawah ye hehe
Kebanyakan dari kita jika sudah suka dengan sesuatu barang atau alatan sewaktu menyediakan hidangan akan digunakan sehingga betul-betul sudah rosak.
Selagi masih boleh digunakan alatan berkenaan walaupun sudah buruk, tetap akan digunakan kerana dikatakan penyedap masakan. Misalnya papan pemotong ayam/daging atau sayuran.
Tetapi sedarkan kita jika papan pemotong yang digunakan sudah berkulat, calar balar dan berdaki itu sebenarnya akan menimbulkan lebih banyak kehadiran bakteria.
Dikatakan kajian menunjukkan 1 cmpersegi papan pemotong mengandungi lebih 24 ribu bakteria. Ini adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding kuman di tempat duduk tandas!
Malah ia sebenarnya adalah antara sumber keracunan makanan yang boleh sebabkan anda mengalami masalah cirit birit dan sakit perut.
Menurut perkongsian Public Health Malaysia memberitahu apa sebenarnya yang ada pada papan pemotong yang sudah berdaki dan berkulat ini terutama yang digunakan di kedai makan.
Papan Pemotong Daki & Berkulat Undang Bakteria
Lihatlah papan pemotong yang ada di rumah anda dan di kedai kedai makan.
Adakah ia telah calar balar, berdaki dan telah berkulat?
Sebenarnya, inilah antara sumber keracunan makanan yang menyebabkan anda cirit birit dan sakit perut.
Kajian menunjukkan 1 cmpersegi papan pemotong mengandungi lebih 24 ribu bakteria. Ini adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding kuman ditempat duduk tandas!
Walaupun keadaan papan pemotong telah daif dan tampak menjijikkan, jangan tak tahu, RAMAI yang masih menggunakannya!
Rekahan dan kesan calar pada papan pemotong adalah “lubuk” bagi kuman seperti Salmonella, e coli dan sebagainya.
Selain itu, perkongsian penggunaan papan pemotong bagi bahan mentah (ayam,ikan, daging) dan sayuran/ buah buahan juga perlu dielakkan.
Contohnya selepas anda memotong ayam, kuman pada ayam mentah akan melekat di papan pemotong, kemudian dengan papan yang sama anda potong sayur ulam dan buah buahan.
Saranan
1. Gantikan papan pemotong jika telah ada kesan calar dan berdaki
2. Gunakan papan pemotong berbeza untuk bahan mentah dan sayuran/ buah.