Sakit perut menjadi masalah biasa bila tiba bulan puasa. Ada yang disebabkan oleh gastrik, pedih hulu hati atau tersalah makan.
Walau apa juga alasan, jika betul mengalami masalah ini tidak mengapa. Tetapi jika sengaja dibuat-buat, perbuatan itu salah sebenarnya dengan niat untuk ponteng berpuasa.
Dalam satu perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan memberitahu tip untuk elak sakit perut sepanjang kita berpuasa.
Menurutnya ada yang datang mengadu padanya mengalami simptom pedih hulu hati, kejang perut, loya dan muntah serta badan di dada. Semua itu sebenarnya adalah tanda-tanda dyspepsia.
SAKIT PERUT BERPUASA, BAGAIMANA NAK ELAK?
Di bulan Ramadan ini ramai ke saya klinik mengadu simptom-simptom, pedih hulu hati, kejang perut, kerap bersendawa (masam), loya dan muntah, serta rasa panas di dada (heartburn).
Ini adalah tanda-tanda dyspepsia. Dyspepsia adalah kondisi pencernaan terjejas. Ada beberapa punca berlaku dyspepsia, antaranya; gastritis, peptic ulcer disease, atau gastroesophageal reflux disease (GERD).
Simptom dyspepsia ni secara umum mudah berlaku ketika berpuasa kerana perut kita kosong, tetapi perut tetap merembeskan asid. Ada orang, perutnya sangat sensitif dengan asid ni.
Jadi apa nak buat jika kerap kena dyspepsia sepanjang berpuasa ni?
ELAKKAN
– merokok serta minum minuman keras
– minum kopi, teh, minuman berkarbonat
– makan juadah pedas dan berminyak
Ads
– ambil NSAID(ubat tahan sakit) berterusan
– makan terlalu banyak semasa berbuka
– baring atau tidur selepas berbuka/sahur
– makan terlalu hampir waktu tidur
AMALKAN
– berbuka awal(tak usah tangguh)
– sahur lewat (bukan sebelum tidur)
Ads
– makan porsi kecil dan berulang
– sahur dengan makanan tinggi serat
– tidur yang mencukupi
– minum air kosong secukupnya
– bertenang(kurangkan stress)
BILA PERLU JUMPA DOKTOR?
1. Sakit perut yang sangat kuat. Doktor akan beri ubat kurangkan rembesan asid dan ubat sokongan yang lain.
Ads
2. Jika muntah, ada darah segar, atau berwarna merah kehitaman. Itu tanda pendarahan di perut.
3. Najis berwarna hitam legam. Juga tanda pendarahan di perut.
4. Perlu MC. Namun, doktor akan hanya beri jika anda benar-benar layak.
Seperti yang kita ketahui, buat masa ini kerajaan sedang giat menjalankan pemberian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan(PICK) bagi peringkat remaja terutama murid sekolah.
Seperti orang dewasa, mereka juga sangat digalakkan untuk tidak melakukan beberapa aktiviti berat selepas mendapat suntikan.
Perkara ini dikongsi oleh Dr. Arisman MD yang memberi pesanan beberapa perkara perlu elak dilakukan bagi mengelak sebarang kemudharatan.
Ayuh ikuti perkongsiannya:
INGATKAN ANAK REMAJA KITA SELEPAS VAKSINASI
Rata-ratanya kami para doktor akan menasihatkan kepada individu selepas vaksin untuk tetap berehat di rumah dan elakkan melakukan aktiviti berat sehari atau hingga tiga hari. Sehingga badan betul-betul merasa ada tenaga untuk melakukannya.
Setelah berjuta vaksin disuntik di seluruh dunia dan beberapa data yang dilaporkan akibat dari kesan sampingan vaksin tertentu. Begitu juga dengan negara jiran kita Singapura yang melaporkan bahawa terdapat 1 kes remaja yang meninggal selepas vaksin Pfizer diberikan apabila individu itu sedang melakukan senaman berat. Punca kematian masih belum diputuskan.
Tetapi ada kemungkinan disebabkan oleh peradangan teruk pada dinding otot jantung, iaitu acute severe myocarditis yang boleh menyebabkan jantung tiba-tiba berhenti(cardiac arrest) semasa melakukan senaman berat.
Sehingga 30 jun kelmarin, Singapura melaporkan lebih kurang 12 individu mengalami masalah pada jantung sama ada myocarditis (peradangan dinding otot jantung) dan pericarditis (peradangan pada selaput pembungkus jantung) yang dikaitkan dengan vaksin Covid di negara itu. Terutamanya golongan usia 30 tahun ke bawah.
Beberapa kes juga turut dilaporkan di negara US dan Israel.
Oleh demikian, KKM mengambil langkah berhati-hati dan belajar dari data tersebut untuk menasihatkan individu penerima vaksin supaya tidak melakukan beberapa senaman berat selepas menerima suntikan sama ada dos pertama atau kedua. Bagi setiap jenis vaksin.
Senaman yang perlu dielakkan adalah;
1. Berenang
2. Berbasikal
3. Berlari atau jogging
4. Angkat berat
5. Bermain bola/ sukan
6. Competitive sports
Senaman yang selamat dilakukan adalah;
1. Berjalan kaki
2. Senaman regangan (Stretching)
3. Buat kerja rumah.
Oh ya, selepas menerima vaksin, badan kita akan dirangsang untuk membentuk antibodi melalui sistem imun tubuh.
Keadaan ini hampir pasti akan menyebabkan individu tersebut mengalami gejala demam, sakit badan, sakit kepala dan lemah atau lenguh seluruh badan. Terutamanya orang muda kerana sistem imuniti mereka masih kuat berbanding dengan warga emas.
Dalam keadaan sedemikian, disarankan untuk berehat dan dapatkan tenaga yang semaksimalnya dengan meminum cukup air dan memakan diet yang sihat.
Nasihat saya kepada mereka golongan muda selepas menerima vaksin, “please listening to your body. Don’t push yourself. Recovery is part of exercising too.”
Seperti yang kita tahu, penyanyi Elyana kini bertarung melawan penyakit kanser yang dihadapi sejak 11 tahun lalu.
Buat masa ini dia kerap menjalani rawatan kimoterapi di sebuah hospital swasta. Penyanyi Tapak Sulaiman ini sangat positif dan tidak putus semangat walaupun berdepan dugaan dalam hidup.
Malah Elyana dilihat kekal positif dan sering berkongsi pengalamannya sepanjang menjalani rawatan sebagai pesakit kanser.
Ini secara tidak langsung memberi motivasi kepada orang lain yang mungkin mengalami nasib sama sepertinya.
Dalam satu perkongsian di laman Instagramnya Elyana memberitahu dirinya sudah sakit 10 tahu dan telah menjalani lebih 20 kali rawatan kimoterapi dan radioterapi serta kepayahan dilalui sepanjang tempoh itu.
Kalau boleh memang saya nak makan Healty Food,Fresh,Real Food, sayur,buah,No sugar,exercise,makan suppliment itu dan ini..
Saya dah sakit 10 tahun. Lebih 20x chemo..lebih 30x radiotherapy. Apa yang saya tak pernah lakukan? Diet? Pantang? Makan ubat? Rebus daun? Tak makan selama setahun pun pernah, sebab tak ada selera. Berubat semua ceruk saya pergi.
Tapi..jika kamu jadi saya,baru kamu tahu apa alasan saya. Beza kalau kita ni pernah jaga orang yang sakit dengan kita sendiri yang mengalami dan berperang dengan sakit.Beza…
Jika anda ingin membantu,bantu dari segi perbuatan baik dan belajar memahami.. Bukan menghakimi dalam comment dan complain. Rosak jiwa saya.Saya dah buat sebaik mungkin yang saya mampu untuk 10 tahun ni.
Saya tiada yang bantu untuk menjaga saya. Malah saya yang harus menjaga orang lain. Saya tak complain just nak bagitau. Saya bukan ada Superpower. Saya pun manusia biasa. Nak jaga diri sendiri pun tak ada masa.
Tak campur lagi struggle saya yang tak ada selera nak makan.. nak minum..muntah.. nak bercakap…tumpah darah bertahun2.. nak duduk..nak berjalan.. nak jaga keluarga,nak cari duit..nak berfikir.. tak boleh tidur.. nak selalu tersenyum depan anda.. Berat…terlalu berat
Kamu tak akan dapat memahami selagi kamu sendiri tidak pernah merasai sendiri.
Pada saya,makan la selagi Allah bagi kita nikmat makan.. Tapi berpada-pada..makanan yang kita makan ni,Alhamdulillah Halal… Sebelum makan,kita doa semoga makanan ini menjadi ubat dan asbab untuk kita sembuh.
Setiap wanita pastinya mahu tampil cantik. Pantang mendengar ada produk kosmetik yang dijual untuk memutih atau mencerahkan wajah pasti akan dibeli di pasaran.
Namun jangan terpedaya dengan segala promosi dilakukan kerana ada sesetengah produk kosmetik ini sangat berbahaya untuk kesihatan.
Seperti yang dimuat naik dalam Public Health Malaysia memberi ingatan kepada penjual dan pengedar produk kosmetik ini supaya menghentikan penjualan serta-merta.
Ini kerana krim yang dijual berkenaan dikatakan boleh sebabkan kerosakan saraf dan buah pinggang.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya
Sementara itu menurut Sinar Harian, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui kenyataan pada Rabu berkata, produk berkenaan mengandungi bahan-bahan yang boleh menyebabkan kesan sampingan jika tiada pengawasan profesional kesihatan.
Menurutnya, salah satu bahan produk tersebut, Betamethasone 17-Valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD) dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
“Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
“Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.
“Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, notifikasi produk tersebut telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
Jelasnya, penjualan dan pengedaran produk berkenaan adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
“Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan-peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya,” tambahnya lagi
Justeru orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli produk ini di pasaran walaupun dijual dengan harga promosi.