Perasan atau tidak apabila lepas waktu berbuka kita akan terasa badan lemah dan seperti tidak bertenaga.
Situasi ini menyebabkan kita rasa malas untuk melakukan pelbagai urusan lain termasuk solat tarawih.
Jika dilayan, memang semua benda tak boleh buat dan hanya mahu duduk berehat saja di rumah.
Sebenarnya, keadaan itu berlaku disebabkan faktor makan berlebihan selain pengambilan gula yang tinggi.
Pengambilan makanan dan minuman manis ketika berbuka boleh menyebabkan badan lemah kerana gula mendorong pankreas untuk menghasilkan insulin bagi menurunkan kadar gula dalam darah.
Insulin yang berlebihan pula akan menurunkan gula dalam darah tetapi kesannya badan menjadi lemah dan lesu.
Makan berlebihan membuatkan sistem penghadaman yang seharian berpuasa dipaksa bekerja lebih keras. Kesannya, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak tenaga untuk mencerna makanan.
Ads
Tidak hanya membuatkan badan terasa lemah dan lesu, perut juga boleh mengalami masalah seperti sakit perut, mual, kembung dan sembelit.
Bagi mengelakkan masalah itu, sebaik-baiknya amalkan pemakanan seimbang ketika berbuka puasa dan bukannya mengikut nafsu.
Paling baik, hindari makanan bergoreng dan pilih hidangan yang direbus, dikukus atau dipanggang. Ingat, puasa bukan bererti tiket emas untuk memanjakan diri dengan pelbagai hidangan menyelerakan.
Ini pula antara tip bagi menjaga sistem penghadaman adalah:
Ads
1) Pengambilan makanan berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang membantu pergerakan usus seperti pisang, kurma, betik dan brokoli.
2) Meminum air yang cukup iaitu secara puratanya sebanyak dua liter air sehari. Badan yang kekurangan air akan menjadi lesu, tidak bermaya dan mudah hilang tumpuan semasa melakukan kerja harian.
3) Elakkan makan pedas dan berminyak yang boleh membuatkan perut kita rasa tidak selesa atau sakit.
4) Pengambilan makanan seperti susu atau yogurt mampu mengurangkan masalah sistem pencernaan kerana probiotik yang wujud di dalam makanan ini mampu mmengurangkan masalah sistem pencernaan.
Ads
5) Elakkan makan terlalu banyak ketika berbuka puasa dan bersahur kerana tindakan itu akan membuatkan badan menjadi letih kerana proses pencernaan. Sebaliknya, ambil makan secara bersederhana.
Sumber: Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Kodiang, Kedah, Dr Mohamad Suaidi Mohamad Sazali
Rupanya penyanyi evergreen Indonesia, Hetty Koes Endang seorang pencinta kopi. Hebat ya, walau sudah berusia 60-an tetapi masih lepas minum kafein.
Tetapi ada caranya, walau boleh minum banyak tetap kena ada ‘syarat’. Jom kita tengok apa rahsianya itu.
Memetik perkongsian portal SINDOnews.com, Hetty sangat menggemari kopi hitam dan tidak boleh menggantikannya dengan minuman lain.
“Saya pun tak tahu (kenapa suka kopi). Jadi kalau beli kopi macam air minum,” kata Hetty.
Tanpa ragu, Hetty mengakui bahawa dia boleh minum sehingga 12 cawan kopi sehari.
Namun, penyanyi senior ini menegaskan kopi yang diambilnya adalah kopi hitam tanpa gula.
“Kalau Afi (anak Hetty) tak halang, Ibu (Hetty) boleh minum 12 cawan (kopi) sehari. Tapi tak campur gula, cuma kopi hitam,” tambah Hetty.
Pun begitu, kini Hetty mula mengurangkan tabiat ini dan kerap mengambil air putih.
Biarpun gemar meminum kopi, Hetty tetap menjaga kesihatan dan mengakui tidak pernah mengadu sakit perut yang sering dialami oleh pencinta kopi.
“Ibu ada pemeriksaan berkala, alhamdulillah, insya-Allah tidak mendapat sakit perut,” katanya.
Selain rutin pemeriksaan kesihatan, Hetty juga mengakui dia turut menerapkan pemikiran positif demi mengekalkan kesihatan fizikalnya.
“Rutin pemeriksaan Ibu setiap 6 bulan.
“Tiada apa-apa rahsia pun yang penting kita enjoy dan berfikiran positif kerana ia akan memberi kesan kepada badan.
“Lagipun Ibu dah tua,” akhirinya.
Tumpang bahagia melihat gaya hidup Bonda Hetty Koes Endang, elok lah cedok yang baik-baik untuk diri kita juga. Semoga dirinya sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan awet muda.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mesti ramai yang nak tahu rahsia awet muda wanita ini, umur dah masuk 50 pun tetap nampak kurus dan kecil molek. Cantik pula air wajahnya.
Nampak muda sungguh bila duduk sebelah si menantu, macam sebaya! Jom Rapi ‘bedah’ apa yang dia amalkan dalam gaya hidupnya.
Rahsia Awet Muda
Menerusi satu ciapan Azyani Zamri di Twitter, ramai yang nak tahu apa rahsia mak mentuanya nampak muda. Jadi dia dengan baik hati berkongsi sedikit sebanyak petua cantik yang mungkin orang di luar sana boleh bawa masuk dalam kehidupan harian.
Saya pun nak tahu sangat rahsia kecantikan dia masa mula-mula kahwin dengan anak dia.
Pertama saya nak kenalkan ibu mentua saya. Ya, dia ini lah mak mentua saya.Nama beliau Jaslina Bt Ab Sani. Umur 50 tahun. Seorang guru matematik. Asal Baling, Kedah. Ini gambar Mama dengan cucu-cucunya, anak-anak saya.
Anak pertama saya, Muhammad Adam Furqan dan anak kedua saya, Medina Safiyya. Suamai saya anak sulung dan ini 2 orang cucu Mama. Ya, kalau kami keluar sama-sama, ramai usha semacam je bila Mama cakap kat Adam “Mai kat TokMa mai.”
Azie pun masa mula-mula kenal suami, Azie tengok gambar dia dengan Mama dia, ingatkan awek! Puas dia cuba jujur cakap tu mak dia. Akhirnya memang betul mak dia. Masa pertama kali dia kenalkan Azie pada Mama dia masa tu bulan puasa, kami buka puasa bersama.
Aduhaii… memang muda. Dengan rampingnya, kecil molek, dulu lagi kurus daripada gambar di atas tu. Serius macam anak dara. Tapi masa tu husband Azie umur 20 tahun (2012). Kami kenal 3 tahun, kemudian ambil keputusan untuk berkahwin pada tahun 2015, April.
Ya, bagi yang bertanya dan berteka-teki, mak mentua memang kahwin muda. Umur 18 tahun dia kahwin, kemudian lahirkan suami masa umur 19. Lepas 3 tahun, Mama masuk Maktab dan sekarang masih bekerja sebagai Cikgu di sebuah sekolah rendah di Baling, Kedah.
Sudah tentu Azie korek rahsia awet muda Mama bila dah jadi menantu Mama! Dan segala rahsia?tips/petua/ kecantikannya memang sangat-sangat bagus untuk kita orang perempuan terutamanya sejak anak dara.
Okay jom kita pergi satu-satu apa rahsianya.
1. Mama jenis seorang yang jarang dan boleh dikatakan tak suka minum manis. Di sini Azie senaraikan apa keburukan minum minuman manis. Tapi Azie suka Milo Ais.
2. Mama suka makan buah. Terutama buah yang kaya dengan Vitamin C. Mama cakap malam-malam kalau lapar, makan je buah. Dan buah yang dia selalu amalkan adalah Lemon. Ya, lemon sangat bagus untuk kekalkan keremajaan dan awet muda. Mama amal sejak umur dia 20++ tahun.
Mama dengan anak terunanya, nampak macam awek dengan pakwe kan? I is jeles!
3. Mama suka berkayuh. Haa sebenarnya mak mentua dan ayah mentua saya keduanya suka bersenam dan senaman yang selalu mereka buat sama-sama adalah cycling. Perghh Azie pun tak rajin macam ni. Tapi kena ambil satu masa juga at least exercise 1x seminggu!
Haaa… tengok! Bagus sangat berbasikal ni. Baik untuk kesihatan. Boleh nampak 10 tahun lebih muda tau.
Ni pula gambar ayah mentua berbasikal. Beza 5 tahun dengan Mama. Dan badannya masih fit dan tak boroi.
Okay rahsia yang seterusnya.
4. Mama suka amalkan Doa dan Selawat Syifa’. Mama cakap setiap kali mandi dan cuci muka Mama akan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Dan ini memang Mama amalkan setiap hari, setiap kali mandi dan sehingga sekarang.
5. Mama suka ikut petua orang tua-tua. Contohnya ;
– Mama suka buat wap muka dengan wap air masa masak nasi tu.
– Dulu Tok (Mak Mama) ajar gosok muka dengan kulit pisang emas untuk nampak cantik.
– Minum jus air daun pegaga, peria. Owh… ini memang betul-betul kena kental kalau nak telan.
Wap muka ni Azie pun suka jugak buat dan dia sangat bagus untuk :
• kecutkan/hilangkan jerawat
• buang whitehead/blackhead
• melembapkan muka
• menaikkan seri wajah
• buat kotoran di muka dan muka akan rasa sangat fresh lepas tu!
6. Mama sentiasa selalu gembira, positif dan tak suka negatif. Mama cakap setiap masalah cuba atasi cara positif. Selalu bersangka baik. Yang ni Azie sangat respek sebab Mama memang selalu ceria je. Budak-budak kat sekolah memang suka Mama. Tengoklah gelagat tu.
Mama cakap lagi, mama suka gembirakan orang, contoh dia ceria dalam kelas, budak-budak suka dia, bila budak-budak suka, mereka pasti doakan untuk kita. Bila budak-budak sayang cikgu dia, mesti mereka doa yang baik-baik. Emmm… bestnya kalau ramai doakan kita bila sayangkan kita!
7. Mama jenis yang suka jaga personaliti. Sentiasa nak nampak kemas dan cantik. Orang yang jaga keterampilan. Duduk dalam rumah pun pakai lipstik okay. Yang ni isteri-isteri harus praktik tau. Dalam rumah pun haruslah mekap! Jangan luar rumah je cantik, bila dalam rumah MashaAllah.
8. Mama jarang sangat selsema/batuk/demam. Kalau kehadiran ke sekolah tu memang jarang sangatlah nak amik MC sebab sakit. Alhamdulillah. Mama cakap asbab Mama sentiasa amalkan Vitamin C antibodi dan imuniti badan Mama kuat.
9. Mama suka makan ulam-ulaman. Contoh; ulam raja; pucuk paku, ibu kunyit, pudina, daun selom (daun dalam laksa tu).
10. My mil and fil suka pergi honeymoon! Ya, mereka setiap tahun terutama masa hari ulang tahun memang akan habiskan masa bersama. Dan tarikh-tarikh penting ini sentiasa akan ada memori untuk dikenang. Bagi Mama, itu adalah kebahagiaan yg patut dikekalkan dalam rumahtangga.
Okay yang terakhir, Mama cakap bukan Mama nak riak, tapi ni Tok yang cakap, Mama sentiasa jaga Tahajjud. Dan kelebihan Tahajjud ni sangatlah besar. Ramai orang tahu tapi tak ramai yang buat. Jom kita try bangun tahajjud malam ni!
Alhamdulillah, setakat ini Mama beritahu Azie yang ini lah rahsia cantik dia selama ni. Sharing is caring. Siapa tak suka kan bila umur dah menjangkau 40an tapi masih nampak macam anak dara! Harapnya Azie sebagai menantu Mama dapat jadi awet muda juga!
Nampak tak amalan yang wanita amalkan? Semuanya senang nak buat, semoga bermanfaat buat anda yang suka dengan kecantikan dan awet muda.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kaum wanita pastinya sangat menyukai kedai ini yang cukup popular menjual barangan produk penjagaan diri yang menawarkan bau menyegarkan.
Malah pantang terdengar ada jualan murah, pasti akan segera membelinya. Biarpun harga agak tinggi, tetapi produk body mist atau wangian badan ini mampu berkekalan dipakai seharian.
Namun begitu, dek kerana banyak sangat bauan yang sedap menyebabkan kita keliru membezakan antara satu sama lain.
Perkongsian gadis ini menggunakan akaun twitter @therinn_ memberitahu produk mana yang boleh dipilih jika membeli di kedai produk wangian dan mandian popular ini.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.