Golongan berisiko tinggi terutama pesakit kronik yang bakal menerima vaksin dinasihatkan melakukan beberapa persediaan seperti memastikan mereka dalam keadaan sihat selain perlu tahu nama ubat yang diambil atau membawa ubat tersebut ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk ditunjukkan kepada petugas.
Pakar Perunding Kanan Perubatan Dalaman Hospital Pakar KPJ Perlis Dr Nurazam Omar berkata, mereka juga perlu segera memaklumkan kepada petugas sekiranya mengalami sebarang gejala dijangkiti wabak Covid-19 dan turut dinasihatkan untuk membawa pen sendiri bagi mengelak risiko dijangkiti.
Justeru katanya, pesakit kronik tidak perlu takut atau risau untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 kerana ia perlu bagi melindungi mereka daripada mendapat kesan yang teruk jika dijangkiti virus itu.
Dr Nurazam berkata, vaksin boleh diibaratkan sebagai ‘perisai’ kerana ia dapat mengurangkan risiko jangkitan bagi pesakit kronik yang merupakan antara golongan tertinggi yang mendapat jangkitan wabak berkenaan.
“Mereka yang mengambil ubat atau dalam tempoh rawatan juga tidak perlu bimbang untuk mengambil vaksin Covid-19 kerana ia selamat.
“Nisbah kadar kemungkinan mendapat kesan sampingan daripada suntikan vaksin Covid-19 antara individu sihat dan mereka yang mempunyai penyakit adalah sama, jadi pesakit kronik tidak perlu risau akan perkara ini,” katanya kepada Bernama.
Dr Nurazam berkata, antara kelebihan vaksin kepada pesakit kronik yang dijangkiti Covid-19 ialah mereka dapat mengurangkan risiko kebolehjangkitan virus tersebut kepada ahli keluarga terdekat lain terutama yang berumur 18 tahun ke bawah.
Serangan anxiety ini boleh berlaku tanpa disangka-sangka dan bila-bila masa, tanpa mengira had umur dan jantina. Namun macam mana keadaan orang yang berdepan dengan masalah ini, anda patut ambil peduli.
Cuba bayangkan, apa yang anda akan lakukan jika dikejar anjing? Pasti anda akan lari menyelamatkan diri bukan? Begitu jugalah dengan mereka yang menghidap anxiety.
Untuk memahami apa itu anxiety, cuba baca perkongsian Puan Siti Ainur, dia sendiri juga pernah kena serangan ini.
Serangan Anxiety
Macam mana mahu cakap eh. Orang yang tak rasa dia tak akan paham. Sakit dia lagi perit. Orang tengok macam sihat tapi dalaman tu tak kuat. Rasa dia memang rasa nak mati. Memang sakit dia tidak ada luka, tidak ada lebam, tiada apa apa pun.
Bila pergi jumpa doktor, check memang tak ada-apa. Malah ada yang anggap anxiety ni sakit jiwa lah, gila lah mental lah. Sebab tak rasa kan? Kalau dah rasa barulah tahu ya. Sakit ni bukan kita minta tapi dia akan terus attack tanpa bagi hint. Sesiapa je boleh kena sebenarnya.
Saya terangkan dengan ringkas dan mudah faham. Anxiety ni dia akan buat sesorang tu cemas tanpa sebab, sukar bernafas, jantung berdegup dengan cepat, tak boleh tidur, terlalu memikirkan sesuatu benda dalam satu masa, pikiran kacau bilau, yang paling takut ialah selalu pikir tentang kematian. Yang kena gestrik, gerd pun akan camni.
Dengar memang orang akan ketawa. Kalau cerita pada orang pun, orang akan cakap gila. Gila itu lain, tekanan itu lain. Rata-rata yang kena anxiety tu disebabkan oleh penat dari segi mental dan fizikal dan kerap berfikir tanpa tujuan. Dan banyak faktor juga.
Anxiety ini nak pulih memang ambil masa. Ada yang hidapnya sejak kecil sampai dewasa. Ada yang hidap bertahun tahun. Ada yang meninggal dunia. Orang tengok sebelah mata tapi jangan lah rasa. Memang kalau dilihat dengan mata kasar, penghidap anxiety ni mereka tak tunjuk. Selalu menangis tanpa sebab krana ketakutan dan cemas.
Bila nak tidur takut, semua takut. Keluar rumah takut. Senang cerita semua takut dan cemas. Ada yang hilang selera makan hingga menjadi kurus kering. Tidak keluar rumah seolah-olah merasakan ada sesuatu akan terjadi padahal tidak. Selalu rasakan “jap lagi aku akan mati” padahal tidak berlaku. Hidup jadi murung dan kemurungan pun berlaku.
Pesakit yang hidap anxiety ni boleh pulih. Tapi dia tak akan pulih 100%. Bergantung pada seseorang itu juga. Yang menentukannya ialah MINDSET. Tak ada seorang pun yang mahukan jadi macam ini, malah saya juga.
Ada yang tak paham mereka akan cakap macam-macam, kurang iman lah, kurang agamalah dan memacam lah. Salah!
Solat Pun Tak Khusyuk!
Saya kongsikan sikit, apabila pesakit anxiety mahu solat, solatnya pun memang tidak akan khusyuk. Macam mana saya tahu? Saya juga pernah alami anxiety jadi saya sangat memahmi.
Di sini saya nyatakan cara mengubati anxiety secara umum. Kalau ada yang nak tambah pun boleh.
1) Dekatkan diri dengan Tuhan. Banyakkan istighfar, selawat, zikir.
2) Tolong jauhkan diri dengan orang yang negatif. Biar tak ada kawan yang ramai asalkan kawan yang berkualiti. Bila berkawan dengan orang yang negatif, minda kita akan stress dan bertambah parah anxiety.
3) Mindset. Selalu cakap dalam hati dan tukar mindset “aku sihat, tak takut.” Kadang sebab mindset kita lemah. Betulkan mindset.
4) Jangan berseorangan. Selalulah bergaul, berbual dan cerita masalah pada orang yang memahami kita dan percaya. Luah segalanya, mesti lega.
5) Buat aktiviti yang seronok bersama kawan kawan, suami, anak-anak atau parents untuk mengelakkan berfikir terlalu banyak dan cemas. Sedikit sebanyak boleh membuatkan kita lupa tentang “benda” itu.
6) Jangan tidur keseorangan, sentiasa tidur berteman supaya boleh tangani jika berlaku yang tidak diingini. Contoh anxiety akan kurang tidur dan cepat cemas, atau mungkin sesak nafas. Orang sekeliling sangatlah penting dan main peranan.
7) Jika perlu, dapatkan nasihat doktor psy. Anxiety bukan gila. Jangan takut. Sedikit sebanyak boleh melegakan pesakit. Mereka lagi memahami, dapatkan nasihat mereka. Makan makanan yang sihat. Banyakkan minum air masak.
9) Cabar diri untuk pecah tembok yang anda takut. contohnya takut untuk keluar rumah. Cabar diri untuk keluar dan yakin. Tukar mindset. Inshallah boleh.
10) Sokongan moral mental dan fizikal. Sokongan daripada Keluarga, suami, isteri, kawan-kawan dan mereka yang paham apa itu anxiety. Sentiasalah bagi dorang support.
Ada yang tanya “macam mana boleh kena anxiety?”. Hmm… seperti apa yang saya tahu kemungkinan dari mental fizikal yang penat, lemah, kerap berfikir, stress sebab jaga anak, kerja, bisnes, stress pasal orang, dan sebagainya (sila rujuk pakar).
Kalau benda nak datang kita pun tidak akan jangka. Sesiapa akan kena. Artis pun kena apatah lagi kita orang biasa.
Akhir kata, anxiety datang tanpa kita jemput. Dan tak semestinya macam apa saya nyatakan di atas. Mungkin sebab gastrik, gerd dan sebagainya. Ini saya ceritakan apa yang berlaku kepada saya dan macam mana saya atasi semuanya saya nyatakan di atas.
Jika ada cadangan lain, terserah mahu ikut atau tidak. Setiap orang berbeza dan saya nyatakan cara-cara di atas adalah umum.
I’m not doctor, but Im sharing my experince only.
Please lah alert if ada kekawan atau ada yang hidapi benda ini. Bagi support each other dan inshaa Allah semua akan jadi sedia kala.
Anxiety and panic attack berbeza. Sila tanya yang lebih arif.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Asparagus, sayurnya tidak berdaun dan boleh tumbuh sehingga 25cm dalam sehari. Dikatakan asparagus berasal dari kata Yunani yang bermaksud ‘tunas’.
Ia mempunyai tekstur yang unik dan mempunyai banyak nutrisi yang baik untuk badan. Asparagus adalah anggota keluarga lily (Liliaceae) yang meliputi bawang putih dan bawang merah.
Untuk mengolah asparagus tidaklah sukar dan ia sangat mudah dimakan. Beberapa tip untuk anda yang ingin menjadikan asparagus sebagai hidangan untuk anda sekeluarga.
Pilih asparagus yang masih berwarna hijau, tidak layu, lurus dan kelopak pada bahagian hujungnya masih menutup.
Jika anda belum mahu digunakan, jangan bersihkan atau merendam asparagus. Sebaliknya potong bahagian hujung asparagus, masukkan ke dalam bekas yang diisi sedikit air dan tutup. Tempoh penyimpanan asparagus sekurangnya seminggu.
Asparagus yang masih muda tidak perlu dikupas dan ada yang dijual di pasaran mempunyai tahap kematangan yang berbeza.Bahagian bawah yang berwarna putih menandakan asparagus itu sudah matang. Jadi, anda perlu mengupas bahagian kulit kerasnya untuk mendapatkan batang asparagus yang enak dan lazat.
Ia mempunyai asid folik yang tinggi dan mengelakkan dari penyakit kardiovaskular. Ia juga boleh menurunkan kolesterol jahat kerana kandungan serat dan potassium yang dapat mengawal kadar tekanan darah dan homosistein darah.
Ia sayur yang kaya vitamin K dan 35% mencukupi dari keperluan harian anda. Kandungan vitamin K dapat mencegah stress saraf otak dan kerosakan neuron yang menjadi penyebab Alzheimer. Dengan vitamin K ia turut menghindarkan dari gigi berlubang dan osteoporosis.
Pengambilan asparagus akan mengurangkan masalah cirit birit dan sembelit. Ia adalah satu-sastunya sayuran yang mengandungi insulin dan nutrisi bakteria baik dalam usus besar.
Sifat asparagus yang anti kanser kerana kandungan glutathione iaitu antioksidan yang mampu memecahkan sel kanser dan radikal bebas.
Asid folik yang tinggi sangat baik untuk ibu mengandung dan perkembangan janin. Bukan itu sahaja, asparagus juga boleh meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. Asparagus dsangat baik untuk diambil setiap hari ketika untuk mengurangkan rasa sakit semasa haid dan menstabilkan emosi ketika PMS.
Ia meruapakan sumber vitamin B termasuk B1, B2, B3, dan B6. Beberapa Vitamin B ini dapat bekerja sama dalam metabolisme glukosa untuk mengatur gula darah. Kadar gula darah yang stabil boleh menghindarkan anda dari nafau makan.
Zat kimia yang ada dalam asparagus membantu proses detoksifikasi untuk menghilangkan toksin dalam badan, tubuh, dengan memecah asid oxalate sehingga menurunkan kadar lemak.
Ia mengandungi 288mg kalium dalam per cawan. Kandungan kalium inilah yang dapat mengurangkan lemak, rendah sodium dan tiada kolesterol. Sesuai untuk anda yang ingin menurunkan berat badan.
Segar atau dimasak
Kalori: 13kcal
Lemak: 1g
Kolesterol: 0mg
Karbohidrat: 3g
Protein: 2g
Serat: 1g
Sodium: 8mg
Asparagus boleh dimasak dengan pelbagai hidangan sihat seperti salad, sup, dimakan mentah atau dijadikan campuran jus dan smoothies.
Tip: Jangan terkejut jika air kencing anda berbau agak tajam kerana asparagus mengandungi methanethiol dan sulphur.
Sisi bahagia Suhaila Sulaiman di sisi Faizal Hussein, pasti ramai yang nak tahu perkembangan terkini pelakon wanita ini apabila melihat anak-anaknya semakin membesar.
Jika sebelum ini anda dapat ketahui perkembangan pelakon Gila-gila Remaja ini di media sosial, kali ini kita selongkar kisah hidup suri hati Faizal Hussein yang dahulunya turut pernah mewarnai dunia seni.
Suhaila Sulaiman yang juga seorang pelakon, lebih selesa memberi sepenuh tumpuan terhadap keluarga terutamanya selepas bergelar ibu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fazryn dan Fazrick yang kini dilihat semakin meningkat dewasa dan berjaya dalam bidang akademiknya.
Disifatkan antara pasangan selebriti yang merendah diri dan saling melengkapi di antara satu sama lain, kemesraan Faizal Hussein dan isteri tersayang sentiasa dicemburui peminat. Walau sudah berbelas tahun menjadi suami isteri namun kedua-duanya seperti pasangan baru berkahwin.
Menyentuh soal perkahwinan, Faizal Hussein pernah berkongsi tip untuk kekal mewangi dalam hubungan suami isteri.
Kongsinya, “Jangan malu untuk tunjuk kasih sayang pada isteri dekat depan public atau di mana-mana.
“Banyak orang lelaki biasanya kontrol, nak nampak macam macho dan tak hairan pada isterinya.
“Tapi pada saya, kalau saya rasa nak cium isteri depan orang, saya buat je. Tak kisah pun.
“Kemudian hormat menghormati satu sama lain, maam saya tak akan meninggi suara dekat pasangan depan orang. Memang tak akan tinggi suara.”
Melihat raut wajah lembut dan peribadi menyenangkan Suhaila, pastinya kehidupan Faizal Hussein bertambah bahagia. Kagum dengan cara wanita ini menjaga keharmonian keluarga dan sentiasa menjadi tulang belakang suami tercinta.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!