Seperti yang kita maklum, tahun ini sekali lagi akan merayakan sambutan Aidilfitri di rumah sahaja.
Ini adalah bagi mengekang penularan kes jangkitan Covid-19 yang semakin tinggi.
Walaupun hanya beraya di rumah bersama ahli keluarga tetapi tidak membataskan kita bersiap secantik mungkin untuk beraya bersama ahli keluarga masing-masing.
Apa yang penting mood raya tetap onzz dengan tampil cantik di pagi raya. Tidak susah untuk tampil cantik, hanya perlu seminit dua wajah polos akan terampil menawan dengan solekan ringkas
Untuk yang gemar bergaya ringkas, boleh ikut tutorial mekap oleh penyanyi remaja Iman Troye atau Iman Alyysa Sahabudin.
Setiap wanita memang sangat menjaga kecantikan wajah dan penampilan supaya tampil lebih berkeyakinan di khalayak.
Dan definasi kecantikan itu merangkumi pelbagai penjagaan sama ada dalaman dan luaran.
Bgi wanita di seluruh dunia memang mengamalkan cara berbeza dalam memastikan kecantikan mereka sentiasa terpelihara.
Seperti wanita di Malaysia, mereka ini juga kebanyakan menggunakan petua tradisional sebagai amalan kecantikan diri masing-masing.
Jamu adalah resipi turun temurun dan rahsia kecantikan wanita Indonesia. Ramai yang percaya jamu mampu menjaga daya tahan tubuh dan juga menghaluskan kulit wanita.
Namun bahan semula jadi yang terkandung dalam jamu mampu menaikkan seri wajah dan menjaga kulit. Tidak hairanlah jika wanita di Indonesia mengamalkan rutin meminum jamu seawal umur belasan tahun untuk mengekalkan tradisi kecantikan yang diwarisi mereka.
Rambut hitam pekat dan lebat wanita Filipina rupanya daripada penggunaan lidah buaya.
Pati jeli daripada lidah buaya dilumur pada rambut dan kulit kepala untuk menyerap nutrisi. Hasilnya, rambut kekal kuat, lebat dan pada masa sama menghilangkan masalah gatal atau kelemumur pada kulit kepala.
Wanita di negara matahari terbit sinonim dengan pemakaian pupur wajah antaranya daripada tanah liat. Pupur wajah turut dipakai pada kulit kepala juga. Ia dikatakan dapat membantu menyerap kotoran dengan lembut.
Wanita Korea dikatakan mengamalkan mencuci muka menggunakan air basuhan beras. Mereka mengambil air basuhan yang kedua beras untuk mencuci muka atau mandi bersama.
Difahamkan air basuhan beras boleh membantu menjadikan kulit lebih lembut.
Jika anda mengalami masalah rambut dan kulit kepala berkelemumur, boleh cuba petua dari Australia ini.
Titiskan beberapa titis minyak pokok teh ke dalam syampu dan cuci rambut seperti biasa. Minyak pokok teh dikatakan dapat mengurangkan masalah kelemumur.
Ramai wanita Itali menggunakan campuran yogurt dan minyak zaitun dalam rutin penjagaan rambut. Gabungan dua bahan itu dikatakan dapat menjadikan rambut lebih cantik, berkilat dan ringan.
Wanita Portugal gemar memakai pupur wajah daripada kunyit bagi menyerlahkan lagi warna kulit perang mereka.
Selain itu, wanita di Portugal juga gemar berjemur di bawah cahaya matahari, iaitu cara pantas untuk mendapatkan vitamin D.
Bulgaria sememangnya terkenal dengan lembah ros yang mengeluarkan lebih dari 85 peratus minyak ros dunia.
Jadi wanita di negara itu tidak melepaskan peluang menggunakan bunga ros yang diyakini dapat membantu menaikkan seri kulit.
Cuaca sejuk di Rusia sememangnya boleh menyebabkan masalah kulit kering. Untuk mengekalkan kelembapan kulit semula jadi, wanita di sana menggunakan madu untuk mengekalkan kelembapan kulit. Selain itu, madu yang dicampurkan dengan gula juga dijadikan sebagai skrub.
Mata galak kepunyaan wanita Sepanyol sering menjadi pujaan ramai. Antara petua untuk mata cantik seperti mereka ialah dengan menghilangkan lingkaran gelap bawah mata.
Caranya, letakkan hirisan kentang pada kawasan mata dan biarkan selama 10 minit. Anda boleh melihat sendiri perbezaannya.
Meskipun bergelar negara maju namun masyarakat di sana khususnya golongan wanita masih mengamalkan pengambilan air yang mencukupi untuk menjaga kesihatan dan kecantikan.
Wanita di sana juga gemar melakukan senaman dan ramai juga beralih kepada pengambilan makanan berasaskan sayur-sayuran untuk kesihatan serta kecantikan.
Rahsia kecantikan bagi wanita Greece adalah mengamalkan sayur-sayuran, buah-buahan serta bijirin sihat yang baik untuk kulit dan rambut. Diet Mediterranean ini dipercayai menjadi kunci kepada kecantikan kebanyakan wanita Greece.
Wanita di Mesir memiliki kulit yang licin seperti sutera kerana mereka dikatakan kerap melakukan mandian susu. Umum tahu susu kaya dengan pelbagai nutrisi penting yang sangat bermanfaat bagi tubuh seperti kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, D, B6, B12, protein dan sebagainya.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti satu produk kosmetik yang mengandungi merkuri dan boleh merosakkan organ dalaman seperti buah pinggang.
Dalam perkongsian di Public Health Malaysia, memberitahu produk Luffiya Treatment Foundation yang dipromosikan sebagai mesra wuduk ini dikatakan mampu membuat kulit jadi cerah, glowing dan kulit jadi semakin anjal.
Namun rupa-rupanya produk kosmetik ini mengandungi bahan merkuri yang ada bahayanya tersendiri.
Jika seseorang menggunakan produk ini, merkuri boleh menyerap masuk ke tubuh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan masalah sistem saraf.
Jadi sehubungan itu, KKM memberi ingatan supaya pengguna berhenti menggunakan produk ini. Bukan itu saja, perlu juga untuk hentikan jualan dan sebarang bentuk promosi kepada orang ramai.
Kepada mereka yang sudah membeli produk ini dinasihatkan untuk mengikut saranan KKM bagi mengelak sebarang kemudharatan pada kesihatan nanti.
Sebelum itu KKM juga turut mengenal pasti beberapa produk lain yang juga mengandungi racun boleh merosakkan kulit wajah dan mendatangkan risiko kanser.
Pernah atau tidak anda melihat mengalami sendiri masalah kecacatan pada jari kaki atau dikenali dengan nama Bunion.
Agak asing mendengarnya tetapi masalah ini juga dianggap sebagai kecacatan apabila jari kaki terkeluar.
Jika tidak diatasi masalah ini akan menjadi lebh teruk terutama apabila memakai kasut yang sempit.
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad dilaman sosial Facebook menjelskan apa yang dimaksudkan dengan masalah Bunion ini.
Bunions disebut sebagai hallux valgus atau hallux abducto valgus adalah masalah jari kaki pertama yang membengkok ke dalam sehingga tulang pada pangkal jari kelihatan terkeluar dari penjajaran dan menghasilkan “bonggol” (bunion) itu.
Bunions berlaku secara beransur-ansur mengubah sudut tulang selama bertahun-tahun. Semakin lama keadaan akan menjadi lebih teruk.
Gejala biasa dialami adalah rasa sakit terutama apabila memakai kasut yang sempit.
Doktor akan mengambil x-ray untuk menentukan tahap kecacatan yang berlaku.
Jika keadaan tidak terlalu teruk atau sebelum pembedahan, doktor mungkin menyarankan:
1. Memilih kasut yang sesuai yang mempunyai pembukaan jari lebar.
2. Pelapik diletakkan pada kawasan bunion untuk mengurangkan sakit.
3. Elakkan aktiviti yang menyebabkan kesakitan seperti berdiri untuk jangka masa yang lama.
4. Pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs seperti ibuprofen, untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan.
5. Menuam pek ais beberapa kali sehari membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan.
6. Suntikan steroid untuk merawat keradangan bursa (kantung berisi cecair yang terletak di sekeliling sendi)
7. Dalam sesetengah kes, peranti ortotik diberikan untuk membentuk bunion di peringkat permulaan.
Jika rawatan tanpa pembedahan gagal untuk melegakan kesakitan bunion dan mengganggu aktiviti harian, doktor akan mencadangkan pembedahan untuk membuang “benjolan” tulang, membetulkan perubahan struktur tulang, dan memperbaiki perubahan tisu lembut yang mungkin juga berlaku. Matlamat pembedahan adalah mengurangkan kesakitan.
Tempoh masa pemulihan bergantung pada prosedur yang dilakukan.
Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram. https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.