Wajib tahu cara bersihkan dinding conteng, sebab situasi ini akan jadi perkara normal bila ada kanak-kanak tengah membesar dalam rumah.
Walaupun tak banyak, mesti akan ada kesannya. Hasil kreativiti ini kadang-kadang boleh berlaku kat mana-mana dinding rumah. Tak ruang tamu, mesti akan jumpa kesan tu dalam bilik.
Kalau dah banyak sangat kesan contengan itu, sakit juga mata. Sampaikan kalau tetamu datang rumah pun kita rasa serba salah. Nak cat semula dinding tak ada masalah, tapi selagi anak masih belum faham tetap kena lalui situasi ini.
Jadi bagi anda yang mengalami situasi macam ni, apa kata cuba bersihkan kesan contengan itu dengan cara yang dikongsikan oleh Nur Adiba Hassan.
Boleh bersihkan kesan pensil, pensil warna atau krayon. Mudah dan berkesan!
Hilangkan hasil tangan anak bijak soleh dan solehah di dinding.
Ads
Bahan-bahan:
1. Cif
2. Berus hijau (tak tau ape nama)
3. Air
4. Tuala
Ads
Cara-cara:
1) Letak sikit cif atas berus hijau yang dibasahkan. Gosok bekas contengan.
Ads
2) Kemudian lap dengan kain basah bersih. Pastikan kain tu dibilas bersih supaya tak bertompok-tompok.
Ok lah hasilnya. Dapat hilangkan kesan pensil, crayon.
Haa.. selepas anda boleh cuba buat dan tengok hasilnya. Sekurangnya nampaklah bersih sikit dinding rumah. Cubalah!
Ada ramai yang beli petroleum jelly tetapi kurang jelas macam mana nak guna pada kulit. Sudahnya tak terguna dan terbiar dalam kabinet rumah.
Ruginya! Jom ketahui tip daripada pakar dermatologi macam mana nak menggunakan jeli petroleum sebaiknya.
1. LEGAKAN KULIT KERING TERMASUK BIBIR & KELOPAK MATA
Kulit kering boleh menyebabkan mengelupas, gatal, retak dan juga berdarah. Daripada losyen, cuba pertimbangkan untuk menggunakan jeli petroleum untuk masalah ini. Boleh dioles pada pada bibir dan kelopak mata juga, tau!
Kulit pada kelopak mata adalah kulit paling nipis pada badan dan boleh merengsa dengan mudah. Jika kelopak mata anda kering dan menggelupas, sapukan sedikit jeli petroleum untuk kelembapan dan perlindungan.
Bagi hasil terbaik, sentiasa sapukan jeli petroleum apabila kulit lembap.
2. KULIT CEDERA CEPAT SEMBUH
Bagi luka ringan seperti luka, goresan dan calar, gunakan jeli petroleum untuk memastikan luka itu sentiasa lembap. Ini membantu mengelakkan luka daripada kering dan membentuk kudis. Hal ini kerana, kudis mengambil masa lebih lama untuk sembuh.
Ini juga akan membantu mengelakkan parut daripada menjadi terlalu besar, dalam atau gatal. Selagi luka dibersihkan setiap hari, tidak perlu menggunakan salap antibakteria.
3. CEGAH MELECET
Melecet adalah kerengsaan kulit yang menyakitkan, berlaku apabila bahagian badan saling bergesel bersama atau bergesel dengan pakaian.
Bagi mengelakkan melecet yang boleh menyebabkan lepuh, sapukan jeli petroleum pada kawasan yang bermasalah seperti di kaki atau peha.
4. RAWAT RUAM LAMPIN
Cara terbaik untuk mengelakkan ruam lampin adalah dengan memastikan kulit bayi anda sentiasa kering dan bersih. Namun, jika bayi anda mengalami ruam, sapukan jeli petroleum setiap kali menukar lampin.
Ruam bayi anda akan hilang dalam masa tiga hingga empat hari, dengan penjagaan yang betul. Jika ruam tidak hilang, berjumpa dengan pakar dermatologi yang disahkan oleh lembaga kesihatan.
5. HIDRAT SEMULA KUKU
Jika anda kerap melakukan rias kuku dan pedikur, sapukan jeli petroleum pada kuku dan kutikula anda. Ini akan mengurangkan kerapuhan dan membantu mengelakkan kuku daripada terkelupas.
Bagi hasil terbaik, sapukan apabila kuku anda lembap.
Hah, best kan? Tetapi walau jeli petroleum mempunyai banyak manfaat, tidak bermaksud boleh digunakan pada segala-galanya.
Ada yang sapu sekitar mata untuk hilangkan eye bag dan bulu mata untuk lentikkan mata.
Elakkan menyapu jeli petroleum pada muka jika anda mempunyai jenis kulit muka yang mudah berjerawat. Ini boleh menyebabkan jerawat pada sesetengah orang.
Sekiranya anda mempunyai persoalan tentang kulit anda atau cara menjaganya, berjumpa dengan pakar dermatologi yang diperakui oleh lembaga kesihatan.
Bermula esok akan dilakukan pemberian vaksin menggunakan pendekatan ‘walk in’ atau secara terus di Lembah Klang.
Sebelum itu Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, ketika mengumumkan perkara itu berkata, suntikan inokulasi bagi tujuan berkenaan akan dimulakan secara berperingkat.
Mulai 2 Ogos, katanya keutamaan pemberian vaksin akan diberikan kepada individu berusia 40 tahun ke atas dan yang mempunyai komorbiditi.
“Kita akan buka (pemberian vaksin secara terus) mengikut kategori dahulu, justeru pada 2 Ogos, kita akan menerima ‘walk in’ untuk mereka yang berumur 40 tahun ke atas dan golongan komorbidi.
“Pada 5 Ogos, kita akan buka kepada semua, 18 tahun ke atas. Kaedah pelaksanaan ‘walk in’ akan kita akan umumkan menerusi siaran media daripada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam tempoh terdekat.
“Untuk kita elak daripada masalah berita palsu, bukan semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terima ‘walk in’, kita akan maklumkan senarai PPV mana yang terima dalam tempoh beberapa jam nanti.
“Yang tular baru-baru ini, mengenai senarai PPV dengan jenis vaksin tertentu, itu tidak betul. CITF akan tentukan dan keluarkan senarai PPV, hari ini,” katanya dalam satu sidang media.
Jadi kepada mana-mana individu yang belum mendapat suntikan vaksin boleh hadir di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin seperti ti bawah ini.
Walau bagaimanapun, anda diingatkan untuk hadir pada masa ditetapkan untuk mengelak kesesakan di tempat PPV ini nanti. Jangan lupa bawa kad pengenalan dan sentiasa update aplikasi MySejahtera.
Sapu sikit serlah seri wajah. Lima pilihan blusher paling best, mekap terus On Point. Selain pembayang mata, pemerah pipi juga memainkan peranan penting dalam menyerlah solekan seseorang.
Biarpun hanya mengoles secara sederhana, tetapi sapuan yang sedikit itulah mampu menaikkan seri wajah.
Pelbagai pilihan warna pemerah pipi atau blusher yang dijual dipasaran, tetapi sebagai pengguna kita perlu bijak memilihnya agar tidak menjadi mangsa penipuan hingga boleh rosakkan kulit wajah.
Disenaraikan antara 5 pilihan blusher terbaik yang boleh kita cari di drugstore berhampiran dengan harga mampu milik. Yang penting buat mekap kita terus on point.
Bertekstur halus dan lembut serta warna yang mudah diadun ke kulit untuk memberi efek seri semula jadi. Pemerah pipi yang bersaiz kompak ini sangat senang digunakan dan mudah dibawa kemana sahaja. Anda tampak cantik semulajadi setelah memakainya, kerana warnanya sesuai untuk semua tona kulit. Paling penting, bebas bahan merbahaya yang boleh menyebabkan kulit iritasi.
Serlahkan pipi kamu dengan blusher hebat daripada IN2IT ini. Berbekalkan formula kalis air, blusher lembut ini akan kekal sepanjang hari di wajah. Jadi, anda tidak perlu risau tentang touch-up berulang kali. Blusher mampu milik ini juga akan memastikan kulit anda nampak berseri semula jadi.
Pemerah pipi dengan warna yang menarik ini mempunyai bau yang harum dan sesuai untuk dikenakan pada semua jenis kulit. Dengan cara pemakaian yang betul, pipi anda akan nampak rona kemerah-merahan, membuatkan wajah kelihatan lebih berseri. Bersaiz kecil dan ringan untuk di bawa ke mana sahaja.
Blusher dari Maybelline berbentuk stick ini sangat mudah untuk dipakai, terutama sekiranya anda sering mengejar masa. Hanya calit dan sapukan sahaja, pemerah pipi ini mempunyai formula jenis krim yang mudah meresap pada kulit dan boleh tahan lama. Warna yang terang dan menarik dari pemerah pipi ini menjadikannya sesuai untuk dikenakan pada semua tona wajah dari cerah hingga ke gelap.
Blusher jenis ini sesuai untuk anda yang kulit berminyak kerana jenama Revlon sangat dipercayai bagi mereka yang memiliki masalah kulit berminyak. Hanya dengan sekali sapu, tekstur pemerah pipi ini akan berubah menjadi bedak dan menyerap kesan peluh yang terdapat dipermukaan wajah. Sapukan pemerah pipi ini untuk warna yang lebih menyerlah.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.