“Ayah Stabil Tapi Ibu ‘Dikomakan’ Di ICU” – Tasha Manshahar Mohon Doakan Ibu Bapa Positif Covid-19

Share

Jangkitan kes terbaru Covid-19 yang semakin meningkat kini tidak mengıra siapa mangsanya. Baik muda atau tua, berpotensi boleh disahkan positif.

Terbaru kedua ibu bapa kepada penyanyi Tasha Manshara juga disahkan positif dan dirawat di Hospital Selayang.

Difahamkan keadaan bapanya Mohd Manshahar kini stabil tetapi ibunya, Herina Wong terpaksa dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di hospital berkenaan.

Justeru melalui perkongsian di Insta Storiesnya, Tasha memohon orang ramai turut mendoakan agar diberi kesembuhan kepada kedua-dua orang tuanya ini.

Tambah Tasha lagi ibunya terpaksa ‘ditidurkan kerana paras oksigen dalam badan tidak stabil.

“Ayah nampaknya semakik baik. Mummy je la. Lungs Mummy ada jangkitan, kandungan oksigen dalam badan pun tak okey. Jadi doktor kena ‘tidurkan’ dia dan masukkan tiub untuk antu pernafasan hingga keadaan dia kembali stabil”.

Menurut Tasha lagi dia juga tidak menjangka keadaan akan jadi sampai tahap seperti itu kerana keadaan emaknya kelihatan baik saja waktu mula-mula masuk wad.

Sementara itu adik lelaki Tasha juga turut muat naik status perkembangan berkenaan ibunya di laman twitter yang juga turut menyentuh hati.

Menerusi akaun twitter @aizatmanshahar memberitahu jika berlaku apa-apa ke atas ibunya, dia tidak bersedia kerana tidak sekuat ibunya itu.

Mohon doakan kesihatan ibu dan ayahnya

Sempat lihat wajah ibunya sebelum ‘ditidurkan’

Perkembangan terkini, ibu respon baik dengan ubat diberi

Artikel Berkaitan:

Doktor Ini Dedah Virus Covid-19 Mula Serang Orang Muda & Akui Jangkitan Makin Cepat

40 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid-19 Lepas Dua Dos Suntikan, Dr Noor Hisham Mintak Orang Ramai Kekal Jaga SOP

Lelaki Ini Kongsi 4 Ahli Keluarga Dijangkiti Covid-19, Abang Ipar Pula Meninggal. Mohon Allah Beri Kesembuhan!

IKLAN