Baru-baru ini doktor perubatan dan juga pempengaruh, Dr Malar Santhi turut mendapat kecaman orang ramai tentang perkara ini.
Ini berlaku apabila perkongsian memasaknya di Insta Story mengandungi satu jenama perasa tambahan menjadi lubuk orang ramai mengecam.
Alasan Dr Malar Guna MSG Dalam Masakan
Menjawab tentang isu itu, beliau baru-baru ini memuat naik video penjelasan bahawa tiada kajian saintifik yang mengatakan bahawa MSG ini tidak selamat dimakan.
“Sebelum tu saya nak buat disclaimer, penjelasan ni adalah jujur daripada saya tau. Bukan daripada Ajinamoto.
“Macam ni, ketakutan terhadap MSG ni bermula dari barat. Sekitar tahun 1960an, seorang doktor tulis surat kepada New England Journal of Medicine mengenai gejala selepas makan makanan cina, seperti pening atau sakit kepala selepas makan dekat restoran cina. Jadi, doktor tu buat spekulasi mengatakan MSG dalam makanan itu lah yang menyebabkan simptom macam tu katanya.
“Jadi, banyak lah kajian saintifik yang dibuat tentang MSG dalam masakan ini dan kesemuanya mengatakan bahawa secara amnya MSG selamat dimakan oleh kebanyakan orang apabila diambil dalam kuantiti yang bersederhana,” kata beliau.
Ads
Ada 4 Sebab, Jadi Pilihan di Tangan Sendiri
Dalam pada itu, beliau sempat menjelaskan sebab mengapa beliau memilih untuk menggunakan MSG dalam masakan.
“Point pertama saya dalam menggunakan ajinamoto dalam masakan saya adalah tiada kajian saintifik yang menunjukkan berbahaya. Point kedua, anda semua tahu tak sebenarnya MSG ini diabstrak, diperbuat daripada sumber makanan semula jadi macam tomato, ubi kayu, tebu, melalui proses penampaian tapi ia daripada makanan sumber semula jadi dan MSG ni memberikan rasa sedap bila digunakan dalam masakan.
“Macam ni tau, sebagai tukang masak bertauliah untuk keluarga saya. Tugas saya adalah untuk sediakan makanan yang sedap dan sihat untuk keluarga saya. Kalau sihat je tapi tak sedap, keluarga saya tak nak makan. Jadi tak seronok makan makanan di rumah tak guna juga. Kalau sedap sangat tapi tak sihat, makan dan dapat penyakit tak guna juga.
Ads
“Sebab tu saya pilih untuk gunakan MSG dalam masakan saya sebab ia sihat dan menyedapkan. Ini point ketiga. Point keempat, point yang terakhir, saya sebenarnya secara peribadi menggunakan perasa MSG dalam masakan untuk kurangkan pengambilan garam dalam kehidupan,” jelas beliau.
MSG Tambah Rasa Sedap
Tambahnya lagi, MSG ni dia ada 12 peratus sodium, manakala table salt pula ada 39 peratus sodium. Jadi, kandungan sodium dalam ajinamoto yang lebih rendah membolehkan kita mengurangkan pengambilan sodium dan menambah rasa sedap dalam makanan.
Ads
“Sebagai seorang doktor, ibu dan isteri yang bersilat dekat dapur hampir setiap hari untuk menyediakan makanan untuk keluarga, saya boleh cakap dengan yakin, penggunaan MSG memang membantu mengurangkan pengambilan garam.
“Contohnya lah kalau masak sayur goreng, saya tak letak garam langsung tau. Saya tumis dengan bawang, letak secubit ajinamoto macam tu, terus angkat. Bila makan sekali dengan lauk kari sekali dengan sayur, dah cukup dah garamnya. Dah sedap untuk dimakan, ini style saya masak.
“Jadi, ini empat sebab dan saya nak rumuskan, saya tak bersalah, MSG tak bersalah, mindset kita yang dimomokkan oleh propaganda dari barat sejak dahulu kala yang perlu diperbetulkan.
“Apapun kita semua hidup sekali je kan, jadi makanlah sedap-sedap, nikmati kehidupan yang sementara ini, cuma pastikan sihat dan selamat. Dan yang paling penting ingat, sentiasa ikut kajian saintifik, bukti melalui perubatan, jangan ikut mitos makcik bawang,” jelas Dr Malar.
Haaa.. dapat sesuatu? Selepas ini jangan sebab kita tak amalkan sesuatu, kita bunuh rasa bahagia orang lain dengan padangan komen kita. Semuanya di tangan anda!
Tidak dinafikan terdapat lambakan produk atau suplemen sama ada berasaskan buah-buahan ataupun perisa lain.
Tidak pasti sejauh mana keberkesanan produk dijual kerana masing-masing memberitahu baik untuk kesihatan dan boleh mengurangkan penyakit tertentu.
Namun, perlu diingatkan sebagai pengguna bijak, jangan sesekali percaya dengan apa yang diiklankan. Suplemen begini tidak begitu pasti keberkesanananya selagi tidak mendapat kelulusan dari pihak KKM sendiri.
Perkongsian Dr. Arisman MD memberitahu mengenai perkara ini sebagai panduan untuk mengelak terus jadi mangsa scammer ubatan overclaim ini.
“Doktor, kalau saya ambil jus ****** dan vitamin ****** ok tak? Untuk lawaskan kencing kotor saya.” tanya pesakit.
“Minta maaf puan. Saya tak tahu pasal jus dan nama produk vitamin puan ni. Jadi saya tak boleh nak cakap bagus atau tak.” jawabku
Pesakit cuba menunjukkan gambar produk dalam galeri handphone beliau “ … yang ni doktor, yang ni…”
“Maaf puan. Saya masih tak tahu pasal dua produk ni. Puan beli dari mana? Online? Pharmacy?” Tanyaku kepada pesakit.
“Yang ni (sambil tunjuk gambar dalam hp) saya beli online, yang vitamin ni ada anak kawan jual.” jawab pesakit.
“Beginilah puan. Saya ni doktor perubatan memang kami tak pernah belajar tentang produk-produk begini. Bukan bidang tugas kami untuk pastikan. Saya cuma tahu bahawa ada komponen-komponen tertentu yang tidak sepatutnya ada dalam satu produk minuman misalnya yang mengandungi steroid. Ia ubat terkawal dan tidak boleh dicampurkan dalam produk minuman.”
“Ada yang merasa sihat dan bertenaga selepas minum jus atau teh produk tertentu, padahal cuma teh biasa. Kenapa boleh jadi begitu? So kena hati-hati sebab boleh jadi ada campuran bahan terlarang didalamnya tetapi tidak dipaparkan dalam kotak produk.”
“Yang akan rosak nanti kemudian hari adalah buah pinggang dan hati kita.”
“Waktu tu kalau nak salahkan produk dan nak saman, amat susah nak menang sebab dah lama dan banyak produk lain yang diambil. Menyesal sangat nanti. Yang menanggung derita si pembeli. Saya ada pernah berjumpa pesakit saya yang buat dialisis beberapa kali kerana mengambil produk terlarang ini.” jawabku.
“Saranan saya kepada puan, untuk bersihkan buah pinggang dan cepat sembuh dari kencing kotor puan ni, pertama terpaksa ambil ubat antibiotik untuk bunuh kuman dulu puan. Kedua silakan minum air banyak supaya kencing kerap dan ini satu cara alami untuk sihatkan buah pinggang kita. Sangat mudah dan murah untuk sihatkan buah pinggang. Kan?” jawabku.
“Ya. Betul doktor. Faham.” pesakit tadi jawab dengan nada perlahan.
Berhati-hati dengan jualan produk kesihatan yang memberi tuntutan melampau. Apatah lagi jika produk itu tidak ada kelulusan dari KKM.
Begitu juga halnya apabila anda pergi berjumpa doktor di klinik atau pergi ke farmasi, jangan terpengaruh dengan promosi dan penjualan produk suplemen mereka yang sebenarnya tidak perlu pun. Berhati-hati ya.
(Gambar adalah contoh sahaja)
Dr. Arisman, MD. “Sama-sama belajar” Ekonomi sekarang tak stabil sangat, berjimatlah. Amalkan gaya sihat InshaAllah. (Gambar adalah contoh sahaja)
Kata orang malang itu tidak berbau. Bila-bila masa saja boleh terkena kemalangan kecil walaupun berada dalam rumah.
Antara kemalangan kecil yang sering berlaku di rumah adalah anggota badan melecur akibat kena minyak atau air panas.
Kalau zaman mak-mak kita dulu akah suruh letak ubat gigi untuk tempoh penyembuhan. namun sebenarnya cara itu salah dan tidak bagus untuk kesihatan.
Menurut posting yang dikongsi oleh Public Health Malaysia, meletakkan ubat gigi pada luka melecur adalah tidak bagus.
Menurut PHM lagi, kulit bukan sahaja tidak dapat diselamatkan tetapi juga menyebabkan komplikasi kepada kulit dan boleh merebak ke tempat lain. Lebih-lebih lagi jika yang terkena adalah anak kecil.
Kasihan. Kulit tersebut bukan sahaja tidak dapat diselamatkan. Ianya menyebabkan komplikasi kepada kulit dan merebak ke tempat lain. Si kecil dapat jangkitan kuman selepas seluruh tangannya melecur terkena air panas. Ini kerana rawatan awal yang diberikan si ibu adalah salah.
Masih terdapat nasihat di media sosial memberikan maklumat yang salah. Berhenti guna gamat, ubat gigi pada luka melecur. Ianya salah. Hanya perlu lalukan air dan balut dengan plastik pembungkus. Bawa terus pesakit ke hospital. Lebih awal pesakit dirawat lebih tinggi peluangnya untuk sembuh.
Kalau luka melecur selain jangan letak ubat gigi elakkan letak ini:
1. Madu
2. Mentega
3. Gamat
4. Kicap
5 Telur
Sebenarnya bagi mengatasi masalah ini, 4 perkara yang perlu anda lakukan:
Kadang-kadang tanpa disedari, kita turut terdedah dengan pelbagai jenis bahaya. Antaraya adalah gigitan serangga kecil.
Walaupun kecil tetapi sebenarnya berbisa dan boleh nmenyebabkan pelbagai masalah kesihatan terutama jangkitan pada kulit.
Perkongsian dari laman web Farmasi @Farmacora ini memberitahu bahaya serangga yang boleh hidup bawah kulit manusia dan tanda-tanda perlu tahu sebelum itu.
1. Kutu/sengkenit
Kutu suka kawasan yg hangat tetapi tersorok seperti ketiak & kepala untuk menghisap darah. Digigit kutu tak bahaya tapi ada beberapa jenis kutu yang bawa kuman berbahaya dan boleh menyebabkan penyakit seperti demam tompok Rocky Mountain (RMSF) atau penyakit Lyme.
2. Hama Gatal/Skabies
Hama gatal betina duduk pada bawah lapisan kulit manusia untuk bertelur selama berminggu-minggu lamanya tanpa dikesan oleh perumah. Haiwan ini cuma bertelur dan tidak akan membiak di bawah kulit manusia.
Skabies boleh menjangkiti orang lain dengan sangat cepat menerusi sentuhan fizikal. Disebabkan penyakit ini mudah berjangkit, doktor selalunya akan mencadangkan satu keluarga mendapatkan rawatan secepat mungkin.
Doktor akan merawat hama gatal menggunakan sejenis racun. Selalunya, ia boleh didapati dalam bentuk krim dan losen dan amat efektif dalam membunuh hama dan juga telur-telurnya.
Sesiapa yang pernah tinggal di asrama kebiasaanya pernah terkena skabies ni.
3. Ulat Skru (Screwworm)
Ulat skru merupakan serangga pemakan daging yang berbahaya dan boleh mencetuskan pelbagai masalah. Rupanya yang sama macam ulat sampah membuatkan ramai yang keliru.
Ulat skru dewasa akan jadi lalat dan mencari perumah yang mempunyai luka terbuka. Kemudian, lalat ini akan bertelur pada kawasan tersebut. Selepas beberapa jam, telur akan menetas dan mengeluarkan larva.
Larva ini ada garisan pada badannya yang menyerupai skru. Ulat ini akan makan tisu di sekelilingnya dan jangkitan hanya boleh dibuang melalui pembedahan.
Jangkitan oleh serangga berbahaya ini susah dirawat. Oleh itu, sebarang luka yang dijangkiti ulat skru perlu ditutup secepat mungkin.
Buat masa ini, hanya pembedahan sahaja yang boleh menyelesaikan masalah jangkitan oleh ulat skru. Selepas serangga ini dibuang, doktor akan menggunakan antibiotik untuk elakkan jangkitan pada kawasan luka.
Kalau mengalami masalah kulit disebabkan gigitan serangga, sila berjumpa doktor secepat mungkin.
Perhatikan tanda-tanda seperti ruam yang merebak dan sukar sembuh, rasa ketulan atau pergerakan di bawah lapisan kulit, demam, susah bernafas, tak dapat melihat dengan baik & sawan.
Sila berjumpa doktor secepat mungkin untuk rawatan lanjut. Jangan sesekali abaikan rasa sakit yang dialami disebabkan gigitan serangga. Jika tak berhati-hati, boleh membawa maut!
Untuk info kesihatan setiap hari, jangan lupa follow @Farmacora