
Nak dapat kulit flawless cantik, anda kena usaha tutup liang pori terbuka. Tak kisah lah dengan cara labur duit lebih atau jimat poket, asal hasilnya tidak menyakitkan mata.
Sebenarnya semua orang ada liang pori di wajah, bezanya saiz kecil atau besar sahaja. Masalah ini selalunya terjadi pada bahagian pipi, dagu dan hidung.
Tutup Liang Pori Terbuka Dengan 3 Bahan, Tips Ini Sangat Membantu!
Banyak faktor yang membawa kepada pori terbuka, salah satunya disebabkan malas cuci kulit muka tetapi rajin pakai foundation. Hah, ini punca utama kotoran akan melekat dan tersumbat seterusnya liang roma menjadi lebih besar.
Namun jangan risau, jom cuba petua cantik ini yang hanya memerlukan tiga bahan bahan dapur.
BAHAN-BAHAN:
Pisang, yogurt dan madu asli.
1. Haluskan semua bahan dan kacau rata sehingga campur rata.
2. Sapu masker pada wajah. Fokuskan pada kawasan pori terbuka.
3. Tunggu sehingga kering dan bilas dengan air bersih.
4. Lakukan seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dan berkesan.
Ketiga-tiga bahan ni banyak sangat manfaat untuk kulit muka. Kena rajin pakai setiap malam ya, dan bila kulit wajah dah cantik tanpa liang pori terbuka besar, anda boleh lah mekap nipis atau keluar tanpa mekap langsung.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rawat Kulit Breakout, Serius Best Sebab Kulit Jadi Lebih Cantik!

Bukan senang nak rawat kulit breakout, nak-nak pula kalau sampai keluar jerawat dan jadi pedih kemerah-merahan. Terus jadi tak kurang yakin nak beli produk untuk pulihkan muka.
Inilah yang dilalui oleh Puan Sheena Rashid Kamsiran setelah salah pakai produk muka. Jemput baca perkongsian ini, yang mana dia akhirnya jumpa skincare yang serasi buat kulinya sihat kembali.
Rawat Kulit Breakout, Serius Best Sebab Kulit Jadi Lebih Cantik!
Cerita sebelum kahwin. Majlis lagi 2 minggu, muka tiba-tiba breakout sebab period. Jerawat yang keluar pula besar dan meah-merah. Mula rasa stress, makin banyak keluar jerawat.
Kawan suggest mugwort mask ni. Pakai lah malam tu. Lepas pakai mask, bilas muka dan sapu moisturizer sekali sebelum tidur.
Esoknya bangun tak ada lah hilang terus ye, itu tipu namanya. Tapi memang nampak merah-merah jerawat tu ada kurang.
Jadi teruskan pakai 3x dalam minggu tu, dan moisturizer pakai hari-hari siang dan malam. Dan lepas seminggu lebih kecut terus ya jerawat semua. Muka bersih ngam-ngam sebelum majlis.
Dan lepas kejadian tu, teruskan pakai produk ni. Dan sekarang dah pakai whole set skintific skincare.
Moisturizer pakai hari-hari tau, serius best sebab dapat improve our skin barrier. Buat tona kulit sekata, lembap, tak kering dan paling penting bila pakai makeup, nampak flawless dan tak crack pun. Pakai pula dengan serum. Memang keadaan kulit sekarang lagi cantik banding sebelum ini.
Nampaknya selamat untuk kulit, jadi kalau anda rasa nak pulihkan kulit yang tengah ‘sakit’, boleh cuba tips yang wanita ini kongsi.
Selamat bercantik-cantik!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Senarai Pilihan Minyak Wangi Wajib Jadi Koleksi. Bau Confirm Sedap & Melekat Sepanjang Hari!

Isi Kandungan
ToggleSelain dandanan diri, wanita dan semburan minyak wangi tidak dapat dipisahkan. Malah tidak lengkap penampilan seseorang itu jika hadir majlis atau keluar tanpa semburan minyak wangi ini.
Tidak kisah apa jenama, asalkan bauan sedap ini dapat menambah keyakinan kala beradapan dengan orang ramai dalam majlis di hadiri.
Dalam satu perkongsian di twitter, seorang pengguna akaun @Aimanomxr menyenaraikan 10 pilihan minyak wangi dengan bauan sedap untuk pilihan kala dating dengan pasangan. Tak percaya boleh cuba dan anda tidak akan rugi jika menyimpannya sebagai koleksi.
Artikel Lain: Gadis Kongsi Tip Pilih Bauan Paling Sedap, Di Kedai Barangan Penjagaan Diri Popular
10 Pilihan Perfume Bauan Confirm Best
1. YSL Black Opium – bau seperti sweet coffe vanila, sangat seksi dan menggoda
2. Escada Moon Sparkle – bauan seperti fruity, sangat menyedarkan
3. Paco Rabbanne Olympea – bauan salty vanilla buat kita kelihatan elegan
4. Lancome Tresor Midnight Rose – bau yang sangat best, mix rasberry & rose
Artikel Lain: Pilihan 5 Pelembap Paling Best Untuk Kulit Berminyak, Wajah Jadi Lebih Moist
5. Lancome La Vie Est Belle – bauan boleh tarik perhatian orang lain
6. Gucci Flora – antara bauan palig best untuk fres floral
7. Britney Midnight Fantasy – Bau sangat sesuai untuk beginner yang nak try pakai perfume
8. Carolina Good Girl – Gabungan dua bauan, almond coffe & citrus yang sedap
9. Victoria Secret Bombshell – Bauan seperti seorang perempuan yang ingin perhatia dari orang sekeliling
10. Bacarrat Rouge – Bauan orang kaya seperti campuran bau woody dan sweet sugat. Istimewanya bauan ini tak sama dengan orang lain
Artikel Lain: Harga Murah & Bau Pun Sedap Macam Jenama Mewah Popular. Ini 7 Pilihan Perfume Berbaloi Dimiliki!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Usia Dah 63 Tahun, Tapi Aktif Senamrobik. Ini Rupanya Rahsia Datin Maria Arshad Kekal Cantik & Langsing!

Isi Kandungan
ToggleUsia Dah 63 Tahun, Tapi Aktif Senamrobik. Ini Rupanya Rahsia Datin Maria Arshad Kekal Cantik & Langsing! Usia selebriti ini sudahpun mencecah 63 tahun, tetapi penampilannya masih lagi kekal jelita, anggun dan sihat melakukan pelbagai aktiviti dan rutin harian.
Malah seraut wajah jelitanya seperti tidak dimakan usia, dengan senyuman manis tetap menjengah bibirnya disertai tutur kata yang cukup lembut dan berbudi bahasa.
Figura Datin Maria Arshad, yang juga ibu mertua kepada pelakon dan pengacara Shiera Ijoy yang juga cukup terkenal di era zaman 80an.
Usia Dah 63 Tahun, Tapi Aktif Senamrobik
Artikel Lain: Tak Mekap & Pakai Bawal Je Pun Cantik. Ini Rupanya Rahsia Fit & Awet Muda Nurul Izzah Di Usia 40an!
Biarpun tidak lagi aktif dalam bidang snei, Maria kini selesa menjalani rutin harian sebagai seorang isteri, ibu dan nenek.
Dengan tubuh yang kekal langsing, tidak hairan ramai yang mahu tahu rahsia dan petua kecantikan diamalkan selebriti ini.
Dalam artikel bersama NONA, pelakon filem Langit Tak Selalu Cerah ini rupanya seorang yang sangat menitikberatkan soal penjagaan kesihatan dan kecantikan.
Menurutnya, biar cantik itu secara semula jadi dan jangan halang proses penuaan yang sememangnya pasti akan berlaku.
Apa yang penting seorang wanita itu harus bijak untuk menjaga kesihatan diri sendiri agar kekal sihat dan bertenaga walau berapa pun usianya.
Oleh sebab itu beliau masih setia menggunakan cara semulajadi berbanding melakukan rawatan moden dan melalui saat itu dengan rasa syukur, tenang dan bahagia.
Menurut Shiera, walaupun ibu mertuanya itu tak pernah kongsi apa petua diamalkan, tetapi dia dapat melihat melalui perbuatannya.
Artikel Lain: Tampil Cantik & Lebih Kurus. Ini Rahsia Datuk Seri Vida Nampak Slim & Makin Lawa
Ini Rahsia Datin Maria Arshad Kekal Cantik & Langsing
“Rawatan-rawatan moden macam suntik sana sini Mama memang tak pernah buat dan tak pernah berminat pun. Baginya biar cantik semula jadi, jangan halang proses penuaan yang sememamgnya pasti terjadi.
“Yang penting kena pandai jaga untuk maintain. Saya bersyukur kerana dikurniakan ibu mertua yang masih sihat, bertenaga dan cantik sammpai sekarang walau usianya dah cecah lebih 60 tahun,” katanya bersama NONA.
Dalam satu temubual video bersama Intrend pula, Maria turut berkongsi rutin hariannya memberitahu dia rajin melalukan senamrobik bersama teman-teman bersama selama satu jam untuk keluarkan peluh dan sihatkan badan setiap hari Isnin hingga Sabtu.
“Saya percaya rutin melakukan senaman atau apa juga aktiviti kecergasan dilakukan dapat memantu seseorang tampil langsing. Tidak terlalu kurus, tetapi biarlah bentuk badan cantik seadanya.
“Benar saya akui pada peringkat usia sebegini, cabarannya tetap ada untuk pastikan bentuk badan maintain. Memandangkan berat badan saya cepat naik, maka senaman itu perlu biarpun sudah berusia seperti ini.
“Manakala mengenai tip pemakanan pula, saya tidak lakukan diet dan makan apa yang ada. Tetapi makan apa juga sekalipun mesti dengan air suam. Kalau air manis pun memang saya akan kurangkan.
“Manakala bab penjagaan muka pula, tiap-tiap malam mesti cuci muka. Walau penat sekalipun mesti saya akan pastikan cuci muka. Kalau kita sentiasa cuci muka, segala kotoran yang ada di muka akan hilang dicuci dan barulah muka nampak fresh,” katanya dalam sorotan video berkenaan.
Ternyata amalan melakukan senamrobik setiap hari memastikan saiz badan Datin Maria Arshad kekal langsing dan maintain sihat seperti anak dara biarpun usianya sudah mencecah 63 tahun.
Artikel Lain: Tolak Pembedahan Plastik, Minum 2 Gelas Air Lepas Bangun Tidur. Rutin Cantik Syafinaz Di Usia 49 Tahun!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI